Ayat ini menjelas manusia adalah sebahagian daripada alam ciptaan Allah dan mempunyai hubungan yang rapat dengan alam sekitar. Manusia bertanggungjawab mengurus dan memelihara bumi dengan sebaik mungkin. Sebagai seorang Muslim perlu tahu bahawa memelihara dan membaik pulih alam sekitar adalah sama seperti menjaga agama, nyawa dan harta serta keturunan. Segala perbuatan mencemar, merosak dan memusnahkan alam sekitar adalah perbuatan jenayah dan mungkar kerana mengganggu kesejahteraan kehidupan manusia lain khususnya. Manusia tidak berhak merosakkan sumber alam dengan sewenang-wenangnya kerana segalanya milik Allah. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
Kerosakan alam sekitar, pencemaran dan pengurangan sumber alam serta gangguan keseimbangan alam akan membahayakan kehidupan manusia itu sendiri. Sebagai contoh, pembalakan dan perlombongan haram yang dijalankan secara haram bakal menjejaskan struktur tanah serta menjadi punca tanah runtuh yang mengancam nyawa. Pencemaran air sungai akibat pembuangan sisa toksik yang berbahaya akan menyebabkan keracunan sumber air dan boleh menjejaskan kesihatan. Penyelewengan dan kerosakan terhadap alam sekitar seperti pengambilan hasil bumi secara berlebihan akan mengancam kelangsungan hidup generasi masa depan.
Sebagai seorang Muslim yang memiliki keimanan dan ketakwaan yang tinggi, kita seharusnya berperanan dalam melaksanakan program-program kesedaran, pendidikan, serta membentuk moral dan akhlak generasi akan datang bagi melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab menangkis segala perbuatan yang boleh merosakkan alam. Marilah kita kembalikan persekitaran yang bersih dan seimbang yang menjadi kunci utama kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
“Islam Memperkukuh Perpaduan”
“Islam Memimpin Wanita Sejahtera”
PUAN SALMAH AB LATIFF
Pengerusi Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar (LATAS)
Dewan Muslimat PAS Malaysia
27 September 2021 | 20 Safar 1443H – HARAKAHDAILY 27/9/2021
Tiada ulasan:
Catat Ulasan