14 Rabi'ul Akhir 1434 H. [MOD] -
Tamparuli: Berpantang maut sebelum ajal. Itulah yang berlaku apabila
seorang lelaki berusia lingkungan 50-an nyaris maut selepas kenderaan
dipandunya terbabas sebelum masuk ke dalam Sungai Tamparuli, di sini,
kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, kenderaan jenis Toyota
dipandu lelaki berkenaan dikatakan menyeberang jambatan lama Tamparuli
dari arah Kiulu menuju pekan Tamparuli.
Menurut seorang saksi kejadian dikenali sebagai Omar, 33, berkata, ketika kejadian, jambatan lama itu digenangi air menyebabkan enjin kenderaan terbabit secara tiba-tiba mati ketika berada di pertengahan jambatan.
“Kejadian itu menyebabkan pemandu dengan bantuan orang ramai yang
menyaksikan kejadian, cuba menolak kenderaan itu untuk mengelak
dihanyutkan arus deras.
“Bagaimanapun, usaha mereka gagal apabila kenderaan itu terbabas, sebelum dihanyutkan arus deras sungai,” katanya ketika ditemui, semalam.
Difahamkan, pemandu kenderaan itu tidak mengalami sebarang kecederaan kerana berjaya menyelamatkan diri sebelum turut dihanyutkan arus.
KENDERAAN dipandu seorang lelaki berusia 50-an yang terbabas dalam Sungai Tamparuli.
Tinjauan di lokasi kejadian mendapati, kenderaan jenis Toyota itu
ditemui tersadai di tebing Sungai Tamparuli, kira-kira 50 meter dari
tempat kejadian.
Usaha menarik naik kenderaan itu ke darat mengambil tempoh lebih enam jam.
metro/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan