18 Februari 2009

Hee berada di Hong Kong ?

Kejutan tindakan ADUN Jelapang, Hee Yit Fong melompat untuk memberi sokongan kepada BN sehingga berjayanya satu kudeta kuasa di Perak masih menjadi berita hangat diperkatakan di mana saja khususnya di Jelapang.

Kelmarin saya meninjau berkenaan dengan masalah itu untuk menjawab soalan yang ada kaitan dengan hilangnya Hee sejak dia melompat. Banyak yang bertanya walaupun ada yang tidak mahu ambil kisah, " Di mana dia berada saya tak kisah yang penting dia dah buat salah kepada pengundi di sini" kata seorang pemuda.

Sejak tindakan Hee melompat kepada BN, dia tidak lagi muncul di Jelapang . Setakat yang kita ketahui dia muncul beberapa kali dengan Najib dalam beberapa sidang akhbar dan muncul di Istana beberapa kali dengan pengawalan yang ketat pasukan keselamatan.

Munculnya di dalam masyarakat Jelapang sangat di tunggu-tunggu. Sebagai wakil rakyat di kawasannya dia mesti bertanggung jawab dan berkerja untuk rakyat di situ.

Bagaimanakah kalau perkara ini berterusan hingga bertahun-tahun, adakah dia tidak akan muncul. Itulah persoalan yang menghantui pengundinya.

Sebab itu beberapa hari lepas timbul dia sudah insaf dan hendak meletakkan jawatan. Setakat ini belum ada pengesahan dan saya anggap berita angin sahaja. Yang penting tekanan kepadanya dan keluarganya oleh masyarakat cina Jelapang sangat kuat.

Maklumat terkini saya dijelaskan oleh sumber yang rapat dengan Hee yang mengatakan dia dan suaminya sekarang ini berada di Hong Kong. Wajarlah maklumat ini saya terima sementara waktu kerana memang dia macam tidak berada di Malaysia pada masa ini.

Walaupun ada maklumat sebelum ini dikatakan berada di Australia, saya memilih Hong Kong disebabkan latar belakang bangsa dan Hong Kong tempat tengok pelaburan usaha lompatnya kalau memang ada habuan. Saya tahu sangat sebab saya berada di China 4 tahun.

Zambry dan 2 wartawan beri keterangan kepada jawatankuasa hak

IPOH, 17 Feb. :- Menteri Besar Perak Kudeta ,Zambry Abdul Kadir semalam hadir untuk memberi keterangan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak berhubung kenyataan medianya mengenai Speaker DUN Perak, V Sivakumar, baru-baru ini. Kehadirannya agak lewat iaitu pada jam 3.30 petang walaupun dia dipanggil untuk hadir pada jam 3.00 petang.

Turut dipanggil dan hadir untuk memberi keterangan dua wartawan dari akhbar The Star dan Sin Chew Daily.

“saya hormati dia, beliau masih Speaker dan saya perlu menghormatinya," katanya di luar pejabat Sivakumar.

Ditanya kedudukan Sivakumar sebagai Speaker ketika ini, Zambry menjelaskan perkara itu akan diteliti mengikut peraturan dan proses undang-undang.

“Proses pemilihan Speaker (baru) ditentukan kemudian. Apa pun beliau (Sivakumar) masih Speaker DUN Perak.

Sementara itu, Sivakumar pada sidang media berasingan berkata, pihaknya mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak dengan memanggil beberapa individu termasuk Zambry dan dua wartawan.

"Jawatankuasa mengadakan mesyuarat itu untuk mendapatkan maklumat berhubung laporan akhbar terhadap Speaker. Jadi, mesyuarat itu bertujuan mengumpulkan maklumat untuk mendapatkan bukti, sama ada ia betul atau tidak,” katanya yang mengakui Zambry memberi kerjasama ketika memberi penjelasan.

Jawatankuasa itu dipengerusikan Sivakumar dan dianggotai Datuk Hasbullah Osman (Temenggor) daripada Barisan Nasional, manakala lima lagi daripada Anggota Pakatan Rakyat yang merupakan Kerajaan Perak yang sah iaitu Husin Din (Selingsing), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Ong Boon Piow (Tebing Tinggi), Loke Chee Yan (Kepayang) dan Sum Chok Leng (Bercham).

Sivakumar berkata, sehingga kini, jawatankuasa itu belum membuat sebarang keputusan kerana masih pada peringkat penyiasatan.

Beliau berkata, siasatan dibuat mengikut Perkara 72(3) Perintah Tetap DUN Perak.

Tindakan ahli yang berhormat ADUN Perak boleh dirujuk kepada peraturan ini samaada ianya berlaku di dalam dewan atau diluar dewam.

Bantah PPSMI bukan bermakna tentang bahasa Inggeris

KUALA LUMPUR, 17 Feb : - PAS dan Pakatan Rakyat tidak pernah menentang usaha meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris di kalangan rakyat negara ini tetapi serentak masa yang sama menekankan bahawa dasar PPSMI adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Perkara ini ditegaskan oleh Ahli Parlimen Tumpat, Dato' Kamarudin Jaffar ketika mengajukan pandangannya mengenai dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) kepada Menteri Pelajaran, Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussien Onn dalam sesi soal jawab Dewan Rakyat, 17 Februari lalu

"Kita menggalakkan kemahiran bahasa Inggeris dan kita mahu semua masyarakat kita mahir dalam penguasaan bahasa Inggeris. Tetapi dasar PPSMI yang diwarisi dari zaman Tun Dr Mahathir Mohamad ini sebenarnya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan," tegas beliau.

Malah tindakan itu, ujar Kamarudin, sebenarnya akan membunuh bahasa Melayu yang seharusnya dijadikan bahasa pengantar dalam pelajaran sains dan matematik.

