20 Ogos 2014

MB Kelantan ucap takziah kepada keluarga Noor Zahidi

24 Syawal 1435. [MOD] -

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob mengucapkan takziah kepada keluarga Adun PengkaLan Kubur, Datuk Noor Zahidi Omar yang meninggal dunia pagi ini.

Beliau merakamkan ucapan takziah itu menerusi facebook.
"Awal pagi tadi saya diberitahu tentang berita kematian Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar, Adun Pengkalan Kubor di Guangzhou China.

"Saya mengucapkan takziah kepada keluarga beliau dan bersabarlah dengan berita pemergian ini. Saya mendoakan agar Allah mencucuri rahmat-Nya ke atas beliau."
Pada PRU13 lepas, Noor Zahidi yang juga Ketua Umno Bahagian Tumpat mendapat 10,174 undi menewaskan calon PKR, Saharun Ibrahim (8,438) dan Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary (65). -HARAKAHDAILY 

Teknikalnya Adun PAS sudah lompat

24 Syawal 1435. [MOD] -
SUBKY LATIF | 20 Ogos 2014.

ZAMAN dulu kala memang ada ADUN lompat terutama yang menyertai parti itu sebelum merdeka. Malah empat ADUN Kelantan diculik Umno berhari-hari. Dilepaskan pada hari sidang DUN bagi menghadiri sidang, mereka kembali ke pangkuan parti.
     
Lepas krisis PAS pasca BN, selepas wujudnya era pimpinan ulama tiada terdengar MP dan ADUN lompat parti. Tubuh parti lain ada.