PEGAWAI perubatan mengambil sampel ujian Covid-19 di India. - AFP
NICOSIA: Saintis di Cyprus mendakwa menemukan varian terbaharu Covid-19, dinamakan Deltacron.
Menurut laporan Bloomberg, Profesor Sains Biologi Universiti Cyprus, Leondios Kostrikis memberitahu, sebanyak 25 kes dikesan setakat ini berkaitan varian itu yang merupakan gabungan antara varian Delta dan Omicron.
Kostrikis berkata, pada masa ini terdapat jangkitan bersama Omicron dan Delta dan pihaknya mendapati ia adalah gabungan kedua-dua varian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan