07 Oktober 2009

50,000 banjiri Majlis Aidilfitri PAS Kedah

Email : Zamri Keciks

KOTA SARANG SEMUT, : Sempena Syawal, Badan Perhubungan PAS Kedah tidak ketinggalan untuk menganjurkan majlis Aidilfitri di Markas PAS Batu 9, di sini.

Pesuruhjaya PAS Negeri, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga Menteri Besar berkata, sudah menjadi tradisi dan amalan semua umat Islam yang menyambut Syawal akan mengadakan rumah terbuka, tidak terkecuali PAS Kedah.

Menurutnya, berbeza pada tahun lalu yang diadakan di Sungai Petani, Syawal kali ini disambut lebih meriah di pekarangan Kompleks PAS Kedah yang lebih luas dan selesa agar semua orang dapat hadir memeriahkan majlis itu.

“Dianggarkan kira-kira 50,000 tetamu yang hadir ke rumah terbuka anjuran Badan Perhubungan Pas Negeri walaupun dalam keadaan cuaca hujan, namun kunjungan tetap berterusan.

“PAS sentiasa terbuka untuk menerima kunjungan semua orang yang ingin sama-sama memeriahkan majlis rumah terbuka ini tanpa mengira parti politik dan saya dapati tetamu yang datang ke majlis ini adalah dari berbilang bangsa dan agama,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Beliau berkata, penganjuran majlis ini secara tidak langsung telah melahirkan semangat perpaduan dalam kalangan semua kaum dan bangsa yang mana semua orang dapat duduk semeja menikmati hidangan dan beramah mesra.

Menurutnya, semangat permuafakatan yang sudah terjalin dalam kalangan rakyat Malaysia menyebabkan negara ini berada dalam keadaan aman damai dan semua rakyat dapat hidup harmoni.

“Dalam majlis ini, semua orang dapat berkumpul dan saling mengenali antara satu sama lain, seterusnya membina satu lagi perhubungan persahabatan baru dan majlis seperti ini harus diteruskan, bukan sekadar menunggu sambutan sesuatu perayaan.

“Saya berharap semua tetamu yang hadir bukan sahaja datang untuk makan semata-mata, malahan dapat beramah mesra dan mendekati pemimpin secara lebih dekat,” katanya.

Hadir sama dalam majlis rumah terbuka itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar; Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi; Ketua Penerangan PAS Kedah, Datuk Ir Amiruddin Hamzah serta pemimpin-pemimpin tempatan daripada kaum Cina dan India.

Azizan turut menyampaikan duit raya kepada kira-kira 5,000 kanak-kanak yang datang ke majlis rumah terbuka itu dan antara menu istimewa disediakan ialah nasi beriani Pullai atau nasi beriani Pakistani yang dihidangkan Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Kedah, Mohd Nasir Mustafa.

Sementara itu, pengunjung, Siti Mariam Yaakop berkata, majlis rumah terbuka seperti itu harus dikekalkan dan diteruskan setiap tahun walaupun ia diadakan secara sederhana.

Menurutnya, menerusi majlis itu, secara tidak langsung terbina ikatan persaudaraan yang mana semua tetamu yang hadir akan saling berkenalan dan menjalin hubungan silaturahim.

Kenyataan Media : Isu Babi, Mahadhir hina Islam dan bukan Islam

Berikut ini adalah kenyataan Media saya merujuk kepada kenyataan Mahadhir yang disiarkan dalan mStar yang saya perturunkan dibawah sebagai rujukan bersama sebelum saya memberikan jawapan :-

DUNGUN: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata keadaan negara akan menjadi malap dan buruk sekiranya pentadbiran kerajaan berpindah daripada Barisan Nasional kepada pembangkang kerana kebanyakan pemimpin pembangkang sanggup menukar pendirian semata-mata untuk mendapat populariti dan sokongan rakyat.

Katanya ada juga dalam kalangan mereka sanggup menghalalkan sesuatu yang dulunya mereka anggap haram semata-mata untuk memuaskan hati musuh yang kini menjadi rakan dalam pakatan pembangkang.

"Dulu Pas kata kerjasama dengan bukan Islam akan jadi kafir, sekarang bukan sahaja mereka bekerjasama dengan bukan Islam, tapi dia kata ternak babi pun tak apa, tapi orang Islam tak boleh makan babi.

"Dia (Pas) ambil tafsiran dalam Al-Quran kata (orang Islam) tak boleh makan babi, dia tak kata tak boleh ternak (babi).

"Kalau dah ambil tafsiran macam tu, maknanya kita boleh ternak, kita boleh jual babi, kita boleh masak babi, tapi jangan makan, pasal nak setuju jugak dengan orang ini, kita sanggup tukar pendirian kita sama sekali," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Kenyataan saya ialah :

1. Saya sangat terkejut dan rasa terhina dengan kenyataan Mahadhir diatas kerana pada anggapan saya kenyataannya tersebut adalah kenyataan yang menambah banyakkan koleksi kenyataannya yang menghina Islam sebelum dari ini.

2. Kenyataannya tanpa merujuk kepada nama mana-mana pemimpin PAS adalah pembohonganya sendiri dan saya anggap khayalan beliau sendiri. Malah saya yakin mana ada pemimpin PAS yang membuat kenyataan sedemikian melainkan itu adalah sikap biadab dan pembohongan beliau yang saya anggap sudah terlalu"nyanyuk". Siapa yang tidak kenal dengan sikap Mahadhir yang sangap pandai berbohong dan memutar belit fakta. Antaranya dia suatu masa pernah mengatakan Anwar menumbuk dirinya sendiri sedangkan mahkamah ternyata membuktikan Anwar ditumbuk oleh Rahim Noor.

3. Mahadhir sekaligus menghina Islam dan Al Quran dengan keceluparan mulutnya mengatakan

"Dulu Pas kata kerjasama dengan bukan Islam akan jadi kafir, sekarang bukan sahaja mereka bekerjasama dengan bukan Islam, tapi dia kata ternak babi pun tak apa, tapi orang Islam tak boleh makan babi.

"Dia (Pas) ambil tafsiran dalam Al-Quran kata (orang Islam) tak boleh makan babi, dia tak kata tak boleh ternak (babi).

"Kalau dah ambil tafsiran macam tu, maknanya kita boleh ternak, kita boleh jual babi, kita boleh masak babi, tapi jangan makan, pasal nak setuju jugak dengan orang ini, kita sanggup tukar pendirian kita sama sekali,"

4. Tidak pernah pemimpin atau pengikut PAS mengeluarkan kenyataan berkerjasama dengan orang bukan Islam menjadi kafir. Ini adalah kenyataan "hang" sendiri wahai Mahadhir. malah Islam mengajar semangat setiakawan dan toleransi agama yang tinggi sehingga Nabi Muhammad dibantu dengan kerjasama seorang Yahudi bukan Islam penunjuk jalan dalam peristiwa hijrah.

5. Kenyataan berkaitan makan babi dengan ternak babi oleh beliau sangat mengelirukan malah menghina ajaran Islam. Sesungguhnya Islam yang dijadikan landasan perjuangan oleh PAS tidak pernah menghalang orang non muslim untuk makan apa lagi menternak babi, itulah prinsip asas yang dipegang oleh umat Islam kecuali Mahadhir. Islam membenarkan ajaran agama lain diamalkan dengan bebas sebagaimana dalam surah Al Kaafirun Allah berfirman yang bermaksud "bagi kamu agama kamu , dan bagi kami agama kami" sangat jelas menjadi pegangan kita.

6. Islam tidak pernah mengajar penganutnya menternak babi TAPI membenarkan dan tidak ada hak sama sekali menghalang orang non muslim menternak babi walaupun sebanyak mana berdasarkan keperluan mereka. Ia adalah makanan dan hak mereka yang tidak boleh diganggu oleh PAS atau siapa saja. Prinsipnya jelas. namun kenapa Mahadhir sangat celupar, berbohong dan mengeluarkan kenyataan yang mempersendakan Islam dan ditakuti boleh merosakkan aqidahnya.

Menternak dan makan babi bukan isu yang sebenarnya, Isu yang menjadi heboh sebenarnya berkaitan pencemaran yang dikaitkan oleh binatang tersebut. Kita kenalah adil, apapun binatang yang diternaak kalau mendatangkan pencemaran ianya adalah salah disegi undang-undang yang sedia ada.

7. Kalau beginilah sikap Mahadhir saya yakin inilah masanya kita mesti menghukum Mahadhir dan BN di Bagan Pinang dan saya mencabar beliau turun berkempen disana dan mengulangi kenyataan diatas. Inilah sikap sebenar UMNO yang tidak habis-habis menghina Islam demi untuk meneruskan cengkaman kuasa yang dimilikinya. Demi kemenangan BN Mahadhir jelas sekali menghina Islam.

7. Saya meminta mufti dan jawatankuasa fatwa untuk memberikan reaksi segera kepada kenyataan Mahadhir yang sekali lagi mempersendakan Islam.

8. Untuk Mahadhir saya doakan semuga dia berikan hidayah oleh Allah dipenghujung usianya dan dipanggil oleh Allah sebagai seorang yang beriman.

Kenyataan Media/6 Okt 2009

DRS. KHALIL IDHAM LIM.
Ketua Penerangan PAS Perak/
ADUN Titi Serong.

Barah pangkal rahim

Email : mohd naim mohd zain

* Malaysia membelanjakan RM250 juta setahun untuk menguruskan barah pangkal rahim.
* Daripada jumlah itu hanya sembilan peratus digunakan untuk ujian pengesanan awal barah pangkal rahim - ujian lumuran pap.
* Daripada keseluruhan kes barah di Malaysia, barah pangkal rahim menduduki tempat kedua selepas barah payu dara.
* Di peringkat global, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan hampir 500,000 wanita diserang barah pangkal rahim setiap tahun.

Mengenali barah pangkal rahim

* Disebabkan oleh jangkitan kuman human papillomavirus (HPV).
* Pangkal rahim secara saintifiknya bertindak sebagai laluan. Darah mengalir dari uterus melaluinya untuk ke faraj ketika haid.
* Pangkal rahim juga menghasilkan mukus yang membantu sperma bergerak ke dalam rahim. Ketika hamil, pangkal rahim tertutup rapat bagi melindung janin. Ketika proses kehamilan, pangkal rahim terbuka untuk membenarkan bayi lahir.
* Barah pangkal rahim bermula seperti kebanyakan barah di mana-mana bahagian tubuh, ia bermula di dalam sel.


* Selain HPV, faktor lain seperti merokok, sistem imun tubuh wanita, komplikasi pengambilan pil cegah hamil hanya sebahagian faktor lain yang dikaitkan dengan barah pangkal rahim.
* HPV adalah virus yang sangat biasa ditemui pada lelaki dan wanita dan ada lebih 100 jenis HPV.
* Lebih 50 peratus orang akan mengalami satu daripada jenis HPV itu sekali dalam hidupnya. Manakala jenis HPV yang lebih berisiko tinggi (misalnya jenis 16 dan 18) pula akan menjadi punca barah pangkal rahim.
* HPV amat mudah berjangkit. Malah, kebanyakan orang dijangkiti HPV pada tahun-tahun pertama mereka aktif dalam hubungan seksual. Justeru, ujian lumuran pap sangat disarankan.


Faktor dijangkiti HPV.

* Tidak melakukan rutin ujian lumuran pap
* Sistem tubuh yang lemah
* Usia (barah pangkal rahim lebih banyak terjadi pada wanita berusia 40 tahun ke atas).
* Ramai pasangan seks atau perempuan yang melakukan hubungan intim dengan lelaki yang banyak pasangan seks.
* Merokok
* Komplikasi penggunaan pil perancang dalam masa yang panjang

Haji dan Umrah

Email : mohd naim mohd zain

Ibadat haji dan umrah merupakan satu amalan yang mesti dilakukan oleh setiap Muslim mukalaf yang berkemampuan, sekali dalam seumur hidupnya.

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Imran: 97 yang bermaksud: Dan Allah SWT mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat haji itu) maka sesungguhnya Allah SWT Maha Kaya (tidak berhajat kepada sesuatu pun) daripada sekalian makhluk. Sementara dalam surah al-Baqarah ayat 196 turut menjelaskan yang bermaksud: Dan sempurnakanlah haji dan umrah kerana Allah...

Oleh itu, jelaslah kepada kita bahawa amalan haji dan umrah adalah diwajibkan kepada mereka yang mampu dan cukup syarat-syaratnya. Rezeki yang diberi oleh Allah selalu digunakan untuk keperluan seperti makan, minum dan sebagainya. Elok benar sekiranya rezeki yang melebihi keperluan harian disimpan dan diguna untuk beribadat kepada Allah. Oleh itu, sewajarnya mereka yang diberi rezeki yang lebih oleh Allah untuk menunaikan haji dan umrah.

Ali r.a. berkata Rasulullah bersabda : "Barang siapa ada bekalan dan cukup perbelanjaan untuk menunaikan fardu haji tetapi ia tidak menunaikan fardu haji, maka tidak ada beza baginya mati sebagai Yahudi ataupun Kristian."

Rukun haji dan umrah

Rukun haji atau umrah adalah satu pekerjaan yang mesti dilakukan oleh mereka yang melaksanakan haji atau umrah. Jika tidak ditunaikan, sama ada sengaja atau tidak, maka tidak sah haji atau umrahnya.

Dengan itu, setiap jemaah perlu mempelajari amalan-amalan haji dan umrah dengan sebaik-baiknya. Diingatkan juga para jemaah tidak boleh mengambil mudah perkara ini kerana ia adalah kesempurnaan haji atau umrah.

Jika jemaah tidak laksana rukun-rukun itu atau laksana tetapi tidak sempurna mengikut syarat-syaratnya, maka tidak sah haji atau umrahnya.

Harapan kita untuk laksanakan haji atau umrah bagi dapat pahala, tetapi bukan pahala yang dapat, sebaliknya bala. Sebabnya, kerana tidak laksanakan amalan-amalan rukunnya dengan sempurna. Keadaan ini selalu berlaku kerana kita tidak mahu belajar dan mengambil mudah. Malah ada setengah di kalangan kita menganggap ia seperti pergi melancong ke tempat-tempat bersejarah yang lain.

Salah satu perbezaan amalan haji dan umrah dengan amalan-amalan lain dari segi perlaksaannya, apabila bermula maka ia mestilah diselesaikan amalan-amalan sehingga tahallul jika tidak akan dikenakan dam. Begitu juga berpindah daripada rukun ke rukun lain melainkan telah selesai dan sempurna rukun yang sebelumnya.

RUKUN HAJI

1. Niat ihram haji, 2. Wukuf, 3. Tawaf, 4. Saie, 5. Bergunting/bercukur dan 6. Tertib pada kebanyakan rukun

RUKUN UMRAH

1. Niat ihram umrah, 2. Tawaf, 3. Saie, 4. Bergunting/bercukur dan 5. Tertib

1. Rukun pertama haji dan umrah

l Niat ihram haji

"Sahaja aku mengerjakan haji dan berihram dengannya kerana Allah SWT"

l Niat ihram umrah

"Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengannya kerana Allah SWT"

Dengan niat ihram, maka diharamkan ke atas mereka melakukan perkara-perkara yang dilarang dalam masa ihram. Oleh itu, sebelum mereka berniat ihram disunatkan mereka melakukan perkara-perkara seperti berikut: i. Mengerat kuku, ii. Mendandan misai dan rambut, iii. Menanggalkan bulu-bulu ketiak, ari-ari dan sebagainya. iv. Mandi sunat ihram dengan niat "Sahaja aku mandi sunat ihram kerana Allah SWT", v. Mengambil wuduk, vi. Memakai minyak rambut, vii. Memakai kain ihram warna putih, viii. Mendirikan solat sunat ihram

Setelah itu bolehlah berniat ihram serta bertalbiah. Bagi wanita haid dan nifas dibolehkan berniat ihram. Ihram haji atau umrah, sebagaimana Rasulullah SAW bersabda kepada Aisyah r.ha tentang haid. "Engkau buatlah apa sahaja yang dilakukan orang yang mengerjakan haji kecuali tawaf."

2. Rukun kedua haji (tiada pada umrah)

Wuquf di Arafah

Arafah adalah satu padang yang terletak di Wadi Wuranah sebelah Muzdalifah dan dikelilingi bukit pasir yang menghala ke Taif. Jemaah haji perlu berada di sini walaupun seketika dalam sebarang keadaan seperti duduk, berbaring atau tidur bermula dari gelincir matahari (masuk waktu Zuhur) 9 Zulhijjah sehingga sebelum terbit fajar (masuk waktu Subuh) 10 Zulhijjah.

Oleh itu, syarat sah berwuquf, jemaah telah berniat dengan niat haji, jemaah berkeadaan seorang yang layak menunaikan ibadat (tidak gila, pengesan, mabuk dan hilang akal sepanjang masa wuquf) dan jemaah perlu berada di situ walaupun seketika. (dalam waktu wuquf).

3. Rukun ketiga bagi haji dan kedua bagi umrah.

Tawaf haji dan tawaf umrah

Mengelilingi kaabah sebanyak tujuh kali dengan syarat-syaratnya seperti berikut: i. Berwuduk (suci daripada hadas besar dan kecil), ii. Menutup aurat, iii. Suci badan, pakaian dan tempat tawaf daripada najis, iv. Bermula dan berakhir di sudut Hajarul Aswad, v. Menjadikan kaabah di sebelah kiri dan berjalan ke hadapan, vi. Dilakukan dalam Masjidil Haram dan di luar binaan kaabah, Hijir Ismail dan Syazarwan, vii. Tetap niat tawaf sepanjang masa tawaf, viii. Cukup tujuh pusingan dengan yakin.

Dalam isu batal wuduk semasa mengerjakan tawaf, maslahat jemaah haji dijamin, masyaqquh dan haraj mereka seperti kesesakan di tempat tawaf yang boleh menyebabkan berlaku persentuhan lelaki dan perempuan, ia dapat dihindarkan dengan beralih daripada pendapat Syafie yang masyhur dan berpegang kepada pendapat marjuh dalam Mazhab Syafie.

Jemaah haji boleh menggunakan pendapat yang menyatakan tidak batal wuduk jika berlaku persentuhan lelaki dan perempuan tanpa syahwat. (Muzakarah Haji Kali 21. 5-7 Jun 2005)

Niat untuk tawaf haji atau umrah, tidak perlu niat kerana niat tawaf telah termasuk dalam niat ihram haji atau umrah. Jika jemaah hendak niat juga, tidak mengapa. Niat tawaf lain seperti tawaf qudum (selamat datang), tawaf sunat, tawaf wada (selamat tinggal), tawaf nazar, tawaf tahyatubait perlu kepada niat. Niat itu sebelum daripada memulakan tawaf.

4. Rukun keempat bagi haji dan ketiga bagi umrah

Saie

Saie yang diertikan ialah berulang alik di antara Bukit Safa dan Marwah sebanyak tujuh kali dengan syarat-syarat sah. Syarat sah saie ialah; (1) Dilakukan selepas tawaf rukun atau tawaf qudum, (2) Bermula di Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah, (3) Cukup tujuh kali dengan yakin dikira sekali daripada Safa ke Marwah dan sekali daripada Marwah ke Safa, (4) Hendaklah sampai ke penghujung tempat saie di Safa dan di Marwah, (5) Hendaklah saie di Battnuwadi (iaitu kawasan yang telah ditetapkan oleh syarak untuk saie), (6) Tidak berniat lain yang memesongkan tujuan saie.

Dalam Muzakarah Haji Ke-25 telah menetapkan bahawa sah mengerjakan saie di tempat saie yang telah diperbesarkan. Pelebaran itu telah dilaksanakan pada musim haji 1429H.

6. Rukun kelima bagi haji dan keempat bagi umrah

Bergunting/bercukur

Bergunting atau bercukur membawa pengertian ialah menanggalkan sekurang-kurangnya tiga helai rambut di kepala dengan menurut syarat-syarat sahnya; i. Telah masuk waktu

(Bergunting/ bercukur untuk haji bermula tengah malam 10 Zulhijjah)

(waktu bergunting/bercukur umrah ialah setelah selesai saie umrah), ii. Rambut di kepala, iii. Tidak kurang daripada tiga helai rambut.

Ibadat haji ada dua Tahallul iaitu Tahallul Awal dan Tahallul Thani. Tahallul Awal terhasil apabila jemaah haji selesai mengerjakan dua daripada tiga perkara berikut: i. Melontar jamrah kubra (10 Zulhijjah) masa melontar bermula tengah malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah, ii. Bergunting/bercukur , iii. Tawaf rukun dan saie rukun.

Tahallul Thani dikira selesai apabila jemaah melakukan ketiga-tiga perkara tersebut. Dengan itu dapatlah kita fahami bahawa bertahallul itu, terhasil bukan saja dengan bergunting/bercukur rambut. Begitu juga boleh bergunting rambut orang lain sebelum ia menggunting rambutnya.

Cuma afdalnya ia bergunting atau bercukur bagi dirinya terlebih dahulu sebelum ia mencukur/mengguntin g orang lain. Sah juga ia mencabut rambut di kepala tanpa berguting. Boleh gunting rambut di mana-mana bahagian rambut tidak semestinya di pangkal rambut.

6. Rukun keenam bagi haji (tertib pada kebanyakan rukun) rukun kelima bagi umrah (Tertib)

Haji - Tertib Pada Kebanyakan Rukun

Rukun haji dikerjakan dengan tertib pada kebanyakan rukun iaitu didahulukan niat ihram dan rukun-rukun yang lain didahulukan wukuf dari tawaf ifadah dan didahulukan tawaf dari saie. Saie haji boleh mendahului wukuf dengan syarat telah melakukan Tawaf Qudum, begitu juga bercukur/bergunting boleh mendahului tawaf jika telah masuk waktunya.

Umrah - Tertib

Melaksanakan rukun umrah satu persatu iaitu yang dahulu didahulukan.

Provokasi BN di Bagan Pinang

Hafiz Ismail

Kenyataan Ketua Pemuda UMNO mengenai insiden dia dipukul oleh 9 orang sekaligus menujukkan betapa murahnya publisiti yang cuba diraih dalam suasana kempen yang sedang berjalan sempena pilihanraya kecil Dun Bagan Pinang.

Jelas apapun kenyataan yang bakal dikeluarkan lagi, rakyat telah mula letih dengan omongan kosong dan tuduhan tidak berasas yang dilemparkan oleh pihak BN. Masuk akalkah seramai 9 orang yang membelasah seorang dan didapati orang yang dibelasah dapat berdiri dengan tiada sebarang kecederaan mahupun sedikit calar, dan yang paling pelik bajunya putih bersih seolah baru dikeluarkan dari mesin basuh.

Hishamuddin semalam mengatakan mereka mempunyai bukti video dan gambar insiden dan akan menyiasat siapakah dalang yang terlibat dalam insiden ini. Kami juga meminta Hismuddin untuk segara menyiarkan foto dan video tersebut agar kita juga tahu siapakah mereka yang terlibat. Jika dalam masa seminggu video atau gambar tesebut tidak disiarkan bermakna benarlah ini adalah suatu lagi siri rancangan untuk meraih simpati pengundi Bagan Pinang.

Dibawah adalah video sewaktu hari penamaan calon. Kelab penyokong BN sengaja mencetuskan provokasi dengan memasuki kawasan sempadan penyokong Pakatan. Walaupun telah diberi arahan dan diminta beredar oleh pihak Polis, mereka tetap tidak berganjak.


Isytihar Bandar Tentera Darat, Najib terus berbohong

TELOK KEMANG, 5 Okt: PAS meminta Umno BN menghentikan pembohongan politik dengan mengisytiharkan Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat, demi memenangkan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Naib Presidennya, Salehuddin Ayub pagi tadi menegaskan bahawa rakyat N31 kian celik dengan taktik tidak bermaruah itu, setelah melihat sendiri nasib yang menimpai rakyat di Dun Manek Urai dan Permatang Pasir.

"Rakyat...termasuk di Bagan Pinang sedar dan tahu itu semua (Bandar Tentera Darat) pembohongan untuk memenangkan Isa," tegas Salehuddin dalam Markaz Induk PAS, di sini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menasihatkan Umno BN agar tidak lagi memperbodoh rakyat; dengan menjadikan Bagan Pinang Anak Emas Kerajaan Persekutuan.

Tambahnya lagi, taktik tersebut tidak lagi berbisa kerana rakyat kian yakin bahawa janji Umno menjadikan Manek Urai sebagai Bandar Agropolitan Malaysia pertama adalah pembohongan belaka.

Kritikan Salehuddin itu bukanlah bermakna beliau tidak mahu tentera diberi penghormatan, tetapi Najib perlu realistik meletakkan keutamaan pembangunan secara adil; bukannya sekadar memenuhi citarasa politik sempit Umno semata-mata.

Sebaliknya, Salehuddin menjelaskan bahawa calon Pakatan Rakyat, Zulkefly Mohamad Omar mampu melaksanakan suatu agenda perubahan yang lebih realistik, bukan janji politik pembohongan seperti Umno.

"Najib baru bercadang memulihara alam semula jadi dan pantai yang kita (Pakatan) bangkitkan ini; sedangkan calon Pas Pakatan Rakyat Zulkefly telah lama bergiat memperjuangkan bumi hijau melalui beberapa NGO, termasuk No Incenirator Borga dan Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)."

Jelas Salehuddin lagi, isu alam sekitar di Borga telah dipimpin sendiri oleh Zulkefly sehingga peringkat antarabanysa; yang akhirnya berjaya menyelamatkan alam sekitar dari aktiviti pencemaran.

Selehuddin yang juga Pengarah Jentera Induk N31 berkata, Zulkefly lebih berkemampuan berbanding calon taruhan Umno Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

"Kami (Pakatan) yakin Zulkefly mampu memperjuangkan isu perparitan, bau busuk, pembiakan lalat-nyamuk, air sungai-laut tercemar berbekalkan pengalaman menjadi aktivis, tokoh dan sukarelawan masyarakat sebelum ini."

