28 Muharram 1433H. [MOD] -
BUKTI...Izany (dua dari kiri) menunjukkan antara barang yang dirampas.
KUALA LUMPUR: Seorang wanita tempatan yang mahu mengeluarkan wang
tunai berjumlah RM30,000 dipercayai hasil kegiatan penipuan sindiket
African Scam di sebuah bank di sini dicekup sebelum hasil soal siasat,
polis menahan pula 17 lelaki warga Nigeria dan seorang wanita warga
Thailand.
Sindiket terbabit dipercayai mendalangi kes penipuan melalui laman
sosial yang menyasarkan lelaki dan wanita dengan menggunakan gambar
individu kacak dan cantik sebagai umpan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten
Komisioner Izany Abdul Ghani berkata, sindiket terbabit yang didalangi
lelaki Nigeria dengan masuk ke negara ini menggunakan pas pelajar sudah
mengaut keuntungan hampir RM400,000 melalui penipuan terbabit.
“Dalam empat operasi berbeza pada 4 dan 5 Disember lalu, seramai 19 individu berusia 22 hingga 44 tahun masing-masing seorang wanita tempatan, wanita Thailand dan 17 lelaki Nigeria ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.

“Kami menahan seorang wanita di sebuah bank di Taman Maluri ketika mahu mengeluarkan baki wang sebanyak RM30,000 daripada akaun syarikat miliknya,” katanya ketika sidang media di IPD Cheras, semalam.
metro/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan