27 Ogos 2008

Permatang Pauh membuktikan kematangan rakyat.

Sepanjang kempen yang sedang dijalankan di Permatang Pauh , kami di Perak sibuk dengan kempen solidariti dan ukhwah melawan "peluru akhir" yang di lepaskan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab dengan mengaitkan 2 Exco Kerajaan negeri Perak dengan rasuah wang dan sex.

Setiap hari sejak mereka terlibat saya berulang alik ke Ipoh bersama-sama dengan Exco dan ADUN yang lain hadir di Ipoh dan Mahkamah bagi menunjukkan sokongan padu kepada 2 Exco berkenaan. Kami sepakat untuk mengatakan dimana saja kami berada bahawa ini adalah perangkap .

Sebagaimana yang dijangkakan memang kes ini mahu dijadikan sesuatu yang boleh meraih undi di Permatang Pauh sehingga sehari seblum penduduk Permatang Pauh keluar mengundi kami sekalilagi berhimpun di Mahkamah sekyen mengikut prosiding pendakwaan kepada yang terlibat.

Hebat dan pantas sungguh BPR, tidak sampai seminggu sudah di dakwa di mahkamah sedangkan di sana ada ribuah fail yang bertimbun-timbun malah ada bukti yang lengkap kenapa tidak didakwa. Ini lah sifat double standard BPR yang tidak boleh dimaafkan.

Kalimat pertama keluar dari saya bila DS Anwar menang "padan muka". Rakyat sudah tidak percaya dengan segala maklumat yang diputar belit oleh media cetak dan elektronik arus perdana. Malah saya berkesimpulan mereka sangat percaya berita yang datang dari kami sendiri.

Bayangkan Muktamar PAS sudah 100 orang lebih yang datang buat liputan walaupun tidak semua yang ditulis dengan betul.

Namun yang jelas UMNO dan BN sudah berbohong ketahap yang tidak boleh dipercayai, seperti orang berbohong dengan mengataskan umur dia dengan ayahnya sama.

Begitulah di Permatang Pauh, kalau beginilah trendnya saya yakin masa depan Pakatan Rakyat (PR) akan lebih baik dimasa akan datang.

Apalagi Hari Kemerdekaan dan Ramadhan yang bakal tiba bagi umat Islam memastikan doa kita lebih makbul bagi meruntuhkan segala bentuk kezaliman yang ada di negara tercinta.

Pejabat ADUN Tronoh selamat dirasmikan

BATU GAJAH : Sebagai merealisasikan kerja-kerja mengurus rakyat di kawasan DUN Tronoh, ADUN kawasan tersebut yang juga merupakan Speaker Kerajaan Negeri Perak, V. Sivakumar telah membuka pejabat Pusat Khidmat ADUN Tronoh di Taman Saujana disini hari ini.

Kibaran bendera sempena menyambut hari kemerdekaan.

Majlis perasmian pejabat tersebut telah disempurnakan oleh Exco Kanan Kerajaan Perak, Dato' Ngeh Koo Ham. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Exco Perak, YB.Nga Kor Ming, YB.Chen Fook Chye,YB.Su Keong Siong,Timbalan Speaker YB. Hee Yet Fong,manakala ADUN yang hadir ialah YB.Sum Cheok Leng,YB.Puan Lim Pek Har, YB.Haji Mohd Anuar bin Sudin,YB. Drs. Khalil Idham Lim.

Tarian singa menyerikan majlis perasmian.

Semua Exco dan ADUN memotong riben merasmikan Pusat Khidmat ADUN Tronoh.

Beramah mesra dengan yang hadir.



Dato' Ngeh Koo Ham menyampaikan ucapan perasmian.

Anwar : kemenangan rakyat .

BUKIT MERTAJAM: Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memenangi pilihan raya kecil Perlimen Permatang Pauh, malam tadi menyifatkan ia adalah kemenangan rakyat yang mahukan perubahan di negara ini.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, ia isyarat jelas rakyat bukan saja di Permatang Pauh malah seluruh negara mahu kerajaan membuat perubahan dengan mengutamakan kepentingan rakyat terutama dalam bidang ekonomi.

Beliau juga memuji Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang berjaya memastikan proses pilihan raya berjalan lancar.

Anwar ke Parlimen 'seawal hari esok'

Walaupun berdepan kemungkinan tidak akan mengangkat sumpah secara rasmi sebagai ahli parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas akan ke Parlimen esok selepas menang kerusi Permatang Pauh malam ini.

"Insya Allah, seandainya diizinkan dan jika tiada aral, saya akan melangkah masuk ke Parlimen seawal hari esok dengan menggalas harapan rakyat keseluruhannya," katanya di blognya sewaktu menunggu keputusan rasmi pilihanraya kecil tersebut.

"Saya ucap terima kasih atas kesudian dan kepercayaan rakyat di Permatang Pauh yang memberikan undi kepada saya. "Di sebalik pelbagai bentuk intimidasi yang dilaksanakan oleh Umno-BN, keberanian rakyat untuk menerobos halangan ini sangat dihargai."

Keputusan rasmi Anwar (foto, paling kanan) mendapat majoriti besar sebanyak 15,671 undi diketahui kira-kira 9.45 malam di pusat penjumlahan walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tidak lama kemudian.

Penasihat PKR mendapat 31,195 undi, manakala calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah meraih 15,524 undi. Sementara calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Hanafi Hamat memperolehi 92 undi sahaja dan hilang wang pertaruhan.

Majoriti undi PKR kali ini lebih tinggi daripada yang diperolehi isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam pilihanraya umum Mac lepas. Kira-kira 81.1 peratus daripada 58,49 pemilih di Permatang Pauh keluar mengundi hari ini.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dilaporkan berkata majlis angkat sumpah tidak perlu disegerakan dalam minggu ini, walaupun Dewan Rakyat sedang bersidang khususnya untuk pembentangan Bajet 2009 pada Jumaat.

Pandikar Amin juga berkata ahli parlimen baru itu boleh berbuat demikian dalam sesi persidangan dewan yang akan berlangsung semula pertengahan Oktober ini."Tiada keperluan untuk beliau mengangkat sumpah dengan segera. Bukannya ada perebutan kuasa,"

Pandikar Amin dipetik berkata. "Mengapa perlu tergesa-gesa. Kita tidak boleh membuat andaian bahawa orang yang menang pilihanraya itu akan terburu-buru datang dan berbahas dengan Speaker dan angkat sumpah. "Ada sebulan lebih untuk sesiapa yang menang untuk kita tetapkan bila angkat sumpah, supaya ahli parlimen berkenaan boleh mengambil bahagian dalam perbahasan bajet, tetapi saya sudah bersiap sedia untuk segala-galanya."

sumber: malaysiakini

Anwar menang majoriti 15,671.

BUKIT MERTAJAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) memenangi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh apabila calonnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan majoriti undi 15,671 mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Mamat daripada Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim).




Najib "keputusan pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh membuktikan Barisan Nasional (BN) tetap mengamalkan prinsip demokrasi yang telus tanpa sebarang manipulasi".

Anwar memperoleh 31,195 undi, Arif Shah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya dengan 15,524 undi, manakala Hanafi yang juga Presiden Akim hanya memperoleh 92 undi, sekali gus hilang wang pertaruhan.

Keputusan diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahaya di pusat penjumlahan undi di Dewan Aminuddin Baki, Institut Perguruan Tuanku Bainun, Mengkuang, pada jam 10.12 malam.

Sebaik keputusan diumumkan, ia disusuli dengan sorakan kira-kira 500 penyokong PKR di dalam dewan manakala kira-kira 20,000 di padang berhampiran yang berkumpul sejak jam 5 petang.
Sebanyak 65 peratus daripada 58,459 pengundi berdaftar, termasuk pengundi pos menunaikan tanggungjawab dengan mengundi di 25 pusat mengundi yang dibuka mulai jam 8 pagi hingga 5 petang.

Bagaimanapun, keadaan cuaca yang hujan pada tengah hari merencatkan pengundi keluar mengundi apabila kebanyakan jalan utama ke semua 25 pusat mengundi, dilaporkan sesak teruk.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen yang diwakilinya sejak 1999 bagi memberi laluan kepada suaminya, Anwar bertanding semula di kerusi yang disandang sejak 1982.

Pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, Wan Azizah menang buat kali kedua berturut-turut menewaskan calon BN, Datuk Pirdaus Ismail dengan majoriti 13,888. Wan Azizah memperoleh 30,338 undi, manakala Pirdaus mendapat 16,950 undi. Peratusan mengundi bagi kawasan Parlimen itu pada pilihan raya lalu ialah 81.87 peratus.

Anwar menang majoriti lebih besar.

PERMATANG PAUH : DS Anwar Ibrahim telah memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh. SPR telah mengumumkan keputusan resmi pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh sebentar tadi.

Jumlah yang keluar mengundi ialah 81 % .Majoriti yang diperolihi oleh DS AnwAr ialah 15,671.

Anwar memperolihi 31,195, Ariff sebanyak 15,524 dan Hanafi hanya 92 undi.
Keputusan resmi ini mengesahkan DS Anwar Ibrahim sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh yang baru mengantikan isterinya sendiri, Datin Seri Wan Azizah yang meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada beliau bertanding.
Piliharaya Permatang Pauh juga mencipta sejarah baru dalam sistem demokrasi negara apabila seluruh jentera BN dan parti kompenannya berserta dengan seluruh jentera kerajaan yang disalahgunakan tidak berupaya membentung suara rakyat yang mahukan perubahan.