15 November 2010

UPACARA TIANG SERI: MUFTI BERBISU SERIBU BAHASA?

08 Zulhijjah 1431 H
Oleh : SALMAN HAJI SALEH

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) kesal dengan Mufti-Mufti di Malaysia terutamanya Tan Sri Dr Haji Harussani Zakaria Mufti Kerajaan Negeri Perak yang masih belum menjawab persoalan berkaitan tindakan yang dibuat oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir semasa menghadiri dan melakukan upacara meletakkan ancak ke tiang seri program Projek Infra Bina Upaya (IBU) di Kampung Guar, Manong pada 17 Oktober yang lalu.

Walaupun Dato’ Setia Haji Mohd Tamyes Abd Wahid Mufti Kerajaan Negeri Selangor ada mengutus sepucuk surat kepada DPPN Pk berkaitan isu tersebut, tetapi lebih berbentuk makluman sahaja tanpa ada jawapan yang jelas.

Mengapa dengan isu yang sebegitu jelas tersebut tiada Mufti yang berani memberikan pandangan mereka? Mengapa juga Tan Sri Harussani masih belum memberikan jawapannya yang rasmi walaupun media arus perdana telah mengeluarkan jawapannya?

Perkara ini akan menyebabkan rakyat terus keliru terutamanya masyarakat Melayu / Islam yang sudah lama meninggalkan amalan tersebut. Tidak bolehkah Mufti di seluruh Negara mencadangkan agar perkara ini dibawa ke Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mendapatkan satu kepastian?

DPPN Pk amat sedih sikap membisu seribu bahasa para Mufti di dalam Negara kita, kebimbangan DPPN Pk ialah umat Islam di Negara ini akan terus mengamalkan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar.

3 ulasan:

  1. Salam Ustaz,

    Wednesday, November 10, 2010
    MB Perak tidak syirik sertai majlis ancak - Mufti


    IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tidak melakukan syirik dan khurafat ketika menyert...ai majlis ancak iaitu menaikkan tiang seri rumah di Kampung Guar, Manong, Kuala Kangsar, bulan lalu.

    Mengesahkan perkara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata ia susulan pertemuan beliau dengan Menteri Besar kelmarin bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai majlis berkenaan
    http://www.bharian.com.my/bharian/articl es/MBPeraktidaksyiriksertaimajlisancak_M ufti/Article/
    Posted by Ayid at 9:22 AM
    Labels: Perak terkini

    BalasPadam
  2. dol kakirempit11/15/2010 8:21 PTG

    Salam Yb

    Puak2 ni mmg suka buat crit fitnah lg karut wal marut. Kan Mufti Pk dh bgi pnjlsan. Tp yela puk2 ni mmg bebal dn ssah nak fham. Mmg Tk dpt hdayah. Kan SS Mufti dh jlsakn.

    Jgnlah campur adukkan msalah anck tu dgn apa yg Yab MB Pk tu buat. Kan 2 prkra tu brbza. Tpi yel puk2 ni mmg dh krang cerdik..tu yg snag kena tipu tu..bwak2 lh bertaubat.

    BalasPadam
  3. dimana peginya maza?. tidakkah dia mahu komen atau ulas perkara ini?.

    BalasPadam