18 Januari 2009

Presiden PAS, Bersyukur dengan kemenangan.


KUALA TERENGGANU , 17 Jan :- Semua petugas diseru supaya bersyukur kepada Allah dengan anugerah kemenangan di kuala Terengganu walaupun perlawanan yang dihadapi dalam keadaan padang tidak rata dan penyalahan gunaan jentera kerajaan dengan belanja yang besar, namun Allah bagi kita kemenangan. Demikian antara ucapan Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Hj. Abdul Hadi Awang dalam ucapan sempena meraikan kemenangan Calon PAS, Hj. Abdul Wahid Endut yang diadakan di Markaz Tarbiyah PAS Kuala Terengganu di sini .

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Presiden PAS, Ust. Nasharudin Mat Isa, Pesuruhjaya PAS Negeri, Dato' Hj. Mustapa Ali, Timbalan Pesuruhjaya, Dato' Abu Bakar Chik, Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang baru diumumkan kemenangannya, Hj. Abdul Wahid Endut dan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri yang menjadi pengerusi majlis, Ust. Azman Shapawi.

Presiden PAS mengimbas kekalahan pada PR tahun 2004 di mana kita kehilangan Terengganu dalam masa yang sama kita kehilangan pemimpin HAMAS, Syeikh Ahmad Yassin syahid ditembak oleh Yahudi. "Hari ini kita mendapat kemenangan bersama dengan berita yang mengatakan pejuang-pejuang Palestin yang dilaporkan mendapat kemenangan awal menentang Yahudi", katanya.

ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Bergambar bersama Wahid.

"Marilah kita sambut kemenangan ini dengan cara kita, bersyukur dan tidak sombong serta rendah diri. Mudah-mudahan ianya dapat menarik sokongan lebih baik kepada kita di masa akan datang". Tegas Hj. Hadi.

Mengulas kemenangan itu, beliau mengatakan kemenangan ini pasti memberi kesan kepada politik negeri Terengganu dan Malaysia.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua petugas dan anak muda yang patuh dengan arahan sambil memberi jaminan akan diadakan satu majlis secara besar-besaran untuk meraikan kemenangan ini.

Sebelum itu Ahli Parlimen baru Kuala Terengganu semasa memberikan ucapan sulungnya dalam majlis yang sama mengucapkan terima kasih kepada semua petugas yang datang dari seluruh pelusuk negara.

"Saya Insya Allah akan susun jadual untuk turun kesemua negeri sebagai tanda ucapan terima kasih" Jelas Wahid.

Ust. Abu Bakar Chik juga menyampaikan ucapan ringkas berupa satu arahan dan pengumuman supaya pada malam ini tidak ada perarakan .

Najib: BN terima keputusan rakyat

Barisan Nasional (BN) menerima keputusan yang dibuat oleh pengundi Parlimen Kuala Terengganu yang memilih calon PAS dalam pilihanraya kecil hari ini, kata Timbalan Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"BN menerima keputusan yang dibuat oleh pengundi. Dalam sistem demokrasi, suara rakyat adalah suara keramat," kata beliau yang juga pengarah pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

"Kita mesti percaya kepada demokrasi dan kita harus akur dengan keputusan rakyat. Kita akan ambil iktibar dan akan terus berkhidmat kerada rakyat," katanya dalam satu sidang akhbar di kediaman rasmi menteri besar Terengganu malam ini.


Menurutnya, BN akan melakukan apa-apa yang perlu untuk mengembalikan imej parti supaya dapat memberi keyakinan kepada rakyat.

"Saya yakin kesudahannya rakyat akan yakin kepada BN.

"Saya nyatakan dari mula-mula lagi, ini pilihanraya kecil, (maka) banyak faktor yang menentukan keputusannya, termasuk soal perkhidmatan," katanya sambil menambah kini sukar untuk dibaca politik tanahair.

"Kita ambil keputusan ini untuk menentukan hala tuju Umno dan BN.

"Adalah terlalu awal untuk menentukan faktor-faktor kekalahan ini. Sampai masanya, kita akan akan tahu faktornya," tambah Najib.

Bagaimanapun, katanya, keputusan tersebut tidak akan dibawa untuk dibincangkan dalam konvensyen BN bulan depan.

"Ini piliharaya kecil, walaupun kita kalah dahulu, tetapi akhirnya kita akan berjaya.

"Saya tak fikir ini akan beri kesan kepada BN dalam menghadapi pilihanraya akan datang," tegasnya.

Najib berkata, beliau juga berkata tidak fikir bahawa pengundi tidak yakin kepadanya untuk mengambil alih pemerintahan dari perdana menteri sekarang.

Suasana suram

Hadir sama di sidang akhbar selama 10 minit itu ialah Setiausaha Agung Umno, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor; Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said; Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz; Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishamuddin Hussien, dan Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon.

Riak wajah mereka kelihatan muram. Turut hadir ialah beberapa pemimpin Umno Terengganu, antaranya Setiausaha Umno Negeri, Datuk Rosli Mat Hassan dan ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Nasir Ibrahim Fikri.

Sebelum ketibaan Najib, sudah tersebar berita di kalangan wartawan yang menunggu di situ sejak sebelum jam 8 malam lagi bahawa calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh tewas di tangan calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut.

Mereka masing-masing menunjukkan SMS yang mereka terima mengenai keputusan pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu itu.

Manakala para penyokong PAS berarak menyambut kemenangan calon mereka selepas pengumuman dibuat di Stadium Negeri yang terletak kira-kira 500 meter dari rumah menteri besar.

Mereka berarak di Jalan Sultan Mahmud yang melalui di bahagian depan kediman menteri besar itu.

Mereka berarak sambil membunyikan hon kenderaan dan kebanyakannya mengibarkan bendera PAS. Tiada sebarang kekecohan dilaporkan berlaku.

PAS Menang majoriti 2631, Pesta kemenangan di Kuala Terengganu.

KUALA TERENGGANU, 17 Jan :- Calon PAS dalam PR Kuala Terengganu, Hj. Abdul Wahid Endut menang dengan majoriti 2631. Wahid mendapat 32,883 undi mengalahkan Calon BN, Wan Farid yang memperoleh 30,252 undi dan calon bebas Azharudin yang cuma mendapat 193 undi.

Peratus yang keluar mengundi ialah 79.9 peratus , manakala undi rosak sebanyak 665 undi. Demikian diumumkan oleh Pengurus Pilihan raya Kecil Kuala Terengganu sebentar.

Kemenangan itu disambut oleh sorakan dan laungan takbir oleh puluhan ribu Pakatan Rakyat serta mendapat pengawalan ketat oleh pegawai keselamatan.

Setelah hampir sejam Abdul Wahid yang diiringi oleh pemimpin PAS, DAP dan PKR keluar dari stadium untuk menemui penyokong yang setia menanti. Setelah beberapa ketika mereka masuk kembali ke arah stadium.

Sebelum itu penyokong yang berada di garisan pagar kawalan keselamatan sempat mengaminkan bacaan doa dari salah seorang penyokong.

Keceriaan jelas kelihatan di semua wajah penyokong sehingga satu arahan rasmi dari Polis meminta semuanya bersurai kerana jalan akan dibuka kembali bagi laluan kenderaan seperti biasa.

Pada masa ini gerombolan motosikal dan kereta pelbagai jenis yang mengibar bendera pelbagai saiz sambil membunyikan hon kenderaan masing-masing.

Bagaikan suatu pesta,Kuala Terengganu pada malam ini menyaksikan laungan takbir, bunyi hon kenderaan memecah kesunyian malam.

Tahniah kepada semua pejuang dari seluruh pelusuk negara,jauh dan dekat yang bertungkus lumus memenangkan calon PAS.

Selamat bertugas YB. Hj. Abdul Wahid Endut, Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang baru.

Penyokong PAS sedang bersorak di Stadium Negeri terima keputusan tidak rasmi PAS MENANG

Maklumat dari Pusat Penjumlahan undi di Markaz Tarbiyah PAS Kuala Ibai PAS MENANG dengan majoriti yang dipaparkan setelah mengira jumlah undi pos ialah sebanyak 2679.

Maklumat diterima semua pimpinan PAS sedang menuju ke Stadium bersama dengan penyokongnya.

Terima kasih kepada pegawai keselamatan.

Secara peribadi saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pegawai keselamatan khususnya PDRM yang bertungkus lumus memastikan kelancaran pejalanan PR Kuala Terengganu.

Kehadiran semua penyokong parti yang bertanding dari seluruh pelusuk negara pastinya menyebabkan aliran kenderaan perlahan dari memerlukan khidmat PDRM yang lebih ramai dan secukupnya.

Termasuklah pada malam ini, kemuncak segala acara, kawalan ketat dan pantas dari PDRM memastikan aliran penyokong parti khususnya yang menang dapat dikawal dengan baik.

Selain itu saya ucapkan terlebih tahniah dan penghargaan kepada pegawai keselamatan yang tetap tidak mengabaikan tanggung jawab menunaikan sembahyang 5 waktu selama bertugas. Kebiasaan bila singgah di masjid dan surau sekitar Kuala Terengganu saya pasti bertemu dengan pegawai yang menunaikan solat.

PAS mendahului 2185 undi.

Keputusan terkini tidak rasmi yang saya terima dari bilik gerakan PAS setakat ini PAS mendahului dengan majoriti sebanyak 2185 undi.

masih terdapat kertas undi yang tidak siap dikira. Diharapkan beberapa keputusan tidak rasmi yang saya beritakan ini adalah gambaran sebenar kepada pengumuman rasmi yang akan diumumkan oleh SPR.

Penyokong PAS berpusu-pusu menuju ke Stadium Negeri

Mengikut perkiraan saya penyokong PAS yang berpusu-pusu menuju ke stadium negeri pada masa ini adalah di kalangan mereka yang mengetahui pusat penjumlahan undi masing-masing telah dimenangi oleh Calon PAS, Hj.Abdul Wahid Endut.

Maklumat yang diterima tidak rasmi mengatakan calon pas menang dengan majoriti 1000 undi lebih setelah 36,000 undi dikira setakat ini. Sedangkan masih terdapat sekitar 20,000 undi yang belum selesai dikira.

Saya cuba mendapat pengesahan rasmi dari adik Hj. Wahid yang kebetulan sahabat baik, beliau mengatakan persaingan sangat sengit.

Dari masa ke semasa saya akan memaklumkan berita terkini dari Kuala Terengganu. Apa yang sangat diharapkan calon PAS akan menang sebagaimana yang diharapkan.

Petanda awal kemenangan untuk calon PAS.

Penjumlahan undi di Pusat Pembuangan undi di Sekolah Kebangsaan Pusat Kuala Ibai menyebelahi calon PAS, Hj. Abdul Wahid Endut. Pusat mengundi yang nmempunyai 2675 orang pengundi itu mempunyai 5 saluran mengundi.

Sebentar tadi setelah 3 saluran selesai dikira , maklumat tidak rasmi yang diperolihi mendapati calon PAS mendahului majoriti di tiga saluran tersebut, saluran 1 majoriti 61, saluran 4 majoriti 160 dan saluran 5 majoriti 144.`

Saya menyaksikan banyak pondok dan khemah BN telah dikosongkakan oleh penyokong masing-masing, sedangkan pondok dan khemah PAS masih dipenuhi oleh penyokongnya.

Beberapa maklumat tidak rasmi juga mendapati banyak saluran dan pusat mengundi yang telah dimenangi oleh calon PAS.

Seandainya maklumat itu benar saya menjangkakan kemenangan akan menyebelahi calon PAS dengan majoriti melebihi 5000 undi, InsyaAllah.

Jalan utama menuju ke stadium juga telah ditutup oleh pihak keselamatan.

Keputusan seawalnya dijangka pada jam 8.30 malam.

KUALA TERENGGANU, 17 Jan :- Keputusan awal Pilihan raya Kecil Kuala Terengganu dijangkakan seawalnya akan diketahui pada jam 8.30 malam apabila pusat pejumlahan yang dipusatkan di Pusat Tarbiyah Pas Kuala Terengganu di Kuala Ibai dapat mengumpulkan semua keputusan penjumlahan di pusat pembuangan undi .

Pada masa ini penjumlahan undi sedang rancak dijalankan di pusat pembuangan undi sebelum ianya disahkan dengan rasminya oleh Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) di Stadium Negeri malam ini.

Dijangkakan sekitar jam 10.30 malam keputusan rasmi akan diumumkan oleh SPR.


Tempoh pembuangan undi tamat tanpa kejadian yang tidak dingini.

KUALA TERENGGANU, 17 Jan :- Tempoh pembuangan undi pilihan raya kecil Kuala Terengganu berakhir pada jam 5.00 petang tadi berakhir dengan tidak ada laporan kejadian yang tidak diingini berlaku antara penyokong pihak yang bertanding.

Walaupun saya ada menerima laporan terdapat sedikit kekecohan di beberapa pusat pembuangan undi, namun semuanya dianggap perkara biasa yang berlaku dalam keadaan ramai penyokong terutamanya BN dan PAS yang mewakili Pakatan rakyat yang datang dari seluruh pelusuk negara.

Kuala Terengganu, Pembuangan undi berjalan lancar.

KUALA TERENGGANU, 17 Jan :- Suasana pembuangan undi di semua tempat mengundi berjalan lancar ditambah lagi dengan keadaan cuaca yang agak baik pada sebelah pagi. Petugas dari Parti PAS telah kelihatan seawalnya sejak jam 7.30 pagi bersiap di bangsal panas yang disediakan untuk menunggu waktu mengundi dibuka.

Pada hari ini seramai 80,229 pengundi Kuala Terengganu, iaitu 78,927 adalah pemilih biasa dan 1,302 pula pengundi pos yang merupakan 1,001 anggota polis, 27 tentera dan 7 individu berada di luar negara.

Pengundi tersebut akan memilih calon masing-masing dalam pertandingan tiga penjuru antara calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut, calon BN, Wan Ahmad Farid dan Bebas, Azharudin Mamat.

Setelah 12 hari kesemua calon yang bertanding menyakinkan pengundi melalui pelbagai aktiviti kempen.

Dijangkakan keputusan penuh akan diumumkan selewat-lewatnya pada jam 10.30 malam setelah semua kota yang dibawa dari pusat pembuangan undi ke pusat penjumlahan undi di Stadium Negeri Jalan Sultan Mahmud.

Dari segi komposisi penduduk Kuala Terengganu memiliki 87.4 peratus pengundi Melayu, 11.6 peratus Cina dan 0.7 peratus India serta 0.3 peratus lain-lain.

Parlimen ini dipecahkan kepada empat Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN Bandar, DUN Ladang, DUN Batu Burok dan DUN Wakaf Mempelam.

Pilihan raya kecil ini adalah penting bagi BN kerana akan mengukur sejauh mana sokongan rakyat kepada perubahan yang didakwa dilakukan kepada rakyat disamping merupakan usaha untuk mempertahan kerusi yang dimenangi oleh BN pada PR ke 12 lepas.

Kemenangan bagi calon PAS adalah kemenangan besar bagi pengukuhan kerusi Pakatan Rakyat di Parlimen dan ke arah pembentukan kerajaan baru.



Berikut ini koleksi gambar di Kuala Terengganu untuk tatapan pengunjung....



Helikopter pihak keselamatan yang berlegar tidak kira siang atau malam.



Bergambar bersama Timbalan Presiden PAS/Pengarah Piliharaya KT, Ust. Nasarudin Mat Isa di rumah aktivis PAS di Kuala Ibai

Bergambar bersama ADUN Limbongan bersama dengan rombongan dari PAS Kawasan Petaling jaya Utara. Kami tertarik dengan bendera besarnya dan sistem audio yang dipasang di kenderaannya.

Muslimat PAS Kawasan Parit Buntar.



Drs. Khalil menyampaikan kuliah di Surau Kg. Kolam.


Menyampaikan sedikit sumbangan semasa melawat penempatan petugas Perak di Kg. Kolam.


Bertanya sesuatu kepada petugas DAP dari Jalong, Sungai Siput yang tinggal serumah dengan petugas PAS.


Perang bendera.


Bergambar bersama En. Muhammad Ali, satu-satunya pengayuh beca yang saya temu di Pasar Payang meletakkan banyak bendera di becanya disamping memakai baju berlambang bulan.



Pengundian bermula 8 pagi, warga Kuala Terengganu keluar mengundi

KUALA TERENGGANU: Warga Kuala Terengganu mula melangkah ke pusat-pusat mengundi untuk memilih ahli Parlimen yang baru pagi ini.

Proses pengundian bermula pukul 8 pagi ini dan akan ditutup pukul 5 petang.

Pilihan raya kecil ini yang dilihat sengit dan disifatkan sebagai sangat penting untuk Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat menyaksikan persaingan tiga penjuru. Persaingan itu membabitkan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dari BN, Mohd. Abdul Wahid Endut (PAS) dan Azharudin Mamat @ Adam (Bebas).

Daripada 80,229 pemilih yang layak mengundi kali ini, seramai 1,035 merupakan pengundi pos di mana kira-kira 96 peratus telah pun mengundi.

Lebih 88 peratus atau 70,834 pengundi di bahagian ini adalah Melayu, 8,735 atau 10.89 peratus pengundi Cina, 518 atau 0.65 peratus pengundi India dan 142 atau 0.18 peratus pengundi lain.

Calon BN, Wan Ahmad Farid akan mengundi di Sekolah Kebangsaan Bukit Besar manakala calon PAS, Mohd. Abdul Wahid mengundi di Sekolah Kebangsaan Cabang Tiga.

Wan Ahmad Farid ketika dihubungi pada pukul 7.45 pagi ini selepas menziarahi pusara ibu bapanya dengan diiringi isterinya, Datin Intan Baizura Abdul Wahab di Masjid Raja Bukit Besar berkata beliau yakin penyokong-penyokongnya akan keluar mengundi seramai yang mungkin.

"Yang penting mereka mengundi untuk BN," katanya.

Beliau kemudian menuju ke pusat pengundian yang terletak beberapa meter dari masjid tersebut.

Dalam pada itu, Mohd Abdul Wahid ketika dihubungi mStar Online berkata, sokongan untuk PAS dan Pakatan Rakyat memberangsangkan namun bagaimanapun beliau menyerahkan kepada pengundi-pengundi untuk membuat keputusan.

"Saya gembira dengan sokongan yang mereka berikan kepada saya, dan saya harap ia akan diterjemahkan dalam bentuk undi," katanya.

Bagaimanapun Azharudin tidak mengundi di Bahagian Kuala Terengganu kali ini.

Beliau mendaftar sebagai pengundi luar Kuala Terengganu.

Wan Ahmad Farid memasukkan kertas undi tepat pada pukul 8.07 minit pagi.

"Saya gembira," kata beliau ketika ditanya perasaannya sejurus selepas keluar dari Saluran Tiga, tempat beliau mengundi.

Dalam pada itu, Mohd Abdul Wahid merupakan pengundi pertama mengundi di Saluran Tiga Sekolah Rendah Kebangsaan Cabang Tiga.

"Saya berharap pengundi matang dan mereka akan memberikan saya peluang (menjadi ahli Parlimen).

"Saya bekerja untuk menang... menang atau kalah kita tunggu sehingga petang," katanya ketika ditemui selepas mengundi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam diiringi oleh isterinya, Wan Fatimah Wan Abdullah.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, proses pengundian setengah jam pertama berjalan dengan lancar.

"Laporan awal menunjukkan tiada sebarang masalah sepanjang setengah jam selepas proses pengundian dibuka," kata beliau ketika dihubungi sebentar tadi.-mstar