Selain isu alam sekitar, Salehuddin memaklumkan bahawa Zulkefly juga bersedia mendesak pihak kerajaan negeri dan persekutuan untuk menyelesaikan projek penaiktarafan jalan utama sepanjang Port Dickson yang terbengkalai sejak enam tahun lalu.

Tegasnya, kerajaan negeri Umno BN tidak perlu lagi bersandiwara atas isu itu; yang menjadi rahsia umum semua penduduk tempatan.

"Rakyat tempatan semuanya tahu, sudah tiga kontraktor dilantik dalam kalangan kroni Umno untuk membaiki jalan utama ini. Jalan tidak juga siap. Duit rakyat entah ke mana perginya."

"Isa dan (Datuk Seri Utama) Mohamad Hassan (Menteri Besar Negeri Sembilan) sendiri tidak perlu menjalankan projek mee segera di kawasan terbabit hanya kerana mahu memenangkan Isa (calon)."

Turut menyertai Salehuddin, Zulkefly (calon), Pengarah Bersama Jentera Indduk N31 Dr. Dzulkefly Mohamad, Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat (JPPP) Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, Ketua Penerangan PAS Idris Hj. Ahmad serta beberapa pemimpin yang lain.

Beberapa hari lalu, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan di sini - Bagan Pinang akan dijadikan Bandar Tentera Darat.

Ogos lalu, Najib berjanji mahu menjadikan Dun Permatang Pasir sebagai Bandar Industri Kecil dan Sederhana pertama di Malaysia.

Jun lalu, Najib berjanji mahu menjadikan Dun Manek Urai sebagai Bandar Agropolitan pertama di Malaysia.

Dalam perkembangan berkaitan, Najib juga berjanji menjadikan semua Dun; termasuk di Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Batang Ai, Penanti yang menempuhi pilihanraya kecil - sebagai Anak Emas Kerajaan Persekutuan; jika Umno menang majoriti.

Janji politik Najib yang mula dikatakan sebagai pembohongan sedikit banyaknya turut menjejaskan kredibiliti calon taruhan Umno; Isa yang sebelum ini telah pun dipalitkan dengan pelbagai isu rasuah dan penyelewengan.

HarakahDaily.Net/-

Undi Pos diguna menangkan BN sejak PRU Pertama 1959

KUALA LUMPUR, 5 Oktober: Percaya atau tidak, itulah realiti sebenar bermulanya penyelewengan undi Pos yang diguna parti pemerintah untuk meneruskan legasi kekuasan mereka.

Seorang bekas pegawai tentera, Brigadier Jeneral (B) Datuk Zakaria bin Hj Dahlan menceritakan, pada hari tersebut beliau berada di dalam hutan untuk latihan.

Beliau dimaklumkan kertas undi pos akan dihantar dengan helikopter kepada semua anggota yang terlibat dengan latihan tersebut.

"Perkara yang saya tidak boleh lupa adalah pada Pilihan Raya Umum pertama tahun 1959. Waktu itu saya dalam hutan, helikopter sampai dan saya berada di bawah untuk sambut bungkusan kertas undi pos.

"Malangnya ia jatuh dalam paya. Saya dapatkan bungkusan itu dan keringkan kesemua kertas undi pos itu untuk dibahagi kepada anggota yang terlibat.

"Tiba tiba dapat arahan supaya sarjan mengumpulkan semua kertas-kertas undi itu, dan pangkah kesemuanya tanpa perlu diberi kepada anggota, " ceritanya sepenuh hati.

Beliau yang terlibat dalam ketenteraan lebih dari 30 tahun berkata, undi pos sememangnya talian hayat pemerintah sejak dari dulu.

Mereka mengarahkan pegawai-pegawai atasan supaya memastikan undi pos memberi kelebihan kepada mereka.

"kadang-kadang anggota tidak tengok pun kertas undi, tetapi bila dicek, dia sudah membuang undi, katanya lagi

Pada beliau, amalan undi pos sudah menyimpang jauh dari maksud sebenar. Melihat zaman sekarang ini katanya, undi pos tidak lagi sesuai kepada anggota yang menetap dalam kem.

"Pada zaman saya dahulu, undi pos adalah melalui pos, ataupun diterbangkan dengan helikopter dijatuhkan dari udara kepada anggota dalam hutan sahaja.

"Tapi sekarang, undi pos adalah anggota-anggota yang bermastautin dan bermukim dalam kem, sepatutnya tidak perlu undi pos kerana mereka boleh hadir mengundi seperti orang awam lain mengundi," katanya.

Seorang lagi bekas pegawai tentera Brig Jeneral Hj Abdul Ghani B Hj Mahluddin, turut mendedahkan perkara sama.

Beliau yang tidak bersetuju dengan pengendalian undi pos mengakui, pernah diadu oleh rakan rakan tentera yang lain berhubung tindakan salah guna undi pos tersebut.

Mereka menceritakan bagaimana mereka diarah memangkah kesemua kertas undi pos untuk anggota anggota bawahan.

"Tidak kurang dari 10 orang berpangkat koperal dan sarjan datang minta maaf pada saya. Mereka beritahu pada Pilihan Raya lepas mereka telah diarah bangun tengah malam, waktu anggota lain sedang tidur.

"Beberapa pegawai atasan mengarahkan mereka menuang semua kertas undi atas meja dan menyuruh mereka memangkah BN kesemuanya," katanya.

Isu pengundian pos kembali menjadi tumpuan menjelang pilihan raya kecil Bagan Pinang 11 Oktober ini.

Berdasarkan daftar pemilih setakat 4 September lalu, daripada sejumlah 13,664 orang yang layak mengundi pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, seramai 4,604 merupakan pengundi pos.

Beberapa tindakan telah dibuat Pakatan rakyat khususnya dalam usaha membebaskan anggota tentera dari dikongkong parasaan takut akibat beberapa prosedur undi pos.

Antaranya cetakan no siri anggota pada Borang 2 yang membolehkan mereka dikesan mengundi parti pilihan mereka.

HarakahDaily.Net/-


Runtuhan demi runtuhan di Terengganu

KEMAMAN, 5 Okt: Mula-mula bumbung dewan sekolah menengah runtuh. Lepas itu bumbung stadium runtuh dan kolam renang pula bocor. Kini bumbung masjid pula runtuh.

Inilah rentetan peristiwa yang berlaku di Terengganu yang kaya dengan wang royalti minyak ini.

Ekoran itu, para pemimpin PAS meminta rakyat Terengganu memberi perhatian dan menilai projek pembangunan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri berikutan keruntuhan demi keruntuhyan ini.

Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman, Haji Ismail berkata, sama ada projek pembangunan itu untuk kepentingan rakyat atau kebanggaan kerajaan negeri, beberapa insiden yang berlaku sejak mutakhir ini sepatutnya membuka minda rakyat.

Katanya, rakyat perlu lebih peka terhadap projek-projek pembangunan adakah untuk kepentingan rakyat atau suku sakat pemimpin tertentu mengaut keuntungan peribadi.

Tambahnya, apa yang mendukacitakan, pembangunan yang diuar-uarkan oleh kerajaan BN negeri itu ada di antaranya bukan sahaja membazir tetapi membahayakan nyawa manusia.

�Apa yang berlaku seperti bumbung Masjid Kampung Batu Putih yang runtuh ini sewajarnya diberikan perhatian serius oleh rakyat negeri ini,� ujarnya ketika ditemui semasa melawat masjid berkenaan, petang semalam.

Bumbung masjid yang berharga RM2.1 juta itu runtuh kira-kira jam 9 pagi Sabtu lalu dalam suasana cuaca baik tanpa ribut atau gempa bumi, menyebabkan tiga pekerja warga Indonesia yang sedang membaikinya cedera, seorang daripadanya parah.

Harakahdaily difahamkan, kerosakan di beberapa bahagian masjid itu termasuk bumbung dan siling telah dikesan sejak ia mula digunakan November tahun lalu tetapi aduan penduduk tidak diberikan perhatian oleh pihak berkenaan.

Bekas Adun Air Putih itu berkata, banyak projek pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan BN terutama pada penggal lepas sebenarnya lebih mengutamakan kroni daripada kepentingan rakyat.

Tambahnya, akibat daripada sikap kontraktor kroni yang mahu mengaut keuntungan yang berlipat ganda tanpa mengikut piawaian yang sepatutnya menyebabkan berlaku kejadian bumbung stadium, dewan sekolah dan masjid runtuh, pusat akuatik retak dan seumpamanya.

Ini, ujarnya, bukan sahaja membazir wang rakyat tetapi turut mengancam nyawa manusia sekalipun secara kebetulan insiden yang berlaku itu tidak melibatkan orang ramai.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya semua projek yang telah siap perlu diperiksa secara terperinci termasuk puluhan masjid sebelum digunakan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

"Kebetulan masa bumbung stadium dan masjid ini runtuh tiada manusia, bagaimana kalau ia berlaku sewaktu orang ramai berada di situ.

"Saya dimaklumkan oleh penduduk, satu majlis akad nikah dirancang diadakan di masjid ini, masanya kira-kira sejam selepas berlaku bumbung runtuh, terpaksa dipindahkan," katanya.

HarakahDaily.Net/-


Bukti bergambar, Azeez bukannya ditumbuk!

KUALA LUMPUR, 5 Okt: Benarkah Ketua Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim telah ditumbuk oleh para penyokong PAS semasa hari pencalonan pilihan raya kecil Bagan Pinang diadakan baru-baru ini?

Laporan Azeez yang mendakwa telah ditumbuk oleh lebih kurang 10 orang penyokong PAS semasa hari penamaan calon mengemparkan seluruh negara.

Namun, dalam satu kenyataan yang diberikan oleh Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad hari ini membuktikan sebaliknya.

Ustaz Idris dalam kenyataannya, membuktikan bahawa dakwaan yang dibuat oleh Azeez adalah tidak benar apabila mendedahkan tiga keping gambar yang menunjukkan situasi sebenar semasa hari pencalonan tersebut.

"Penyokong PAS dikatakan menyerang beliau ketika beliau bersama Datuk Ismail Sabri berjalan berhampiran dengan kawasan penyokong PAS yang sebenarnya menjadi kawasan larangan bagi penyokong Umno-BN semasa hari penamaan calon sabtu lalu.

(Gambar 1: Ketibaan Azeez dan rombongan di kawasan penyokong PAS)

"Beliau telah membuat laporan Polis pada hari yang sama dan mendakwa mengalami lebam di tengkuknya. Beliau juga dilaporkan mengalami muntah-muntah dan telah dimasukan ke Hospital sehari selepas kejadian.

"Bagaimanapun 3 keping gambar yang menunjukkan kejadian sebenar telah diterima dan mengesahkan bahawa Azeez telah berbohong. Beliau melalui kawasan penyokong PAS walaupun sudah ditegur oleh pihak Polis,"jelasnya.

(Gambar 2: Azeez dicuit dan disapa oleh salah seorang penyokong PAS)

Tambahnya,ketika melalui kawasan berkenaan, seorang penyokong PAS menepuk bahu beliau, bukannya menumbuk seperti yang didakwa.

"Rakaman gambar yang dibuat menunjukkan beliau hanya tersenyum dan berlalu pergi tanpa adanya sebarang aksi tumbuk menumbuk.

"PAS mahu Azeez meminta maaf kepada rakyat Bagan Pinang dan seluruh negara atas pembohongan yang beliau lakukan. PAS yakin rakyat sedar bahawa lakonan beliau kali ini hanyalah semata-mata untuk meraih undi simpati dari rakyat,"tegas beliau sambil menambah bahawa rakyat jauh lebih bijak dari pemimpin BN yang gagal membuat skrip dan lakonan yang baik semasa hari penamaan calon.

(Gambar 3: Azeez dan rombongan berlalu pergi tanpa sebarang insiden)

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mendakwa Azeez hanya mereka-reka cerita yang dia dipukul oleh penyokong pembangkang sewaktu penamaan calon semalam.

Salahudin berkata, Azeez telah datang menemuinya dan memberitahunya yang dia telah dipukul oleh sembilan pemuda PAS.

Katanya, sekiranya benar Azeez dipukul oleh sembilan orang, sekurang-sekurang tentu ada tanda bengkak atau cedera.

Bagaimanapun, menurut Salahuddin yang juga ahli Parlimen Kubang Krian, dia tidak nampak apa-apa kesan pada Azeez.

Malah, katanya, baju Azeez juga bersih dan tiada tanda kotor sebagai bukti berlaku pergelutan antaranya dengan mereka yang menyerangnya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar semalam, Salahuddin menyifatkan dakwaan Azeez itu sebagai satu pembohongan untuk mengelirukan rakyat.

Sebelum ini, Azeez mendakwa dipukul dan diterajang semasa berada di tengah-tengah kelompok penyokong PAS di luar pusat penamaan calon pilihan raya kecil Bagan Pinang pagi ini.

Beliau mendakwa telah dipukul "bertubi-tubi" lebih 20 kali oleh sekumpulan individu yang tidak dikenalinya dalam suasana kelam-kabut itu.

"Yang saya tahu, lebih daripada sembilan orang kerumuni saya. Saya terima lebih daripada 20 tumbukan," katanya ketika dihubungi oleh sebuah akhbar portal.

HarakahDaily.Net/-



Bagan Pinang: Tentera wajar ambil iktibar insiden di Thailand

KUALA LUMPUR, 6 Okt: Tindakan tentera Thailand di bawah pimpinan Jeneral Sonthi Boonyaratglin yang mengulingkan Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra pada tahun 2006 wajar diambil iktibar oleh anggota tentera Malaysia.

Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, PAS tidak menyeru anggota tentera merampas kuasa, tetapi tentera Malaysia wajar mempelajari insiden itu dengan sebaiknya di mana tentera di sana telah menolak pemimpin rasuah.

Penolakan calon dan pemimpin yang bergelumang dengan rasuah lebih-lebih lagi jika dilakukan oleh pihak keselamatan seperti angkatan tentera akan memberi 'signal' dan petanda serta isyarat paling jelas buat pengundi dan rakyat betapa amalan rasuah amatlah hina dan tidak wajar diamalkan dalam masyarakat.

Katanya, dalam pilihan raya Bagan Pinang, calon BN Tan Sri Isa Samad mempunyai rekod rasuah dan telah digantung keahlian selama 3 tahun oleh Umno setelah didapati merasuah perwakilan bagi merebut jawatan Naib Presiden pada 2004.

"Thaksin yang belum dibuktikan bersalah oleh mahkamah telah ditolak oleh tentera, maka wajarkah Isa yang sudah dibuktikan bersalah diundi oleh tentera di Bagan Pinang,

"Sebagai anggota keselamatan negara, tentera bukan sahaja wajib melindungi rakyat dari serangan musuh dari luar. Tentera wajib melindungi rakyat dari penguasaan pemimpin yang korup,"jelasnya dalam satu kenyataan kepada media semalam.

Oleh itu, katanya, PAS mengajak tentera di Malaysia khususnya di Bagan Pinang untuk melihat tindakan tentera Thailand itu sebagai satu cabaran buat mereka merubah landskap politik negara ke arah kepimpinan bersih dan beramanah serta tidak bergelumang dengan rasuah.

"Kita (PAS) menyeru agar anggota tentera mengunakan kuasa undi mereka untuk membuat perubahan dan menolak pemimpin korupsi yang ditawarkan oleh BN,"tegasnya.

HarakahDaily.Net/-

K'jaan cadang wajibkan premis letak arah kiblat

Kerajaan Kelantan sedang merangka kertas cadangan mengenai enakmen falak sebagai panduan kepada umat Islam bagi mengelakkan kekeliruan dalam menentukan arah kiblat yang sebenar.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran) Shafie Ismail berkata, kertas cadangan itu sedang disiapkan oleh Jabatan Mufti Kelantan sebelum dibentangkan kepada Dewan Undangan Negeri untuk kelulusan.

Cadangan enakmen itu perlu bagi membolehkan kerajaan negeri menguatkuasakan peraturan mewajibkan setiap premis awam dan individu menyediakan tanda arah kiblat yang betul, katanya kepada Bernama selepas merasmikan Kursus Falak (Qiblat) anjuran Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Kota Bharu hari ini.

Shafie berkata kursus itu adalah sebagai satu persediaan awal kerajaan negeri sebelum melaksanakan peraturan mengikut enakmen itu tidak lama lagi. BERNAMA

MalaysiaKini/-

Undi pos jadi taruhan PAS, BN

Dengan adanya tiga kem tentera dan lapan institusi dan unit ketenteraan dalam kawasan DUN Bagan Pinang, pentingnnya undi pos dalam kalangan anggota tentera kepada BN dan PAS dalam pilihan raya kecil Ahad ini tidak dapat disangkal.

Malah pemerhati politik menyifatkan undi 4,571 anggota tentera, yang merupakan sebahagian daripada 4,604 pengundi pos di kawasan itu, sebagai "kritikal" kepada kedua-dua parti yang bertanding itu.

BN mahu menambah atau setidak-tidaknya mengekalkan undi pos yang ia peroleh pada pilihan raya umum 2008, manakala PAS pula mengharapkan situasi itu akan berubah.

Umum lazimnya beranggapan bahawa kawasan yang mempunyai jumlah undi pos yang tinggi menjadi "penyelamat" kepada BN manakala parti lawan pula seringkali menjadikan undi pos sebagai alasan mereka kalah di situ.

Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang malah telah menyifatkan laluan calon parti itu di Bagan Pinang sukar dengan adanya 4,604 pengundi pos daripada keseluruhan 13,664 pengundi di kawasan itu dan seterusnya menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya lebih telus dalam urusan undi pos.

Benarkah tanggapan ini atau adakah ia hanya merupakan sebahagian daripada perang psikologi PAS supaya BN berasa selesa dengan kedudukannya dan parti itu akhirnya dapat membuat kejutan sebagaimana BN membuat kejutan di Manik Urai, pada pilihan raya kecil DUN itu Julai lepas.

Pada pilihan raya kecil Manik Urai, PAS dikejutkan dengan kejayaan Umno mengurangkan majoritinya daripada kira-kira 2,000 undi kepada 65 undi sahaja, walaupun Manik Urai merupakan kubu kuat PAS.

Penganalisis politik berpendapat bukan semua undi pos akan memihak kepada BN.

"Undi tentera fleksibel. Mereka kini sudah terbuka," kata saintis politik Dr Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latiff kepada Bernama.

Oleh yang demikian, undi pos bukanlah suatu kelebihan kepada BN, kata Dr Wan Abdul Rahman yang juga bekas pensyarah sains politik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Pada pilihan raya umum tahun lepas, Azman Mohammad Noor dari BN hanya mendapat sokongan lebih 3,000 undi pos manakala lawannya Ramli Ismail dari PAS memperoleh lebih 1,000 undi pos.

Pada pilihan raya itu Azman menewaskan Ramli dengan majoriti 2,333 undi.

Menyedari pentingnya pengundi pos di Bagan Pinang, PAS sejak dari awal berlakunya kekosongan kerusi DUN itu berikutan kematian Azman pada 4 Sept lalu, telah menjadikan undi pos sebagai "modal politik" untuk meraih simpati pengundi.

Pemerhati politik Prof Madya Dr Mohamad Agus Yusoff dari UKM, pula berkata perubahan status quo undi pos akan memberikan impak besar kepada pilihan raya kecil itu, sama ada BN berjaya mengekalkan majoriti kemenangan atau parti lawan berjaya meluaskan pengaruhnya dalam kalangan anggota tentera.

Bagan Pinang terletak dalam kawasan parlimen Teluk Kemang yang dikuasai PKR sejak pilihan raya umum lepas. Ia mempunyai kira-kira 30 peratus pengundi bukan Melayu. Dua puluh peratus atau 2,834 pengundi India menetap di empat ladang dan 10 peratus atau 1,498 pengundi Cina tinggal di merata-rata kawasan DUN itu.

Lebih 8,500 adalah pengundi Melayu, termasuk undi pos, mewakili 62 peratus jumlah pengundi di kawasan itu.

Wan Abdul Rahman berkata berdasarkan analisisnya, undi bukan Melayu memihak kepada PAS kerana pakatan parti itu dengan DAP dan PKR, manakala sentimen pengundi Melayu masih bersama dengan Umno/BN.

Katanya, pada pilihan raya umum lepas, pakatan pembangkang mendapat lebih 80 peratus undi India dan 65 peratus undi Cina dan hanya sekitar 10 hingga 15 peratus undi Melayu.

Pencalonan Tan Sri Mohd Isa Samad, yang juga bekas menteri besar Negeri Sembilan, dikatakan memberi kelebihan kepada BN kerana populariti beliau di kawasan itu, yang merupakan kampung beliau dibesarkan.

"Di Bagan Pinang mungkin 100 peratus tapi di kawasan lain hanya 70 peratus sahaja," kata Wan Abdul Rahman merujuk kepada tujuh kawasan peti undi lain terdiri Ladang Atherton, Pekan Siliau, Ladang Bradwall, Sua Betong, Taman Eastern, Si Rusa dan Teluk Kemang.

Apa yang penting, katanya, ialah tiada pihak harus terlalu yakin dengan sokongan yang mereka peroleh setakat ini, kerana dalam tempoh beberapa hari ini menjelang pengundian, pelbagai kemungkinan boleh berlaku. BERNAMA

MalaysiaKini/-

Bekas sarjan akui palsukan undi pos

kemaskini 3.19pm Seorang bekas sarjan hari ini mengakui pernah terlibat memangkah BN bagi pihak anggota-anggota tentera dalam dua pilihan raya umum – pemalsuan undi yang selama ini hanya digembar-gemburkan oleh ahli-ahli politik pembangkang.

Abu Kassim, yang bertugas sebagai "sarjan gaji", berkata beliau dan beberapa kakitangan tentera dalam bahagian pentadbiran, seperti ketua kerani, mendapat arahan bagi memanipulasikan undi pos daripada pegawai pentadbir kem.

Beliau, kira-kira 10 tahun menyertai PAS, bagaimanapun tidak ingat tarikh tepat dan tempat peristiwa itu dengan alasan ia "sudah lama" berlaku tetapi ia didakwa terjadi semasa bawah pentadbiran perdana menteri waktu itu Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya tidak ingat. Lama sudah. Tetapi dalam pilihan raya besar (umum), zaman Dr Mahathir dulu," katanya kepada Malaysiakini.

Anak kelahiran Kuala Pilah itu menganggotai tentera darat selama 23 tahun sehingga 1989. Beliau paling lama berkhidmat di Markas Stesen Staf Port Dickson.

Pengakuan depan pengerusi SPR

Abu kini seorang ahli jawatankuasa undi pos Pemuda PAS yang diketuai oleh ketua penerangan dewan itu Suhaizan Kaiat.

“Setiap pilihan raya, saya diminta memantau pengundian pos. Mungkin sebab saya bekas askar, mereka pilih saya,” katanya yang kini menetap di Bandar Tenggara, Port Dickson.

Jumaat lalu, Pemuda PAS mendedahkan pengakuan Abu, yang didakwanya bersedia tampil membongkar perkara itu, menjelang pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang pada 11 Oktober ini.

Suhaizan sebelumnya berkata pengakuan Abu itu juga dibuat di depan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam satu pertemuan rombongan PAS, yang diketuai naib presidennya Salahuddin Ayub, pada 28 Ogos lalu.

Menulis di blognya Bila Kentong Berbunyi, pemimpin Pemuda itu berkata, Abu terpaksa berbuat demikian atas arahan pegawainya, yang berdiri di belakang dan memerhati kertas undi dipangkah.

Dihubungi pagi ini, Abu berkata walaupun pernah mengundi untuk orang lain, beliau langsung tidak pernah mengundi untuk dirinya sendiri.

"Sepanjang berpuluh-puluh tahun menjadi askar, saya tidak pernah memangkah bagi pihak diri sendiri, tetapi tolong memangkah bagi pihak orang lain," katanya, dengan mendakwa seramai empat sehingga lima kakitangan pentadbiran kem turut terlibat dalam proses itu.

Diugut dibuang ke laut

Tambahnya, pemalsuan undi pos itu melibatkan sekurang-kurangnya 400 anggota tentera.

Beliau bagaimanapun tidak pasti sama ada pemalsuan undi pos masih berlaku di kem-kem tentera walaupun masih mencurigai amalan itu.

Abu juga berkata, akibat mendedahkan perkara itu secara terbuka kepada umum, beliau pernah "diugut hendak dibuang ke laut" melalui mesej SMS daripada pihak yang tidak dikenalinya.

"Banyak SMS macam itu saya terima," katanya.

Ditanya apa yang membuatkannya berani tampil kali ini, Abu berseloroh berkata: "Takkan sekarang mereka (kerajaan) hendak potong pencen saya."

Dalam setiap pilihan raya, perjalanan pengundian pos sentiasa mendapat bantahan pembangkang kerana dicurigai wujudnya penyelewengan yang akan memenangkan calon BN.

Dalam pilihan raya kecil di kerusi ini, jumlah pemilih pos sangat besar - 4,620 daripada 13,664 orang yang layak membuang undi.

MalaysiaKini/-

Turunkan juga bendera UMNO di Bagan Pinang

Email : saran mehzalan/tanpa edit.

Assallammualaikum YB. Apa Habaq?

Saya ada menonton TV, pihak SPR turunkan bendera DAP di Bagan Pinang sempena pesta Tanglong yang telah dihadiri oleh YAB DS Ir. Hj Nizar, alasan yg diberikan ialah DAP tidak bertanding, saya x puas hati sebab pihak SPR tak turnkan bendera UMNO, sebab UMNO juga tidak bertanding. Harap YB boleh lanjutkan perkara ini pada pihak SPR. Tq