TOLAK TANAH...kerja membersih tanah yang runtuh giat dilakukan di Kampung Air Putih.
KEMAMAN: “Nampaknya, saya kena simpan duit untuk beli kereta baru
kerana Perodua Viva saya mungkin tidak boleh digunakan lagi,” kata
Rafliza Hussin, 25, pemilik sebuah daripada lima kenderaan yang ditimbus
tanah runtuh di Kilometer 139 Jalan Jerangau-Jabor, berhampiran
persimpangan masuk Kampung Air Putih, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi semalam, lima kereta dan
sebuah lori ditimbus tanah yang runtuh dari tebing setinggi kira-kira 20
meter akibat hujan lebat melanda kawasan itu sejak dua hari lalu.
Rafliza yang bertugas sebagai juruteknik sebuah syarikat penapisan
minyak di Melaka berkata, dia sedang bercuti dan tiba di kampung jam 6
petang kelmarin.
Menurutnya, dia menyedari kejadian itu apabila dimaklumkan jiran kira-kira jam 5 pagi semalam.
“Saya tidak dapat meletakkan kereta di kawasan rumah keluarga saya
kerana jalan masuk ke kampung kami dinaiki air sehingga paras pinggang.
“Berikutan itu, saya dan beberapa penduduk meletakkan kenderaan di
tepi tebing berkenaan, kira-kira dua kilometer dari kampung kerana
lokasi itu sering menjadi tempat kami meletak kenderaan ketika banjir.
metro/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan