Dasar buka pintu China mendatangkan hasil yang jelas kelihatan dengan kehadiran ramai pedagang dari segala pelusuk negara membanjiri pasaran perniagaan di negara China.Banyak bandar-bandar yang dahulunya dianggap kecil dan kurang maju sekelip mata dalam masa tidak sampai 10 tahun menjadi bandar elit,antaranya bandar Guangzhou dan Shenzhen.
Kehadiran pedagang dari negara asing lebih kepada jaminan keselamatan oleh kerajaan China kepada mereka. Tidak ada siapapun yang akan berminat untuk datang ke china kalau keadaan
keselamatannya tidak baik.
Sebab itulah pada masa sekarang kehadiran warga asing di negara China bukan tertumpu kepada bandar-bandar besar seperti Hong Kong, Beijing, Shanghai, Guangzhou dan banyak lagi bandar besar. Tetapi mereka sanggup berada di kawasan pendalaman yang jauh dari pusat bandar untuk mencari produck yang di perlukan.
Satu kalimat yang biasanya di sebut oleh warga asing , yang tak dapat mereka cari di china ialah tambah nyawa,emak dan bapa, apa saja barang lain yang kita kehendaki dapat dibeli dengan harga yang murah.
Sehingga ini saya telah sempat berada di banyak tempat di negara China, perjalanan beribu-ribu kilometer, ada yang naik kapalterbang sampai 4 jam setengah, naik keretapi 26 jam, 8 jam, 12 jam dan macam-macam lagi. Semua tempat yang penulis sampai pasti akan bertemu dengan warga asing.
Baru-baru ini penulis sempat berada di bandar Xi Ning,Qing Hai Province ke arah Monggolia di utara China, kebetulan sempat berada di Mesjid pada hari Jumaat. Terkejut penulis dengan jumlah jemaah Jumaat seramai Sekitar 20,000 orang. Penterjemah Mesjid yang Fasih berbahasa Arab menjelaskan jumlah tersebut adalah kebiasaan pada hari Jumaat. Jumlah meningkat hampir sekali ganda pada dua hari raya sehinggakan jemaah melimpah ke atas jalanraya.
Tidak kurang dari 20 orang asing yang bukan beragama Islam sibuk mengambil gambar pada hari tersebut. Xi Ning satu bandar yang dikelilingi bukit tanah dan angin yang bertiup membawa debu-debu tanah sehingga mengotorkan bandar, itupun ada orang asing yang sampai.
Apa lagi bandar besar seperti GuangZhou yang jelas kelihatan kehadiran peniaga-peniaga dari berbagai warna kulit, bangsa, dan agama. Contohnya dari negara Mali yang kalau pembaca masih ingat bila belajar Ilmu Alam masa kecil-kecil dulu, orang mali ini membina rumah dengan tahi lembu. Tetapi sekarang ini mereka telah berkampung dengan membuka pejabat di Guangzhou.
Tumpuan utama kehadiran warga asing ialah pada pameran yang dikenali sebagai Canton Fair yang diadakan sejak 50 tahun lepas, diadakan dua kali setahun pada bulan April dan oktober iaitu dari 15 hingga 30 haribulan. Untuk Canton Fair bulan April yang lepas ialah untuk kali ke 101. Ruangan pameran cuma dibenarkan orang asing yang masuk dengan kad khusus, warga china yang ada cuma dikalangan petugas yang terlibat dengan pameran dan penterjemah . Ruang legar pameran yang terletak dua tempat yang bebeza cukup besar dengan ribuan bilik pameran penuh sesak dengan warga asing.
Rata-rata mereka yang ditemui adakah dari Malaysia dan negara manapun menyatakan China sangat selamat untuk berniaga, mereka juga mengaku telah pergi ke berbagai tempat di China dan semuanya mereka sangat selesa dan selamat tanpa gangguan.
Suatu keadaan yang belaku ialah sikap tidak pilih kasih dikalangan penjual. walaupun mereka tahu benar pelanggannya dari negara luar, apa lagi tidak boleh berbahasa cina. harga tetap sama sahaja khususnya di pasar borong. Keadaan ini menggalakkan mereka datang lagi.
Pemadu teksi sangat profesional dengan kerjayanya, pratusan yang menipu pelanggan sangatlah sedikit. Siang atau malam pergerakan kita sangat selesa dan selamat.
Teringat negara sendiri, jauh tidak selamat berbanding dengan China. Kalau teksi kerjanya rata-rata hendak sembelih penumpang sahaja. Tanpa kita menafikan masih ada yang profesional. Kepada siapa kita hendak salahkan pemandu teksi atau yang jaga teksi?
emimpin politik yang memerintah asyik hendak "sembelih" rakyat...mereka pujuk rakyat dan bagi makan kenyang-kenyang masa dekat dan pilihanraya. sesudah itu rakyat dibebankan dengan berbagai masalah untuk 5 tahun akan datang.50 tahun kemerdekaan dan PR ke 12 semuga membawa sinar baru kepada rakyat Malaysia.