25 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -
GAJUS (Anacardium occidentale) adalah sejenis tumbuhan dari keluarga ANACARDIACEAE yang dipercayai berasal dari Brazil dan boleh tumbuh dengan baik di Malaysia. Pokok Gajus atau di pantai timur di panggil 'Ketereh'
ini ditanam dikeliling rumah untuk kegunaan sendiri dan pernah di tanam
secara komersial di Terengganu oleh Syarikat FIMA pada tahun 1980'an
sebagai ladang Komersil di Kg Raja, Setiu dahulu. Kini tanaman gajus di
Malaysia tidak begitu popular seperti dibeberapa negara pengeluar utama
lain. Keluasan tanaman ini di Malaysia adalah 480 hektar pada tahun
2011.
Nama lain gajus adalah seperti Cashew Nut, Apple Cashew, Cajuana
(English), Buah Gajus, Ketereh (Malaysia) dan sebagainya. Artikel ini
saya akan bincang teknologi dan maklumat tanaman gajus berasaskan
beberapa buah buku dan kajian persendirian dalam laman sesawang serta
pengalaman penulis dalam pengembangan pertanian selama 30 tahun.
Pokok
Gajus adalah jenis pokok saka yang tumbuh menegak dengan sistem
bercabang yang merimbun dengan ketinggian mencecah 12 meter (30 kaki).
Pokok gajus mudah tumbuh di kawasan yang kurang subur dan mampu bertahan
dalam keadaan kering. Daun berwarna hijau dan agak tebal serta
mempunyai susunan bersilang dimana daun muda berwarna ungu kemerahan
serta digunakan sebagai ulam yang sangat di minati di Malaysia. Bunga
Gajus keluar dihujung dahan atau pucuk dengan bentuk beberapa jambak dan
bwerarna kemerahan. Batang bajus adalah kayu keras yang berkulit tebal
berwarna coklat kelabu. Buah gajus 'berbentuk hati' dan mempunyai biji
berada di luar buah. Bijinya juga berbentuk hati yang juga mempunyai
pasaran tinggi untuk di jadikan makanan ringan.
Biji
Gajus merupakan bahagian paling berguna iaitu sebagai makanan ringan
(snack) yang di proses sehingga kering dengan rasa asli, perasa
garam,coklat atau masin-manis. Biji gajus mengandungi 54% lemak dan
minyak termasuk lemak tepu (18%0, Lemak Tidak tepu (16%) dan Asid
Stearic (7%). Kandungan tenaga sebanyak 2,3-4 Kjoule setiap 100 gm
dengan kandungan lain iaitu Protin (18.2 g), Lemak (43.5 g),
Karbohiderat (35.1 g) dan Serat (3.3 g). Kandungan lain ialah Riboflavin
- Vit B2 (0.06 mg), Thiamine - Vit B1 (0.42 mg), Vitamin C (0.5 mg) dan
beberapa zat galian seperti Fe, Ca, Mg, Zn, Mn dan banyak lagi.
Penanaman gajus lazimnya menggunakan biji benih
dari kultivar terpilih. Kultivar gajus tidak banyak di buat kajian dan
penulisan kerana tanaman ini bukan tanaman penting walau pun di negara
pengeluar utama. Pertumbuhan pokok gajus adalah lambat dan perlahan.
Beberapa bijibenih gajus diletak dalam satu lubang dan apabila anak
benih tumbuh baru di buang yang kurang subur. Ada juga kaedah pembiakan
menggunakan 'grafting', 'air layering' dan juga 'inarching' dijalankan.
Mengubah anak benih semaian pokok gajus juga tidak begitu mudah
kejayaannya. Jarak tanaman di syorkan adalah 10m x 10m dimana kemudian
dijarakkan kepada 20 m x 20 m selepas berumur 10 tahun. Kepadatan pokok
sebanyak 250 pokok sehektar.
Pokok
Gajus lazimnya tidak memerlukan penjagaan yang rumit untuk pertumbuhan.
Bagi tanaman gajus digalakan penanamann selingan dengan tanaman kontan
seperti pisang, kacang tanah, sayur-sayuran, jagung dan sebagainya untuk
menambah pendapatan sementara pokok gajus membesar. Pembajaan dan
kawalan musuh dan perosak dijalankan bersama penjagaan tanaman selingan.
Bagi tanaman gajus di kawasan tanah Bris perlukan pembajaan tambahan
dengan baja organik untuk meningkatkan kesuburan kerana tanah bris
sangat kurang mengandungi baja organik.
Pokok
Gajus akan mula berbuah selepas 3 tahun penanaman jika dijaga dengan
baik. Pada masa sama dahan di bahagian bawah pokok perlu dibuang dan
buah boleh di kutip. Anak pokok atau 'suckers' yang tumbuh di keliling
pokok juga perlu di takai. Penghasilan akan menjadi optima pada pokok
berumur 10 tahun sehingga pokok berumur 30 tahun jika di uruskan dengan
baik (Bukan Tanam-Tinggal-Tuai). Bunga lazimnya aktif keluar pada cuaca atau musim panas dan selalunya buah akan matang secara berperingkat2.
Kajian
menunjukkan daripada berbunga sehingga buah masak perlukan masa 3
bulan. Buah yang masak akan jatuh ketanah (Bahagian 'apple') akan jadi
kering dan bijinya tersembul. Buah yang jatuh akan dikutip dan
diasingkan bijinya dan diproses. Jika buah belum cukup matang dan di
petik untuk ambil bijinya agak liat dan sukar walaupun menggunakan mesin
mekanikal. Biji akan dibuang kulit dan di goreng (tanpa minyak -
roasted) sebelum di gredkan dan diberi perisa seperti garam. Biji yang
siap diproses di masukan dalam plasitk kedaop udara (Vacuum packed)
untuk menjamin kualitinya.
Laporan
di negara pengeluar utama gajus dunia sperti di Tanzania, India,
Mozambique, Kenya dan Sri Lanka mendapati potensi hasil dicapai antara
800 - 1,000 kh sehektar biji gajus. Kaedah pembajaan yang diurus dengan
baik mampu meningkatkan hasil kepada 1,600 kg sehektar seperti
dkjalankan di India dan Tanzania. Pokok yang menghasilkan buah yang
banyak lazimnya memberikan biji gajus bersaiz kecil dan agak rendah
kualitinya. Kajian di Brazil pula menunjukkan potensi penghasilan
sebanyak 17.8 kg sepokok dapat di tingkatkan kepada 48.7 kg sepokok
dengan aplikasi baja yang betul dan pengurusan tanaman yang sempurna.
Kegunaan
biji gajus memang tidak dapat dipertikaikan lagi. Harga pasaran biji
gajus juga agak tinggi iaitu USD 0.33 satu kilogram dan satu paket 100
gram di Langkawi dijual RM 10.00 atau (RM 100/kg). Satu yang unik di
Malaysia makan pucuk daun muda gajus untuk djadikan 'Ulam Gajus' yang dimakan dengan nasi dan sambal belacan (Foto kiri).
Memang sedap dan menyelerakan ulam pucuk gajus. Kayu pokok gajus juga
digunakan di kampung sebagai bahan kayu api untuk masak dan juga bileh
diproses untuk dijadikan perabut dan sebagainya. Ada juga produk gajus
dibuat alkohol seperti di India untuk kegunaan penduduk tempatan.
Tanaman
gajus memang tanaman yang masih ada potensi untuk di tanam di negara
kita jika betul-betul ingin melihat tumbuhan ini di menafaatkan.
BUAH GAJUS .... PELIK BUAHNYA ....
ISI DIDALAM....BIJI LUARNYA....
BIJI GAJUS....;SEDAP RASANYA....
PUCUK GAJUS...ULAM TENTUNYA....
Blog Anim Agro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan