18 November 2009

Hari Raya Qurban Ditetapkan Pada 27 November

KUALA LUMPUR: Hari Raya Qurban atau Hari Raya Aidiladha bagi Malaysia ditetapkan pada 27 November ini, bersamaan 10 Zulhijah, umum Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah.

Engku Ibrahim berkata: "Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini diisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1430 Hijrah ialah pada 18 Nov 2009 Masehi.

"Oleh yang demikian Hari Raya Qurban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Jumaat, 27 Nov 2009 Masehi," katanya dalam siaran akhbar Jabatan Penerangan yang dikeluarkan di sini Shari ini. BERNAMA

KONVENSYEN BLOGGER PAS 2009

Blog merupakan medium alternatif terpenting yang memberikan kelebihan kepada mana-mana individu, kumpulan dan organisasi bagi membina imej dan pengaruh. Blogger pula merujuk kepada individu yang mengendalikan Blog.

PAS memandang positif kewujudan blog sebagai medium bagi menghadapi peperangan siber disamping menyebarkan dakwah. Namun kebanyakan blogger PAS yang ada, tumbuh meliar tanpa panduan dari peringkat kepimpinan PAS hingga menjadikan dunia blog sebagai medan yang mendatangkan kerugian kepada PAS.

Maka satu konvensyen Blog dicadang untuk diadakan bagi mengenal pasti blogger sebenar PAS dan memberikan perkongsian maklumat serta panduan berguna untuk mereka memberikan sumbangan yang lebih bermakna buat PAS.

Objektif

1. Menghimpunkan dan mewujudkan Kelab Blogger PAS yang aktif
2. Memberikan kefahaman tanggungjawab dan hala tuju Blogger PAS

Tarikh : 20 Disember 2009
Tempat : Markaz Tarbiyyah PAS, Taman Melewar
Masa : 8.00 pagi-1.00 petang
Pendaftaran : RM10.00 seorang

Peserta

1. Terdiri dari kalangan ahli PAS yang berdaftar. Pendaftaran awal akan dibuat bagi mengesahkan setiap peserta adalah ahli PAS dan maklumat berikut akan direkodkan. Sila daftar melalui emel atau fax di talian 03-26937227 sebelum tarikh 11 Disember 2009 bagi memudahkan kerja-kerja pengurusan.

Nama
No. Ahli PAS
No. HP
Alamat Blog
Email

2. Jemputan khas kalangan Blogger Mahasiswa dan Penyokong PAS

Tentatif Program

8.00-Pendaftaran Perserta.
8.30-Ucapan Aluan Oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ust Idris Ahmad
8.45-Ucaptama Perasmian & Pelancaran Kelab Blogger PAS Oleh Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
"Harapan dan Cabaran Buat Blogger PAS"
9.30-Rehat
9.45-Pembentangan Kertas Kerja 1-Ust. Ghani Shamsuddin
"Memahami Potensi Blog dan Media Baru Dalam Gerakan Dakwah dan Politik PAS"
9.45-Pembentangan Kertas Kerja 2-Ust. Nasaruddin Hassan Tantawi
"Blog Sebagai Medan Dakwah Bukan Fitnah"
10.45-Sesi Diskusi kumpulan
11.45-Pembentang Cadangan /resolusi terhadap aktiviti Kelab Blogger PAS
12.45-Makan Tengahari
Bersurai

* tertakluk kepada pindaan
--------------
Kelab Blogger PAS dicadang untuk ditubuhkan dan pengerusinya diletakkan dalam senarai Ahli Mesyuarat Lajnah Penerangan PAS Pusat.

Pusat pengedaran arak Perak dibuka berhampiran Kg Melayu Sg Rapat

http://ajijoi.blogspot.com/

Sebuah bangunan baru yang dibina beberapa bulan lalu di Jalan Sultan Azlan Shah Selatan iaitu jalan yang menuju ke Kg Sg Rapat dan juga Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh kini akan dibuka sebagai Pejabat Pemasaran Perak untuk jenama arak popular Guiness Anchor.

Di harapkan semoga kawasan majoriti Melayu yang berhampiran iaitu Kg Sg Rapat dibebaskan segera daripada pengaruh penjualan arak yang menjadi ibu kepada segala maksiat.

Penduduk Melayu di Kg Sg Rapat, Kg Rapat Jaya dan Kg Rapat Jaya Tambahan yang terletak hanya dibelakang pejabat pemasaran arak ini menggunakan laluan dihadapan pejabat tersebut setiap hari untuk ke pusat bandar.

Semoga pejabat pemasaran arak ini dapat dipindahkan jauh daripada kawasan penduduk yang majoritinya Melayu beragama Islam.

Pihak berkuasa tempatan perlu bertindak segera dan lebih peka kepada sensitiviti umat Islam yang berhampiran.


10 Surah Yang Mujarab Dari Nabi Muhammad S.A.W

Email : IlyTrolak


1. SURAH AL-FATIHAH

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

2. SURAH YAASIN

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AT-DHUHAN

Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI'AH

Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

5. SURAH AL-KHAUTHAR

Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN

Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

7. SURAH AL-MULK

Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur..

8. SURAH AL-IKHLAS

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : "Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an." Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya. " Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."

9. SURAH AL-FALAQ

Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

10. SURAH AN-NAS

Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati

KUFUR dan 7 perkara yang membinasakan

Email : hazlan hj. mohammad

Definisi kufur: Kufur secara bahasa berarti menutupi. Sedangkan menurut syara’; kufur adalah tidak beriman kepada Allah dan Rasul-Nya baik dengan mendustakannya atau tidak mendustakan- nya.

Kufur secara garis besar dibagi menjadi dua jenis: Kufur besar dan Kufur kecil.

1. Kufur Besar: Kufur besar bisa mengeluarkan seseorang dari agama Islam. Kufur besar ini sendiri ada lima kategori:
a. Kufur karena mendustakan, dalilnya adalah firman Allah: “Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang mengada-adakan kedustaan terhadap Allah atau mendustakan yang hak tatkala yang hak itu datang kepadanya? Bukankah dalam neraka Jahannam itu ada tempat bagi orang-orang yang kafir? (QS. 29:68).

b.. Kufur karena enggan dan sombong,padahal membenarkannya. . Dalilnya adalah firman Allah dalam surat al-Baqarah ayat 34.
c. Kufur karena ragu, dalilnya adalah firman Allah dalam surat al-Kahfi ayat 35-38.
d. Kufur karena berpaling, dalilnya adalah firman Allah dalam surat al- Ahqaaf ayat 3, yang artinya : “Dan orang-orang kafir itu berpaling dari peringatan yang disampaikan kepada mereka”.
e. Kufur karena nifaq, dalilnya adalah firman Allah Ta’âla dalam surat al-Munâ fiqûn ayat 3, yaitu (artinya): “Yang demikian itu adalah karena mereka ber- iman (secara lahirnya), lalu kafir (secara batinnya), kemudian hati mereka dikunci mati, karena itu mereka tidak dapat mengerti”.

2. Kufur Kecil: Kufur kecil yaitu kufur yang tidak menjadikan pelakunya keluar dari agama Islam, dan ia adalah kufur ‘amaliy . Kufur ‘amaliy ialah dosa-dosa yang disebutkan di dalam al-Qur’an dan as- Sunnah sebagai dosa-dosa kufur, tetapi tidak mencapai derajat kufur besar. Seperti kufur nikmat, sebagaimana yang disebutkan dalam firman-Nya surat an-Nahl ayat 83, yaitu (artinya): “Mereka mengetahui nikmat Allah, kemudian mereka mengingkarinya dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang kafir”.
Termasuk juga membunuh orang Muslim, sebagaimana disebutkan dalam sabda NabiShallallâhu 'Alaihi Wasallam: “Mencaci seorang muslim adalah suatu kefasikan dan membunuhnya adalah suatu kekufuran”. Dalam sabdanya yang lain: “Janganlah kalian sepeninggalku kembali lagi menjadi orang-orang kafir, sebagian kalian memenggal leher sebagian yang lain”. (HR. al-Bukhari dan Muslim)

Termasuk juga bersumpah dengan nama selain Allah. Nabi Shallallâhu 'Alaihi Wasallam bersabda: “Barangsiapa bersumpah dengan nama selain Allah berarti ia telah kafir atau musyrik”. Yang demikian itu karena Allah tetap menjadikan para pelaku dosa besar sebagai orang-orang mukmin, Allah berfirman: “Hai orang-orang yang ber- iman, diwajibkan atas kamu qishash berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh”. (al-Baqarah: 178)
Allah tidak mengeluarkan orang yang membunuh dari golongan orang-orang ber- iman, bahkan menjadikannya sebagai saudara bagi wali yang (berhak melaku- kan) qishash sebagaimana dalam surat al-Baqarah ayat 178. Yang dimaksud dengan saudara dalam ayat tersebut adalah saudara se-agama (Q.S. al-Hujurat : 9-10).

Kesimpulan

Perbedaan antara Kufur Besar dengan Kufur Kecil:

1. Kufur besar mengeluarkan pelakunya dari agama Islam dan menghapuskan (pahala) amalnya, sedangkan kufur kecil tidak menjadikan pelakunya keluar dari agama Islam, juga tidak menghapuskan (pahala) amalnya, tetapi bisa mengurangi (pahala)nya sesuai dengan kadar kekufura nnya, dan pelakunya tetap dihadapkan dengan ancaman.

2. kufur besar menjadikan pelakunyakekal di dalam neraka, sedangkan kufur kecil, jika pelakunya masuk neraka maka ia tidak kekal di dalamnya, dan bisa saja Allah memberi ampunan kepada pelaku nya sehingga ia tidak masuk neraka sama sekali.

3. kufur besar menjadikan halal darah dan harta pelakunya, sedangkan kufur kecil tidak demikian.

4. kufur besar mengharuskan adanya permusuhan yang sesungguhnya, antarapelakunya dengan orang-orang mukmin. Orang-orang mukmin tidak boleh mencintai dan setia kepadanya, betapapun ia adalah keluarga terdekat. Adapun kufur kecil maka ia tidak melarang secara mutlak adanya kesetiaan, tetapi pelakunya dicintai dan diberi kesetiaan sesuai dengan kadar keimanannya, dan dibenci serta dimusuhi sesuai dengan kadar kemaksiatannya. Hal yang sama juga dikatakan dalam perbedaan antara pelaku syirik besar dengan syirik kecil.

Mengenai pertanyaan anda: Apakah kita boleh menyebut kafir kepada mereka yang selain Muslim, misalnya orang kristen?
Berikut kami lampirkan fatwa semisal dari al-Lajnah ad-Daaimah lil buhuts al-'Ilmiyyah wal Ifta', sebuah majlis fatwa resmi kerajaan Arab Saudi (Semacam Majlis Ulama Indonesia/MUI) :

S: Apakah boleh seorang muslim mengatakan kepada orang Yahudi atau Kristen ; KAFIR…?

J: Boleh bagi seorang Muslim untuk mengatakan kepada orang Yahudi atau kepada orang Kristen bahwa ia KAFIR ; karena demikianlah Allah menyifatkan mereka di dalam al-Qur’an dan hal ini sesuatu yang dimaklumi bagi orang yang mentadabbur al-Qur’an, diantaranya firmanNya:

“Sesungguhnya orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab dan orang- orang yang berbuat syirik (tempatnya) di neraka Jahannam dan mereka kekal di dalamnya”. (Q.S. al-Bayyinah: 6). Ahlul Kitab yang dimaksud disini adalah orang-orang Yahudi dan Nasrani.

Wabillaahit Taufiq, Washallallaahu 'ala Nabiyyina Muhammad Wa aalihi Washahbihi Wasallam. (Fatwa al-Laj- nah ad-Daaimah lil buhuts al-'Ilmiyyah wal Ifta' , jld. II, no. 4252, hal. 143)

S: Apakah boleh memanggil seorang Nashrani sebagai KAFIR?

J: Ya, boleh kita menamakan/menyebut orang-orang Yahudi dan Nashrani, menyi- fatkan keduanya serta memvonisnya dengan KEKUFURAN ; karena Allah-lah Yang menamakan dan memvonis terhadap mereka demikian. Allah berfirman:“Orang- orang kafir yakni ahli Kitab dan orang- orang musyrik (mengatakan bahwa mereka) tidak akan meninggalkan (agama-nya) sebelum datang kepada mereka bukti yang nyata”. (Q..S. al-Bayyinah: 1). Dan Ahlul Kitab disini adalah orang-orang Yahudi dan Nashrani. Dan firmanNya lagi: “Sesungguhnya telah kafirlah orang- orang yang berkata: ‘Sesungguhnya Allah ialah al-Masih putera Maryam’ ..”. ( Q.S. al-Mâidah: 72). Dan firmanNya yang lain: “Sesungguhnya kafirlah orang- orang yang mengatakan bahwasanya Allah salah satu dari yang tiga (trinitas red)…” .. Dan nash-nash al-Qur’an dan Hadits Nabawiyyah yang lainnya yang memvonis kafir terhadap mereka. Wabillaahittaufiq, Washallallaahu 'ala nabiyyina Muhammad Wa’ala Aalihi Washahbihi Wasallam.

(Fatwa al-Lajnah ad-Daaimah lil buhuts al-'Ilmiyyah wal Ifta' , jld. II, no. 4252, hal.. 143-144).
Wallaahu a'lam. Wassalaamu 'alaikum Warahmatullaahi Wabarokaatuh.


" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu.. .......,kami lah hamba yang mengharap belas darimu ........Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa.... ..ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

BN WAJIB MENGHORMATI HAK RAKYAT PERAK

Email : Abu Syamil

Sepanjang tempoh umur Pakatan Rakyat Perak, pelbagai imej politik dilakarkan dan pelbagai pergolakan politik berlaku, sekali gus menjana perubahan lanskap politik negari Perak.

Kerjasama erat yang diperlihatkan dalam Pakatan Rakyat Perak amat dicemburui parti lawan yakni Umno/BN

Suasana ini tidak menyenangkan Umno/BN, menyebabkan mereka tegar untuk melakukan pelbagai tindakan tanpa susila. Umno/BN yang begitu tertekan telah merampas kerajaan yang dipilih oleh suara majoriti rakyat melalui pilihanraya yang sah . Sekaligus, Umno/BN telah mencabul suara dan semangat Perlembagaan menyebabkan berlakunya campur tangan kuasa eksekutif dalam badan kehakiman.

Kerajaan Perak pimpinan Pakatan Rakyat yang baru bertunas dan sedang berbakti kepada rakyat telah diracun dengan peras ugut dan rasuah politik.

Lebih parah lagi, bukan sahaja segala jenis peraturan dan ’standing order’ Dewan dilanggari bahkan kedudukan Dewan tempat Dewan Undangan Negeri Perak bersidang telah dicemari dengan peristiwa rampasan kuasa . Tragedi ini merupakan satu episod hitam dalam sejarah politik di Malaysia yang rukun dan berdaulat.

Umno/ BN harus sedar kestabilan politik adalah pemangkin kepada perkembangan ekonomi. Pelbagai persoalan yang mungkin akan mewarnai ekonomi negeri Perak akibat dari kezaliman, keegoan, kerakusan, pencabulan undang- undang, rasuah, penipuan media, penafian hak dan banyak lagi. Siapa yang berani berlabuh dan berdagang, bila Melaka sudah ditawan benggali putih, siapa yang ingin bernaung kalau pemerintahan sudah tidak berdaulat. Akhirnya Melaka yang merupakan pelabuhan antarabangsa tapi kini hanya bahan sejarah untuk dimuatkan di dalam arkib.

Diriwayatkan seorang pemerintah Kisra,Anu Syarwan bin Qubaz keluar berburu bersama dengan tenteranya,oleh kerana beliau memecut kuda terlalu laju sehingga menyebabkan terpisah dari tenteranya.beliau menunggang seorang diri dalam keadaan sangat dahagakan air,lalu beliau sampai di satu kebun buah delima dan dalam kebun itu beliau berjumpa dengan seorang budak, lalu beliau berkata kepada budak itu;berikan kepadaku sebiji buah delima, maka budak itu memberikan sebiji buah delima kepada Anu Syarwan,lantas beliau membelah dan megeluarkan bijinya dan memerahnya,maka keluar air dengan banyak lalu beliau meminumnya, dan mendapati rasanya sangat sedap dan lazat.

Oleh kerana buah delima ini menakjubkan maka beliau berazam untuk merampas kebun delima itu dari pemliknya, lalu beliau berkata kepada budak tadi;berikan kepadaku sebiji buah delima lagi,lalu budak itupun memberi sebiji lagi buah delima kepadanya, dan apabila beliau perah buah itu, air yang keluar terlalu sedikit dan apabila beliau minum rasanya sangat kelat, lalu beliau bertanyakan budak itu,kenapa buah delima ini sangat kelat sedangkan ia dipetik dari pokok yang sama?maka berkata budak itu barangkali pemerintah negeri ini berazam melakukan kezaliman.

Apabila mendengar ucapan budak itu maka Anu Syarwan pun bertaubat di dalam hati daripada melakukan kezaliman.lalu beliau meminta sebiji lagi buah delima, budak itupun memberi kepadanya buah delima dari pokok yang sama,apabila beliau perah, beliau dapati air yang keluar dari buah itu sangat banyak lebih banyak dari buah delima yang pertama tadi dan rasanya lebih sedap dari buah delima yang pertama tadi,beliau kehairanan lantas bertanya kepada budak itu, kenapa buah yang ketiga ini airnya sangat banyak dan rasanya sangat sedap?maka budak itupun menjawab;Barangkali pemerintah negeri ini sudah bertaubat dari kezalimannya.

Apabila Anu Syarwan mendengar ucapan budak itu dan ucapannya betul betul sama dengan apa yang ada di dalam hatinya maka beliau lantas bertaubat dari segala kezaliman yang telah beliau lakukan dan berazam tidak mahu melakukan kezaliman lagi. Apabila beliau mati maka beliau dikenali dengan pemerintah yang adil sehingga ada yang berbangga dengan mengatakan : Saya dilahirkan pada zaman pemerintahan adil (Anu Syarwan bin Qubaz).

Kisah ini menunjukkan tekad Anu Syarwan untuk merampas kebun delima yang sangat lazat yang belum pernah beliau lihat dan rasa, lantas dengan serta merta buah delima mejadi kelat.

Apakah kaitannya cerita Pelabuhan Melaka, Anu Syarwan dan Negeri Perak. Barangkali Umno/ BN ingin menambah koleksi sejarah rampasan kuasa.Bayangkan bagaimana rampasan kuasa rakyat yang sudah berlaku sesudah perkembangan ekonomi negeri Perak pada tahap yang baik di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat, sudah pasti kekelatan ekonomi akan berlaku lebih teruk dari kelatnya buah delima.

Akhirnya Anu Syarwan bertaubat dari merampas kebun menyebabkan air perahan buah delima menjadi lebih banyak dan lebih lazat.BN juga mesti bertaubat dengan menghormati pilihan rakyat dengan mengembalikan hak rakyat yang bertungkus lumus,bermandi peluh,menghabiskan wang simpanan dan sebagainya demi untuk memenangkan PR pada PRU 2008, akhirnya BN dengan senang lenang merampas kerajaan PR yang diamanahkan rakyat, maka rakyat mula menitiskan air mata mengenangkan perubahan yang mereka lakukan bertemankan pengorbanan yang sangat tinggi nilainya dinafikan begitu sahaja oleh BN

Walau bagaimanapun, betapa kuat sekalipun cabaran dan ugutan, PAS dan rakan-rakan Pakatan Rakyat di negeri Perak, tetap tidak berganjak. Kerjasama erat yang terjalin tetap utuh telah membimbangkan pihak lawan dan disegani oleh kawan.

Lebih menarik, kerjasama ini diperkuatkan lagi dengan penubuhan sekretariat pemuda PR Perak yang akan dilancarkan secara rasmi pada 24 Okt 2009 di pekan Lumut pada jam 10 pagi . Sekretariat ini bertekad membawa suara majoriti orang muda Perak yang semakin hari semakin bosan dengan permainan politik kotor BN. Perbuatan mereka yang suka mengenepikan hasrat rakyat yang memilih PR sebagai pemegang amanah kerajaan Perak telak menconteng arang di muka mereka sendiri. Laungan "kami lebih banyak YB dalam DUN" “mahkamah pilih BN” lebih mengecewakan rakyat, terutama orang muda kerana ia mengenepikan hasrat rakyat yang memilih PR dalam PRU 2008.

Sebagai salah satu jalan penyelesaian kepada kemelut ini, DUN Perak mesti dibubarkan segera untuk menyerahkan mandat kepada rakyat sebagai hakim.

AKMAL KAMARUDIN
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Perak

Air Mata Keinsafan

Email : mohd naim mohd zain


Air mata keinsafan
Yang mengalir di malam sepi
Inilah dia pelembut jiwa
Bagi mendapat kasih Ilahi

Rintihan di pertiga malam
Dari seorang hamba yang dhoif
Kerna mengenang segala dosa
Moga mendapat keampunan dari Ilahi

Setiap kekasih Allah
Menempuhi jalan ini
Untuk mereka memiliki kejayaan
Ayuh bersama kita susuli
Perjalanan kekasih Allah
Agar kita tiada rugi
Dalam meniti hidup ini

Deraian air mata ini
Titisan yang paling berharga
Buat menyimbah api neraka
Moga selamat di titian Sirat
Bahagia menuju syurga abadi

Ah Long ugut mangsa di facebook

Ah Long kini menggunakan laman web sosial percuma yang popular iaitu facebook untuk mengugut dan memalukan peminjam yang
gagal menjelas hutang.

Ketua Jabatan Aduan dan Khidmat Awam MCA Datuk Michael Chong berkata cara itu diguna bagi menakutkan mangsa dengan menyiarkan identiti mangsa seperti gambar, maklumat peribadi dan jumlah hutang yang tidak dijelaskan.

"Sebelum ini, mereka (Ah Long) menggunakan cat dan poster tetapi kini mereka meletakkan maklumat mengenai peminjam di dalam laman web sosial mereka sendiri," katanya kepada pemberita di ibu pejabatnya di Wisma MCA di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam kes terbaru ini, seorang pekerja kedai aksesori kereta diugut supaya menjelaskan bayaran menerusi laman web berkenaan.

Beliau berkata Ah Long turut meletakkan gambar dan memberi amaran supaya menjelaskan bayaran.

Mangsa yang berumur 25 tahun dan berasal dari Batu 9, Cheras itu meminjam RM1,000 September lepas tetapi dipaksa menjelaskan bunga tambahan sebanyak RM80,000.

Bimbang akan ugutan yang semakin banyak diterima dan menjadi-jadi, satu laporan polis dibuat peminjam itu Jumaat lepas (13 Nov) di balai polis daerah Kajang. BERNAMA

MalaysiaKini/-

90 Peratus Jemaah Haji Malaysia Selamat Tiba Di Tanah Suci

MEKAH: Kira-kira 90 peratus daripada 26,000 jemaah haji Malaysia sudah selamat tiba ke tanah suci menjelang bermulanya musim haji 26 November ini.

Ketua rombongan haji Malaysia, Mohd Salleh Abd Mubin berkata penerbangan terakhir yang membawa jemaah haji Malaysia dijangka mendarat di Lapangan terbang Antarabangsa Jeddah Sabtu ini.

"Penerbangan terakhir menerusi terminal haji di Madinah di jangka mendarat esok manakala semua penerbangan selepas itu akan mendarat di Jeddah," katanya kepada petugas media Tabung Haji di sini semalam.

Penerbangan yang membawa rombongan pertama kira-kira 450 orang jemaah haji Malaysia mendarat di terminal haji di Madinah pada 20 Oktober lepas dan mereka memasuki kota Mekah tujuh hari kemudian.

Jemaah haji Malaysia kini ditempatkan di 10 tempat penginapan atau Maktab Tabung Haji di sekitar kota Mekah sementara menunggu wukuf pada 26 November ini. BERNAMA

mStarOnline/-

Kerusi DUN Kota Siputeh Diisytihar Kosong, Mahkamah Perintah Pilihan Raya Baru

KUALA LUMPUR: Pilihan raya baru akan diadakan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kota Siputeh di Kedah selepas kerusi berkenaan diisytihar kosong oleh Mahkamah Tinggi di sini pada hari Isnin.

Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan bahawa kerusi itu kosong selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.

Berikutan keputusan Mahkamah Tinggi itu, Abu Hassan akan dihalang daripada menghadiri persidangan DUN esok.

Dalam keputusannya, Hakim Alizatul menegaskan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak secara tidak wajar dan keputusan suruhanjaya itu bahawa Abu Hassan masih merupakan wakil rakyat bagi Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong, perlu dibatalkan.

"Meskipun saya bersetuju bahawa SPR mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan berlaku secara kebetulan, namun saya tidak berpendapat SPR dapat mengatasi kuasa Speaker mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah," katanya ketika menyampaikan keputusannya pada 5.30 petang.

"Pada pandangan saya, Perkara 51 menjelaskan syarat yang menyebabkan kerusi menjadi kosong dan responden pertama (Abu Hassan) berpuas hati dengan syarat itu," kata Hakim Alizatul ketika membenarkan semakan kehakiman yang difailkan oleh Speaker DUN Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail.

Abdul Isa, yang diwakili oleh peguam utama Sulaiman Abdullah, memfailkan semakan kehakiman pada 1 Okt, selepas SPR membuat keputusan bahawa tidak berlaku kekosongan dalam kerusi DUN Kota Siputeh dan Abu Hassan masih merupakan wakil rakyatnya.

Abdul Isa memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa Abu Hassan bukanlah wakil rakyat berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan DUN berturutturut iaitu pada 19 April dan 9 Ogos tahun ini, dan kerusi itu adalah kosong.

Dalam permohonannya, Abdul Isa turut memohon perintah bagi SPR mengadakan pilihan raya kecil.

Perkara 51 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah memperuntukkan bahawa jika manamana anggota DUN tidak menghadiri persidangan dewan tanpa kebenaran Speaker selama dua persidangan berturut-turut, maka kerusi yang diwakilinya akan menjadi kosong.

Dalam keputusannya hari ini, Hakim Alizatul berkata tidak dipertikaikan bahawa Abu Hassan tidak memperoleh kebenaran daripada Speaker untuk tidak menghadiri dua persidangan DUN berturut-turut, dan hanya mengemukakan sijil cuti sakit beliau kepada Speaker pada 10 Ogos 2009.

"Speaker mempunyai kuasa mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah bagi memberi kebenaran dan beliau tidak bertindak secara tidak munasabah apabila menolak sijil cuti sakit bertarikh 10 Ogos 2009 selepas mengetahui bahawa wakil rakyat itu turut menghadiri satu majlis pada hari yang sama," katanya.

Hakim Alizatul menegaskan SPR telah bertindak secara tidak sah ketika menerima sijil cuti sakit yang dikemukakan oleh Abu Hassan sebagai alasan kerana ketidakhadirannya.

SPR juga membuat keputusan tidak wajar ketika memutuskan bahawa Perkara 51 hanya boleh digunakan selepas Speaker merujuk perkara itu kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan, katanya.

"Tiada peruntukan mandatori dikenakan ke atas Speaker untuk berbuat demikian memandangkan keputusan sama ada merujuk perkara itu kepada jawatankuasa berkenaan atau tidak adalah budi bicara beliau memandangkan perkara berkaitan kebenaran bukanlah keistimewaan yang diberikan kepada seseorang wakil rakyat," kata beliau.

Hakim Alizatul berkata SPR telah tersalah tafsir maksud "dua persidangan berturut-turut" mengikut Perkara 51 sebagai dua sesi berasingan.

"Saya bersetuju dengan peguam pemohon bahawa responden pertama (Abu Hassan) telah tidak menghadiri dua persidangan berturut-turut dalam satu sesi tanpa gendala," katanya.

Mahkamah turut menetapkan Jumaat ini untuk mendengar permohonan SPR bagi penangguhan perintah pilihan raya kecil.

Di luar mahkamah, Abu Hassan memberitahu pemberita beliau menerima keputusan itu dan menyerahkan kepada peguamnya, Datuk Hafarizam Harun, untuk mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan.

SPR diwakili peguam kanan persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said. BERNAMA

mStarOnline/-

Hujan Lebat Diramal Di Kebanyakan Negeri Sehingga Khamis

KUALA LUMPUR: Jabatan Metereologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran kemungkinan banjir akan berlaku di kawasan-kawasan rendah berdekatan tebing sungai di Kelantan, Terengganu dan Pahang berikutan hujan sekejap-sekejap yang kadang kala lebat sejak semalam yang dijangka berlarutan sehingga Khamis ini.

Jabatan itu dalam kenyataannya berkata, hujan lebat peringkat Kuning iaitu kemungkinan berlaku hujan monsun itu dijangka akan berlaku dalam tempoh 24 hingga 48 jam ini.

Keadaan itu dijangka berlaku di Tumpat, Kota Bahru, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang di Kelantan; Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman di Terengganu; serta Kuantan, Jerantut, Pekan, Rompin dan Maran di Pahang.

Keadaan sama turut diramalkan di Perak Utara iaitu di daerah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Larut, Matang dan Kerian serta Kedah mulai malam ini sehingga Khamis.

Hujan lebat peringkat Kuning juga dijangka melanda kawasan Sandakan, Kinabatangan, Beluran, Lahad Datu, Kunak, Semporna, Kudat, Kota Merudu dan Pitas di Sabah mulai hari Selasa hingga Rabu.

Jabatan itu turut meramalkan angin kencang dan laut bergelora akan berlaku di kawasan Condore, Samui (Kelantan dan Terengganu) Reef North, Layang-layang, Palawan dan Utara Sabah mulai hari Selasa hingga Ahad dan berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Menurut jabatan itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu dan Pahang juga terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut mulai Rabu hingga Jumaat ini. BERNAMA

mStarOnline/-

1,166 Mangsa Banjir Dipindahkan Di Daerah Kerian

IPOH: Keadaan banjir di Perak tidak banyak berubah apabila jumlah mangsa yang dipindahkan di daerah Kerian meningkat kepada 1,166 orang pagi ini berbanding 545 orang semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian Supt Mat Fauzi Nayan berkata kesemua mangsa baru itu dipindahkan sejak tengah malam semalam hingga 8 pagi ini dan ditempatkan di enam buah sekolah dan sebuah surau yang dijadikan pusat pemindahan.

"Mangsa terbabit dipindahkan dari 11 kampung iaitu Kampung Changkat Lobak, Kampung Selekoh, Kampung Beriah, Kampung Simpang Empat, Kampung Simpang Lima, Kampung Matang Tengah, Kampung Sungai Semambu, Kampung Matang Pasir, Ladang Sungai Bogak, Ladang Sungai Kerian dan Kampung Yau Shin," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, hujan lebat yang berterusan sejak enam hari lalu serta limpahan dari empangan Bukit Merah menyebabkan kawasan terbabit terus ditenggelami air sedalam kira-kira satu meter.

Katanya, Jalan Bagan Serai ke Selama di Km 10 hingga 17 masih ditutup kepada semua lalu lintas.

Sementara itu, di Selama kesemua 72 mangsa dari dua buah kampung yang dipindahkan ke pusat pemindahan sebelum ini telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing petang semalam. BERNAMA

mStarOnline/-

Pemuda PAS lancar RM1 untuk Tabung Bantuan Pasukan Seladang Perak

Email : Safarizal Saleh







PEMUDA PAS BANTU MANGSA KEBAKARAN

Email : Islam ku junjung

BATU KURAU- Dewan Pemuda PAS Larut sekali lagi menjuarai isu-isu kebajikan penduduk khususnya di kawasan parlimen Larut berikutan badan tersebut telah menyampaikan sumbangan berbentuk barangan keperluan harian seperti beras, gula,minyak masak serta sedikit wang perbelanjaan untuk menampung keperluan sebuah keluarga yang rumah mereka terbakar baru-baru ini.

Mangsa Amzah Lop, 48 yang mempunyai lapan orang anak berkata dia sendiri tidak menyangka bahawa kejadian itu memusnahkan keseluruhan rumahnya dan tidak ada satu barang pun sempat diselamatkan. Pemuda PAS Larut yang diketuai oleh Ustaz Mohd Akmal Kamaruddin selaku Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Larut, Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak telah menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban yang dihadapi mangsa.

Walaupun berbeza ideologi politik, PAS tidak memilih bulu dalam memberikan khidmat kepada masyarakat, ujar beliau. Penduduk di Dun Batu Kurau ini sangat memerlukan balai bomba untuk menangani masalah kebakaran. Sebelum ini semua rumah sudah hangus dalam kebakaran barulah pasukan bomba tiba. Ini akan membebankan rakyat di sini, ujarnya lagi. Selain itu Pemuda PAS Larut meyumbangkan sebuah kotak yang berisi pakaian serta 4 buah beg sekolah kepada anak mangsa untuk menyambung kembali persekolahan mereka.

Anda juga boleh menyalurkan sumbangan ke akaun :

(Dana pembangunan Pendidikan & Kebajikan Kawasan Larut ).

BIMB 08040010033062


Memahami makna syirik

Email : anuarani

Kadang-kadang kita memandang syirik itu sebagai perbuatan jasad sahaja. Orang yang menyembah kubur, kita katakan ini perbuatan syirik. Orang yang mempercayai kayu kokka dapat menolak bala dan mendatangkan kesenangan, kita katakan ini syirik, orang yang menyembah berhala, kita katakan orang musyrik, orang yang mempercayai bomoh kita katakan orang yang syirik.

Apa yang dimaksudkan dengan syirik sebenarnya??

Apakah perbuatan syirik terhad kepada perbuatan-perbuatan yang seumpama di atas sahaja atau banyak lagi perkara-perkara yang kita lakukan tanpa kita sedari sebenarnya kita telah mensyirikkan Allah SWT. Wal3ieyazabillahi min zaalik..

Syirik berasal daripada perkataan arab yang bermaksud berkongsi. Di istilahkan oleh ulama' dengan meletakkan sesuatu samataraf dengan Allah atau dalam bahasa jawi lama disebut sebagai menyengutukan Allah dengan sesuatu. Sekutu bermaksud setaraf. Sebagai contoh kita katakan ubat panadol yang kita makan telah menghilangkan sakit kepala kita. Padahal panadol tadi tidak ada kuasa untuk menyembuhkan sakit bahkan Allahlah yang menyembuhkannya. Percakapan seumpama ini jika dii3tiqadkan di dalam hati bahawa panadol yang sebenarnya menyembuhkan dia bukan Allah, maka kita hukumkan dia sebagai orang yang syirik.

Kenapa?? Kerana dia meletakkan kuasa panadol setaraf dengan kuasa Allah untuk menyembuhkan sakit.

Maka kita katakan panadol itu sebagai asbab sahaja. Hakikatnya Allah Ta'ala yang mengizinkan dengan kudrat dan iradah-Nya untuk menghilangkan sakit kepala.

Apa dalilnya?? Sedangkan kita tahu dan kita alami apabila kita memakan panadol, sakit kepala kita hilang. Panadol yang dibuat berdasarkan kajian ilmu sains perubatan dan diakui dapat menghilangkan sakit kepala atau selain daripadanya. Kenapa kita tidak boleh katakan panadol yang menyembuhkan??
Jawapannya begini. Apakah semua orang yang memakan panadol sakitnya akan hilang?? Bagaimana orang yang sakit kepala tetapi selepas mengambil panadol tidak hilang-hilang juga?? Itu maknanya Allah Ta'ala tidak mengizinkan kepadanya bukan dengan semata-mata kuasa yang ada pada panadol.


Hakikatnya kembali kepada Allah untuk menyembuhkannya ataupun tidak. Panadol itu sebabnya sahaja. Boleh jadi sakit kepala hilang dengan tidur atau sebagainya.

Syirik boleh berlaku dengan 3 cara;

1) Melalui lisan (percakapan) Cth : Kita katakan Allah ada tangan.
2) Melalui perbuatan. Cth : Menyembah berhala.
3) Melalui hati (i3tiqad) Cth : Mengi3tiqadkan Allah Ta'ala bersifat dengan sifat makhluk seperti bertangan, duduk dan sebagainya.

Ulama' membahagikan syirik kepada dua.


1) Syirik akbar seperti menyembah berhala (Dinamakan juga Syirik Jaali)

2) Syirik asghar iaitu riyak. (Dinamakan juga Syirik Khofi).

Ini berdasarkan hadis Nabi SAW. Sabdanya;

إن أخوف ما أخاف عليكم الشرك الأصغر وهو الرياء يقول الله يوم القيامة للمرائين إذا جزى الله الناس بأعمالهم اذهبوا إلى الذين كنتم تراءون في الدنيا انظروا هل تجدون عندهم جزاء
Ertinya : Sesungguhnya yang lebih takuti daripada apa yang aku takut atas kamu semua syirik yang sangat kecil iaitu riyak. Berfirman Allah kepada bagi orang-orang yang riyak ketikamana Allah membalasi pahala manusia "pergi kamu kepada orang kamu riyakkan (tunjukkan ibadah kamu kepadanya) semasa di dunia. Kira-kira apakah ada pahala di sisi mereka?-Hadis riwayat Imam Ahmad.

Sabda baginda lagi di dalam hadis yang lain;

إن الله حرم الجنة على كل مراء
Sesungguhnya Allah Ta'ala mengharamkan syurga bagi orang yang riyak- Hadis riwayat Abu Na'im dan Ad-Dailami daripada Abi Sa'id al-Khudri R.A.

*maksud mengaharamkan syurga ialah menegah dan tidak memberi syurga kepada orang yang riyak.

Riyak yang dikategorikan sebagai syirik kecil adalah di antara perkara yang paling ditakuti oleh Nabi SAW menimpa umatnya daripada banyak perkara yang baginda takuti kerana syirik ini sangat halus dan kurang disedari oleh manusia yang melakukan ibadah. Sebab itu dinamakan sebagai syirik asghar (syirik yang sangat kecil) Asghar di atas wazan isim tafdhil yang bermaksud sangat dan lebih. Kalau kecil disebut soghir mengikut kaedah bahasa arab.

Kenapa riyak dikatakan syirik?

Kerana kita meletakkan manusia setaraf dengan Allah. Sepatutnya sembahyang kita dan segala ibadah kita hanya kepada Allah tetapi kita lakukan kerana manusia. Maka kita letakkan manusia setaraf dengan Allah pada ibadah. Sebab itu riyak dianggap sebagai perbuatan syirik.

Apa itu riyak??

Riyak ialah satu penyakit hati yang dicela oleh Allah SWT. Melakukan sesuatu ibadah untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia bahawa dia seorang yang rajin beribadah dengan tujuan ingin mendapat pujian manusia, pangkat atau harta daripada segala manafaat dunia.
Riyak itu hukumnya HARAM dengan ijmak ulama' dan termasuk daripada perbuatan tercela.

Sepertimana firman Allah Ta'ala;

فويل للمصلين الذين هم عن صلاتهم ساهون الذين هم يراءون
Maka weil (satu lembah di dalam neraka jahannam disediakan) bagi orang-orang yang sembahyang tetapi lalai iaitu mereka yang riyak (menunjuk-nunjuk).-Surah Al-Ma3uun Ayat 4-

* Jika bagi mereka yang sembahyang pun masih lagi dijanjikan neraka weil jika dia lalai daripada mengingat Allah apatahlagi bagi mereka yang meninggalkan sembahyang.

Memandangkan isu kokka menjadi persoalan di kalangan masyarakat awam, jadi saya mengambil kesempatan untuk menyebut tentang hal ini berdasarkan kaedah ilmu usuluddin.

Adakah menggunakan kayu kokka untuk dibuat cincin atau tasbih dikira sebagai syirik??

Jawapannya TIDAK. Menggunakan kayu kokka untuk dibuat cincin atau tasbih hukumnya HARUS selagimana dia tidak mengi'tiqadkan kayu kokka itu memberi manfaat dan mudharat kepadanya.

Kadang-kadang disalah erti oleh masyarakat kita sehingga menuduh orang yang menggunakan tasbih yang diperbuat daripada kokka sebagai syirik. Guna itu tidak salah. Yang salahnya jika kita mengi3tiqadkan kayu kokka boleh memberi kesan seperti berkuasa mengahalang daripada penyakit dengan zat kayu kokka tersebut. Tetapi selagi dia menganggap itu sebagai asbab maka ulama' menyatakan itu tidaklah menjadi satu kesalahan dan bukan tegolong daripada perbuatan syirik yang kita ta3rifkan di atas.

Termasuk di dalam syirik akbar (sangat besar) jika kita meni3tiqad Allah bertangan atau duduk di atas arasy kerana kita menyamatarafkan Allah dengan manusia. Sedangkan perbuatan duduk. naik turun, ketawa, bertangan, berkaki adalah sifat manusia.

Adapun jika kita katakan Allah mendengar, melihat, berkata-kata, itu tidak termasuk di dalam menyamatarafkan Allah dengan manusia bahkan inilah akidah yang sebenar kerana Allah mendengar, melihat dan berkata-kata dengan sifat-Nya bukan dengan telinga, mata atau mulut seperti manusia. Manusia dapat melihat kerana ada mata, dapat berkata-kata kerana peti suara berfungsi dan dapat mendengar kerana adanya telinga. Tanpa peti suara, manusia akan bisu, tanpa mata, manusia akan buta dan tanpa telinga manusia akan pekak.

Ini bezanya kita dengan Allah. Mata, mulut dan telinga ada hadnya. Di sebalik dinding, manusia tidak dapat melihat, dari jarak yang jauh, manusia tidak mampu mendengar dan melihat.

Adapun sifat Allah tiada batasannya kerana Allah tidak melihat dengan mata, berkata-kata dengan mulut dan mendengar dengan telinga seperti manusia.



Mahathir Meneruskan Jatidiri Mencemuh Umat Melayu

Oleh : Amk Johor

Tun mahathir Mohamad mempertikaikan kewibawaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pengurusan ekonomi negara.

Mahathir mengatakan Anwar tidak mengetahui dalam pengurusan ekonomi. Mantan Perdana Menteri itu sekali lagi mendabik dada beliau adalah ahli ekonomi yang berjaya.

Ia sebenarnya serangnya politik dan bimbang ketokohan Anwar yang kian memuncak ketika ini. Sejak Anwar dipecat, Anwar telah dilantik oleh pelbagai organisasi sebagai penal ekonomi, perunding politik tempatan dan antarabangsa.

Sedangkan Mahathir hanya dilantik sebagai penasihat tempatan sahaja. Kelmarin Anwar sekali lagi dilantik sebagai Penasihat Kerajaan Selangor, ia memberi tamparan hebat kerana tiada perlantikkan baru untuk Mahathir.

Jika ada hanya organsasi terpinggir dan tidak popualar.

Kenyatan terbaru Mahathir memperlihat sikap hasad-dengki masih terpatri selagi Anwar bernyawa. Kita melihat Mahathir tidak boleh melihat umat melayu lebih cemerlang daripadanya.

Oleh yang demikian pencatat menasihatkan Kerajaan Perak, N.Sembilan, Melaka dan lainnya lantiklah Mahathir sebagai Penasihat Ekonomi.

Pencatat mengerti Mahathir masih ketagih popuariti melalui setiap kenyataan media dan penulisan blog. Baginya mencemuh umat melayu adalah tabiat semulajadi.

BUKTI HAK SPEAKER JELAS: 3 DUN KATAK LOMPAT MESTI DIKOSONGKAN

Email : safarizal saleh

Kenyataan Media (17 November 2009)

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) tidak terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang telah membuat pengisytiharan bahawa pilihan raya baru bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh di Kedah selepas kerusi berkenaan kosong setelah di putuskan oleh Speaker DUN Kedah dan tindakan dangkal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak secara tidak wajar dan keputusan Suruhanjaya itu bahawa Abu Hassan masih sebagai wakil rakyat bagi Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong, perlu dibatalkan adalah mengikut perundangan.

DPPN Pk juga menekankan bahawa SPR tidak boleh mengatasi kuasa Speaker adalah tepat dan ini sebagai rujukkan kes yang sama dengan 3 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak yang telah melompat menjadi ADUN Bebas awal Februari yang lalu. Ini kerana V. Sivakumar, Speaker DUN telah memaklumkan perkara yang sama kepada SPR dan tindakan SPR bertentangan dengan peruntukan yang ada di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

DPPN Pk meminta supaya SPR menghormati keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi sepertimana semalam. 3 DUN di Perak juga perlu disegerakan untuk diadakan pilihan raya baru berdasarkan 'precedent' yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi bersabitan pengosongan kerusi DUN Kota Siputih di Kedah semalam. DPPN Pk berharap SPR tidak bersikap 'double standard' dengan bersikap bersungguh-sungguh membuat rayuan terhadap kes tersebut sedangkan UMNO dan BN tidak membuat sebarang komen terhadap kes ini.


DR. RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Rampas royalti: Dulu Terengganu kini Kelantan pula

KUALA LUMPUR, 17 Nov: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) mendakwa tindakan kerajaan pusat merampas royalti petroleum di Terengganu sewaktu PAS mengambil alih pemerintahan negeri itu adalah berunsurkan politik serta membelakangi perjanjian yang dibuat sebelum ini.

Abdul Hadi dalam ucapannya sewaktu Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat petang semalam berkata, tindakan kerajaan pusat itu juga membuktikan hilangnya semangat federalisme dan semangat persaudaraan kerajaan pusat dengan negeri-negeri malah menganggap pihak pembangkang sebagai musuh.

"Kita perlu ingat bahawa pembatalan (royalti) ini berlaku hasil daripada perhimpunan agung Umno pada tahun 2000,apabila adanya cadangan dalam perhimpunan agung Umno, usul yang mendesak agar dibatalkan royalti petroleum di Terengganu kerana diperintah oleh parti yang dianggap tidak sama dengan kerajaan pusat," katanya sewaktu membangkitkan perkara B6 02200, 020200 unit perancang ekonomi dan perancangan ekonomi di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Apa yang lebih malang tegas Abdul Hadi, setelah royalti itu dirampas dan digantikan dengan wang ehsan sewaktu Terengganu diperintah Barisan Nasional (BN), wang tersebut digunakan untuk kepentingan kroni Umno BN, tanpa mengutamakan rakyat yang berhak ke atas wang tersebut.

"Malangnya wang ehsan ini, bukan rakyat yang diutamakan tetapi kroni diutamakan kerana duit yang sama dikendalikan oleh tangan-tangan tertentu samaada tangan-tangan yang nyata atau tangan-tangan yang ghaib melalui projek-projek yang besar dan mewah.Maka diutamakan kroni-kroni tertentu dan hanya kuah yang sedikit turun kepada rakyat.Ini ternyata berlaku di Terengganu,"tegasnya.

Beliau juga kesal kini Kelantan pula mengalami nasib yang sama dengan Terengganu suatu ketika dahulu.

Sebelum itu, Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) ketika membahaskan perkara yang sama menuntut agar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Datuk Nor Ya'kob mengotakan janjinya untuk menjawab segala perbahasan mengenai isu royalti khususnya yang sedang dituntut oleh Kelantan.

Beliau juga mendesak agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertanggungjawab di atas perkara itu dan memberikan layanan yang sama rata terhadap Pakatan Rakyat.

“Layanlah kami dengan adil.Kami tidak pernah mintak perkara-perkara yang di luar perlembagaan,” katanya.

Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) meminta laluan untuk mencelah namun tidak diberi ruang oleh Salahuddin.

Kata-kata Salahuddin “ini bukan debat budak sekolah menengah” menyebabkan Tajuddin melenting dan menuduh Salahuddin menghinanya dan tidak menghormati Perdana Menteri.

Salahuddin bagaimana pun tidak menghiraukan kata-kata Tajuddin dan meneruskan ucapannya sehingga selesai.

HarakahDaily.Net/-

Mahkamah arah pilihan raya kecil di Kota Seputeh

KUALA LUMPUR, 16 Nov: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya kecil untuk Dun Kota Seputeh Kedah.

Arahan itu dibuat oleh hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin siang tadi.

Menurut hakim itu, Suruhanjaya Pilihan Raya telah melanggar sempadan kuasanya apabila menolak permohonan Speaker Dun Kedah agar diadakan pilihan raya semula di situ.

Menurut beliau, peguam plaintif (Speaker Dun Kedah) telah berjaya membuktikan bahawa Datuk Abu Hassan Sarif, Adun Kota Seputeh telah tidak hadir dua kali sidang berturut-turut tanpa kebenaran Speaker.

Ini bermakna, mahkamah bersetuju dengan keputusan Speaker Dun Kedah, yang memutuskan kerusi itu kosong berikutan kegagalan Abu Hasan (gambar) hadir dua kali berturut-turut ke sidangnya.

Speaker DUN, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail menghantar surat kepada SPR memaklumkan mengenai kegagalan Abu Hassan hadir sidang DUN pada 19 April dan 16 Ogos lalu.

Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ahli dewan yang tidak hadir pada sidang DUN selama dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, tempatnya hendaklah dikosongkan.

Kerusi itu dimenangi Abu Hasan dengan majorti 495 undi. Lawannnya, Ismail Wan Teh dari PAS menerima 7,665 undi.

Dalam sidang Dun Kedah baru-baru ini, Speaker menyifatkan Abu Hasan bukan lagi Adun Kedah yang sah.

Mengulas mengenainya, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata pegawai undang-undang SPR perlu meneliti secara terperinci desakan dibangkitkan Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail sebelum membuat sebarang keputusan.

Pada 18 Ogos lalu Abd Isa meminta SPR mengisytiharkan kerusi itu kosong atas alasan Abu Hasan tidak menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dua kali berturut-turut tahun ini.

Peguam bagi Speaker, Sulaiman Abdullah memberitahu mahkamah, Artikel 51 Undang Undang Tubuh Kerajaan Kedah menyebut bahawa “sekiranya mana-mana anggota Dewan Undangan Negeri tidak menghadiri dua sidang berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, kerusi mereka seharusnya dianggap kosong.”

Abu Hasan tidak hadir pada sidang 19 April dan kemudian pada 9 Ogos tanpa izin Speaker.

Sulaiman berkata, Abu Hasan tidak menafikan fakta itu.

“Apabila syarat-syarat ini dipenuhi, kemudian perjalanan undang-undang ialah Artikel 51, di mana kerusi itu dengan sendirinya menjadi kosong,” kata Abdullah yang juga bekas Presiden Majlis Peguam di mahkamah sebelum ini.

Namun, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan Abu Hasan agar terus menghadiri sidang DUN negeri itu yang dijadualkan hari ini.

Katanya, walaupun Speaker menganggap wakil rakyat itu hilang kelayakan sebagai Adun, namun BN memegang prinsip apa yang diputuskan oleh SPR bahawa tiada berlaku kekosongan kerusi DUN Kota Seputeh dan Abu Hasan adalah wakil rakyat BN yang sah.

“Abu Hasan masih ahli Yang Berhormat secara sah dan Speaker (DUN) tidak boleh menghalang beliau dari menghadiri sidang dewan itu.

“SPR umum tiada kekosongan dan tidak ada pilihan raya kecil, jadi apa kuasa Speaker itu saya tak tahu,” katanya selepas melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Gunung, Alor Setar.

Muhyiddin berkata, Abu Hasan harus menghadiri sidang DUN itu bagi mengetahui apa yang sedang berlaku kerana beliau masih seorang Adun sehinggalah mahkamah memutuskan kedudukannya kelak.

Abd Isa baru-baru ini berkata, beliau menyifatkan Abu Hasan bukan lagi Adun walaupun mahkamah belum membuat sebarang keputusan mengenai kedudukan wakil rakyat itu.

Beliau sebelum ini memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan SPR yang mengekalkan Abu Hasan sebagai Adun kawasan Kota Seputeh.

Semasa kempen Bagan Pinang baru-baru ini, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengajak penyokong PAS dan Pakatan Rakyat ke Kedah pula untuk pilihan raya kecil Kota Seputeh.

"Ada pemimpin Umno kata saya membazir apabila melantik ramai peguam untuk kendalikan kes ini. Saya kata, saya rela membazir dari membayar gaji Adun yang malas (tidak hadir sidang Dun)," kata Azizan.

HarakahDaily.Net/-


Guan Eng nafi bantu fakir miskin Islam di tokong

(Gambar hiasan: Lim Guan Eng [baju puteh] 'berbuka puasa' dengan Adun Permatang Pasir)

KUALA LUMPUR, 16 Nov: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan kerajaan negerinya memberikan sumbangan kepada fakir miskin Islam di tokong sebagaimana yang disebarkan melalui SMS.

Guan Eng ketika dihubungi Harakahdaily berkata, fitnah sebegini bukan pertama kali berlaku tetapi telah berlaku sebelum ini untuk memberikan gambaran buruk kepada kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

"Ia satu fitnah dan pembohongan oleh musuh politik kita," kata Guan Eng kepada Harakahdaily.

Menurut Guan Eng, jika benarpun ada sumbangan yang diberikan di tokong sebagaimana yang didakwa ia bukan sumbangan kerajaan negeri tetapi oleh orang persendirian.

"Semua sumbangan kerajaan negeri kebanyakannya dibuat di dewan orang ramai. Kita tidak pernah bagi sumbangan kepada orang Islam di tokong tetapi kita pernah buat dalam masjid," katanya.

Pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sedang menyebarkan sms kononnya bantuan fakir miskin Islam oleh kerajaan DAP Guan Eng mesti dibuat di tokong cina.

Hari ini (semalam), menurut sms itu, 15 November jam 9.30 pagi bantuan fakir miskin Islam dari Tasek Gelurgor diberi di Tokong Telok Air Tawar.

"Untuk fakir miskin Bagan di Tokong depan mahkamah," menurut sms yang disebarkan itu.

"Saya harap rakyat tidak percaya dengan sms ini kerajaan kerajaan Pakatan Rakyat tidak akan buat diskriminasi kaum dan akan layan semua kaum dengan samarata," kata Guan Eng.

Beliau menganggap pihak musuh yang cuba menyebarkan fitnah ini, namun beliau tidak menamakan pihak yang bertanggungjawab.

"Siapa yang makan cili dia yang akan terasa pedasnya," kata beliau lagi.

HarakahDaily.Net/-

Usaha sistematik sedang dibuat untuk tekan Nor Mohamad

KUALA LUMPUR, 16 Nov: Usaha nampaknya sedang dibuat dengan sistematik oleh para penyokong Tun Dr Mahathir untuk mengeluarkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamad Yakcop dari kabinet.

Sekurang-kurangnya, tiga blogger pro-Umno menulis mengenainya. Rocky bru, bigdogdotcom dan Another Brick on the Wall mengulas mengenai usaha ini.

Nor Mohamad didakwa melakukan tindakan untuk kepentingan dirinya apabila menjalankan aktiviti melalui Khazanah Holding dalam urusan pengambilalihan Pantai Holding, syarikat strategik yang berasaskan kesihatan.

Ia bermula apabila Parkway Holdings, membeli 5 % saham Pantai pada 4 Ogos 2006 ketikamana syarikat milik kerajaan Singapura itu sudah memiliki 31 % saham.

Ini menjadikan, Pantai dikawal oleh syarikat asing iaitu milik GLC Singapura itu.

Apabila rakyat Malaysia bising, melalui Khazanah, sahamnya dibeli balik dengan cara yang sangat mengelirukan dan dikatakan memberikan keuntungan besar kepada Nor Mohamad.

Satu lagi dakwaan terhadap Nor Mohamad ialah kegagalan beliau menguruskan sumbangan royalti Petronas kepada kerajaan Malaysia.

Menurut bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, Petronas telah menyumbang sebanyak RM253.6 bilion kepada kerajaan pusat dalam bentuk cukai, royalti, duti ekspot dan juga dividen.

Namun, ke manakah wang sebanyak itu dibelanjakan tidak dapat dilihat dengan nyata oleh rakyat negara ini.

Dan bagi bigdogdotcom, Nor Mohamad yang patut dipersalahkan sebagai Menteri yang menjaga hal ehwal perancang ekonomi negara.

HarakahDaily.Net/-

Wacana wanita 22 November

SHAH ALAM, 16 Nov: Kerajaan negeri Selangor melalui Exco Pendidikan akan mengadakan Wacana Intelektual Wanita pad 22 November ini di Perpustakaan Awam Selangor.

Melalui wacana intektual ini, empat tokoh wanita akan membentangkan pandangan masing-masing. Mereka adalah Siti Zailajh Yusof (anggota Parlimen Rantau Panjang), Zuraidah Kamarudin (anggota Parlimen Ampang), Profesor Dr Aishah Ali (UiTM) dan Dr Mariah Mahmudd (anggota Parlimen Kota Raja).

Menurut kenyataan Exco kerajaan negeri, Dr Halimah Ali, program ini akan berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

HarakahDaily.Net/-

Sikap angkuh pemuda Umno diselar

KUALA LUMPUR, 16 Nov: Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar sikap pemuda Umno dan pihak tertentu yang menggesa Menteri Besar Kelantan disiasat kerana terlibat dengan rasuah berhubung isu penajaan haji.

Bercakap di dewan rakyat hari ini, Anwar memberitahu banyak lagi kes-kes rasuah membabitkan pemimpin Umno Barisan Nasional dengan nilai yang lebih besar tetapi sayap Umno itu hanya berdiam sahaja.

Namun apabila membabitkan pemimpin pembangkang ujarnya, pemuda Umno terus lantang bersuara seolah olah merekalah yang konsisten menjuarai isu rasuah.

"Untuk pemuda-pemuda Umno, dengan kekayaan sedemikian, cara angkuh dan takabur, menyerang tok guru (Nik Abdul Aziz) itu sebagai perasuah, patut letak jawatan.

"Tan Sri Yang Dipertua...kita cakap soal Melayu, ketuanan Melayu, harapan Melayu....bangsa apa ini yang boleh menghina seorang pemimpin," katanya di dewan rakyat hari ini.

Beliau yang turut mendedahkan beberapa bukti kes rasuah berprofil tinggi dalam kerajaan siang tadi juga berpendapat adalah sangat tidak tepat untuk mana-mana pihak menyerang individu seperti Nik Abdul Aziz sebagai perasuah sedangkan perasuah besar lain dipencilkan.

"Saya belum tahu, sejak saya terlibat dalam politik (tahun) 1982 atau sebelumnya, seorang tokoh politik yang ada jawatan besar yang hidupnya sederhana seperti Tuan Guru Nik Aziz.

"Kalau orang macam itu pun diserbu, diaibkan dan diserang sebagai perasuah, mengapa lepaskan semua perasuah-perasuah besar lain.

Semalam, Pemuda Umno Kelantan menyerahkan memorandum kepada SPRM mendesak siasatan dijalankan dan meminta Nik Abdul Aziz meletak jawatan sebagai menteri besar.

Selain pemuda Umno, Anwar turut membidas tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dilihat bertindak atas arahan politik dan memfokuskan tokoh tertentu khususnya pimpinan pembangkang.

Perkara itu katanya kini menjadi pengetahuan umum dengan beberpa tindakan SPRM yang dilihat sangat obses terhadap pimpinan Pakatan Rakyat.

"SPRM ambil tindakan atas arahan politik, kerana menuju kepada tokoh-tokoh tertentu untuk pertikai kredibiliti masing-masing.

"Kalau tokoh melayu muslim begini pun diserang, ini apa nak jadi pada negara," tegasnya.

HarakahDaily.Net/-

Konflik Yaman dan potensi pertembungan Saudi-Iran

Konflik di utara Yaman mula menampakkan dengan lebih jelas dimensi serantaunya apabila Arab Saudi menyerang kumpulan pemberontak Houthi, dan didakwa mahu mewujudkan zon penampan di kawasan utara Yaman.

Penglibatan lebih aktif secara langsung oleh Riyadh ini membuka kepada tafsiran pertembungan melibatkan Sunni dan Syiah, meningkatkan lagi ketegangan di rantau Asia Barat.

Sentimen ini, sekiranya dimanipulasi dan berleluasa, menambahkan lagi ketegangan antara aliran yang mencorakkan hubungan Arab dengan Iran dan dalam kalangan pengikut aliran berbeza di negara-negara Arab.

Walaupun realiti konflik di Yaman lebih kompeks daripada sekadar persaingan aliran Sunni dan Syiah, sentimen yang dibakar melalui konflik itu mampu memberi kesan kepada seluruh rantau Asia Barat.

Hal ini demikian kerana, pada masa sama, kerajaan Yaman menolak usaha Iran untuk membantu dalam perdamaian, ketika kerajaan pimpinan Presiden Ali Abdullah Saleh menandatangani perjanjian kerjasama ketenteraan dengan Amerika Syarikat.

Walaupun Sana'a telah menjadi sekutu rapat Washington dalam usaha memerangi teroris sejak 2001, masa perjanjian itu dicapai menimbulkan persoalan, iaitu ketika tentera Saudi menyerang Yaman dan usaha Iran dikritik sebagai cuba campur tangan.

Kerajaan Yaman menunjukkan penerimaan terhadap tindakan ketenteraan Saudi itu, yang didakwa Houthi melibatkan lebih daripada serangan posisi ketenteraan, tetapi segera menolak usaha pihak Iran.

Tentera laut Saudi juga melakukan kepungan di Laut Merah, dengan alasan menghalang kemasukan senjata ke Yaman untuk pemberontak Houthi, memberi implikasi bahawa kumpulan itu mendapat bantuan dari luar.

Menteri luar Iran, Manouchehr Mottaki dalam satu kenyataan memberi amaran kepada negara serantau supaya tidak terlibat dalam perang di Yaman. Sehari selepas itu, Iran mengajak kerjasama secara kolektif untuk menyelesaikan persengketaan di Yaman.

"Iran bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan Yaman dan negara lain untuk mengembalikan keselamatan di Yaman," menteri luar Iran itu dilapor berkata.

Beberapa pemerhati menolak dimensi persaingan melibatkan aliran Islam Sunni dan Syiah di Yaman, kerana persamaan dalam banyak hal Syiah Zaidiyah dengan aliran Sunni utama.

Joost Hiltermann, pegawai Kumpulan Krisis Antarbangsa (ICG) dilapor berkata, "Pengikut Syiah di Yaman lebih dekat kepada Sunni berbanding Syiah lain di dunia. Dan Sunni di Yaman lebih dekat kepada Syiah daripada Sunni lain di dunia."

Walau bagaimanapun, ini tidak menafikan terus persaingan Saudi dengan Iran di rantau Asia Barat. Saudi mahu Yaman terus berada di bawah pengaruhnya, dan Iran dilihat sedang menunggu dan melihat peluang untuk meluaskan pengaruh, memandangkan pengaruh Saudi yang dikatakan semakin merosot di Asia Barat.

Arab Saudi dan Mesir ialah sekutu kuat AS di dunia Arab, dan menjadi pemain utama Liga Arab. Walau bagaimanapun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, peningkatan pengaruh Iran dan Turki di rantau Asia Barat mengalihkan perhatian kepada dua negara bukan Arab tersebut.

Iran meluaskan pengaruh dengan memberi bantuan kepada kumpulan-kumpulan seperti Hizbullah dan menzahirkan sokongan politik kepada gerakan Islam di Palestin.

Turki pula memainkan peranan diplomasi dalam isu Palestin-Israel dan melibatkan negara serantau seperti Iraq dan Syria. Peranan ini meningkatkan pengaruh Turki, ketika negara-negara Arab dilihat tidak mampu menghasilkan sebarang kemajuan dalam hal itu.

Yaman ialah negara paling miskin di semenanjung Arab yang bersempadan dengan Arab Saudi di kawasan Laut Arab dan Teluk Parsi, dan bukan ahli Majlis Kerjasama Teluk (GCC) disertai negara-negara kaya kawasan itu.

Ini menjadikan Yaman boleh dipengaruhi dengan memberi bantuan atau dipengaruhi dengan cara lain. Sehingga kini, Arab Saudi paling jelas dapat dilihat pengaruhnya terhadap Sana'a.

Tetapi ini juga menjadikan masalah Yaman, seperti konflik, boleh mendatangkan kesan kepada Saudi terutamanya. Penglibatan Saudi di Yaman, selain ditujukan kepada Houthi, juga bertujuan menangani konflik di negara itu agar tidak merebak ke wilayahnya, walaupun tindakan tentera Saudi ketika ini bukan sekadar untuk melindungi sempadannya.

Houthi mendakwa Riyadh membenarkan tentera Yaman beroperasi dari dalam wilayah Saudi, selain banyak bantuan lain kepada kerajaan Yaman.

Campur tangan Iran pada tahap tertentu mungkin sesuatu yang dimahukan oleh pemberontak Yaman, untuk mengimbangi pengaruh Saudi di negara itu.

Lebih-lebih lagi, campur tangan Arab Saudi dapat dilihat berlaku pada tahap yang luas, menyumbang kepada potensi pelbagai masalah di Yaman, termasuk peningkatan masalah pelarian yang sudahpun kritikal sejak bermulanya perang. Pelarian perang pada masa ini terus meningkat akibat perluasan konflik di utara Yaman itu.

Kelemahan dalam mencari penyelesaian masalah di Yaman itu juga terus mendedahkan negara yang berada di kedudukan strategik itu dikuasai kuasa-kuasa asing.

Walau bagaimanapun, sukar untuk menyaksikan Tehran terlibat dengan jelas seperti penglibatan mereka di Lubnan, Palestin dan Iraq, antaranya kerana bukan daripada aliran Syiah yang sama. Tetapi, sebagai negara yang pragmatik, tidak dapat ditolak kemungkinan untuk Iran terlibat dengan lebih dalam.

Sejauh mana dan selama manapun Iran sedia terlibat, Arab Saudi telah melibatkan diri dengan konflik ini, membuka jalan kepada permainan dan manipulasi politik yang lebih besar kepada semua pihak terbabit.

HarakahDaily.Net/-

Jangan sampai orang kata Najib mudah lupa

KOTA BHARU, 16 Nov: Para pegawai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diminta supaya memperingatkan Perdana Menteri bahawa dia menukar istilah 'wang ehsan' kepada 'royalti' minyak menjelang pilihan raya kecil Kuala Terengganu Disember tahun lalu.

Exco kerajaan negeri Kelanta, Datuk Husam Musa dalam blognya berkata, peringatan begitu adalah penting sebelum orang ramai menyamakan PM dengan Tun Abdullah sebelum ini yang mudah lupa.

Menurut berita yang disiarkan pada 13 Disember 2008 lalu, akhbar berkenaan melaporkan:

"Pada majlis itu, Najib yang juga Menteri Kewangan menyerahkan cek bayaran royalti minyak berjumlah RM408.6 juta kepada Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said.

"Turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz."

Menurut Husam, hari ini, Tan Sri Nor akan beraksi di Parlimen, perbahasan peringkat Jawatankuasa JPM.

"Ayuh, jangan Tan Sri Nor lupa apa Najib sendiri pernah kata. Rakan saya MP PR sudah tentu dah bersedia...." tulisnya lagi.

Husam menulis, "Paling sedap apa dia kata: "We should not deprive the Terengganu people of their rights, neither should we give the impression that we are not confident of Terengganu's ability to manage the oil royalty," he said.

"Di Parlimen, Najib kata kerana Terengganu dapat wang ehsan saja, Kelantan pun hanya akan diberi wang ehsan!

"Tak sampai setahun Najib dah lupa?" tulis Husam.

Beliau mempersoalkan, "Mana Press Sec PM? Mana Muhyidin dalam kabinet tak ingatkan PM bos dia dulu dah sebut wang ehsan dah, jadi royalti balik sekarang jadi ehsan balik.

"Mana PM nak letak muka? TPM pun lupa sama dahsyat dengan PM? Hishamuddin lagi lupa. Shabery Chik pun tak tolong ingatkan PM pada hal dia pun ada masa Najib umum Terengganu dapat royalti semula. Menteri apa macam ni?

"Kalau pun PM perlu berbohong, para pegawai PM kenalah buat homework sikit. Janganlah biarkan PM tersungkur macam ni.

"Semaklah sikit paper cutting tu. Biar nampak coherent. Nasihat PM biar elok, jangan tak buat kerja. Kalau saya jadi Najib, saya hantar pegawai macam ni pergi tambah kursus.

"Sebab tu saya kata, tak usah kelentong jauh sangat, bayar saja royalti seperti perjanjian. Nanti Najib sama imej dengan Pak Lah. Pelupa!" tulis Husam.

HarakahDaily.Net/-

19 tahun PAS lulus KPI dengan cemerlang - Lim Kit Siang

KOTA BHARU, 16 Nov – Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyifatkan kejayaan PAS mentadbir Kelantan selama lima penggal berturut-turut adalah KPI cemerlang kerajaan PAS mengekalkan sokongan rakyat di negeri ini.

Kejayaan tersebut seharusnya menjadi landasan kepada Pakatan Rakyat (PR) menghadapi pilihan raya umum akan datang dalam usaha untuk menumbang kerajaan Umno – Barisan Nasional (BN) seterusnya menguasai Puterjaya.

Perjuangan ke arah itu mesti diperkasakan sepanjang masa demi menghapus ataupun melenyapkan sistem pemerintahan kerajaan Umno yang angkuh, sombong serta banyak menyusahkan rakyat.

Lim menyedari banyak kepincangan berlaku di dalam pentadbiran kerajaan Umno terutama berkaitan struktur menangani sesuatu isu yang mana rakyat ingin melihat kesannya dari sudut yang adil seperti fungsi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tegasnya, beliau tetap malah terus dengan pendirian bahawa penubuhan SPRM adalah semata-mata demi untuk menjaga kepentingan politik kerajaan Umno dan ianya jelas menyimpang dari prinsip asal penubuhannya.

“Sampai ke hari ini kes penyelewengan jutaan ringgit dalam Umno melibatkan orang-orang ternama dalam politik Umno hanya bisu. Siasat juga, tapi siasatan tinggal siasatan sampai bertahun-tahun,” katanya pada satu majlis ceramah umum, dekat sini, malam tadi.

Dalam pada itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, menyokong kenyataan Lim merujuk kepada beberapa isu seperti Perwaja, PKFZ yang hingga kini belum ada apa-apa tindakan terhadap mereka terbabit.

Lalu Abdul Hadi menegaskan kezaliman serta pembohongan dilakukan kerajaan Umno tidak boleh dimaafkan kecuali Umno bertaubat kerana perbuatan khianat dilakukan melibatkan hak rakyat.

“Kita mesti faham konsep ini, kalau sebut sahaja hak kerajaan, maknanya ia adalah hak rakyat,” katanya.

HarakahDaily.Net/-

ZAMBRY JANGAN MAIN SENTIMEN PERKAUMAN

Email : safarizal saleh

Kenyataan Media (16 November 2009)

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) menyelar kenyataan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir semasa merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Darul Ridzuan baru-baru ini agar kaum Melayu tidak diperlekehkan oleh kaum lain sebagai satu kenyataan berbaur perkauman dan tidak melambangkan hasrat Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang beriya-iya terhadap kempen 1Malaysia. Kenyataan tersebut jelas cuba merosakkan keharmornian yang telah sedia ada di dalam Negara kita.

DPPN Pk meminta supaya Datuk Seri Zambry jangan cuba mempertikaikan kontrak sosial yang telah lama termaktub dalam perlembagaan dengan merosakkan suasana harmoni yang ada di dalam Negara kita kerana cuba menyamakan keadaan di Negeri Perak di dalam isu ini. Perkara ini jelas tidak mencerminkan semangat perbezaan kaum yang ada di dalam Negara kita. Islam yang menekankan perbezaan bangsa ini sebagai satu kelebihan bagi semua pihak kerana memberikan peluang untuk kenal mengenali antara satu sama lain dan belajar untuk berkongsi dalam pembangunan insan.

DPPN Pk mendesak supaya Datuk Seri Zambry menarik kembali kenyataan beliau yang telah dibuat. DPPN Pk menasihatkan Datuk Seri Zambry jangan memainkan sentimen perkauman untuk meraih pengaruhnya yang semakin hilang dan di tolak oleh rakyat. Datuk Seri Zambry perlu menghormati kedudukan semua kaum di Negara kita yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Negara.

DPPN Pk meminta supaya Datuk Seri Zambry agar menghormati seluruh rakyat yang telah membuat keputusan mereka di dalam Pilihan Raya Umum ke – 12 tahun lalu. Wakil-wakil rakyat yang telah di pilih adalah mandat rakyat yang mahukan perubahan demi kepentingan Negeri Perak dan bukannya membenarkan UMNO merampas kuasa sepertimana yang telah mereka lakukan semata-mata kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa UMNO dan BN telah ditolak rakyat Perak.


DR. RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.