"Ini legasi pemimpin dahulu (Tun Dr Mahathir). Apakah YB selaku Ketua Pemuda Umno sanggup dilihat oleh sejarah sebagai pemimpin Pemuda Umno yang meletakkan hukum dan fatwa bahawa bahasa Melayu sebenarnya tidak layak untuk dijadikan bahasa yang mengajar anak bangsa kita dalam pelajaran sains dan matematik," katanya.

Bagi Kamaruddin, tindakan kerajaan BN mengekalkan PPSMI hanya menunjukkan kepada dunia bahasa Melayu adalah bahasa yang lemah dan tidak layak digunakan sebagai bahasa pendidikan untuk kemajuan anak bangsa.Harakahdaily.

Wahid angkat sumpah.

KUALA LUMPUR, 17 Feb :- Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang baru, Mohd Abdul Wahid Endut hari ini mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Mohd. Abdul Wahid, 52, berpakaian baju Melayu berwarna gelap lengkap bersongkok, turut menerima kata-kata nasihat daripada Pandikar Amin, yang mahukan memberi sumbangan yang berguna dan berfaedah kepada Dewan dan negara serta dapat berkhidmat dengan cemerlang.

Wakil rakyat dari PAS itu memenangi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan majoriti sebanyak 2,631 undi pada 17 Januari lepas.

Beliau memperoleh 32,883 undi manakala calon Barisan Nasional (BN) Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh meraih 30,252 undi.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail di Institut Aminudin Baki, Genting Highlands pada 28 November lepas.

Sementara itu, Pandikar Amin turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Roslan Shaharum, Anggota Parlimen Bukit Gantang dari PAS yang meninggal dunia pada 9 Februari akibat diserang sakit jantung.

Beliau meminta anggota Dewan beragama Islam menyedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham manakala yang bukan beragama Islam bertafakur selama seminit, sejurus selepas upacara mengangkat sumpah itu.

Ceramah ADUN Titi Serong di Kelantan (13/02/08)




Laporan polis terhadap PM dan Pengerusi SPR.

IPOH, 17 Feb. :- Dua Laporan Polis telah dilakukan sebentar tadi oleh ADUN Titi Serong atas nama Pengerusi kelab penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat Perak mengenai dua kenyataan berasingan oleh Pengerusi SPR dan Perdana Menteri sebentar tadi di Balai Polis Pekan Baru Ipoh sebentar tadi.

Beliau ditemani oleh ADUN Pakatan Rakyat , Wong Kah Woh (Canning), Lim Phek Her (Menggelebu),dan Siva Subramaniam (Buntong) serta penyokong Pakatan Rakyat Lain.

Berikut adalah salinan Laporan Polis tersebut:-



Mohd Abdul Wahid angkat sumpah anggota parlimen

KUALA LUMPUR 17 Feb. :— Anggota Parlimen Kuala Terengganu yang baru Mohd Abdul Wahid Endut hari ini mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Mohd Abdul Wahid, 52, berpakaian baju Melayu berwarna gelap lengkap bersongkok, turut menerima kata-kata nasihat daripada Pandikar Amin, yang mahukan memberi sumbangan yang berguna dan berfaedah kepada Dewan dan negara serta dapat berkhidmat dengan cemerlang.

Wakil rakyat dari PAS itu memenangi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan majoriti sebanyak 2,631 undi pada 17 Jan lepas.

Beliau memperoleh 32,883 undi manakala calon Barisan Nasional (BN) Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh meraih 30,252 undi.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail di Institut Aminudin Baki, Genting Highlands pada 28 Nov tahun lepas.

Sementara itu, Pandikar Amin turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Roslan Shaharum, Anggota Parlimen Bukit Gantang dari PAS yang meninggal dunia pada 9 Feb akibat diserang sakit jantung.

Beliau meminta anggota Dewan beragama Islam menyedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham manakala yang bukan beragama Islam bertafakur selama seminit, sejurus selepas upacara mengangkat sumpah itu. — Bernama

Elezabeth Wong tawar letak jawatan.

Dalam sidang akhbar sebentar tadi ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong telah menawarkan diri untuk meletak semua jawatan iaitu sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor dan ADUN Bukit Lanjan.

Kalaulah perkara ini menjadi realiti maka pertarungan PR dan BN akan berlaku di tiga bukit, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Bukit Lanjan.

Adun Titi Serong masuk BN ?

Semalam saya ada ceramah penerangan di markas PAS Tanjung Piandang yang terletak dalam DUN Titi Serong. Ceramah itu dibuat selepas habis solat Maghrib dan berakhir hampir jam 9.15 malam. Setelah itu kami sembahyang Isya berjemaah.

Selepas solat saya mendapati banyak panggilan masuk dalam keadaan saya senyap kan suara talipon sejak sembahyang Maghrib lagi.

Sebagaimana biasa saya menalipon balik nombor-nombor tersebut. Salah satunya kawan baik dari Ipoh. Dalam nada yang bersungguh-sungguh dan ingin tahu serta bagi mendapatkan pengesahan segera, beliau bertanya betulkah saya sudah masuk BN ? katanya orang di Ipoh dan hangat berbicara mengenai berita itu.

Saya dengan nada terkejut, didalam hati, marah pun ada, geram pun ada, lucupun ada dengan spontan berkata, bagi tahu orang yang kata saya masuk BN saya nak RM 50 juta, sekarang orang baru tawar RM 45 juta, minta tolong dari dia tambah lagi RM 5 juta.

Dengan jawapan itu dia terus tergamam dan mula yakin itu cuma berita angin dari orang yang tidak bertanggung jawab.

Sakit perut dibuatnya,kata orang Indonesia, waduh pak..jantungan jadinya, goblok.