14 Safar 1433H. [MOD] -
“Ini jelas menunjukkan bahawa pihak kerajaan Persekutuan yang
diterajui oleh BN tidak peka dengan kehendak rakyat negeri Sarawak,”
kata Ketua Pemuda PAS Sarawak, Mohammad Arifiriazu Paijo (gambar).
Tambah mengecewakan, katanya apabila tiada seorang pun wakil rakyat
atau pimpinan BN yang memberikan sokongan secara jelas terhadap tuntutan
rakyat untuk menambah peratusan royalti petroleum untuk negeri Sarawak.
Katanya, dengan kadar kemiskinan pada tahap 5.3% dan indeks
pembangunan jalan raya yang paling rendah iaitu pada kadar 0.38 menjadi
bukti jelas kenapa kadar royalti petroleum untuk negeri Sarawak perlu
ditingkatkan.
“Pemuda PAS Negeri Sarawak dengan ini mendesak Ketua Pemuda PBB, YB
Datuk Haji Fadillah Haji Yusof selaku tunjang Pemuda BN Sarawak untuk
menyatakan pendirian beliau selaku pemipin muda BN serta pendirian
Pemuda BN sendiri berkenaan tuntutan untuk meningkatkan kadar royalti
petroleum Sarawak,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Tegasnya, Pemuda PAS Negeri Sarawak akan terus membangkitkan rakyat negeri ini untuk sama-sama menuntut hak yang tidak dipulangkan kepada mereka melalui program-program susulan kebangkitan rakyat di seluruh negeri.
harakah/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan