19 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
Kata MCA;
Kenyataan biadap berunsur menghina agama yang diucapkan Presiden MCA, Chua Soi Lek yang mendakwa 1.2 juta rakyat akan hilang pekerjaan jika hukum hudud dilaksanakan sangat melampau. Beliau menyenaraikan pelbagai industri yang terjejas sekiranya hudud dilaksanakan, termasuk pekerjaan di resort perjudian Genting Highlands, pusat pertaruhan dan juga rumah urut.
Kata DAP pula, dibawah,
04 November 2012
IKLAN TAWARAN WAKAF KPDA@HARAKAH CETAK - Pakej Khas untuk pewakaf
19 Zulhijjah 1433H. [MOD] - Merujuk kepada iklan WAKAF KPDA yang tersiar di Harakah edisi cetak hari ini (EDISI ISNIN, 5-8 November 2012) di muka surat F6(Negeri) dimaklumkan bahawa terdapat kesilapan teknikal berkaitan dgn penyiaran template iklan dimana pihak Harakah telah tersalah siar sekaligus telah memuatnaik iklan WAKAF KPDA untuk edisi sept-oktober 2012 (foto di bawah) dimana Jualan Amal Musim Haji yang menawarkan jualan wakaf bangunan untuk 1 lot sebanyak RM200* telah pun tamat berdasarkan kepada tarikh yang ditulis diatas template iklan tersebut iaitu pada 31 Oktober 2012 yang lalu.
Walaubagaimanapun oleh kerana iklan itu telah disiarkan di akhbar Harakah hari ini, pihak pengurusan KPDA telah memutuskan pakej tawaran KHAS itu diteruskan dimana pewakaf masih boleh membeli lot wakaf KPDA itu dengan harga RM200 sehingga iklan terkini (edisi Nov-Dis 2012) seperti diatas, yang menawarkan PAKEJ BARU disiarkan di Harakah pada keluaran akan datang.
Oleh itu kepada umat islam yang ingin membeli wakaf lot bangunan KPDA masih boleh membuat bayaran RM200 bagi belian (1) lot wakaf terus melalui Maybank di akaun 5584 1710 2994 atas nama Persatuan Kebajikan Islam Idham Care selaku pemegang amanah dana KPDA.
" SEKARANG SIAPA SAHAJA MAMPU BERWAKAF DAN MEMILIKI NASKAH AL-QURAN DIGITAL TERKINI "
Untuk pertanyaan dan butiran lanjut sila hubungi 012-7125340 atau talian Hotline 016-4951221 (8 pagi - 6 petang) Terima Kasih
Walaubagaimanapun oleh kerana iklan itu telah disiarkan di akhbar Harakah hari ini, pihak pengurusan KPDA telah memutuskan pakej tawaran KHAS itu diteruskan dimana pewakaf masih boleh membeli lot wakaf KPDA itu dengan harga RM200 sehingga iklan terkini (edisi Nov-Dis 2012) seperti diatas, yang menawarkan PAKEJ BARU disiarkan di Harakah pada keluaran akan datang.
Oleh itu kepada umat islam yang ingin membeli wakaf lot bangunan KPDA masih boleh membuat bayaran RM200 bagi belian (1) lot wakaf terus melalui Maybank di akaun 5584 1710 2994 atas nama Persatuan Kebajikan Islam Idham Care selaku pemegang amanah dana KPDA.
" SEKARANG SIAPA SAHAJA MAMPU BERWAKAF DAN MEMILIKI NASKAH AL-QURAN DIGITAL TERKINI "
Untuk pertanyaan dan butiran lanjut sila hubungi 012-7125340 atau talian Hotline 016-4951221 (8 pagi - 6 petang) Terima Kasih
Tanah runtuh, 150 penghuni kuarters polis gombak pindah
18 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
Kira-kira 150 penghuni Blok F1 kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak terpaksa berpindah selepas berlaku kejadian tanah runtuh malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Supt Rosly Hassan berkata kejadian berlaku pada kira-kira 6 petang dan siasatan awal Jabatan Bomba dan Penyelamat mendapati runtuhan pada jarak kira-kira dua meter dari bangunan itu berada pada tahap kritikal.
Beliau berkata kejadian yang berlaku ketika hujan lebat itu turut mengakibatkan tiga kereta rosak selepas dihempap batu dari tembok penghadang yang runtuh.
"Semua penghuni diarahkan berpindah kerana ada pergerakan bawah tanah menyebabkan bangunan itu tidak selamat untuk didiami," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.
Rosly berkata mereka kini ditempatkan di dewan blok bersebelahan kuarters polis itu.
Seorang penghuni, Hasmani Ismail, 45, berkata ini adalah kejadian pertama sejak beliau tinggal di kuarters itu enam tahun lepas.
"Semasa kejadian, saya bersama suami dan dua anak berada di dalam rumah, dan tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman yang kuat seperti kemalangan, disusuli bunyi penggera kenderaan secara bertalu-talu.
"Selepas melihat keadaan di luar rumah, saya dapati tembok berhampiran rumah kami runtuh dan terdapat tanah serta batu menghempap tiga buah kereta hingga terkambus," katanya.
- Bernama
Janji Pakatan: Turun harga minyak dan kereta, mansuh PTPTN, pendidikan percuma
18 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
Abdul Rahim Sabri
8:17AM Nov 4 2012 - Malaysiakini
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji tidak akan membenarkan penderitaan dan kezaliman mencengkam rakyat jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya selepas pilihan raya umum ke-13 yang semakin hampir.
"Saya berbicara dengan hati dan keyakinan, jika kita buat sesuatu dengan tidak mempertahankan kezaliman... Kita pergi ke Putrajaya, (kita) jangan izin rakyat menderita dan dizalimi.
"... kita akan turunkan harga minyak, harga kereta, beri pendidikan percuma dan kaji AES (Sistem Penguatkuasaan Automatik).
"(Indeks) rasuah meningkat, barang naik... itu racun daripada BN," katanya di hadapan kira-kira 10,000 hadirin di Himpunan Kebangkitan Rakyat di Taman Seremban Jaya malam tadi.
Ia merupakan kesimpulan isi ceramahnya yang mengulas isu-isu semasa antaranya kenaikan harga minyak dan risiko pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dianggapnnya membebankan rakyat yang berpendapatan rendah.
Sekaligus, beliau yang juga ketua pembangkang turut mengulangi jaminan dan janji Pakatan mengenai pemberian pendidikan percuma dengan membatalkan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta menurunkan harga kereta.
"Jika kita menang, Insya-Allah kita juga akan tingkatkan mutu pendidikan negara... Kita tidak akan terlibat dengan diskriminasi... Tak payah main isu bangsa. Kita akan lawan, insya-Allah kita akan menang," katanya sewaktu mengulas isu PTPTN.
Selain itu, Anwar membidas pengamalan rasuah tetapi didakwanya didiamkan oleh pihak berkuasa dan keresahan anak muda yang tidak pekerjaan sedangkan ada individu yang didakwanya mengautkan keuntungan berbilion ringgit selepas membeli syarikat arak.
Turut hadir dalam himpunan tersebut barisan kepimpinan Pakatan Rakyat antaranya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan kepimpinan Pakatan semua peringkat.
Sebelum itu, Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang dalam ucapannya menempelak pemimpin dalam kerajaan yang menurutnya menganggap diri mereka "maha suci" daripada kekurangan.
"Tidak ada silap... Harta negara (jadi macam) harta pemimpin. Ini bukan satu amanah. Ini bukan ajaran Islam... Kekayaan negara berpusing-pusing di antara pemimpin dan 'Qarun' yang bersangkutan dengan pemimpin," kata beliau bagi menghuraikan sepotong ayat al-Quran yang dibacanya sebelum itu.
Sambil menyatakan haram menyokong kerajaan yang zalim, Abdul Hadi menegaskan rakyat boleh menghukum kerajaan itu dengan menggunakan platform demokrasi, bahkan Pakatan melaksanakannya dengan menghantar wakil rakyat di Parlimen untuk menghantar mesej tersebut.
