03 Mac 2009

Kami dilarang masuk rumah sendiri.

Sepatutnya pihak keselamatan menjaga keselamatan dengan memudahkan kami untuk masuk ke dalam Bangunan Perak Darul Ridzuan bukan menjadi "barua" menghalang kami masuk. Bangunan Perak Darul Ridzuan adalah rumah kedua kami, soalnya kenapa kami dilarang masuk rumah sendiri.

Menjaga keselamatan bukan berarti menghalang satu pihak untuk masuk kerumahnya sendiri. Paling malang rumah kami itu juga sedang didiami oleh kumpulan yang tidak jelas statusnya malah rakyat gelarkan mereka perompak dan perampas kuasa.

BN Penakut.

Saya sejak semalam banyak menerima SMS dan talipon dari teman-teman seperjuangan bertanyakan situasi terkini di Perak.

Jawapan saya untuk semua yang mengenali dan mengikuti perkembangan ini, sesungguhnya BN penakut, bacul, dan penipu dalam menghadapi krisis di Perak sekarang.

Setelah SPR, SPRM dan terkini pihak keselamatan pula diperguna akan oleh mereka untuk berhadapan dengan Ahli-ahli Yang Berhormat Pakatan Rakyat, sekaligus artinya mereka berhadapan dengan rakyat.

UMNO dan BN sejak sekian lama tidak punya hujah untuk menghadapi Pakatan Rakyat.

Kalau benar dalam tindakan sejak awal merampas Kerajaan Perak Pakatan Rakyat kenapa semuanya itu dipergunakan.

Hujah perlu dengan hujah, musuh kami bukan pasukan keselamatan dan sebagainya, musuh kami adalah kamu wahai BN dan UMNO.

Jangan salah gunakan harta rakyat, menutup dan mengepung Bangunan Perak Darul Ridzuan bererti musnahlah sistem demokrasi dan hak kebebasan warganegara dalam negara yang telah merdeka 50 tahun lebih.

Tunggu Tindakan kami seterusnya....

Surat terbuka buat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin

Datuk Seri,

Saya akan menulis secara ringkas dan manis. Tak ada lagi artikel cheong hei daripada saya.

Sudah tentu mereka dapat mengunci bangunan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri Perak, jika itu yang mereka mahu. Bangunan itu tidak penting. Jika bangunan itu tidak dapat digunakan — umpamanya, jika bagunan itu musnah akibat banjir atau gempa — adakah bermakna sidang Dewan Undangan juga tidak dapat diadakan [di tempat lain - penterjemah]?

Tentu saja boleh. Sidang boleh diadakan di mana saja, tidak semestinya di dalam dewan tersebut.

Malam ini, sekarang, pergilah cari tempat lain supaya sidang Dewan Undangan Negeri esok dapat dijalankan. Luluskan undi percaya terhadap kepimpinan anda sebagai Menteri Besar. Luluskan segala usul lain, termasuk usul untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri. Kemudian, segeralah memandu ke Bukit Chandan dan persembahkan kepada baginda Tuanku akan keputusan sidang Dewan Undangan Negeri itu.

Andainya Tuanku enggan memberi perkenan terhadap suatu yang secara terang adalah sejajar dengan undang-undang, cabarlah baginda, jika perlu, cetuskan Krisis Perlembagaan yang tidak pernah berlaku dalam sejarah 52 tahun negara ini.

Rakyat telah bersedia. ‘Revolusi’ seterusnya ini tidak akan menjadi rusuhan kaum a la 13 May. Ia akan menjadi satu Perjuangan Kelas. Dan saya bersama Rakyat dalam perjuangan ini, jangan pedulikan latarbelakang kerabat Di-Raja saya itu.

Saya bercakap sebagai raja tetapi bersuara untuk Rakyat. Percayalah, terdapat ramai anggota kerabat yang sependapat dengan saya. Jangan biarkan beberapa orang yang duduk di tampuk kuasa itu mengertak dan menakut-nakutkan anda sehingga anda fikir anda keseorangan, mewakili Rakyat, menghadapi Kesultanan. Tidak sama sekali, kami semua bersama dengan anda, begitu juga anggota kerabat yang lain.

Tangkaplah seladang itu melalui tanduknya dan jatuhkan ia dengan menarik tanduknya sehingga ke bawah kakinya. Walaupun telah ditakdirkan seladang itu memakai mahkota. Rakyat telah bangkit. Jangan sesekali mengaku kalah. Bersungguh-sungguhlah meneruskan perjuangan atau selamanya peluang itu akan hilang. Dan jika anda gagal bersunggu-sungguh meneruskan perjuangan ini, ingatlah bahawa Rakyat tidak akan memaafkan dan anda akan kehilangan kepercayaan kami buat selamanya.

Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku.

Patek yang hina sembah Tuanku dan memohon perkenan agar Tuanku jangan kecewakan Rakyat. Hasrat Rakyat ialah untuk mencari kebenaran dan keadilan. Biarlah ini juga menjadi hasrat Tuanku.

Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku.

[Terjemahan bebas arifabdull terhadap Open letter to Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tulisan RPK]

SU Dewan di gantung tugas

IPOH : Speaker DUN Perak, V. Sivakumar telah mengumumkan mengantung Abdullah Antong Sabri sebagai Setiausaha Dewan Negeri Perak dan mengantikannya dengan Setiausaha Politik Kepada YAB. Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat, Ust. Misbahul Munir Hj. Masduki bagi melaksanakan kerja SU Dewan dalam Sidang DUN Tergempar pada esok hari.

Kenyataan itu diumumkan dalam sidang akhbar sebentar tadi di sini.

Surat dari Speaker DUN.

Surat panggilan Speaker DUN Perak, V. Sivakumar yang saya terima saya siarkan untuk tontonan para pembaca blog cina islam.


Gelombang tsunami kuasa Speaker dihalang dengan cara kotor.

Nampaknya Zambry dan kuncu-kuncunya tidak mampu menghadapi gelombang tsunami kuasa speaker. Sejak beberapa hari ini mereka terdampar dengan berbagai pukulan dari keputusan speaker.

Terakhir mereka sedang bersiap menghadapi rempuhan gelombang tsunami dari semua ADUN Pakatan Rakyat untuk masuk Bangunan SUK. Segala usaha tanpa mengira peraturan dan undang-undang bagi menjayakan niat jahat mereka dan sekaligus mengagalkan niat murni Pakatan Rakyat yang mewakili rakyat Perak yang mahukan keadilan ditegakkan.

Segalanya diperkudakan demi mencapai hasrat itu. Mereka berselindung dengan berbagai fakta yang tidak ada asas dan kebenaranya.

Yakinlah ini lah kubur besar yang sedang digali oleh zambry dan kuncu-kuncunya bagi menguburkan mereka sendiri. Rakyat akan menjadi saksi kepada segala kerja jahat mereka dengan gelombang penolakan kepada BN dan UMNO bukan sahaja di Perak namun untuk seluruh Negara.

DUN Perak ditutup, halang sidang tergempar

Tindakan mengejut untuk menggagalkan sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dirancang esok, kompleks pentadbiran negeri yang menempatkan dewan itu akan ditutup esok.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh bahagian khidmat pengurusan, Bangunan Perak Darul Ridzuan di Jalan Bukit Gantang Wahab akan ditutup.

Kakitangan yang menetapkan temujanji di bangunan tersebut esok diarah membatalkannya.

Notis tanpa tandatangan itu dari pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) menggunakan logo rasmi kerajaan negeri.

Terdahulu, seorang exco kerajaan BN Perak ingin Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) dihadapkan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dewan itu berhubung dakwaan salah laku V Sivakumar.

Notis yang mengandungi laporan salah guna kuasa oleh Speaker, menghina DUN serta tidak taat setia kepada titah Sultan Perak itu diserahkan kepada setiausaha Speaker, A Basu di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 11 pagi.

Mohd Zahir Abdul Khalid berkata notis itu juga berkaitan tindakan Speaker menggantung dan melarang Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam exco kerajaan negeri menghadiri persidangan DUN, lapor Bernama.

Tindakan ini dipercayai sebagai reaksi balas terhadap usaha Speaker memanggiil sidang tergempar DUN jam 10 pagi esok bagi membahaskan usul-usul undi percaya terhadap Datuk Seri Mohamad Nizar Jamamaluddin, yang ditumbangkan oleh BN, dan membubarkan dewan.

Semalam, Setiausaha DUN Abdullah Antong Sabri berkata cadangan Speaker untuk memanggil sidang tergempar itu tidak sah.
Ia tidak boleh diadakan dengan tidak mendapat perkenan
Sultan Perak berdasarkan perintah tetap dewan serta
undang-undang tubuh kerajaan negeri, tambahnya.

Sivakumar mingggu lalu dilaporkan berkata sidang tergempar itu tidak memerlukan perkenan baginda terlebih dahulu kerana notis 14 hari hanya perlu dikeluarkan dalam keadaan DUN bersidang biasa dan bukannya untuk sidang tergempar.

Semalam, beliau bertegas akan tetap meneruskan sidang tergempar itu - melanjutkan lagi krisis peralihan kuasa di negeri itu yang berlarutan kira-kira sebulan.

Kerajaan BN juga akan memohon perintah injunksi daripada mahkamah bagi menghalang sidang tergempar itu.malaysiakini

Tempoh 24 jam yang semakin menarik tetapi mencemaskan.

Waktu sidang tergempar DUN Perak yang diumumkan oleh Speaker Perak, V.Sivakumar yang direncanakan pada esok hari, selasa 3 Mac semakin hampir. Saya yakin seluruh mata yang mencintai keadilan dan ingin menyaksikan kezaliman dan penindasan sedang diarahkan ke Negeri Perak Darul Ridzuan.

Segala usaha mematuhi Undang-undang dan peraturan yang sedia ada saya yakin sebagai parti dan pakatan yang diakui oleh lawan dan kawan telah dilakukan demi menyelamatkan Kerajaan Negeri Perak yang menjadi milik kami sejak Mac 2008 yang telah dirampas dengan kejam oleh BN.

Doakan kami dari semua ADUN Pakatan Rakyat diberikan kekuatan jasmani dan rohani bagi meneruskan perjuangan rakyat ini.

Lucu dan kartun, Speaker pula dipersalahkan BN.

Exco Kerajaan Kudeta Negeri Perak, Mohd. Zahir Abdul Khalid mengemukakan notis mahu merujuk Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan atas alasan salah laku dan tidak menghormati Sultan Perak.

Notis yang mengandungi laporan salah guna kuasa oleh Speaker, menghina DUN serta tidak taat setia kepada titah Sultan Perak Sultan Azlan Shah itu diserahkan kepada Setiausaha Politik Sivakumar, A. Basu di pejabat Speaker di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 11 pagi.

Tindakan lucu dan kartun itu diambil sehari sebelum sidang tergempar DUN dijadualkan berlangsung esok.

BNlah punca kemelut yang berlaku di Perak sekarang, nampak sangat tembelang mereka sekarang ini, mereka yang mula langgar perlembagaan kami pula yang disalahkan.

kalau bercakap mengenai undang-undang san sebagainya, BN lah yang menjeadi pelopor kepada pelanggaran semua itu tanpa batas. amatlah lucu Pakatan Rakyat dan Speaker yang dipersalahkan.

Sangatmalang semuanya hendak dikaitkan kepada menghormati Sultan dalam keadaan yang tersepit dan tidak ada alasan lain.

Zahir berkata, notis itu juga berkaitan dengan tindakan Speaker termasuk keputusan menggantung dan melarang Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam Exco kerajaan negeri menghadiri persidangan DUN.

"Kita anggap ini tidak mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak dan ini melanggar dan ingkar titah Sultan Perak.

"Kita sebagai ADUN termasuk Speaker sedia maklum mesti menyatakan taat setia tidak berbelah bagi kepada Sultan Perak," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan notis itu di sini.

Zahir berkata, mengikut Artikel 47 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri yang merupakan perlembagaan serta undang-undang tertinggi di Perak, semua anggota DUN mengangkat sumpah antara lain untuk memelihara, melindungi dan mempertahankan Undang-undang Tubuh Kerajaan negeri Perak dan bersumpah dengan sesungguhnya akan taat setia kepada Sultan Perak.

Pada 18 Februari lalu, Zambry digantung oleh Speaker serta-merta dan dilarang daripada menghadiri sesi DUN Perak selama 18 bulan manakala enam Exco kerajaan negeri digantung selama 12 bulan.

Minggu lalu pula Sivakumar memanggil untuk diadakan sidang tergempar DUN, yang dijadualkan esok

BN semakin pening.

IPOH : Pagi ini rakan media memaklumkan kepada saya satu injuksi di mahkamah akan dilakukan oleh BN bagi menghalang Sidang DUN Tergempar yang akan diadakan esok.

Kalau benar berita ini bererti BN sudah dalam keadaan tersepit dan terdesak. Mereka menyedari segala tindakan yang dilakukan untuk menghalang sidang DUN itu tidak akan berjaya.

Walaupun mereka berjaya mengkambing hitamkan SU Dewan, mereka juga menyedari Speaker boleh melantik SU yang baru bagi menjalankan tugas tersebut.

Mencabar di mahkamah adalah lucu seperti kata Tun Dr. Mahadhir. demikianlah lucunya jika berlaku usaha untuk menghalang Sidang DUN Tergempar Perak.

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan :-

Fasal 72. Keistimewaan Dewan Negeri.
1.Sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana Dewan Negeri tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah
.

Seruan Kepada Semua Cina Islam,

Allah SWT telah memilih kita untuk menjadi seorang yang beriman kepada Nya. Dengan mengucapnya dua kalimah syahadah setelah bersaksi tidak ada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah..maka berakhirnya zaman jahiliyah kita dan kita semua menjadi sebahagian dari umat Islam. Alhamdulillah....


Maka bermulalah suatu kehidupan insan yang putih bersih tanpa sedikitpun dosa, setelah Allah mengampunkan segala perkerjaan yang lalu. Seperti anak anak yang baru dilahirkan, seputih kapas yang tak ternoda sedikitpun dosa. Seputih salji jauh mata memandang yang mengasyikkan.

Sesudah itu ingatlah kehidupan saudara hendak lah memenuhi hasrat penciptaan manusia itu sendiri dengan melakukan amal soleh :

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

"Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku." ( Adz-Dzaariyaat : 56)

Tuntutan mengenai Rukun Iman dan Rukun Islam tidak berada dalam skop yang terbatas tetapi melaksanakan semua titah perintah Allah sehinggalah berjuang dalam perjuangan Islam sesuai dengan matlamat diutuskan Rasul itu sendiri :


وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَّسُولاً أَنِ اعْبُدُواْ اللّهَ وَاجْتَنِبُواْ الطَّاغُوتَ فَمِنْهُم مَّنْ هَدَى اللّهُ وَمِنْهُم مَّنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلالَةُ فَسِيرُواْ فِي الأَرْضِ فَانظُرُواْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ

"Dan sungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): "Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut itu", maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya. Maka berjalanlah kamu dimuka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul)." ( An Nahl : 36)

Sesungguhnya di Malaysia Jemaah Islam yang sedang memperjuangkan itu semua, iaitu Parti Islam Semalaysia (PAS), jauhilah parti atau jemaah yang sesat dan menyesatkan umat manusia seperti UMNO dan sebagainya..Sia-sialah kita kalau saudara menyokong sebuah parti yang telah dan sentiasa melakukan malah mencipta kezaliman kepada rakyatnya disemua peringkat.

Sedangkan di sana Allah melarang kita melakukan kezaliman sesama manusia dan kepada semua makhluknya yang lain, cenderung kepada yang zalim pun dilarang oleh Allah SWT :

وَلاَ تَرْكَنُواْ إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللّهِ مِنْ أَوْلِيَاء ثُمَّ لاَ تُنصَرُونَ


"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan." (Hud : 113)

Apalagi kalau saudara adalah orang yang memilih calon-calon dari Parti UMNO dan BN yang sedang melaksanakan kezaliman yang melampau, saudara telah mempunyai saham atau aset yang menyebabkan hayat kezaliman itu berterusan untuk 5 tahun akan datang. Ingatlah tanggungjawab berjuang untuk memenangkan Islam dan Jemaah Islam, tanggungjawab untuk meruntuhkan kezaliman dan menegakkan keadilan adalah soalan-soalan yang akan ditanya di hadapan Allah SWT kelak di akhirat.

Yakinlah dengan akidah dan perjuangan Islam dan itulah penyelamat kita semua setelah kita bergelar CINA ISLAM

Kejadian Manusia

Sejenak berfikir tentang kejadian manusia lantas marilah merenung kepada diri sendiri betapa agung dan hebat nya ciptaan Allah SWT. Apakan tidak kita dijadikan dari cantuman tulang , disalutkan daging dan urat, lengkap dengan pelbagai organ dan deria, lantas tersalut kulit yang cantik molek. Sesudah itu Allah tiup kan roh sehigga dalam bahasa mudah kita dikatakan bernyawa dan aktif bergerak seperti sekarang.

Tidak ada bahasa yang paling sesuai kita nukilkan untuk membesarkan Allah melainkan dengan mengucapkan subhanallah, Allah hu akhbar dengan kejadian yang demikan rupa. Al Quran lebih awal menganjurkan kita untuk memikirkan kejadian diri kita sendiri sebagaimana firman Allah SWT :

أَوَلَمْ يَتَفَكَّرُوا فِي أَنفُسِهِمْ مَا خَلَقَ اللَّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا إِلَّا بِالْحَقِّ وَأَجَلٍ مُّسَمًّى
وَإِنَّ كَثِيراً مِّنَ النَّاسِ بِلِقَاء رَبِّهِمْ لَكَافِرُونَ

"Dan mengapa mereka tidak memikirkan tentang (kejadian) diri mereka? Allah tidak menjadikan langit dan bumi dan apa yang ada diantara keduanya melainkan dengan (tujuan) yang benar dan waktu yang ditentukan. Dan sesungguhnya kebanyakan di antara manusia benar-benar ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya." (Ar Ruum :08)

Hebatnya manusia yang dicipta Allah, bila berada dalam keadaan musim sejuk walaupun di bawah paras beku, darah manusia tidak akan beku. Demikianlah jika difikirkan satu persatu anggota tubuh badan manusia tentunya dia akan kembali kepada suatu kebesaran ciptaan Allah.

Allah menjelas dengan sejelas mungkin asal kejadian manusia di dalam Al Quran, cuma manusia sahaja memejamkan mata dan sombong diri seolah tidak mahu ambil tahu dari mana asal kejadian mereka , firman Allah :

ثُمَّ خَلَقْنَا النُّطْفَةَ عَلَقَةً فَخَلَقْنَا الْعَلَقَةَ مُضْغَةً فَخَلَقْنَا الْمُضْغَةَ عِظَاماً فَكَسَوْنَا الْعِظَامَ لَحْماً ثُمَّ أَنشَأْنَاهُ خَلْقاً آخَرَ فَتَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ

"Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta." (Al Mu'minun : 14)

Di sana terdapat banyak ayat-ayat Al Quran yang menceritakan tentang kejadian manusia yang berasal dari satu keturunan iaitu Nabi Adam dan Siti Hawa. Sesudah itu kita dijadikan berbangsa-bangsa dan bersuku-suku . lalu bertebaranlah sekalian manusia yang dijadikan oleh Allah disegala pelusuk dan sudut alam ini. Berubah mereka dalam warna kulit, bahasa, budaya , makan minum dan sebagainya namun hakikat yang tidak boleh dinafikan kita berasal dari satu keturunan.

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُم مِّن ذَكَرٍ وَأُنثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوباً وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)." (Al Hujuraat : 13)

Sebab itu dalam surah yang sama kita dinyatakan oleh Allah SWT sebagai bersaudara ;-

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. "(Al Hujuraat :10)

Sesudah ini kita mestilah arah tujuan dan matlamat atau garis akhir dari kehidupan ini. Islam mengajar kepada kita untuk bertanggungjawab kepada semua yang kita lakukan kernana kita semua akan menempuh suatu masa yang dipanggil kematian.
هُوَ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن طِينٍ ثُمَّ قَضَى أَجَلاً وَأَجَلٌ مُّسمًّى عِندَهُ ثُمَّ أَنتُمْ تَمْتَرُونَ
"Dialah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian Dia tentukan ajal (kematian kamu) dan satu ajal lagi yang tertentu di sisiNya (iaitu masa yang telah ditetapkan untuk dibangkitkan kamu semula pada hari kiamat); dalam pada itu, kamu masih ragu-ragu (tentang hari pembalasan). "(Al An'aam :2)

نَحْنُ قَدَّرْنَا بَيْنَكُمُ الْمَوْتَ وَمَا نَحْنُ بِمَسْبُوقِينَ

"Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan" (Al Waaqi'ah : 60)

saat yang paling kita takuti adalah sakratul maut, saat dimana manusia akan dicabut nyawanya oleh Malakul-maut, yang pasti akan ditempuh walau ada mansuia seolah ingin lari darinya.

وَجَاءتْ سَكْرَةُ الْمَوْتِ بِالْحَقِّ ذَلِكَ مَا كُنتَ مِنْهُ تَحِيدُ
"Dan datanglah sakaratul maut dengan sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari daripadanya"(Qaaf :19)
Oleh itu bersedialah kita untuk bertemu dengan Allah SWT kerana bila-bila masa kita akan dipanggilNya

6 cara pakai tai.

Email : Zamri Kecik's

Berikut ini adalah 6 cara memakai tai untuk menjadi panduan harian anda ke pejabat dengan lebih bergaya. Mungkin sebelum ini anda hanya mengamalkan salah satu darinya, sekarang ini anda mengetahui ada lagi 5 cara yang lain memakai tai.

Selamat mencuba....