18 Julai 2014

Nahas MH17: MAS guna laluan alternatif ke Eropah berkuasa kuasa serta-merta

20 Ramadhan 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) hari ini mengumumkan bahawa semua penerbangan ke Eropah kendalian syarikat penerbangan nasional itu akan menggunakan laluan alternatif dan mengelak laluan biasa berkuat kuasa serta-merta. 

Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17, yang dalam penerbangan berjadual dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di timur Ukraine. 


Malaysia Airlines mengesahkan pesawat itu tidak membuat panggilan kecemasan. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh. 

Dalam satu kenyataan hari ini, MAS berkata laluan penerbangan yang biasa pada mulanya diisytiharkan selamat oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO). 

Laluan penerbangan itu merentasi Ukraine yang sedang bergolak. 

Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menyatakan ruang udara yang direntasi pesawat itu tidak tertakluk kepada sekatan. - BERNAMA

Tiada ulasan: