25 Mei 2010

Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Sivakumar

10 Jamadil Akhir 1431 H

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menolak permohonan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar, untuk mengenepikan keputusan benarkan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang keluar parti menjadi wakil rakyat Bebas untuk mengekalkan kerusi masing-masing.

Sivakumar dalam permohonannya berkata keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini dibuat tanpa kuasanya dan mahu keputusan itu dibatalkan..

Penghakiman pada 9 April itu menafikan bahawa kerusi tiga ADUN yang berpaling tadah itu yang diisytiharkan kosong oleh Sivakumar supaya pilihan raya kecil boleh diadakan.

Keputusan panel tiga hakim hari ini juga mengesahkan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya mempunyai kuasa mutlak mengisytiharkan kerusi berkenaan kosong.

6 ulasan:

  1. Keputusan yang sudah diramalkan....

    BalasPadam
  2. dah tau dah mesti tolak punya... aku dah tak percaya lagi dengan hakim kat malaysia ni semuanya penakut..lagi pun ramai yg bekas ahli UMNO/APCO...

    BalasPadam
  3. buahlah nangka
    didalam perahu
    orang dah tak suka
    kita tak tahu

    BalasPadam
  4. tungu pru akan datang

    BalasPadam
  5. PERCAYA KEPADA KETENTUAN ALLAH.... MEMPERMUDAHKAN HIDUP KITA DAN SEMUA ORANG YANG MENGAKU DIRINYA ISLAM.... TAKBIR ITU MENGATAKAN KEBESARANNYA ALLAH. HIDUP ISLAM JAUHKAN KEPENTINGAN DIRI...

    BalasPadam
  6. selepas beusaha maka berdoa serta bertawakal lah kamu kpd ALLAH.

    BalasPadam