26 Muharram 1433H. [MOD] -
PENGGUNA
jalan raya yang didapati mengubah suai nombor plat kenderaan bagi
mengelak daripada disaman kamera AES boleh didenda sehingga RM20,000. –
Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU – Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),
Datuk Solah Mat Hassan mengingatkan pengguna jalan raya supaya jangan
cuba mengelirukan pihak berkuasa dengan mengubah suai nombor plat atau
berdepan hukuman berat.
Beliau menegaskan, pengguna jalan raya yang cuba mengelak daripada
dikesan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kerana memandu
melebihi had laju atau melanggar lampu isyarat merah dengan mengubah
suai nombor plat kenderaan boleh didakwa di bawah Seksyen 108 (3A) Akta
Pengangkutan Jalan 1987.
“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda minimum RM5,000 dan
maksimum RM20,000,” katanya ketika ditemui di pejabat JPJ negeri selepas
taklimat AES di sini semalam.
Kosmo
Saya nok bagi cadangan. Untuk mengatasi masaalah plat number mengapa tidak kita tiru macam plat thailand. Dia pakai satu Standard...
BalasPadam