Beliau Berumur 81 Tahun...
Dilahirkan
pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu beliau merupakan
anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Hasil perkongsian hidup
dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak, beliau
dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan).
Sebelum menjadi Menteri Besar, beliau adalah seorang guru agama yang aktif. Beliau pernah mengajar
di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Sekolah Menengah Agama
Darul Anwar dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi yang kesemuanya
terletak di Kelantan. Maka tidak hairanlah beliau lebih mesra dengan
gelaran 'Tuan Guru' di kalangan rakyat Malaysia. Malah sehingga kini,
beliau masih lagi aktif menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat.
Pada hampir setiap pagi, beliau akan menjadi imam kepada Solat Subuh dan
kemudiannya memberikan kuliah ringkas di sebuah masjid yang terletak
hanya beberapa langkah sahaja dari rumahnya.
Beliau sentiasa
dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak. Pada
hampir setiap masa, beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan
berserban. Beliau mengaku bersolat dalam keadaan gelap apabila berada
di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk
kepentingan dirinya. Rumahnya pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa
seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar
sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya.
Pada
tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan
beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di
Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau
menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18
tahun.
Pada tahun 2009, beliau diletakan diantara 50 tokoh Islam
berpengaruh didunia dan disenaraikan dalam buku berjudul "The 500 Most
Influential Muslims".
Politik Beliau Yang Menarik yang Perlu Anda Semua Mengetauinya. Pada
pilihan raya umum Malaysia kali ke-12, beliau bersemuka dengan Datuk
Dr Nik Mohd Zain Omar yang bertanding di atas tiket Barisan Nasional
(BN) di kawasan DUN yang sama. Secara peraturannya, Beliau (PAS) sudah
boleh menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon apabila lawannya
itu terlupa untuk menurunkan tandatangannya pada borang penamaan
calon. Namun beliau tidak mahu menang dengan cara begitu lalu meminta
calon BN itu menandatangani semula borang pencalonan tersebut.
Keputusan pilihan raya kali ini menyaksikan Nik Aziz menang dengan
majoriti undi yang lebih besar, iaitu 4,249.
Beliaulah Menteri Besar Kelantan Darul Naim iaitu Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat ♥
"KAMI SAYANG ULAMA" | | |
|
aku menanggis lepas baca artikel ini.
BalasPadamTahniah. Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
BalasPadam