![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhn30wm-hIUkj2kr1b2RMkJfRlTYynzFesjKqg2kTHa_W1yezfuS_aIP58rP-_WJU4L9e7QosM57P2jTVjPmYGoR7lxrInQ0XrmjScBXHd0-i8UW8tU4bf5so-O_U2SXEdP5hwuDWvgJIZL/s200/mesir.jpg)
11 Rejab 1433H. [MOD] -
KAHERAH 1 Jun - Tempoh darurat Mesir sejak berdekad-dekad lalu berakhir selepas tempoh akhir untuk memperbaharuinya tamat semalam, kata pemerintah tentera dalam satu kenyataan.
Pihak tentera pada masa sama berikrar untuk terus `melindungi’ negara ini dan meneruskan tanggungjawab nasional dan sejarah, selaras dengan pengisytiharan perlembagaan dan undang-undang.
Selain itu, tentera akan terus memegang tampuk pemerintahan sebelum menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada Presiden yang dilantik menerusi pilihan raya yang berlangsung pada penghujung Jun depan. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan