31 Mac 2014

4 objek berwarna dianalisis

29 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -
Perth: Pihak berkuasa Australia akan menganalisis empat objek berwarna oren berukuran 2 meter panjang yang dikesan pesawat Australia, lapor CNN.

Pesawat Australia yang mengesan empat objek itu sudah merakam gambar dan menghantar koordinat namun belum disahkan ia milik MH370. 

K'jaan bazir RM70 juta lewat siapkan Hospital S.Alam

29 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mendakwa kerajaan telah membazirkan RM70 juta bagi projek membina Hospital Shah Alam.

Beliau dalam sesi soal jawab pagi tadi berkata pembaziran itu berlaku kerana projek yang sepatutnya dijadualkan siap dalam masa dua tahun telah dilanjutkan sehingga enam tahun.

Anwar pohon Tuan Guru Nik Aziz doakan kesejahteraan

29 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -
KOTA BHARU:  Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendoakan kesejahteraan dirinya agar diberi kekuatan untuk bersama-sama seluruh pemimpin Pakatan Rakyat  bagi menumbangkan Umno dan BN.

Permintaan itu dibuat ketika bertemu Tuan Guru Nik Aziz di Masjid Kampung Pulau Melaka, Sabtu lalu.

MH370: MAS, MAHB Kenakan Pemeriksaan Keselamatan Penerbangan Lebih Ketat

29 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Penerbangan Malaysia (MAS) dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kini melaksanakan pemeriksaan keselamatan penerbangan lebih ketat di udara dan darat berikutan tragedi pesawat MH370.

Menurut satu pekeliling MAS, Juruterbang dan pembantu juruterbang kini tidak dibenarkan untuk ditinggalkan bersendirian di dalam kokpit, walaupun salah seorang daripada mereka ke tandas.

Objek Dikutip Tiada Kaitan MH370 - Amsa

29 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Beberapa objek yang dikutip oleh HMAS Success dan Haixun 01 pada Sabtu telahpun diperiksa dan dipercayai tiada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac.

Menurut kenyataan Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (Amsa) pada Ahad malam, berkata objek berkenaan diperiksa di atas kedua-dua kapal dan dinyatakan sebagai peralatan menangkap ikan dan buangan terapung.

Lenyapkah jalinan Malaysia, China?

29 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -
KEAKRABAN Malaysia-China bukan baru berputik, malah ia sudah bermula sejak berkurun lama. Bukan sekadar hubungan politik dan diplomatik, tetapi boleh dianggap sebagai bersaudara apabila hubungan ini sudah mencecah lebih 700 tahun, dan mungkin lebih lama lagi.


Hubungan ini bermula sejak wujudnya laluan laut antara China dengan India. Ketika itu ‘Duyuan’, nama sebuah persinggahan, atau pelabuhan tempat kapal dagangan China berhenti berehat sebelum meneruskan perjalanan tercatat dalam sejarah pelayaran negara China. Nama itu, sebenarnya merujuk kepada Pulau Duyung di Terengganu.

Memali: PAS gesa siasat semula, tarik balik kertas putih 1986

29 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: PAS menggesa kerajaan menarik balik kertas putih berkenaan Peristiwa Memali yang telah dibentangkan di Parlimen pada tahun1986 serta menarik balik fatwa Bughah yang dikenakan kepada Ibrahim Libya dan para pengikutnya.

Merujuk kepada kenyataan bekas Menteri Keselamatan Dalam Negeri Tun Musa Hitam, Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Peristiwa Memali satu konspirasi tersembunyi yang sudah mempunyai skrip.

28 Mac 2014

Telan Garpu Untuk Tunjuk Kehebatan Diri Pada Rakan

26 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -
SEORANG lelaki warga Romania membuat pertaruhan pelik iaitu dengan menelan garpu besi sebagai usaha menarik perhatian rakannya.

Akibat aksi yang dianggap sebagai 'bodoh' oleh portal berita antarabangsa, lelaki terbabit, Radu Calincescu, 25, terpaksa dikejarkan ke hospital di Bandar Bacau, Romania kerana mengadu terasa tercucuk di dalam perut.

Kawasan Carian MH370 Dianjak Berdasarkan "Petunjuk Baharu, Boleh Dipercayai"

26 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -
PERTH: Kawasan pencarian pesawat MH370 pada Jumaat dianjakkan ke satu kawasan kira-kira 1,100 kilometer (685 batu) ke timur laut dari lokasi operasi mencari di selatan Lautan Hindi, selepas mendapat "petunjuk baharu, boleh dipercayai", kata pihak berkuasa Australia.

"Maklumat baharu itu berdasarkan analisis yang berterusan dari data radar antara Laut China Selatan dan Selat Melaka sebelum radar terputus hubungan," kata Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA).

MH370: Jamil Khir setuju siasat siapa arah 'Raja Bomoh'

26 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Jamil Khir Baharom bersetuju dengan cadangan agar penyiasatan secara keseluruhan dibuat terhadap sekumpulan yang menggelarkan mereka 'Raja Bomoh'.


Menteri agama itu menyatakan demikian, selepas beberapa cadangan dikemukakan anggota dewan rakyat ketika beliau menggulung perbahasan Titah Diraja peringkat Menteri di JPM hari ini.

Sedia hantar pakar ke Perth, 300 objek terapung dikesan

26 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 diperhebat dengan Malaysia bersedia menghantar pasukan yang terdiri daripada pakar ke Perth, Australia bagi membantu mengesan lokasi pesawat itu di selatan Lautan Hindi.
   
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pasukan itu akan bekerja rapat dengan Pusat Koordinasi Penyelamat Australia untuk membantu operasi pencarian.

Operasi SAR diteruskan, cuaca baik

26 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -
Perth: Keadaan cuaca yang baik di sekitar Lautan Hindi membolehkan usaha mencari pesawat MH370 disambung semula pagi ini selepas kebanyakan pesawat terpaksa pulang awal di Pangkalan Udara Pearce, di sini, semalam.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) berkata enam pesawat tentera dan lima pesawat komersial digunakan dalam operasi bermula jam 8 pagi tadi. 

Terus berdoa agar MH370 selamat – Presiden PAS

26 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -
JERAI: Seluruh masyarakat diseru terus mendoakan keselamatan para penumpang dan kru kapal terbang MH370 yang didakwa hilang di Lautan Hindi.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menaruh harapan agar seluruh penumpang dan kru MH370 masih berada dalam keadaan selamat serta kembali semula.

Ini Kerana katanya, maklumat yang disahkan sehingga kini adalah kapal terbang tersebut dirampas.

Malaysia perlu bersikap jelas terhadap Mesir - Mapim

26 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) berpendirian adalah menjadi suatu tindakan yang munasabah untuk Malaysia mengambil sikap yang jelas apabila sebuah negara melaksanakan sistem politik diktator yang menzalimi rakyatnya sendiri. 

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, hukuman mati yang dijatuhkan oleh mahkamah Mesir kepada 529 rakyatnya adalah prisiden pertama seumpamanya dalam sejarah moden negara itu hatta dunia seluruhnya.

27 Mac 2014

Keluarga penumpang terima kenyataan tapi bersyarat

25Jamadil Awwal 1435. [MOD] -
PUTRAJAYA - Keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 kini berada pada tahap menerima kenyataan mengenai insiden itu dengan bersyarat, kata Timbalan Pengarah Jabatan Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam, Dr Abdul Jalil Hassan.

Beliau berkata apa yang dimaksudkan dengan penerimaan bersyarat itu ialah pada situasi sekarang anggota keluarga hanya dapat menerima kenyataan perkembangan terbaru insiden itu jika terdapat bukti berkaitan.

TUDM sangka pesawat patah balik arahan menara kawalan

25Jamadil Awwal 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Pesawat yang tidak dikenali dan berpatah balik sebenarnya dikesan pada radar utama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)  beranggapan ia mungkin berbuat demikian kerana menerima arahan menara kawalan trafik udara.
    
Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata pesawat tersebut boleh menerima arahan tertentu dari menara kawalan dan melencong ke laluan lain jika dikehendaki tetapi keadaan tersebut bukan sesuatu yang memerlukan tindakan daripada TUDM walaupun ia dikesan di radar utama.

Pemegang insurans tanggung RM330j

25Jamadil Awwal 1435. [MOD] -
Kuala Lumpur: Pemegang insurans kepada pesawat MH370 bersetuju menanggung AS$100 juta (RM330 juta) kos kehilangan pesawat itu walaupun belum jelas apa yang sebenarnya berlaku, lapor Wall Street Journal (WSJ).

Bagaimanapun, perjanjian tanggungan itu hanya untuk kos pesawat dan tidak termasuk polisi insurans hayat atau pampasan daripada syarikat penerbangan.

Shila Amzah dikecam teruk rakyat china

25Jamadil Awwal 1435. [MOD] -
Umum mengetahui kebencian rakyat china terutama ahli keluarga mangsa kepada Malaysia semakin memuncak selepas pesawat MH370 disahkan berakhir di Selatan Laut Hindi pada malam Isnin lalu.

Susulan itu, mana-mana rakyat Malaysia yang berada di negara china dipandang serong dan dimaki hamun tidak tentu pasal. Apapun, rakyat china tidak boleh disalahkan juga kerana emosi kesedihan bercampur baur dengan kemarahan menguasai diri mereka.

‘I love you’ ungkapan terakhir pramugara kepada isteri

25Jamadil Awwal 1435. [MOD] -
SHAH ALAM: "I love you" adalah kata-kata terakhir diungkapkan pramugara Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, Mohd Hazrin Hasnan kepada isterinya Intan Maizura Othaman beberapa jam sebelum pesawat itu dilaporkan hilang pada 8 Mac lepas. 

     
Kata-kata itu jugalah akan sentiasa menjadi kenangan manis buat Intan Maizura, 34, yang kini sarat mengandung anak kedua mereka. 

26 Mac 2014

Selatan Lautan Hindi Seperti Kawah Buih Putih Dengan Ombak Ganas - Pakar

24 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -
Ia merupakan sebuah tempat yang amat dahsyat.

Apabila musim sejuk tiba, selatan Lautan Hindi telah digambarkan sebagai tempat yang paling teruk di dunia.

Cuaca yang tidak menentu, keadaan berbahaya, ombak ganas dan laut bergelora semua ini menunjukkan satu keadaan menakutkan, walaupun untuk kapal-kapal besar.

Kaedah 'kesan Doppler' tentukan kedudukan MH370

24 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR - Kedudukan terakhir pesawat MH370 yang hilang, dikenal pasti melalui penggunaan 'kesan Doppler' oleh Air Accident Investigation Branch (AAIB) United Kingdom dan Satelit Inmarsat.

Pemangku Menteri Pengngkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Inmarsat mencipta kaedah inovatif kedua ini, yang mengambil kira halaju pesawat berkenaan dan kaitannya dengan satelit berkenaan.

Pengsan beberapa kali, emosi ibu belum stabil

24 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -
EMOSI Normah Jaafar, 56, belum stabil sejak berita kehilangan anaknya dan pengsan beberapa kali selepas mendengar pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kelmarin.

Menurut adiknya, Mohd Sabri, 45, kakaknya itu masih terkejut dengan tragedi menimpa pesawat berkenaan.

MH370: Solat jenazah ghaib tidak perlu diadakan sekarang - Majlis Fatwa

24 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -
PUTRAJAYA: Mesyuarat Jawatankuasa Khas Majlis Fatwa Kebangsaan malam tadi menetapkan pelaksanaan solat jenazah ghaib untuk penumpang dan anak kapal Penerbangan MH370 tidak perlu diadakan sekarang, kata pengerusinya Prof Emeritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin.


Katanya anggota jawatankuasa sebulat suara bersetuju dan memutuskan bahawa kesemua anak kapal dan penumpang MH370 dikategorikan sebagai orang hilang (mahqud) dan dianggap sebagai orang yang telah meninggal dunia setelah usaha pencarian dibuat oleh pihak berkuasa.

Tamat kontrak 20 kakitangan PKNS kerana pertindihan tugas

24 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -
SHAH ALAM: Keputusan menamatkan kontrak 20 kakitangan PKNS Holdings dibuat Pemangku Pengurus Besar PKNS, Azlan Alfiah selepas kajian yang mengambil kira pandangan kakitangan tetap serta bertujuan menjaga kepentingan PKNS khususnya dalam penjimatan kos operasi, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim(gambar).

Beliau memberi  keterangan sebagai saksi kepada Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan,  Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) yang mengadakan sesi pendengaran awam berhubung Strategi Pemulihan Pengurusan PKNS-Integrity Pact.

Malindo Air ke Terengganu mendarat di Subang, enjin terbakar

24 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Penerbangan Malindo Air ke Kuala Terengganu terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Subang di sini pagi ini selepas sebuah daripada enjinnya terbakar.

Syarikat itu dalam kenyataan di sini, berkata pesawat tersebut berlepas pada 7.30 pagi sebelum insiden berlaku ketika pesawat berada di ketinggian 7,000 kaki.

Pencarian MH370 Di Perairan Australia Barat Bersambung

24 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -
MELBOURNE: Misi pencarian objek yang dipercayai ada kaitan dengan penerbangan MH370 di perairan Australia Barat bersambung pagi Rabu selepas ditangguh pada Selasa akibat cuaca buruk.


Pihak berkuasa Australia yakin keadaan cuaca hari ini dapat membantu operasi yang juga bertujuan mengutip objek-objek berkenaan. 

PRK Kajang: Saya puas hati, kata Presiden PAS

24 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sangat berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan jentera PAS ketika membantu PKR dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang, 23 Mac lalu.

Bercakap kepada Harakahdaily, Ustaz Abdul Hadi turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada jentera PAS khususnya PAS Selangor dan PAS Hulu  Langat, yang menurutnya telah berkerja dengan baik.

25 Mac 2014

MH370: Islam beri tempoh 4 tahun sabitkan kematian

23 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Islam memberi tempoh sehingga empat tahun untuk mensabitkan kematian terhadap kehilangan seseorang yang tidak diketahui di mana kedudukannya atau hidup matinya.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, selagi tidak ditemui jasad atau bukti mensabitkan kematiannya secara fizikal, maka tempoh empat tahun perlu diambil kira.

MH370: Akhbar Dicetak Hitam Putih Tanda Berkabung

23 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Beberapa akhbar utama dicetak dalam hitam putih sebagai tanda media arus perdana Malaysia berkabung atas tragedi yang menimpa 239 penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dengan menyiarkan berita itu di muka depan akhbar masing-masing.

Kesemua media menyampaikan ucapan takziah ikhlas mereka kepada kaum keluarga terdekat penumpang dan anak kapal di halaman akhbar mereka.

MH370: Australia Kecualikan Bayaran Visa Keluarga Penumpang

23 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -
MELBOURNE: Australia akan mengecualikan bayaran visa bagi anggota keluarga penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines MH370 sekiranya mereka ingin datang ke negara itu.


Perdana Menteri Australia Tony Abbott memberitahu Parlimen Persekutuan bahawa bayaran itu akan dikecualikan bagi keluarga penumpang dan anak kapal pesawat yang penerbangannya berakhir di selatan Lautan Hindi di Western Australia.

Raungan keluarga di China sambut pengumuman Najib

23 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -
BEIJING: Hanya kedengaran raungan kedukaan daripada keluarga penumpang MH370 yang ditempatkan di Hotel Lido di sini sejurus berakhirnya pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai perkembangan terkini berhubung pesawat itu malam tadi.

    
Beberapa anggota keluarga pengsan dan terpaksa diusung keluar oleh anggota paramedik selain berlaku pergelutan apabila sesetengah waris yang kesedihan cuba menghalang jurufoto daripada merakam gambar mereka.

Misteri MH370: Hanya kota hitam dapat beri jawapan

23 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Misteri kehilangan penerbangan MH370 milik Malaysia Airlines sejak 16 hari lepas, terjawab malam tadi menerusi pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa penerbangan itu berakhir di selatan Lautan Hindi.

    
Berdasarkan rumusan itu hanya kotak hitam pesawat Boeing 777-200ER berkenaan yang dapat menjawab misteri kehilangannya sejak awal pagi 8 Mac lepas. 

‘Makcik tak tau nak cakap apa, sedih sangat’

23 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -
KUANTAN: "Bagi makcik masa dahulu. Makcik tak tau nak cakap apa, sedih sangat dengar pengumuman tadi," kata ibu kepada jurutera kapal terbang Khairul Amri Selamat.

    
Normah Jaafar, 50-an, amat sedih mendengar pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 dikesan berakhir di selatan Lautan Hindi. 

Doa kami kepada semua insan tersayang - MAS

23 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) dengan penuh rasa kesal ingin memaklumkan bahawa terpaksa menganggap bahawa MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

“Seperti yang akan anda dengar tidak lama lagi daripada Perdana Menteri Malaysia, analisis baru data satelit membayangkan pesawat itu jatuh di selatan Lautan Hindi.

23 Mac 2014

PRK Kajang : 15 Pusat Pengundian dibuka jam 8 pagi.

18 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -
KAJANG:  Sebanyak 15 pusat mengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dibuka mulai 8 pagi ini bagi membolehkan 38,055 pemilih berdaftar melaksanakan tanggungjawab mereka dalam pilihan raya kecil DUN itu.

20 Mac 2014

Khutbah Jumaat : Jauhi Perbuatan Syirik dan Khurafat

18 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -

اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ 
أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ  
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …
أَمَّا بَعْدُ…..فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Marilah kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dalam melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.   Walaupun ujian demi ujian yang melanda, moga kita terus istiqamah berada atas landasan Aqidah dan Syariah Allah yang benar. 

MH370 Masih Boleh Ditemui

18 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -

PETALING JAYA: Satu laporan oleh badan pemantau yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memberikan harapan baharu bahawa pesawat MH370 yang hilang masih boleh ditemui manakala laporan yang mencadangkan pesawat mungkin berada di kawasan terpencil di Lautan Hindi dan Kudahuvadhoo juga boleh diterima pakai.
Syarikat yang berpangkalan di Austia, Comprehensive Nuclear-Test-Ban Treaty Organi­sation (CTBTO) yang mempunyai sensor yang sangat sensitif di seluruh dunia berkata ia tidak mengesan apa-apa letupan atau kemalangan sama ada di atas tanah atau di laut sejak pesawat hilang pada 8 Mac.

Penganalisis percaya MH370 telah selamat mendarat

18 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Penganalisis jenayah percaya tiada unsur bunuh diri dalam misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dan pesawat itu selamat mendarat di suatu kawasan yang tidak diketahui lokasinya.
    
Presiden Kesedaran Pencegahan Jenayah, Datuk Seri Dr Saharuddin Awang Yahya berkata berdasarkan fakta-fakta diumumkan setakat ini, sesiapa jua yang mengambil alih pesawat itu tidak berniat untuk membunuh diri.

Keluarga warga China berang, masuk bilik taklimat

18 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -


Suasana kecoh berlaku di auditorium yang digunakan oleh pihak berkuasa untuk mengadakan taklimat harian untuk media mengenai MH370 selepas sekumpulan warga China masuk beramai-ramai untuk bercakap dengan pemberita.

Kumpulan itu, yang berjumlah kira-kira sedozen orang, berkata mereka adalah saudara mara penumpuang pesawat tersebut dan mahu meluahka kesedihan dan kemarahan mereka kerana selepas dibawa ke Malaysia, tetapi mereka hanya mendapat sedikit maklumat mengenai kemajuan usaha mencari pesawat yang hilang itu.

UTC Perak : bentuk manusia robot

18 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -
Oleh: Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss

Telefon bimbit saya menghadapi sedikit masalah ditambah sehari dua baru-baru ini banyak panggilan dan pesanan ringkas yang memaksa saya melihat apa yang begitu banyak masuk kali ini.

Di Ipoh ada berita gembira setelah satu arahan agar operasi Urban Transformation Centre (UTC) atau Pusat Transformasi Bandar di Bandaraya Ipoh melanjutkan operasi hariannya.

Dimana dahulu tamat operasi biasa hanya sehingga jam 10.00 malam sahaja setelah ianya dibuka seawal jam 8.30 pagi dan mempunyai waktu rehat dari jam 1.00 tengahari sehingga 2.00 petang.

15 Mac 2014

Travelog idham Lim (12)

13 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -
14.Kenangan Dulu2....Kebetulan saya masih di China lalu nak berkisah bagaimana saya berada disini sehingga sekarang masih berulang alik ke China.

Pertama kali saya menjejakkan kaki di China ialah pada tahun 1998. Selepas menjadi guru sekitar 5 tahun saya mengambil keputusan nekad untuk meninggalkan keluarga, kerja dan negara tercinta untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang bahasa dan kebudayaan cina di Jinan Universiti Guangzhou. Selepas berbincang dengan isteri yang pada masa itu kami mempunyai 2 anak maka saya mengambil keputusan dan isteri membenarkan saya ke china walaupun kami merasa berat dengan keputusan itu.

13 Mac 2014

Travelog idham Lim (11)

11 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -
13.Kenangan Dulu2...

Alhamdulillah selepas 5 tahun ditakdirkan saya bertemu jodoh dengan orang Perak yang kebetulan kuliah di IAIN Ar Raniry Aceh juga. Saya ke Aceh pada tahun 1986 fan Isteri datang ke Aceh pada tahun 1987.

Apabila cukup 5 tahun dan tamat pengajian pada fakulti dakwah pada tahun 1991 kami balik ke Malaysia dan selamat di nikahkan pada malam 17 ogos 1991.

11 Mac 2014

Travelog Idham Lim (10)

9 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -
12. Kenangan Dulu2... Sambung kisah semalam...... .

Bila sepupu saya meminta jaminan..."Kalau benar kamu masuk Islam kerana nak kepada Islam saya nak tengok kamu tidak khawin selepas ini selama 5 tahun".....

Dengan merenung tepat aras mukanya saya dengan tenang sambil memberikan senyuman menjawab..."Perkara ini saya tidak boleh jamin kerana setakat yang saya tahu soal jodoh dalam Islam Tuhan yang tentukan,mana saya boleh berjanji selama 5 tahun tidak khawin"...

10 Mac 2014

Media China Bidas Cara Malaysia Selesai Masalah Pesawat Hilang

8 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -

BEIJING: Media di China pada Isnin membidas Malaysia dan syarikat penerbangan negara, MAS berhubung cara mereka menyelesaikan kes pesawat penumpang yang hilang sambil menyeru usaha tindak balas yang lebih cepat dan keselamatan lapangan terbang diperketatkan.
Hampir dua pertiga daripada 239 orang di atas kapal MH370 adalah dari China dan jika kehilangan pesawat itu disahkan, ia akan menjadi bencana udara kedua terburuk dalam sejarah China.

Pelbagai Teori Mengenai Pesawat Hilang MH370

8 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -

Kapal penyelamat KM Amanah menjalankan operasi mencari pesawat MH370 yang dilaporkan hilang di perairan Laut China Selatan selepas bertolak kira-kira dua jam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada awal pagi Sabtu.
 -fotoBERNAMA
PETALING JAYA: Sama ada dengan sedikit kemajuan atau langsung tiada kemajuan dalam pencarian pesawat MH370 yang hilang, banyak teori dikemukakan mengenai misteri kehilangannya.

Timbul syak bahawa pesawat dalam perjalanan ke Beijing dengan 239 orang di dalamnya, mungkin telah dirampas atau dibom selepas dua penumpang didapati menggunakan pasport yang dicuri.
'Reuters' melaporkan bahawa terdapat kemungkinan pesawat berkecai ketika dalam penerbangan.

Travelog Idham Lim (9)

8 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -
11. Kenangan Dulu2....selepas saya sembuh dari bersunat dan melihat keadaan agak tenang lalu saya balik ke Machang dan menetap di rumah ayah angkat Ust Abd Rahman Salleh yang letaknya sekitar 50 meter dari Mesjid Daerah Machang.

Disinilah saya menggunakan peluang yang ada untuk menunaikan solat berjemaah pada setiap waktu. Disamping saya tidak melepaskan peluang untuk mengikuti setiap pengajian agama yang diadakan di situ terutamanya kuliah subuh dan maghrib.

Dengan berbekalkan sedikit ilmu yang semakin bertambah saya memulai langkah dengan berserban pada setiap hari. Cara lilitannya saya belajar dari ayah angkat sendiri.

'Pesawat terbang rendah dari biasa'

8 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -

KOTA BHARU - Seorang nelayan di sini mendakwa melihat sebuah pesawat terbang lebih rendah daripada biasa di Laut China Selatan, kira-kira lapan batu nautika dari Kuala Besar, Pantai Cahaya Bulan, awal pagi kelmarin.

Azid Ibrahim, 66, berkata, dia melihat pesawat itu kira-kira jam 1.30 pagi semasa membawa lima kaki pancing di kawasan tersebut.

Menurutnya, pesawat itu terbang rendah menghala keluar dari negara ini menuju ke tengah laut.

Satu cawangan satu usrah

8 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -
Usrah merupakan satu nizam yang penting di dalam tarbiah PAS. Selain daripada usrah, ialah tamrin, liqa' al-Fikri, Majlis Ilmu, Daurah Tadribiah, Nadwah, Rehlah, Mukhayam, Qiamullail, Riadah. Kesemua program ini mesti digarap oleh semua ahli PAS supaya tidaklah mereka menyertai PAS hanya dari segi isi borang sahaja, sedangkan pemikiran dan tingkah laku tidak berubah. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Biarlah apabila menjadi ahli PAS, dia perlu berubah dalam semua perkara, walau pun memakan masa yang lama.

MAS Terbangkan Kumpulan Pertama Keluarga Penumpang Dari China Ke KL Isnin

8 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -

BEIJING: Malaysia Airlines (MAS) akan menerbangkan kumpulan pertama keluarga penumpang pesawat MH370 esok untuk mendapatkan maklumat terkini, kata jurucakap MAS, Ignatious Ong Ming Choy pada Ahad.
Beliau berkata kumpulan pertama itu terdiri daripada hanya dua anggota keluarga penumpang pesawat itu memandangkan mereka mempunyai pasport dan visa yang sah ke Malaysia.

Saya Masih Di Pantai, Kata Pemilik Pasport Itali Yang Dicuri

8 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Luigi Maraldi, warga Itali yang kehilangan pasport ketika bercuti di Phuket tahun lalu terkejut apabila namanya tersenarai antara penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
Bercakap kepada The Star, Maraldi, 37, yang kini sedang bercuti di Phuket berkata, beliau sudah melaporkan kepada polis, jabatan imigresen Thailand dan pihak Kedutaan Itali berhubung kemungkinan identitinya digunakan oleh individu yang menaiki pesawat yang hilang daripada radar tersebut.

Chong Wei Kalahkan Chen Long, Rampas Gelaran Juara All England 2014

8 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -

Chog Wei menjulang trofi kemenangan setelah berjaya menumpaskan lawannya dari China, dalam masa 19 minit.
KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei merampas gelaran juara All England 2014 selepas membenam musuh tradisinya Chen Long dari China pada final di National Indoor Arena, Birmingham, England, awal pagi Isnin waktu tempatan.

09 Mac 2014

Azizah ganti Anwar pada PRK DUN Kajang

Azizah ganti Anwar pada PRK DUN Kajang 7 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -

KAJANG: Datin Seri Wan Azizah Ismail dipilih sebagai calon pakatan rakyat pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 23 Mac ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Anwar, Lim Kit Siang dan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli di ibu pejabat Keadilan di sini. 

Kehilangan Pesawat MH370 Jadi Tajuk Utama Akhbar Luar Negara

7 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, menjadi tajuk utama sebahagian besar akhbar utama luar negara.
Akhbar di Australia, The Australian memaparkan tajuk 'Flight Families Pray for Miracle', sementara Sydney Morning Herald pula menggunakan 'Oil slicks Found at Sea in Search for Malaysia Jet' sebagai tajuk laporan muka depannya.
Muka depan akhbar USA Today pula memaparkan tajuk 'Stolen Passports Add to Flight Mystery'.
Akhbar yang diterbitkan setiap Ahad di Britain, The Observer dalam laporan muka depannya menggunakan tajuk 'Oil Slicks Spotted in Sea as Plane Disappears with 239 Feared Dead'.