25 Mei 2010

Setiausaha PAS Gerik meninggal dunia.

Satu kehilangan besar kepada PAS Kawasan Gerik apabila kembalinya ke Rahmatullah Setiausaha PASnya, Hj. Ahmad Damanhuri bin Din pada jam 4.45 petang tadi di Hospital Ipoh.

Menurut maklumat dari PAS Kawasan Gerik jenazah akan disembahyangkan pada jam 11.30 malam ini di Mesjid Gerik

Bagi sahabat yang ingin menziarahi sila ke No. 1B, Kg. Terap 33300 GERIK, berdekatan dengan Bandar Gerik.

Beliau terlibat dengan satu kemalangan selepas Isya malam tadi apabila kenderaan motosikalnya melanggar sebuah lori yang berhenti di tepi jalan di Kampung Padang Kunyit .

Selepas itu dia dimasukkan ke Hospital Gerik sebelum di pindahkan ke Hospital Ipoh pagi tadi. Dikatakan arwah mengalami kecederaan serius dibahagian dada dan mengalami pendarahan paru-paru akibat kemalangan itu.

Semuga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya dan menempatkan rohnya bersama roh orang yang soleh, al Fatihah...

14 ulasan:

  1. Al-Fatihah..Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama para Solihin..Amin...

    BalasPadam
  2. Salam takziah kepada ahli keluarganya. Semoga rohnya berada di kalangan orang yang beriman dan mendapat jannah. alFatihah.

    BalasPadam
  3. Al-Fatihah..Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama para Solihin..Amin...

    BalasPadam
  4. salam takziah,daripada PAS Kawasan Bukit Gantang.Moga-moga Allahyarham ditempatkan bersama orang soleh.

    BalasPadam
  5. Al-Fatihah, semoga rohnya dirahmati Allah. Takziah buat isteri dan keluarganya, bersabarlah dan doakan kebaikannya. Pastinya ada kebaikan yang untuknya dan keluarga yang ditinggalkan.

    BalasPadam
  6. Innalillahi wainnna illahirajiun.. Semoga diberi rahmat dan keampunan Allah. Al fathihah

    BalasPadam
  7. AL-FATIHAH..HILANG SATU GANTI SERIBU...

    BalasPadam
  8. Semoga Allah menerima amalnya dan menempatkan bersama para siddiqin, solehin dan dimasukkan ke dalam syurga firdaus.

    BalasPadam
  9. Al fatihah...semoga roh beliau ditempatkan ditempat orang2 yang soleh, buat pas kawasan gerik kita kehilangan seorang yang berbakat besar dalam memperjuang agama allah..takziah saya ucapankan kepada keluarga allahyarham...ustaz hasyim universiti mu'tah jordan..

    BalasPadam
  10. Syed Mutalib...5/25/2010 7:01 PG

    سْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿١﴾ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿٢﴾ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿٣﴾ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ﴿٤﴾ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴿٥﴾ اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ﴿٦﴾ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ

    BalasPadam
  11. al-fatihah...doakan semoga roh arwah dirahmati ALLAH swt...amin

    BalasPadam
  12. al-fatihah buat seorang pejuang yang hebat...
    terus sabat(tetap) dalam perjuangan islam hingga ke akhir hayat beliau walaupun diuji dengan pelbagai ujian hidup...menjadi contoh bagi kami sebagai anak-anak yang pernah menyaksikan kehebatan semangat juangnya terutamanya dalam masyarakat Gerik disini...moga terus mengalir dalam tubuh kami semangat juangnya..(assyafie_alkahirie @ aliff)

    BalasPadam