![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjTmr_5x7ZKL3mn0edz8nwJW93PZ1AZQGOdaT08ROhNhnrTSHJLTQUHcanCBXCJlhZdBfeIhmtKlLCn0zGBRLeNsfPM5DaFx0AUOLXUnjhZvqzvZuJ_q4FbgwRG4h8pdFEMDzh6U2lWk_Qw/s1600/images.jpg)
LIMA: Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 magnitud melanda Lima tetapi tiada kerosakan atau kecederaan dilaorkan.
Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa bumi berkenaan berpusat kira-kira 115 kilometer tenggara Lima dan kedalaman 74 kilometer.
Institut Geofizik Kebangsaan Peru pada awalnya mengukur gempa terbabit pada 5.8 magnitud dan berkata ia melanda pada kira-kira jam 3.07 pagi waktu tempatan. - AP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan