21 Julai 2017

Hargai orang lain.

Pena Idham Lim
27 Syawal 1438H/21 July 2017


Setiap manusia dijadikan oleh Allah STW dengan sebaik-baik kejadian. Disana setiap individu pula memiliki sesuatu kelebihan dan keistemewaannya tersendiri. Kerana itu carilah kebaikan seseorang untuk kita menghormati dan menjadikan sahabat. Bukannya mencari keburukannya apa lagi sengaja memburukkan orang lain sedangkan dia punya keistemewaan yang mungkin anda pun tidak miliki.

Sejahtera Bersama Islam.

PAS Kuala Langsar Ucap Tahniah kepada Jun Hoong.

KENYATAAN MEDIA 
PAS KAWASAN KUALA KANGSAR.

21 July 2017.

PAS Kuala Langsar Ucap Tahniah kepada Jun Hoong.

1.PAS Kawasan Kuala Kangsar dengan rasa bangga mengucapkan tahniah kepada atlet terjun kelahiran negeri Perak, Cheong Jun Hoong yang memenangi pingat emas acara 10 meter platform wanita dalam Kejohanan Akuatik Dunia di Budapest beberapa hari lepas.

2. Kejayaan ini membawa kepada detik bersejarah dalam sukan akuati negara apabila seorang anak Perak mampu menjulang nama negara dipersada antarabangsa selepas beliau pernah menunjuklan kecemerlangannya dengan merangkul Pingat Perak dalam Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro.

3. Kejayaan Jun Hoong diharapkan menjadi aspirasi kepada penggemar sukan akuatik dinegeri Perak dan di Malaysia untuk terus berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan tersebut.

4.Walaupun Jun Hoong pernah menerima insentif sebuah unit rumah pangsapuri di Bandar Meru, di sini bernilai RM320,000 serta wang tunai sebanyak RM15,000 daripada kerajaan negeri sebagai penghargaan kepada atlet itu merangkul pingat perak di Sukan Olimpik Rio. Namun dicadangkan supaya pihak Kerajaan Negeri Perak dapat memikirkan insentif khusus atas kejayaan tebaru Jun Hoong.

5. Sukan akuatik dari segi pakaiannya tidak menepati pemakaian sukan cara Islam namun perlulah disedari bahawa pemakaian cara islam dalam sukan akuatik membolehkan kaum muslimah menyertainya . Mereka boleh berpakaian seperti yang ditawarkan oleh beberapa syarikat yang menawarkan pakaian muslimah dalam pelbagai jenis sukan termasuklah akuatik.

Dato' Drs. Khalil Idham Lim. (林川興)
Yang DiPertua
PAS Kawasan Kuala Kangsar.