18 Julai 2014

Nahas MH17: Bendera separuh tiang akan dikibar mulai malam ini - Najib

21 Ramadhan 1435. [MOD] -

Foto
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyampaikan amanat khas berkaitan nahas pesawat MAS MH17 yang disiarkan secara langsung menerusi RTM1, malam ini. - Foto BH Online
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, bendera negara akan dikibar separuh tiang di seluruh negara mulai malam ini sehingga Isnin depan sebagai menghormati tragedi yang menimpa penumpang dan anak kapal nahas pesawat MH17.

Perdana Menteri berkata demikian ketika menyampaikan amanat khas berkaitan nahas berkenaan yang disiarkan secara langsung menerusi RTM1, sebentar tadi. 

Najib terima panggilan Putin, Ban Ki Moon

20 Ramadhan 1435. [MOD] -


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang menghadiri majlis berbuka puasa bersama-sama blogger dan pengamal media dalam talian, dilihat hanya sempat menjamah buah kurma sahaja apabila menerima panggilan beberapa pemimpin dunia susulan nahas pesawat Malaysia Airline (MAS) Penerbangan MH17 di Ukraine.

Nik Aziz: Jika benar MH17 diserang, wajib dikutuk

20 Ramadhan 1435. [MOD] -


Bekas menteri besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata jika benar pesawat MH17 diserang di Ukraine seperti yang dilaporkan hari ini, maka ia wajib dikutuk dan diambil tindakan.

Gaza: Korban keganasan Israel meningkat kepada 248 orang

20 Ramadhan 1435. [MOD] -


BANDARAYA GAZA: Angka kematian di Gaza mencecah 248 orang awal hari ini ketika Israel melancarkan serangan darat pada hari ke-11 operasi besar-besaran terhadap pejuang Hamas. 

Korban terbaharu itu membabitkan seorang lelaki di Shejaiyeh, di timur Bandaraya Gaza, sekali gus meningkatkan angka kematian hari ini kepada tujuh orang. 


Terdahulu, empat orang, termasuk bayi berusia lima bulan, terbunuh dalam serangan Israel dalam beberapa insiden di Rafah. 

Sekurang-kurangnya 1,920 rakyat Palestin cedera. - AFP

Nahas MH17: MAS guna laluan alternatif ke Eropah berkuasa kuasa serta-merta

20 Ramadhan 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) hari ini mengumumkan bahawa semua penerbangan ke Eropah kendalian syarikat penerbangan nasional itu akan menggunakan laluan alternatif dan mengelak laluan biasa berkuat kuasa serta-merta. 

Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17, yang dalam penerbangan berjadual dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di timur Ukraine. 


Malaysia Airlines mengesahkan pesawat itu tidak membuat panggilan kecemasan. 

MAS perbetul jumlah penumpang MH17

20 Ramadhan 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) hari ini menjelaskan bahawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal - berada dalam pesawat Boeing 777 yang terhempas di Ukraine semalam semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. 

MAS menjelaskan bertentangan dengan kenyataan sebelum ini, penerbangan itu membawa sejumlah 283 penumpang, termasuk tiga bayi, pelbagai warganegara dan 15 anak kapal warga Malaysia. 

Trend wanita berkelakuan agresif meningkat

20 Ramadhan 1435. [MOD] -

  • Dr Mohamed Fadzil Che Din

  • Dr. Mohamed Fadzil Che Din
 1 / 1 
KUALA LUMPUR - Wanita berkelakuan agresif di negara ini kini menunjukkan trend meningkat, demikitan menurut pakar psikologi.
  
Prof Dr Mohamed Fadzil Che Din, pakar psikologi sosial, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, berkata ada di antara golongan wanita itu cuba memupuk nilai dalaman diri untuk menjadi seperti 'super woman'.

Ayahanda sihat banyak - Nik Abduh

20 Ramadhan 1435. [MOD] -

Ayahanda sihat banyak - Nik Abduh
Nik Abdul Aziz melepaskan jawatan menteri besar Kelantan selepas PRU13

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menafikan berita yang mengatakan bapanya yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia.

Nik Mohamad Abduh menerusi akaun twitternya menjelaskan bapanya berada dalam keadaan sihat dan meminta semua pihak mendoakan Lailatulqadr untuk Nik Abdul Aziz.

23 rakyat Malaysia, 154 warga Belanda dalam MH17

20 Ramadhan 1435. [MOD] -

Laporan agensi berita antarabangsa menyenaraikan warganegara yang berada dalam penerbangan malang tersebut, memetik kenyataan pejabat MAS Eropah:

- 23 warga Malaysian
- 154 warga Belanda
- 27 warga Australia
- 11 warga Indonesia

MH17: Ops menyelamat dihalang 'pengganas bersenjata'

20 Ramadhan 1435. [MOD] -


Sebuah pesawat dari Malaysia dilaporkan terhempas di Ukraine dekat sempadan Rusia, lapor agensi berita lewat malam ini.

Malaysia Airlines mengesahkan pasukannya terputus hubungan dengan pesawat Boeing 777 dengan nombor penerbangan MH17.

Bangkai pesawat terbakar, mayat bergelimpangan

20 Ramadhan 1435. [MOD] -


Berpuluh-puluh mayat bergelimpangan di sekitar bangkai pesawat jet penumpang yang terbakar selepas terhempas di sebuah padang di timur Ukraine pada hari Khamis, kata seorang wartawan Reuters.

Pegawai Amerika percaya pesawat Malaysia ditembak peluru berpandu darat-ke-udara

20 Ramadhan 1435. [MOD] -

WASHINGTON: Pesawat Penerbangan Malaysia dengan 295 penumpang ditembak jatuh dari ruang udara Ukraine oleh peluru berpandu darat-ke-udara tetapi tidak pasti siapa yang melakukan tembakan itu, kata pegawai Amerika Syarikat.

Penganalisis perisikan sedang mengkaji data untuk menentukan sama ada senjata itu diluncurkan oleh pemisah pro-Moscow di Ukraine, pasukan tentera Russia di sempadan ataupun pasukan keselamatan Ukraine, kata dua pegawai AS. 

Nahas MH17: 'Hari tragik untuk tahun yang tragik buat Malaysia'. Pihak bertanggungjawab mesti dibawa ke muka pengadilan - Najib

20 Ramadhan 1435. [MOD] -
Nahas MH17: 'Hari tragik untuk tahun yang tragik buat Malaysia' - NajibPERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadakan sidang media khas berhubung insiden pesawat MAS MH17 yang terhempas di Ukraine, di pusat media Hotel Sama-Sama Hotel, Sepang, awal pagi ini. Turut hadir Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (dua dari kiri) dan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman (dua dari kanan). - Foto NSTP
SEPANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta rakyat Malaysia mendoakan semua penumpang dan kru pesawat MH17 yang terhempas di timur Ukraine.

Mayat berkecai kelihatan di tempat kejadian

20 Ramadhan 1435. [MOD] -

GRABOVE, (Ukraine): Berpuluh-puluh mayat berkecai dilihat berselerak dalam kesan serpihan pesawat MH17 yang dipercayai terhempas di kawasan yang dikuasai pemisah di timur Ukraine. 

Kesan serpihan bersepah sepanjang beberapa kilometer dan bahagian ekor pesawat penumpang itu kelihatan di ladang jagung berkenaan dengan lambang Penerbangan Malaysia. 


Menurut saksi, jet itu meletup di udara sebelum serpihannya jatuh ke kawasan yang luas. 

Pesawat penumpang pernah ditembak jatuh beberapa kali sebelum ini

20 Ramadhan 1435. [MOD] -

WASHINGTON: Walaupun tindakan menembak jatuh pesawat sarat dengan penumpang bukanlah sesuatu yang kita fikir akan berlaku, namun beberapa kes sebelum ini menunjukkan ia pernah terjadi.

Antara yang ketara termasuk kejadian di mana pesawat Iran ditembak jatuh oleh tentera laut Amerika Syarikat dan pemusnahan pesawat Korea Selatan oleh jet pejuang Russia. 

Pemberontak Ukraine dakwa tersalah tembak pesawat MH17

20 Ramadhan 1435. [MOD] -

KIEV: Media sosial kepada komander pemberontak Ukraine berkata, kumpulannya menembak sebuah pesawat pengangkutan tentera di lokasi sama pesawat Malaysia Airlines terhempas berdekatan sempadan Russia, hari ini.

Laporan oleh komander tertinggi tentera yang mengisytihar diri mereka sebagai “Donetsk People’s Republic” mencadangkan, kumpulan pemisah itu tersalah melepaskan tembakan terhadap pesawat MAS itu yang mempercayai ia pesawat pengangkut besar tentera Ukraine. 

MH17: 100 mayat ditemui bergelimpangan di lokasi nahas - Saksi

20 Ramadhan 1435. [MOD] -

KIEV: Pegawai Kementerian Kecemasan berkata, terdapat beberapa bahagian anggota badan yang sudah berkecai berada di sekitar sehingga 15 kilometer dari lokasi nahas pesawat berkenaan terhempas. 

Beliau yang berada di lokasi kejadian berkata, sekurang-kurangnya 100 mayat ditemui bergelimpangan di lokasi berkenaan. 

Tentera Ukraine tidak terbabit tembak jatuh pesawat Malaysia - Presiden Ukraine

20 Ramadhan 1435. [MOD] -

KIEV: Angkatan Tentera Ukraine tidak terbabit dalam insiden pesawat Malaysia yang ditembak jatuh di timur Ukraine, kata bahagian media Presiden Ukraine.

Agensi berita negara itu, Inferfax memetik Presiden Petro Poroshenko bahawa beliau tidak menyatakan pesawat berkenaan ditembak jatuh. 

Pesawat Malaysia ditembak jatuh - Penasihat Menteri Dalam Negeri Ukraine

20 Ramadhan 1435. [MOD] -

Pesawat Malaysia ditembak jatuh - Penasihat Menteri Dalam Negeri Ukraine Agensi berita Reuters melaporkan pesawat MAS MH17 membawa 295 penumpang.
KIEV: Seramai 280 penumpang, 15 kru maut selepas pesawat dipercayai ditembak jatuh di Ukraine, kata Penasihat Menteri Dalam Negeri Ukraine yang dipetik Interfax, agensi berita negara itu.

Pesawat MH17 terhempas di Ukraine

20 Ramadhan 1435. [MOD] -



Malaysia Airlines mengesahkan pasukannya terputus hubungan dengan pesawat Boeing 777 dengan nombor penerbangan MH17.

"Kedudukan terakhir adalah di ruang udara Ukraine," kenyataan MAS di Twitter dipetik.

DCA terima laporan dari Ukraine

20 Ramadhan 1435. [MOD] -

SHAH ALAM - Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengesahkan menerima laporan awal daripada pihak Ukraine sekitar jam 10.45 malam tadi.

Sumber dalaman DCA berkata, laporan awal memberitahu pesawat berkenaan hilang dari radar sebelum diberitakan terhempas.

Pesawat penumpang Malaysia terhempas di Ukraine

20 Ramadhan 1435. [MOD] -

  • Pesawat penumpang Malaysia terhempas di Ukraine
\
MOSCOW - RUSIA. [DIKEMASKINI] Media barat melaporkan sebuah pesawat penumpang Malaysia yang dinaiki 295 orang terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia.

Memetik laporan Reuters, perkara itu mula dilaporkan agensi berita Interfax yang memetik sumber industri penerbangan.