03 November 2013

SPR jangka 90 peratus keluar mengundi

29 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Lebih 90 peratus daripada 27,222 pengundi berdaftar bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dijangka keluar mengundi esok berbanding 89 peratus pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata kadar peratusan yang positif itu berdasarkan kepada semangat yang dilihat sepanjang tempoh berkempen yang berkonsepkan kekeluargaan.

Drama ahli PAS masuk Umno dibongkar


29 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

JERAI: Pengumuman yang mengatakan terdapat beberapa kumpulan ahli PAS yang menyertai Umno pada satu program dihadiri Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Jamil Khir Baharom semalam merupakan penipuan yang memalukan.
Ismail Said, 53 tahun berkata, beliau dari Kampung Sungai Dedap diminta hadir pada majlis di Sungai Limau yang dihadiri Jamil Khir dengan janji akan diberi wang RM100.

Replika potong kaki permainan politik keji


29 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

JERAI: PAS menyifatkan tindakan pihak tertentu mengantung replika patung dipotong kaki sekitar kawasan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau sebagai tindakan tidak beradab.
Pengarah Jawatankuasa Induk PRK Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar berkata tindakan tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja menyedihkan seluruh penduduk di sini, malah paling terasa adalah ahli keluarga Allahyarham Ustaz Azizan Abdul Razak sendiri.

Pengawal keselamatan rompak kedai emas ditahan di LCCT

29 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Pengawal keselamatan yang merompak sebuah kedai emas di pusat beli-belah KL Festival City, Khamis lalu ditahan di sebuah restoran makanan segera di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), pagi tadi.

Suspek yang dipercayai warga Filipina itu ditahan kira-kira jam 7 pagi, bersama dengan seorang rakannya yang juga seorang warga Filipina dan kedua-duanya dipercayai sedang menunggu penerbangan di terminal penerbangan itu untuk melarikan diri dari negara ini. 

Gempa bumi bermagnitud 5.0 gegar Jepun

29 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

TOKYO: Gempa bumi dengan magnitud awal 5.0 mengegarkan timur Jepun termasuk ibu negaranya di sini, hari ini, demikian menurut saksi dan syarikat penyiaran Jepun, NHK. 

Setakat ini, tiada amaran tsunami dikeluarkan dan tiada laporan kecederaan serta kerosakan dilaporkan. - Reuters 

Isu patung kaki: Provokasi melampau

29 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Pas menganggap tindakan pihak yang menggantung patung kaki tertera tulisan ‘Kaki Azizan’ sebagai provokasi melampau.

Ketua Penerangan Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, perbuatan tersebut amat tidak bertanggungjawab kerana melibatkan sensitiviti keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan
Abdul Razak.

Ribut petir diramal di Sungai Limau esok

29 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

YAN - Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan tiada hujan di sebelah pagi pada hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau esok.
   
Bagaimanapun, ribut petir diramalkan pada sebelah petang, kata jurucakap jabatan itu ketika dihubungi Bernama hari ini.
   
PRK Dun Sungai Limau menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 52, dan calon Pas Mohd Azam Abdul Samat, 37.

Warga Myanmar ditikam, dicampak ke laut


29 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Seorang lelaki warga Myanmar cedera parah di bahagian perut akibat ditikam sebelum dicampak ke laut di Jeti Tan, Pengkalan Weld di Georgetown malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Ismail Idris berkata dalam kejadian 11 malam itu, mangsa yang berusia 30an diselamatkan orang awam setelah dilihat terkapai-kapai dan cuba berenang ke daratan ketika air laut sedang pasang.

Dua penjenayah cedera ditembak selepas cuba serang polis di Semporna


29 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

SEMPORNA: Dua penjenayah cedera ditembak selepas cuba menyerang anggota polis dalam kejadian berasingan di kawasan perumahan Semporna Central dan pekan Semporna, awal pagi tadi. 

Kejadian kira-kira jam 3 dan 6 pagi itu berlaku ketika sepasukan anggota polis menjalankan operasi cegah jenayah di kawasan terbabit.

Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut kemalangan dekat Kuala Kangsar

29 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -


KUALA KANGSAR: Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi yang baru pulang menyertai karnival motosikal di negeri ini maut dalam kemalangan berhampiran Kampung Changkat Jambu, Kati dekat sini, petang semalam. 


Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa Fauzi Mamat, 39, yang berkonvoi bersama beberapa rakannya dari Taiping dalam perjalanan pulang ke Kelantan.

Balik dan keluar mengundi, abai SMS palsu

29 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

JERAI: PAS menyeru para pengundi di Dun Sungai Limau agar tidak mempercayai khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu yang sedang disebar kononnya tidak perlu keluar mengundi esok kerana calon PAS sudah menang.

Subsidi gula, diabetes dan ketentuan Allah

29 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
Danial Razali,03 Nov 2013
Saya masih lagi tidak mendengar kenyataan rasmi daripada sohibul fadhilah ustaz-ustaz daripada Ulama Muda Umno tentang isu pengurangan subsidi gula (kalimat berhantu menggantikan kenaikan harga gula). Mungkin isu ini tidak sehebat pengurangan subsidi petrol RON95 yang mana mendapat respons cepat daripada ILMU lantaran perlunya meredakan kemarahan marhaen terhadap pimpinan tertinggi negara. Atau mungkin juga boleh saya keluhkan bahawa bingkisan "kenaikan harga ketetapan Allah" itu sebagai kuih penganan sahaja untuk melariskan populariti dalam Pemilihan Pemuda Umno 2013 yang lalu. Oh, berdosakah saya kerana syak wasangka ini?

Dua parah, 24 cedera bas rempuh belakang lori di Kuala Kangsar

29 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

KUALA KANGSAR: Dua parah manakala 24 cedera apabila sebuah bas merempuh belakang lori di kilometer 231.8 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, dekat sini, awal pagi tadi. 

Jurucakap polis berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1.40 pagi tadi dan pasukan bomba dan penyelamat terpaksa mengambil masa lebih dua jam untuk mengeluarkan mangsa tersepit. 

Lebih 50,000 Bas Sekolah Tidak Berdaftar Dengan SPAD - Syed Hamid


29 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

YAN: Terdapat lebih 50,000 bas sekolah di seluruh negara yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kata Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar.

Sehingga kini, hanya 18,000 bas sekolah yang berdaftar.

Patung kaki: Perbuatan tidak berakhlak


29 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

YAN - Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan perbuatan menggantung patung kaki yang diletakkan berhampiran beberapa pusat gerak kerja BN Dun Sungai Limau sebagai perbuatan yang tidak wajar dan berakhlak.

Beliau menegaskan, perbuatan penuh provokasi itu bukan sahaja tidak wajar bahkan ia hanya akan mengguris lagi perasaan keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

PAS dijangka kekal, majoriti lebih kecil – Ilham Centre


29 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Harakahdaily,02 Nov 2013
KUALA LUMPUR: Asas sokongan pengundi Sungai Limau kepada PAS kekal dalam peratusan antara 53-55 peratus manakala diikuti rapat oleh Umno BN sekitar 45-47 peratus. 

“Selisih peratus ini dilihat tiada perubahan besar berlaku kepada pengundi dalam pilihan raya kecil N20 Sungai Limau,” ujar Pengerusi Eksekutif Ilham Centre, Muhamad Hisommudin Bakar dalam satu kenyataan.