08 Januari 2012

Hasan Ali dipecat dari PAS .

14 Safar 1433H. [MOD] -

Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat hari ini telah mengambil keputusan memecat Hasan Ali dari Pas.
Keputusan itu dicapai sebulat suara.

Bagaimana pun Hasan dibenarkan merayu kepada Majlis Syura Ulamak.

PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat turut sama hadir dalam mesyuarat berkenaan.

Demikian berita baru yang saya terima sekejap tadi. Pas dijangka akan membuat sidang akhbar berhubungan dengan isu tersebut.

Berita selanjutnya menyusul.

6 ulasan:

  1. sepatutnya dah lama

    BalasPadam
  2. bgusla,,duri dlm daging

    BalasPadam
  3. Eluk sangat tuu...

    BalasPadam
  4. Salam..saya yakin...dato' hassan ali memang di pihak yg benar,beliau dh banyak bantu umat Islam trutamanya d Selangor...dan saya yakin dato' hassan ali tetap teguh berjuang utk Ahli Sunnah Wal Jama'ah dan tetap setia utk PAS walaupun beliau dipecat....saya percaya dgn dato' hassan ali & tetap sokong beliau..

    BalasPadam
  5. Salam..saya rasa2lah...dato' hassan ali memang di pihak yg benar,beliau dh banyak bantu umat Islam trutamanya d Selangor...dan saya yakin dato' hassan ali tetap teguh berjuang utk ASWJ dan tetap setia utk PAS walaupun beliau dipecat....saya percaya dgn dato' hassan ali & tetap sokong beliau..

    BalasPadam