Tiba giliran Noh Omar bermimpi di siang hari dan menyibuk tepi kain orang . Beliau dipetik telah berkata pakatan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat terlalu 'rapuh' dan tidak berada pada landasan atau matlamat yang sama untuk menerajui negeri itu. Beliau menyeru rakyat Selangor supaya bersatu dan bersedia menghadapi kemungkinan perpecahan dalam pakatan pembangkang yang diwakili oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP yang ketika ini memerintah negeri ini.
Nampaknya kenyataan ini sebenarnya berlaku untuk parti BN itu sendiri. Perpaduan dalam BN yang kononnya dianggap kuat dan hebat cuma menunggu retak menunggu belah ? siapa yang tidak tahu dengan percakaran sesama sendiri dikalangan komponen dek kerana kekalahan teruk dalam pilihan raya yang lepas.
UMNO sendiri menghadapi kemelut yang maha dasyat dengan tekanan terus menerus dari Tun Mahadhir dan sebahagian pimpinan UMNO yang masih tidak luput tarikh supaya Pak Lah letak jawatan. Kemelut yang menjadi rahsia umum ini menghiasi persada politik tanah air sekarang ini. Sehinggakan kepada siap pun tidak ada lagi kedengaran tindakan displn diambil . Jadilah Lembaga Displin UMNO suatu lembaga yang paling pengecut ?
Bermula dari kembalinya Sang kelembai kepangkuan pak Lah ianya sedikit tidak memberi kesan kepada para bloggers untuk terus memperjuangkan fakta sebenar untuk tatapan semua rakyat. Satu Sang Kelambai yang pergi diganti setiap hari dengan yang baru malah beribu-ribu.
Realitinya UMNO lah yang sedang berpecah belah. saya yakin dan mengandaikan paling lama UMNO dan BN akan bertahan cuma selewat-lewatnya sehingga PR umum ke 13 akan datang. Pada masa itu kita kan menyaksikan pesta penolakan kuasa BN dan UMNO yang angkuh dan tidak sedar diri. Saya yakin rakyat akan menolak apapun parti dan gabungan yang berasaskan ras dan bangsa semata-mata tanpa melangkau apa yang dinamakan menegakkan keadilan dan kesejahteraan sejagat.