SHAH
ALAM 5 Feb: Nilai ketirisan wang rakyat dan pembaziran oleh Kerajaan
Pusat kini bukan sahaja mampu menampung kos pendidikan percuma malah
lebih dari mencukupi.
Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal
dakwaan mengatakan negara akan muflis jika pendidikan percuma dilaksana
dan menyifatkannya pembohongan Umno BN.
“Negara boleh muflis disebabkan pembaziran dan ketirisan kerajaan dalam berbelanja, bukan sebab beri rakyat pendidikan percuma.
“Contohnya
kita dapat lihat Kerajaan Selangor bina jalan dengan spefikasi sama
dengan jalan dibina Kerajaan Pusat, tetapi kos kerajaan negeri jimat
lebih 30 peratus,” katanya dipetik Media Selangorku.
Beliau menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Pendidikan Percuma di
Malaysia: Suatu Realiti’ di Konvensyen Antarabangsa Pendidikan 2013,
Universiti Selangor (Unisel), di sini, pagi tadi.
Ketua Umum KEADILAN itu turut mengingatkan kerajaan tentang keperluan
pendidikan percuma dan isu kualiti pendidikan negara hendaklah diambil
perhatian serius.
Justeru, katanya, Pakatan Rakyat menjamin akan mengambil tindakan
tegas terhadap mana-mana pemimpin sekiranya menerajui kerajaan selepas
Pilihan Raya Umum ke-13.
keadilandaily/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan