
Tolonglah saudaramu yang melakukan kezaliman dan yang dizalimi" (HR. Bukhari).
Apabila Rasulullah mengajak para sahabat dan umat Islam untuk membantu orang zalim mengundang tanda tanya seorang sahabat, "Wahai Rasulullah, tentu saja saya akan menolong orang yang dizalimi orang. tetapi bagaimana menolong orang yang melakukan kezaliman?" Rasulullah memberikan penjelasan, "Kamu mencegah atau menghalanginya agar tidak melakukan kezaliman, maka itu adalah cara untuk menolongnya (HR. Bukhari).
Banyak faedah apa bila kita mencegah kezaliman. Ia akan menyelamatkan pelakunya dari berbuat dosa dan mendapat azab. Apalagi doa-doa orang orang yang dizalimi atau teraniaya sangat mustajab dan mudah dikabulkan Allah. Faedah lain ialah menyelamatkan lebih ramai lagi orang lain yang akan dizalimi. Sehingga dunia ini aman damai kerana tidak ada pihak yang menzalimi dan dizalimi.
Hakikatnya antara orang yang melakukan kezaliman dan yang ingin mencegahnya sentiasa bertembung pada sesuatu zaman. Kerana itu usaha dari orang-orang yang beriman untuk mencegahnya hendaklah dilakukan secara bersungguh-sungguh dan tanpa rehat.