25 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
Selepas pilihan raya, yang dijangka diadakan pada akhir tahun ini atau awal tahun 2013, rakyat Jordan akan mengundi ahli parlimem yang kemudiannya akan memilih calon untuk jawatan perdana menteri.
Perubahan itu adalah di bawah semakan perlembagaan yang berlaku tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha pembaharuan Raja Abdullah.
Pihak istana mengatakan Raja Abdullah melantik Abdullah Ensour, bekas timbalan perdana menteri, untuk menggantikan Fayez Tarawneh, yang meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Rabu lalu.
harakahdaily/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan