19 April 2009

Mahkamah bertindak di luar kuasa atau 'ultra vires' - Dr Aziz Bari

Tarmizi Mohd Jam

KUALA LUMPUR, 18 April : - Meskipun keputusan mahkamah mengisytiharkan tindakan Speaker DUN Perak menggantung Dato Dr Zambry Kadir mengecewakan banyak pihak, ia terpaksa diterima.

Demikian kata Profesor Dr Abdul Aziz Bari ketika diminta mengulas keputusan mahkamah tertinggi negara pada 16 April lalu. Dalam keputusan lisannya mahkamah membuat keputusan sebulat suara. Ketika menyampaikan keputusan itu Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Sherif memutuskan bahawa Speaker V. Sivakumar tidak mempunyai kuasa berbuat demikian.

Aziz berkata, perlembagaan - baik negeri maupun persekutuan - tidak menyatakan dengan jelas kuasa-kuasa speaker dan selama ini undang-undang dan amalan yang ada baik di Malaysia dan seluruh Komanwel ialah ia tertakluk kepada budi bicara speaker dan ini dipandu oleh 'Standing Orders' atau peraturan dewan. Ini mempunyai asas di dalam perlembagaan dan kuasa mentafsir 'Standing Orders' itu ialah kuasa mutlak speaker.

"Saya tidak tahu apakah asas Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan tindakan Speaker DUN tidak sah. Dari mana mahkamah mendapat kuasa berbuat demikian?" soal profesor undang-undang itu.

Aziz berkata apa yang jelas ialah perlembagaan tidak membenarkan mahkamah mencampuri urusan dan prosiding dewan. Katanya ini dinyatakan dengan jelas oleh Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 72; khususnya 72(1) yang dengan jelas menyebut bahawa "Sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana Dewan Negeri tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah".

Dengan itu, Aziz berpendapat, mahkamah telah bertindak di luar kuasa atau 'ultra vires'.

Ditanya mengenai Perkara 63 Perlembagaan Negeri Perak beliau berkata: "Peruntukan itu hanya memberi kuasa kepada Mahkamah Persekutuan untuk mentafsir perlembagaan negeri. Peruntukan ini tidak memberi lesen kepada mahkamah untuk berbuat sesuka hati dan membelakangkan perlembagaan."

Beliau bersetuju dengan pandangan bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk NH Chan yang mengkritik keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai isu tersebut.

Mengenai soal pembahagian kuasa (separation of powers) pula Aziz mendedahkan Mahkamah Persekutuan memang masih kabur tentang konsep itu. Katanya, "Sesiapa yang tak percaya sila baca keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Kok Wah Kuan (2008) yang menangani isu berkenaan".

Aziz menyeru Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Azmi sebagai ketua badan kehakiman mengambil perhatian dan memberi penghakiman muktamad mengenai isu pemisahan kuasa yang menjadi idea pokok dalam konflik undang-undang mengenai kuasa speaker itu.

Aziz berkata kekaburan dan kekeliruan itu menyebabkan mahkamah terlalu menumpukan kepada isu-isu teknikal dan prosedur yang sepatutnya dibaca dalam konteks teori tadi. Beliau berharap Mahkamah Persekutuan mengeluarkan keputusan bertulis secepat mungkin supaya kita dapat mengetahui asas keputusannya.

"Setakat ini ia masih kabur dan kalau kita melihat isu ini dalam konteks pemisahan kuasa yang menjadi tunjang kepada perlembagaan itu keputusan itu adalah keputusan yang salah".

Bagaimanapun, oleh kerana Mahkamah Persekutuan adalah mahkamah paling tinggi yang sekaligus memainkan peranan mahkamah perlembagaan maka isu itu terhenti di situ. Aziz berkata terpulang kepada ahli-ahli politik untuk menjelaskan kepada rakyat isu yang sulit dan kontroversial ini.

"Merekalah hakim yang sebenar dalam kemelut politik di Perak. Apa yang malang ialah semua institusi yang sepatutya mempertahankan perlembagaan gagal berbuat demikian," ujarnya.

Sebelum ini tokoh-tokoh dan NGO tertentu seperti Datuk Param Coomaraswamy (bekas Presiden Majlis Peguam), Prof. Dr Shad Faruqi dan ALIRAN meragui keberkesanan penyelesaian melalui jalan mahkamah. Harakahdaily

Saya dan ADUN PR berada di Istana hari ini.

Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak Balairong Seri, Istana Iskandariah Bukit Chandan Kuala Kangsar Sempenan dengan Keputaaan Sultan Perak kali ke 81 akan berlangsung pada hari ini. majlis akan bermula pada jam 9.00 pagi dan akan berakhir sekitar jam 2 petang nanti.

Seramai 17 orang ADUN Pakatan Rakyat termasuk DS. Nizar dan Dato' Ngeh akan hadir pada acara tahunan istana itu. Kebanyakan dari kami akan hadir bersama dengan isteri masing-masing.

Speaker Perak gantung Setiausaha, SUK tegas tidak sah ?

IPOH: Krisis politik Perak memasuki episod baru hari ini dengan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), V. Sivakumar menggantung tugas Abdullah Antong Sabri sebagai Setiausaha DUN Perak - buat kali kedua sejak penghujung Februari lalu.

Bagaimanapun beberapa jam selepas kenyataan Speaker itu, Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri Perak, Abdul Rahman Hashim pula menegaskan, keputusan itu adalah tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan.

Abdul Rahman berkata, jawatan Setiausaha DUN Perak adalah jawatan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) Gred M52 yang diluluskan oleh pihak berkuasa negeri melalui waran perjawatan yang ditandatangani oleh Menteri Besar Perak.

Tanpa merujuk kepada peraturan Dewan Perak mengenai status Setiausaha Dewan dan perlantikan oleh Speaker, Abdul Rahman dilihat memberi ulasan sebelah pihak ?

"Proses pelantikan dan pengisian jawatan itu memerlukan kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Selepas itu selaku SUK kerajaan negeri Perak dan bagi pihak kerajaan negeri, saya akan mengeluarkan surat rasmi pelantikan Setiausaha DUN Perak.

"Dengan ini dimaklumkan bahawa pihak JPA mahupun kerajaan negeri atau saya tidak ada mengambil sebarang tindakan ke atas Abdullah," katanya di sini hari ini.

Sehubungan itu, Abdul Rahman berkata, Abdullah kekal sebagai Setiausaha DUN Perak yang sah dan berkuasa mengikut bidang kerja dan tugas-tugas yang ditetapkan.

"Ini juga bermakna tindakan menggantung Abdullah sebagai mana yang dilaporkan media dibuat oleh Speaker V. Sivakumar adalah tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan," katanya.

Beliau berkata, mana-mana pihak selain daripada yang dinyatakan di atas (JPA, kerajaan negeri dan SUK) tidak mempunyai kuasa dan tidak berhak untuk mempersoal atau mengambil sebarang tindakan ke atas Abdullah selaku Setiausaha DUN tanpa kelulusan daripada pihak kerajaan negeri dan SUK negeri Perak.

"Begitu juga mana-mana pihak yang lain tidak berkuasa dan tidak berhak sama sekali mengambil sebarang tindakan yang lain seperti membuat pelantikan jawatan di bawah pentadbiran kerajaan negeri Perak termasuk jawatan Setiausaha DUN Perak tanpa kelulusan daripada pihak kerajaan negeri Perak dan saya selaku SUK negeri Perak," kata Abdul Rahman.

Sivakumar hari ini mengambil tindakan menggantung tugas Abdullah sebagai Setiausaha DUN kerana mengeluarkan notis untuk DUN Perak bersidang pada 7 Mei ini tanpa pengetahuan dan persetujuan beliau (Sivakumar) terlebih dahulu yang dianggap sebagai satu tindakan ketidakpatuhan.

Dalam sidang akhbar di pejabatnya di Bangunan Darul Ridzuan di sini tengah hari tadi, Sivakumar turut mengumumkan pelantikan Mohd Misbahul Munir Marduki untuk menggantikan Abdullah sebagai Setiausaha DUN sehingga beliau (Sivakumar) mengeluarkan keputusan selanjutnya.

Perlu diingatkan perlantikan Misbahul Munir yang menjalankan tugas semasa Sidang Tergempar pada 3 Mac lepas adalah dibawah bidang kuasa Speaker DUN dan begitu juga dalam hal sidang yang akan berlangsung pada 7 Mei nanti.

Zambry dahului senarai penerima darjah kebesaran Perak

KUALA KANGSAR : Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan tiga orang lagi mendahului senarai 800 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena ulang tahun ke-81keputeraan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah hari ini.

Dr Zambry bersama-sama Menteri Kewangan II, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Kong Cho Ha dan Orang Kaya-kaya Panglima Kinta, Seri Amar Diraja Datuk Dr Abdullah Fadzil Che Wan dianugerah Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Markas Angkatan Tentera, Lt Jen Datuk Dr Sulaiman Abdullah dan Panglima Tentera Laut Laksamana, Datuk Seri Abdul Aziz Jaafar adalah dua penerima Darjah Seri Panglima Taming Sari (SPTS) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.

Sempena ulang tahun keputeraan baginda kali ini, Sultan Azlan Shah turut mengurniakan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk kepada 44 penerima.

Dua penerima darjah Datuk Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM) ialah anggota Exco kanan kerajaan negeri Perak Hamidah Osman dan Duta Malaysia ke Ireland, Raja Nazrin Raja Aznam.

Seramai 33 orang pula menerima darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP). Mereka terdiri ahli Exco kerajaan negeri Dr Mah Hang Soon; Datuk Bandar Ipoh, Roshidi Hashim; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, T Murugiah; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak kawasan Kenering, Mohd Tarmizi Idris; Adun kawasan Rungkup, Sha'arani Mohamad; Ketua Pengarah Arkib Negara, Sidek Jamil; Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara, Yaakop Fakir Mohd.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Abu Bakar Said; Pengarah Jabatan Kerja Raya Perak, Dr Safry Kamal Ahmad; Pengarah Jabatan Perhutanan Perak, Masran Salleh; Pengarah Perkhidmatan Teknikal Jabatan Mineral dan Geosains, Mohamad Noor Ayoob; Timbalan Pengerusi Eksekutif TSH Resources Berhad, Datuk Dr Tan Aik Pen;

Ketua Pakar Perunding Kanan Paediatrik di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Dr Amar Singh; Pakar Perunding Patologi di HRPB, Dr Norain Karim; Pengarah Urusan KTM Berhad, Abdul Radzak Abdul Malek; Yu Kuan Huat dari YNH Property Berhad; serta Cheah Keng Meng; Hamdan Ahmad; Mohd Azmi Othman; Dr Mukudan Krishnan; Dr Alagappa Muthiah; Lt Kol (B) Justpall Singh Sandhu; Dr Sarjeet Singh.

Pengurus Besar Ang Piew Artist Sdn Bhd, Ong Ang Kieu; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Masterskill Education Berhad, Datuk R Santhara Kumar; Presiden Persatuan Pergigian Malaysia, Dr S Sivanesan; Pengarah KL Kepong, Taiko Yeoh Eng Khoon; Pengarah Urusan Remco, Mohd Syaifu Abdullah; Pengerusi FMM Perak, Gan Tack Kong; serta Goon Eng Wah; Chung King Tong; Ten Choo Lai; dan Wan Azahari Yom Ahmad.

Sembilan penerima darjah Datuk Pahlawan Taming Sari ( DPTS) yang membawa gelaran Datuk ialah Panglima Markas 2 Briged, Brig Jen Datuk Zulkifli Mansor; Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital TLDM Lumut, Brig Jen Dr Zulkaflay Rahman; Panglima Wilayah Laut 2 Laksamana Pertama, Syed Zahiruddin Putra; Panglima Bantuan TLDM Lumut, Laksamana Pertama Abdul Rahman Abdul Karim; Panglima Wilayah Laut 3, Laksamana Pertama Abdul Ghani Othman.

Asistan Ketua Staf Tadbir Markas Tentera Udara di Kementerian Pertahanan, Brig Jen Datuk Mohammad Noh Mohd Said; Panglima 2 Divisyen Udara TUDM Labuan, Brig Jen Datuk Khairul Bakri Mustafa; Timbalan Ketua Polis Perak, SAC I Datuk Hadi Ho Abdullah dan Ketua Cawangan Khas PDRM Perak, SAC II Sulaiman Mohamad.

Antara tujuh penerima Tauliah Jaksa Pendamai (JP) ialah bekas Ahli Parlimen Gerik, Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh.

Sultan Perak menganugerahkan Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (PCM) kepada 10 penerima, Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP) kepada 45 penerima, Darjah Ahli Cura Si Manja Kini (ACM) kepada 21 penerima dan Darjah Ahli Mahkota Perak (AMP) kepada 178 penerima.

Seramai 222 orang menerima Pingat Pekerti Terpilih (PPT), 257 menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK) dan 10 menerima Pingat Lama Perkhidmatan (PLP).

Antara penerima PCM ialah Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping, Omor Saad dan Pegawai Daerah Kerian, Ismail Hassan.

Pengarah NAM News Network, Rachman Yeop Norodin adalah bekas Editor Eksekutif Bernama dianugerahkan PMP manakala Editor Perkhidmatan Berita Ekonomi Bernama, Mikhail Raj Abdullah; Ketua Biro New Straits Times Perak, Muhammad Husairy Othman; Ketua Biro Berita Harian Perak, Ridzuan Yop; pemberita Tamil Nesan, S Balakrishnan dan pemberita RTM Perak, Samat Majid dianugerah AMP.

Timbalan Ketua Unit Foto Bernama, Zid Omar, pemberita Utusan Malaysia, Angelina Sinyang, dua pemberita The Star, Sylvia Looi Lee Phing dan Christina Koh Siew Kim, serta pemberita Nanyang Siang Pau, Tan Kay Aun dianugerah PPT.

Jurugambar Berita Harian, Ikhwan Munir dan jurugambar Bernama Md Dusa Abas pula adalah antara penerima PJK. - Bernama

Benarkah rakyat tak tolak BN ?

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata rakyat hanya menolak pemimpin yang tidak dekat di hati mereka dan bukannya menolak Barisan Nasional (BN).

Kenyataan yang dikeluarkan Najib diatas, adalah sesuatu yang jauh tersasar dengan tindakan beliau mengemukakan Kabinet yang dinamakan pasukan baru yang pada hakikatnya membawa berbagai masalah kepada BN.

Kalaulah Najib dapat mencium bau bahawa rakyat menolak pemimpin yang tidak dekat dihati, dan BN masih lagi diterimanya kenapakan Najib sengaja mencipta masalah dan membawa masalah baru ke dalam kabinetnya melantik menteri dan timbalan menteri dikalangan orang yang pada hakikatnya jauh dihati rakyat malah telah ditolak oleh rakyat di dalam pemilihan parti atau didalam pilihanraya.

Kenapakah Najib melantik nama-nama seperti Khor Su Koon (Menteri di JPM), Awang Adik (Tim.Menteri Kewangan), Sharizat Jalil(Menteri Perpaduan dan Wanita)dan Chew Mei Fun (Tim. Menteri Perpaduan dan Wanita). Mereka bukannya wakil rakyat berarti ditolak oleh rakyat, macam mana boleh dekat dihati rakyat. Perlantikan mereka sebagai Senator satu-satunya tiket melayakkan mereka jadi menteri. Mereka tidak ada rakyat yang diwakilinya.

Selain itu perlantikan Jamil Khir Baharum dan Mashitah Ibrahim yang langsung tidak bertanding untuk mendapat kerusi ahli parlimen sebagai menteri dan timbalan menteri juga membuktikan Najib membawa masalah kepada BN.

Penolakan beberapa orang pemimpin UMNO oleh rakyat dalam kelompok partinya sendiri sebagai menteri dan timbalan menteri juga menafikan kenyataan Najib pada hari ini. Kenapakah Najib sanggup membawa masuk Rais Yatim dan Mukhris yang telah ditolak oleh UMNO sendiri. Apakah sudah tidak cukup ahli parlimen BN sehingga hak mereka dinafikan dari dilantik ke jawatan itu.

Rais dilantik sebagai menteri Penerangan, kebudayaan dan kesenian, manakala Mukhris dilantik sebagai Tim. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Terang lagi bersuluh sebenarnya Najib ingin menegakkan benang yang basah dengan sekadar mengandaikan diri sendiri yang menang majoriti besar di Pekan, tetapi ingatkah Najib kepada kemenangan tipisnya ditempat yuang sama pada tahun 1999.

Sesungguhnya BN ternyata sudah ditolak oleh rakyat pelbagai bangsa dan Agama. Politik pecah belah, pecah dan perintah dan pengabaian kepada keperluan rakyat selama lebih 50 tahun yang lampau telah mula dihukum oleh rakyat dalam gelombang tsunami politik pada tahun 2008 yang lepas.

Rakyat sudah mengenal BN yang lebih mementing kroni berbanding rakyat sebab itu padah yang lebih besar akan menimpa parti cap kati yang semakin reput itu. Lonjakan penerimaan rakyat kepada pakatan rakyat yang membawa politik baru insya Allah sukar dibendung lagi.

Kekalahan demi kekalahan BN dalam PRK adalah bukti BN telah ditolak, sebab itulah walaupun belum ada kepastian namun ada kewajaran BN sudah tidak sanggup lagi berdepan dengan Pakatan Rakyat di Penanti dan PRK lain kalau ada.

MAKLUMAN : ADUN Titi Serong ceramah di Baling malam ini.

Ahli Dewan Undangan (ADUN) Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim akan menyampaikan Ceramah Umum isu-isu semasa di Kampung Iboi Kupang,Baling malam ini bermula pada jam 9.30 malam.


Dewan tidak boleh bubar sendiri - Dr Aziz Bari

Tarmizi Mohd Jam

KUALA LUMPUR, 18 April :- Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak akan terbubar dengan sendirinya jika ia tidak bersidang dalam masa enam bulan, demikian dijelaskan oleh Profesor Dr Abdul Aziz Bari. Beliau diminta mengulas mengenai tindakan terburu-buru setengah pihak untuk mengadakan sidang DUN Perak. Iklan

Katanya, peruntukan yang berkenaan ialah 36 Perlembagaan Negeri Perak. Peruntukan yang sama ada di dalam Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan.

Aziz berkata peruntukan yang sama juga ada di semua negeri yang lain.

"Apa yang penting di bawah peruntukan ini ialah bahawa menjadi tanggung jawab Agong atau Sultan atau Yang diPertua Negeri untuk memanggil sidang sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh enam bulan," jelasnya. Peruntukan ini tidak menyatakan dewan terbubar jika ia tidak bersidang langsung selama enam bulan.

Aziz berpendapat dengan adanya peruntukan itu kerajaan yang memerintah tidak boleh lari atau mengelak dari ditanya mengenai dasar-dasar dan tindakannya oleh ahli-ahli dewan.

"Ia berkait rapat dengan kerajaan yang bertanggung jawab kepada dewan yang menjadi asas kepada undi tidak percaya itu," tambahnya.

Pakar perlembagaan itu berkata Dewan Negeri dan Dewan Rakyat hanya bubar secara automatik lima tahun selepas ia bersidang buat kali pertama selepas pilihan raya umum.

"Ini disebut oleh Perkara 55(3) Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 36(3) Perlembagaan Negeri Perak,' jelas beliau.

Apa yang menarik ialah ada di kalangan peguam sendiri yang menganggap dewan terbubar secara automatik jika tidak bersidang langsung dalam tempoh enam bulan.

Aziz berkata pandangan itu mungkin menjadi sebab mengapa kebelakangan ini timbul banyak keputusan yang ganjil dan tidak selaras dengan perlembagaan.

"Semacam ada usaha halus untuk mengelakkan berlakunya pilihan raya.

Ini tidak logik dan tidak masuk akal kerana macam-macam boleh berlaku. Siapa yang boleh menyekat kematian atau orang disabitkan di mahkamah?" ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak 17 April lalu, menyatakan bahawa pilihan raya kecil Dun Penanti ekoran perletakan jawatan bekas Timbalan Menteri Pulau Pinang tidak perlu kerana ia membuang masa dan wang negara.

Sebelum itu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang pada mulanya begitu laju menyiasat dan dikatakan akan mendakwa bekas timbalan itu tiba-tiba mengambil sikap melambat-lambatkan keputusan siasatan.Harakahdaily.

1 MALAYSIA : KERETA BARU, ENJINNYA LAPUK

Sejak kebelakangan ini kita telah gembar-gemburkan oleh Najib tentang kemunculan kereta keluaran BN yang terbaru. Ia dinamakan 1 Malaysia. Kereta ini digembar-gemburkan sebagai sebuah kereta keluaran terbaru yang canggih, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Harap body sahaja baru, tetapi enjin lama, bahkan sudah lapuk!

Sebelum ini, saya pernah mengumpamakan bahawa UMNO adalah barang lapuk yang masih dijual. Maka para pembelinya telah tersilap, kerana membeli barang buruk yang bernama UMNO ini. Tetapi kali ini, BN pun lebih kurang sama.. Lebih-lebih lagi kabinet Najib yang dikatakan sebagai wajah baru, tetapi pemikiran UMNO kuno.

Hari ini pula, sekali lagi keluaran kereta baru berenjin lapuk ini cuba untuk mempengaruhi rakyat. Harganya tidaklah mahal sangat, tetapi, apabila diuji cuba, ternyata enjinnya macam haram jadah.

Saya teringat tentang Sirah Nabi Muhammad SAW, yang menceritakan tentang apa yang terjadi hari ini tentang pemikiran lama ini. Orang Arab di zaman Nabi Muhammad SAW sangat taksub dengan pemikiran nenek moyang mereka. Apa yang disokong oleh nenek moyang mereka, itulah yang mereka pertahankan walaupun perlakuan itu memang menjijikkan.

Contohnya, orang Arab Jahiliyah melakukan tawaf mengelilingi Kaabah dalam keadaan tidak berpakaian! Mereka mengatakan bahawa ini adalah amalan nenek moyang mereka yang perlu diteruskan. Haprak bukan? Hari ini, rakyat Malaysia tidak kira bangsa, mengatakan bahawa kita perlu menyokong apa yang telah disokong oleh nenek moyang kita, walaupun sokongan tersebut adalah sokongan kepada kezaliman!

Hari ini, 1 Malaysia juga adalah permasalahan yang sama. Ia adalah kereta teknologi kuno yang digembar-gemburkan oleh nenek moyang kita. Sampai hari ini, segalanya haprak semata-mata. 1 Malaysia perlu dianggap sebagai satu cadangan yang perlu difikirkan. Jangan berpegang dengan sesuatu yang tidak kita tahu.

Najib menggembar gemburkan istilah 1 Malaysia, tetapi rakyat terus menerus merana. Sistem kapitalis tetap diteruskan. Adakah 1 Malaysia ini adalah 1 BN? Atau 1 UMNO? Iaitu, harta dan keuntungan negara dikaut bersama…. Bersama siapa? Bersama-sama kronilah. Inilah sistem Kapitalis yang menjahanamkan golongan-golongan bukan kroni.

Najib mengatakan bahawa 1 Malaysia ini adalah penyamarataan taraf hidup. Percayakah anda? Atau ia hanya retorik yang digimikkan? Dari dulu lagi, mereka mengemukakan dakyah yang sama, iaitu penyamarataan hidup. Tetapi, sampai sekarang, haprak je lebih. Contoh yang paling jelas, 60 billion yang hanya digimikkan. Mereka mengagih-agihkan kepada siapa? Masihkah anda menanti hasil 60 billion itu? Inilah satu penantian yang sia-sia.

Inilah perjuangan yang diteruskan oleh Najib hari ini. Sama sahaja dengan omongan nenek moyang dahulu. Masih lagi tidak dapat menerima Islam. Masih lagi bongkak untuk menerima dakwah Islam. Kalau betullah Najib ini sudah menjadi seorang yang baik, maka, laksanakanlah Islam. Kalau hanya disuap dengan gimik sepertimana yang dilakukan PM-PM sebelum ini, Najib dijamin “tidak lama”.

Salam Perjuangan

Dr Fikrah (http://drfikrah.blogspot.com)

Tarian Wanita di Festival Asean 09 (Mesir) suatu Teguran Ikhlas

Link : http://www.youtube.com/watch?v=bjo9y3nYj8o

Kitab mana yang dirujuk, hadis mana yang diteladani, dalil apa yang dipakai sehingga ada pihak yang sanggup menghidangkan tarian wanita di khalayak ramai lebih-lebih lagi kepada para bakal ulamak mahasiswa Islam Al Azhar.Kejadian ini mungkin tidak menjadi hal dan isu sekiranya penontonnya semua wanita atau gadis. Fikirlah sendiri!

Apakah atas nama kebudayaan anda sanggup membiarkan ibu, kakak ,adik atau isteri anda berdansa mengiburkan orang ramai. Bagi orang yang tidak faham tentang keluhuran Islam pasti fenomena ini biasa sahaja tetapi cuba bayangkan ia dihidangkan buat bakal ustaz dan ustazah.

Darurat sangatkah sehingga atas nama budaya kita merelakan gadis muslimah kita berdansa, berlenggang-lenggok punggung dan kepala mempamerkan kelembutan gemalai susuk tubuh di khalayak ramai.Apakah dengan mengenakan tudung dan berpakaian sopan sudah dianggap melepasi syarat, hukum dan tatacara berbudaya menurut Islam.

Siapa yang ajar? kitab fekah mana yang dirujuk untuk mengharuskan pengeksploitasian gadis atau wanita muslimah atas nama budaya ini.Bukankah kita perlu berbudaya mengikut Islam bukan Islam terpaksa mengikut kehendak budaya kita.

Bukankah jalan yang lebih selamat boleh difikirkan untuk wanita berbudaya misalnya persembahan tarian tersebut hanya dipersembahkan kepada penonton wanita muslimah sahaja. Islam amat bertoleransi dalam semua hal namun kita yang ambil kesempatan memandang mudah dalam segala hal, kononnya atas nama kesederhanaan.

Bukan sederhana namanya kalau begitu, sudah terbalik menjadi songsang.

Sepatutnya ulamak harus begini

Peranan bakal ulamak sepatutnya ialah mewarisi kerja Nabi Muhammad SAW melaksanakan proses Islamisasi budaya. Bakal ulamak perlu mewarisi kerja nabi mengislahkan budaya jikalau kita memang sayangkan budaya bangsa. Sayangkan budaya bukan bermakna kita boleh sewenang-wenang mencampur adukkan maksiat dalam sebarang program yang dianjurkan. Malah ia menyalahi konsep kesederhanaan dalam Islam bahkan melampaui batas tatasusila berbudaya sebagai bangsa nusantara yang begitu lama memahami Islam sejak zaman berzaman.

Ingatlah! jikalau bertudung sekalipun wanita muslimah tetap tidak sama sekali akan dianggap manis berakhlak jika tergedik gedik menari dihadapan lelaki yang sentiasa memandang. Apakah kita terlalu dangkal untuk memahami kemuliaan yang sebenarnya yang harus kita letakkan kepada muslimah kita.

Membiarkan muslimah walaupun bertudung bergencok di hadapan lelaki yang bukan mahram hukumnya tetap haram. Ia sebenarnya tidak jauh konsepnya dengan tarian penari wanita gelek Mesir yang hanya membezankan hanya ialah pakaian dan cara tari yang lebih nampak bersopan namun yakinlah ianya tidak lebih dari itu. Apakah betul untuk menanggapi bahawa dengan mengenakan tudung di kepala kita sudah diharuskan melakukan sesuatu yang jelas bertentangan dengan adab Islam. Apakah ia menepati usaha Islamisasi budaya yang harus kita warisi dari manhaj kenabian.

Bukankah nabi mengislamkan dua perayaan Musyrikin Mekah yang penuh dengan maksiat, nabi menghalang wanita menari di khalayak ramai sambil lelaki bertepuk dan bersiul memuji dan memuja, budaya penyair yang memuja wanita dalam bait syair mereka, arak menjadi hidangan, semuanya nabi Islamkan menjadi amalan yang baik dan bernilai ibadah.

Ingatlah! bertudung bukan syarat menghalalkan wanita menari dihadapan para lelaki ajnabi. Matlamat tidak pernah menghalalkan cara. Bukankah Islam sudah jelas panduannya, kalaulah nak bergencok sangat menarilah puas-puas sesama wanita sahaja, itulah kewajarannya bukan?.

Apa yang lebih dikesalkan ialah penglibatan para aktivis dakwah daripada NGO dakwah seperti Abim dan Isma bersekongkol dengan Nadi Umno bagi menjayakan festival yang dicemari dengan aksi tarian yang amat tidak sesuai dipersembahkan kepada ummat Islam lebih-lebih lagi para Mahasiswa Al Azhar.Dimanakah keperihatinan mereka sebagai NGO dakwah untuk memberikan teguran jika ada yang dilihat janggal dalam program tersebut, atau berkemungkinan Abim dan Isma lebih suka memilih jalan selamat untuk menjaga kepentingan dan survival diri dari memberikan teguran terhadap keaiban yang berlaku.Insafilah! sesungguhnya NGO Islam perlu bingkas bangun tegas dengan perinsip dan wadah yang jelas.

Penulis amat bersimpati kepada pihak penganjur yang terdiri daripada Kedutaan Besar Malaysia Kaherah dan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah yang terpaksa berhadapan dengan isu tarian gadis di khalayak ini, berkemungkinan mereka tidak tahu menahu tentang persembahan tarian tersebut. Usaha kedua-dua pihak terbabit untuk memperkenalkan budaya bangsa di Mesir telah dicemari oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang sengaja mencemarkan nama baik masyarakat Malaysia Mesir yang terkenal dengan ketinggian akhlak Islam dek pembabitan tarian gadis di khalayak ramai.

Akhirnya, demi nama baik masyarakat Malaysia di Mesir,mana-mana pihak yang terbabit menjayakan persembahan tarian tersebut digesa tidak mengulangi lagi kecacatan tersebut dalam apa jua progaram mendatang.Kalian perlu bertanggungjawab dan berkewajipan memohon maaf kepada semua masyarakat Malaysia Mesir yang merasa malu dek kerana bahana tarian yang amat menjengkelkan tersebut.

Tegasnya kita sebagai ummat Islam tidak menolak sebarang kebudayaan tetapi biarlah ia diselarikan dengan tuntutan Islam.

Fikirkanlah rasionalnya.

Sekian.

PESAN TOK GURU...

Allahyarham Tuan Guru Ustaz Hj Ghaus Bin Ahmat. Mungkin nama tersebut tidak se gah nama Tuan Guru Dato Hj Nik Aziz Nikmat yang terkenal si seluruh Malaysia malah di serata dunia. Namun nama Arwah Ustaz Ghaus amat terkenal di negeri Melaka oleh pencinta ilmu Islam. Arwah Ustaz Ghaus telah kembali ke rahmatullah pada bulan 12 tahun 2008.

Dengan kembalinya beliau maka telah hilanglah sebutir mutiara Islam di bumi Melaka di mana segala-galanya bermula. Menurut para cendekiawan Islam di Melaka, setelah kematian Arwah Tok Guru Mualim Hj Wahid wali Allah yang terkenal maka yang tinggal hanyalah Arwah Ustaz Ghaus. Bila kembalinya Ustaz Ghaus, penduduk Melaka masih menunggu siapakah penggantinya kerana hanya Allah Taala yang Maha Mengetahui atas segala-galanya. Mungkin timbul persoalan kenapakah saya ingin berkongsi maklumat tentang Tuan Guru Ustaz Ghaus ini.

Sebenarnya dalam tahun 1997, saya pernah menanyakan kepada arwah, apakah boleh untuk kita menyokong Barisan Alternatif yang mula timbul pada masa itu. Beliau telah menghuraikan kepada saya dengan lengkap mengenainya. Dipendekkan cerita, jika kita tahu sebuah kapal yang besar mempunyai kelemahannya maka eloklah kita menolaknya. Perumpaan ini dibuat kepada BN. Rasuah, ketidakadilan,memainkan hukum Allah dan bermacam-macam lagi. Jika jelas perkara ini berlaku di dalam sesebuah parti maka selaku umat Islam hendaklah kita menolaknya.

Lihatlah kepada hukum-hukum yang dibuat di Malaysia, menurut beliau ia lebih berbentuk denda berbanding dengan hukum hudud yang mampu untuk menyelamatkan dunia akhirat bagi orang Islam. Kebenaran jangan disembunyikan. Lihatlah di Palestin menurut beliau batu tergantung yang mengikut Nabi Muhammad SAW ketika peristiwa Israk Mikraj disembunyikan dari pengetahuan dunia kerana orang yang takut dengan kebenaran akan hilang modal untuk membuat kejahatan dan tidak mahu sejarah Islam diagung2kan dan diketahui umum kesahihannya. Media dunialah yang memutarbelitkannya dan menyembunyikan kisah tersebut. Kalau ikut sayalah batu tergantung itulah perlu disenaraikan sebagai benda2 yang paling ajaib di dunia.

Arwah Ustaz Ghaus menuntut ilmu-ilmu Islam ini kalau tidak silap saya di Universiti Al-Azhar Mesir dan di India. Di Mesir beliau digelar sebagai kamus kerana cepat menghafal dan menjadi sumber rujukan pelajar. Arwah ustaz Ghaus pernah mengajar dibeberapa sekolah di negeri Melaka. Setelah bersara ada dermawan yang telah menjemputnya untuk membuka pondok di Melaka dan mengajar di sana.

Selain dari mengajar di pondok tersebut beliau juga mengajar di surau dan masjid di negeri Melaka. Arwah juga pernah menjadi agenda di dalam mesyuarat JPN Melaka iaitu siapakah pengetua yang sanggup mengambil Ustaz Ghaus menjadi guru di sekolah mereka. Kenapa boleh jadi begini? Jawapannya mudah, jika ia mendapati sesuatu kemungkaran berlaku maka beliau akan berhujah dan menentangnya.

Ada juga KARAMAH yang dapat dilihat kepada beliau antaranya ada orang yang jumpa dia di Mekah sedang tawaf tapi sebenarnya dia ada di Melaka sedang mengajar di surau. Arwah juga boleh tahu apa yang kita lakukan sebelum ini tanpa kita menjelaskan arwah boleh membacanya. Pendek kata janganlah buat benda2 yang tidak elok kemudian berjumpa dengannya nescaya dia akan menegur kita terlebih dahulu. Perkara ini disimpulkan sebagai KASHAF.

Di Malaysia ini anak murid Arwah merata seluruh negeri. Saya salah seorangnya, Ketua Pemuda Keadilan Saudara Samsul Iskandar, Ustaz Zahazan UIA dan ramai lagi. Teringat saya waktu kematian arwah, Jalan Solok Duku di Masjid Tanah mengalami kesesakan lalulintas,kereta melata di tepi jalan berkilometer dan orang ramai penuh di rumah arwah. Saat dahi arwah saya kucup saya berjanji pesan TOK GURU akan saya tunaikan, walaupun saya jauh di Bukit Gantang...ALFATIHAH...

ANAK KOMANDO REJIMEN 1

Mahasiswa Perak bantah kerajaan BN kudeta Perak pecat ketua kampung

Gabungan Mahasiswa Bersatu Mahasiswa (BERSATU) sebulat suara membantah tindakan kerajaan negeri berikutan arahan pemecatan semua ketua kampung dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) seluruh Perak berkuat kuasa pada 16 April 2009 baru-baru ini..

Presiden NGO tersebut, Mohd Hafez Sabri semasa memberitahu media pagi tadi menyatakan tindakan tersebut bercanggah dengan janji Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir yang telah diumumkan sebagai Menteri Besar kudeta BN Perak semasa diawal pelantikan beliau.

“Dengan keluarnya arahan ini, sahlah semua ketua kampung dan JKKK di seluruh Perak dipecat dibubarkan oleh kerajaan BN. Perkara ini tak seperti kenyataan Zambry di awal perlantikan (beliau)sebagai MB Kudeta Perak bahawa Ketua Kampung dan JKKK tidak akan ditamatkan perkhidmatan,” jelas beliau.

Jelas beliau lagi, diawal perubahan pemerintahan kerajaan negeri di bawah Dato’ Seri Hj Nizar Jamaluddin, beliau mengumumkan bahawa semua ketua kampung dan JKKK boleh terus berkhidmat dengan kerajaan negeri sehingga tempoh perkhidmatan mereka tamat.

Beliau juga mendesak kerajaan agar diberi diberi peluang perkhidmatan ketua kampung dilanjutkan, beliau juga menekgaskan bahawa ketua kampung dan JKKK yang dipilih melalui pilihanraya terikat dengan polisi dan dasar maka tidak timbul sifat partisan bagi golongan tersebut.

“Saya lihat jelas kerajaan PR (Pakatan Rakyat) lebih terbuka sikapnya berbanding kerajaan BN (Barisan Nasional), malahan supaya semua pembangunan dapat dilaksanakan secara saksama, kerajaan PR negeri Perak juga telah menubuhkan JKKK di perkampungan Cina, malahan Ketua Kampung dan JKKK perkampungan orang-orang Asli juga akan ditubuhkan,”ujar beliau lagi.

Terdahulu, mesyuarat Exco kerajaan negeri tersebut memutuskan kaedah pemilihan Ketua kampung di seluruh Perak dibuat melalui pungutan suara iaitu Ketua Kampung dipilih melalui pilihanraya. Sesiapa sahaja yang layak boleh dicalonkan dan di undi.

Kaedah ini dilaksanakan di seluruh Perak kecuali di kampung-kampung yang Ketua Kampungnya tidak meletakkan jawatan. Bulan Ogos selesai proses pemilihan dan yang terpilih diberi watikah perlantikan oleh YAB MB Perak ketika itu, dan tempoh perlantikannya adalah selama dua tahun

Kenyataan Media YB V.Sivakumar, Yang Dipertua Dewan Negeri Perak.

7 Mei 2009 telah ditetapkan sebagai tarikh Persidangan Dewan Negeri Perak. Perkara ini tidak dirunding dengan saya terlebih dahulu. Saya tidak mengetahui tentang tarikh itu sehingga saya diberitahu oleh ADUN-ADUN yang lain. Notis dikeluarkan oleh Setiausaha Dewan En. Abddullah Antong. Saya telah mengantung tugasnya sebagai setiausaha Dewan Negeri sebelum persidangan 'bawah pokok' yang dibuat pada 3 Mac 2009.

Notis yang sama juga telah diberikan kepada saya oleh Setiausaha Dewan. Siapakah yang memberi arahan kepada Setiausaha Dewan untuk mengeluarakan Notis. Arahan itu sepatutnya datang daripada pejabat Speaker. Tetapi, Speaker sendiri tidak tahu tentang tarikh persidangan tersebut. Mungkin sayalah yang terakhir dimaklumkan tentang tarikh persidangan. Bukankah ini satu tindakan yang aneh. Speaker dihina sekali lagi.

Pada protokolnya, Spaeker yang harus memberi arahan kepada Setiausaha Dewan untuk mengeluarkan notis. Tetapi, di sini, speaker pula menerima notis yang sama seperti ADUN-ADUN yang lain.

Adakah ini merupakan usaha-usaha untuk memperkecilkan atau memperbodohkan institusi Speaker? Pada pandangan saya, ini merupakan satu lagi tindakan untuk menghina Speaker Dewan Negeri.

Sanggupkah Pandekar Amin, Speaker Dewan Rakyat berdiam diri jika Setiausaha Dewannya mengeluarkan notis memanggil Dewan Rakyat bersidang tanpa berunding dengannya? Bukankah hak Speaker untuk mengetahui terlebih dahulu segala apa yang berkaitan dengan Dewan. Apa gunanya institusi Speaker apabila semua keputusan dibuat oleh Pihak yang lain. Ini merupakan campurtangan eksekutif yang nyata. Sekali lagi doktrin pengasingan kuasa dicabuli.

Saya akan menulis surat kepada Istana untuk mendapatkan kepastian tentang tarikh persidangan yang ditetapkan. Saya tidak ditunjukkan apa-apa bukti tentang penetapan tarikh persidangan oleh Istana. Oleh yang demikian, tarikh persidangan itu mungkin perlu ditangguhkan sehingga saya mendapat kepastian tentang tarikh tersebut.

Saya juga mengantung tugas En Abdullah Antong sebagai Setiausaha Dewan. Beliau akan digantikan dengan Tuan Haji Misbah sehingga suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.

http://speakforperak.blogspot.com

BN angkat bendera putih di Penanti ?

Prestasi teruk BN dalam 5 kali PRK setelah pilihanraya Umum ke 12 tahun lepas sesungguh memalukan. Bayangkan BN hanya mampu menang satu kerusi sahaja di Batang Ai dan Pakatan Rakyat menang di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Selambau dan Bukit Gantang. kalah 4 - 1 adalah sangat memalukan.

Sebab itu bila terbitnya kenyataan Barisan Nasional (BN) mungkin tidak akan bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti jika mendapat kata sepakat daripada parti-parti komponen BN, ianya tidak menghairankan malah satu kewajaran.

Siapakah yang tidak kenal kepada BN dan pengikutnya yang tidak boleh mengenal arti kekalahan. Kemuncak dan bukti dari itu mereka sanggup untuk melakukan rampasan kuasa di Perak dengan cara yang tidak bertamadun dan bermoral demi untuk mengembalikan kekalahan dalam PR Umum 2008.

Di peringkat pemilihan jawatan dalam parti komponen masing-masing mereka sanggup menghambur kan wang sehingga lahirnya istilah "politik wang" yang sebetulnya jenayah rasuah yang kotor dan jijik itu demi untuk mendapat apa yang dikatakan "kemenangan".

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga pengerusi BN, mengeluarkan kenyataan tidak mahu bertanding menurut The Star hari ini.

Kerusi DUN Penanti dalam Parlimen Permatang Pauh kosong selepas penyandangnya, Mohammad Fairus meletak jawatan kelmarin.

Semalam pun , Najib mengeluarkan kenyataan yang pelik yang menyifatkan , pilihanraya kecil hanya membazir wang, kecuali jika kekosongannya disebabkan oleh kematian penyandangnya, bukan atas sebab-sebab lain.

Elok lah BN sudah insaf dan bersiap untuk "dikuburkan" oleh rakyat dalam setiap PR akan datang adalah PRK atau PR Umum. Sesungguhnya tidak ada tempat lagi bagi Parti-parti bersifat perkauman dalam BN dan tarikh luputnya sudah pun tiba.

Waspada serunding babi di pasaran

Awas! Serunding daging babi di pasaran negara jiran kita dan pelancong negara ini diminta berwaspada apabila makan sewaktu berkunjung ke Indonesia.

Penemuan lima jenama 'abon' (serunding) dan daging dendeng siap makan yang dibuat daripada babi di pasaran disahkan oleh pihak berkuasa Indonesia, lapor Bernama.

Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM) Indonesia yang melakukan ujian DNA ke atas 35 jenama serunding dan daging panggang yang dijual di pasaran di Jakarta, Jambi, Bogor, Semarang, Surabaya dan Bandung, mengesahkan kandungan daging babi
dalam lima jenama.

"Sebenarnya tekstur serat babi lebih tidak kelihatan kerana banyak mengandungi lemak. Oleh itu, kita menguji di makmal dengan menggunakan alat bernama the real-time PCR (tindakan berangkaian polimera)," ketua badan itu Husniah Rubiana dipetik berkata.

Menurut sebuah akhbar negara itu Republika, jenama-jenama itu ialah:

Dendeng/abon sapi (lembu) gurih cap Kepala Sapi 250 gram
Abon/dendeng sapi cap Limas 100 gram (keluaran syarikat palsu)
Abon/dendeng sapi asli cap ACC
Dendeng sapi istimewa berjenama Beef Jerky Lezaaat (keluaran MDC Food Surabaya)
Dendeng sapi Istimewa No 1 cap 999 (keluaran S Hendropurnomo Malang).

Husniah dilaporkan berkata satu daripada jenama itu didapati menggunakan tanda halal yang kononnya dikeluarkan Majlis Ulama Indonesia (MUI), manakala pengeluar lain menggunakan nama syarikat milik orang lain, menggunakan alamat tidak benar
atau tidak tercatat pengeluarnya.

Umat Islam - yang menggemari makanan itu termasuk kalangan anak-anak yang sukakan roti berisi serunding - boleh membezakan produk daripada babi yang warnanya lebih muda berbanding warna daging lembu dan serat babi juga lebih lembut, lapor agensi berita Malaysia dari Jakarta.

MUI dan Jabatan Kesihatan yang melakukan pemeriksaan mendapati para pengeluar itu pada mulanya mengakui menggunakan daging lembu tetapi setelah diuji didapati positif daripada babi. Malaysiakini.

Tiga ditahan ISA, terbaru 1 April

Walaupun perdana menteri membebaskan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini, tiga lagi ditahan bawah akta kontroversi itu sejak bulan lalu.

Abdul Matin Anol Rahmat ditahan di rumahnya di Ulu Tiram, Johor pada 1 April, dua hari sebelum Datuk Seri Najib Razak mengangkat sumpah sebagai perdana menteri keenam.

Beliau ditahan bagi siasatan berhubung gerakan Jemaah Islamiah (JI), kumpulan pengganas di Asia Tenggara yang dikaitkan dengan al-Qaeda.

Abdul Matin mengikut jejak menantunya Zaini Zakaria yang meringkuk di kem tahanan Kamunting, Perak selama lima tahun sehingga 13 Februari lalu.

Agus Salim yang berasal dari Medan, Indonesia ditahan di sebuah restoran tempatnya bekerja di Larkin, Johor pada 5 Mac.

Seorang lagi Johar Hassan diura-urakan turut ditahan tetapi tiada maklumat lengkap mengenai penahanannya.

Menurut sumber-sumber jaringan JI, beliau dipercayai ditahan seawal-awalnya bulan lalu.

Maklumat ketiga-tiga individu ini didedahkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) jam 11 pagi dalam satu aduan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

Mereka ditahan menurut Seksyen 73 (1) ISA untuk soal siasat selama 60 hari, kata NGO itu lagi.

"Penahanan ketiga-tiga mereka ini tidak diumumkan oleh polis atau kerajaan dalam mana-mana saluran media.

"Malah ahli keluarga juga belum berjumpa tahanan. Mereka digelapkan daripada sebarang maklumat tentang keadaan tahanan dan di mana ditahan," kata pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh.

Turut hadir di pejabat Suhakam hari ini, ibu dan adik Agus, Junaidi Bahari yang tiba dari Medan malam tadi.

Junaidi berkata keluarganya mendapat berita penahanan abangnya daripada pengurus kedai makan tersebut.

Katanya, hampir 50 hari, keluarganya belum mengetahui di mana Agus berada.

"Saya harap polis Malaysia bebaskan abang kerana abang saya belum tahu apa salahnya," katanya dalam sesi aduan kepada Suhakam.

Tambahnya, Agus perlu dibicarakan di mahkamah untuk mengetahui beliau bersalah atau tidak.

Menurut Junaidi lagi, Agus merupakan anak sulung daripada lima adik-beradik dan masih bujang.

Sementara itu, menjawab soalan pemberita berhubung identiti Johar, Syed Ibrahim berkata beliau mendapat sedikit maklumat daripada beberapa isteri tahanan dan isteri bekas tahanan ISA.

Bagaimanapun, beliau belum mempunyai maklumat terperinci berhubung bila dan bagaimana Johar ditangkap.

"Sebab itu saya membawa terus (aduan) ke Suhakam, supaya Suhakam dapat bertanya kepada polis," katanya.

Pesuruhjaya badan itu Datuk S Subramaniam berkata, beliau berjanji akan mengesan tahanan dan melawat mereka.

"Saya memberi jaminan untuk menemui tiga orang ini untuk dapatkan maklumat dan akan memaklumkannya kepada GMI dan ahli keluarga," katanya selepas menerima memorandum NGO itu.

Sementara itu, GMI memaklumkan ia akan meneruskan rancangan untuk mengadakan himpunan besar-besaran untuk menuntut ISA dimansuhkan.

Keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat anggota gabungan itu semalam, kata Syed Ibrahim tetapi beliau enggan menyatakan tarikh bantahan tersebut.

Katanya, GMI akan mengumumkan tarikh tersebut dalam masa yang terdekat.

GMI sebelumnya dilaporkan merancang demonstrasi besar tersebut Jun ini. Malaysiakini.

Sidang DUN Perak : Speaker dihina ?


Speaker DUN Perak, V. Sivakumar yang didampingi oleh ADUN Titi Serong menyatakan sesuatu kepada rakan media.


"Adakah ini usaha untuk memperkecil dan memperbodohkan Speaker" Kata V. Sivakumar mengenai prosuder penghantaran surat panggilan Sidang DUN pada 7 Mei akan datang.

Beliau memaklumkan kepada media tidak tahu langsung mengenai tarikh persidangan yang sepatut dibincang terlebih dulu dengannya kerana sifat Speaker sebagai "ketua" DUN.

"Saya baru tahu tarikh sidang setelah menerima surat yang dihantar oleh Hj. Abdullah Antong pada jam 10.30 pagi kelmarin.

Beliau tidak berminat untuk mengulas mengenai 7 Mei yang telah mendapat perkenan Sultan. Yang penting katanya "wrong approch" dan tidak ikut protokol" memaklum perkenan itu kepada ADUN.

Sivakumar juga mempersoalkan tarikh sidang yang ditetapkan yang disifatkan sebagai berkata " kenapa kelam kabut" ?

Sebagai perbandingan dia bertanyakan sekira Speaker Dewan Rakyar, Pendekar Amin menghadapi apa yang dialami beliau adakah dia boleh berdiam diri ?

Demikianlah beberapa perkara besar yang menjadi kontraversi mengiringi tarikh sidang yang kononnya ditetapkaan oleh pihak "perampas kuasa " tanpa pengetahuan Speaker di Negeri Perak pada 7 Mei akan datang.

Semasa ditanya kepada ADUN Titi Serong yang juga merupakan Pengerusi Kelab Penyuokong Kerajaan (BBC) Pakatan Rakyat Perak, Drs. Khalil Idham Lim mengenai adakah ADUN PR akan hadir pada sidang 7 Mei. Katanya " Perkara itu tidak berbangkit kerana sekarang kita mempersoalkan bagaimana surat panggilan sidang itu di sampaikan kepada kami, sah atau tidak".

"Sekali lagi BN buat telur busuk" kata Khalil.

TERKINI : Kenyataan Media Speaker Perak.


Kenyataan Media Speaker DUN Perak, V. Sivakumar dalam Bahasa Inggeris sebentar tadi. Beberapa kenyataan tambahannya akan menyusul...

Hampir 5,000 orang hadir Ceramah di Pasir Panjang.

Ceramah penenrangan isu semasa anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Lumut mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk dalam DUN Pasir Panjang yang diwakili oleh YAB Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat yang masih sah, DS. Ir. Hj. muhammad Nizar Jamaluddin.

Program sehari DS. Nizar di Pasir Panjang sepatutnya berakhir dengan ceramah tersebut, namun disebabkan beliau perlu berada dalam satu program kesyukuran Helwa PAS di Bukit Gantang tempat beliau diganti oleh dua ADUN Pakatan Rakyat, Dato' Ngeh Koo Ham dan Drs. Khalil Idham Lim. Penceramah Jemputan lain ilah Ahli Parlimen Baling, Ust. Taib Azamaddin.

TERKINI : Sidang akhbar Speaker DUN Perak 12.45 tengahari ini

Pada tengahhari ini, jam 12.45 saya akan menemani Yb. Speaker Perak, V. Sivakumar dalam satu sidang akhbar yang penting bertempat di pejbatnya di bangunan SUK Ipoh.

Dijangkakan beberapa pengumuman penting akan diumumkan oleh beliau khususnya berkaitan dengan status panggilan Sidang pada 7 Mei akan datang. Beritanya menyusul nanti.

Suruhanjaya Piliharaya Menjadi Jurucakap BN

Baru-baru ini Suruhanjaya Pilihanraya sentiasa bertindak di luar daripada bidangkuasanya. Dalam kes Fairus yang telah meletak jawatannya sebagai ADUN Penanti, Suruhanjaya Pilihanraya tidak ada hak untuk membuka mulut dan memberi sebarang komen. Itu bukannya kerja pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya. Mulakan kerja-kerja persediaan untuk pilihanraya kecil di Penanti.

Suruhanjaya Pilihanraya merupakan agensi yang mengendalikan pilihanraya. Itu sahaja kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan. Apabila terima surat daripada Speaker, buat sahaja kerja yang patut dibuat. Jangan pula pandai-pandai nak beri nasihat. Suruhanjaya Piliharaya tidak perlu memberi nasihat politik kepada mana-mana pihak.

Pengerusi Suruhanjaya Piliharaya , Tan Sri Abdul Aziz Yusuf sudah bertanduk selepas Mahkamah Persekutuan membuat keputusan bahawa Suruhanjaya Pilihanraya berhak menentukan kekosongan sesuatu kerusi Dewan Negeri.

Beliau memberi komen bahawa pengendalian pilihanraya kecil seperti ini amat membazirkan wang negara. Siapakah yang membazirkan wang dalam pilihanraya kecil? Kerajaan mencurahkan berjuta-juta ringgit untuk memikat hati rakyat sewaktu pilihanraya kecil. Pelbagai projek mee segera dilaksanakan secara lintang-pukang oleh kerajaan. Banyak lagi pemberian dibuat walaupun tindakan-tindakan seperti itu menyalahi undang-undang pilihanraya. Kos sebenarnya ditimbulkan oleh kerajaan sendiri kerana boros berbelanja untuk kepentingan parti-parti politiknya.. Kalau Tan Sri Abdul Aziz betul-betul berniat untuk memberi nasihat, beritahu Perdana Menteri supaya tidak boros membelanjakan wang rakyat dalam pilihanraya kecil Penanti yang bakal kita dihadapi. Blog Suara Perak.