"(Tetapi) BN tidak bersedia untuk untuk membuat perubahan. Kita wajib ubah kerajaan. Tukar pemimpin (berlaku) di negara seperti Amerika Syarikat, Perancis dan Britain.
"Parti buat silap, rakyat hukum... Tapi ia tidak jadi di Malaysia. Mahu jadi kerajaan selama-lamanya. Kesalahan ditutup dengan akta OSA, ISA untuk menyekat kebebasan rakyat," katanya.
Sementara itu, Lim Kit Siang pula menolak dakwaan bahawa DAP akan menghapuskan kuasa Raja-raja, menjadikan negara ini sebagai negara Kristian dan menghapuskan hak orang Melayu jika menang dalam pilihan raya umum ke-13.
"Itu semua bohong, dusta dan fitnah... Pakatan Rakyat, kita ada mesej yang sama tidak seperti BN. Kita mahu selamatkan demokrasi, selamatkan Malaysia dan kembalikan keadilan, kebebasan dan hak asasi dimajukan," katanya.
Ketiga-tiga pemimpin utama Pakatan itu kemudiannya melancarkan satu gimik sebagai tanda pelancaran Himpunan Kebangkitan Rakyat, yang diiringi dengan tembakan bunga api berwarna-warni.
Awasi lakonan Umno dalam hudud dan perpaduan Melayu
18 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
Iskandar Kamarul Amin,
Dalam tempoh teka-teki tarikh pilihan raya umum ini, kelihatan Barisan Nasional (BN) cuba menyerang Pakatan Rakyat (PR) dengan isu air Selangor, isu tajaan Soros, dan lain-lain. Namun, kelihatan isu-isu ini kurang berjaya menggugat PR dan kadang-kadang dilihat menjadi senjata makan tuan.
Saya melihat ada dua isu yang menjadi senjata ampuh bagi Umno/BN yang dilihat mampu mengugat PR; iaitu isu hudud dan isu perpaduan. Mengapa dua isu ini? Hal ini kerana, sejak selepas tsunami politik 2008, dua isu ini yang sentiasa diulang tayang silih berganti dan dilihat berjaya menggugat kesepakatan parti-parti dalam PR. Apabila bercerainya parti-parti dalam PR, mimpi Umno-BN untuk terus berkuasa semakin cerah.
Taktik permainan media BN dalam memainkan isu hudud bermula dengan memetik kenyataan mana-mana pemimpin PAS berkaitan hudud. Walaupun kenyataan itu hanya dibuat dengan ayat pendek tetapi dibesarkan di muka hadapan akhbar. Kemudian wartawan upahannya akan minta respon daripada pemimpin DAP yang tidak setuju dengan hudud. Perbezaan pendapat pemimpin PAS dan DAP ini lantas digembar-gemburkan seolah-olah perbalahan besar sedang berlaku.
Pendapat daripada pemimpin Umno dan ulama mudanya akan disiar untuk melaga-lagakan lagi isu ini. Pemimpin Umno biasanya cuba menjadi hero menbela pendirian PAS menyokong hudud walaupun masa umum mengetahui pendirian sebenar Presiden Umno.
Taktik yang sama juga pernah dibuat melalui isu Perpaduan Melayu. Bermula dengan ucapan beberapa kerat pemimpin Umno yang tiba-tiba mengalunkan ayat-ayat indahnya tentang perpaduan Melayu. Isu perkauman dimainkan. Dalil-dalil al-Quran dan hadis dibekalkan oleh ulama mereka untuk dilaungkan. Selepas beberapa hari isu ini dimainkan di media mereka, mereka timbulkan respon bahawa ada beberapa pemimpin PAS yang dilihat menyokong “perpaduan” itu.
Lalu digambarkan seolah PAS-Umno akan bersatu. Kemudian, mereka akan minta respon daripada pemimpin PKR atau DAP. Apabila ada daripada mereka yang dilihat mengkritik PAS, tiba-tiba fokus isu telah berubah. Alunan indahnya perpaduan Melayu tidak lagi dilagukan, yang ada hanyalah berita-berita persepsi seperti “Pakatan Rakyat retak”, “ DAP ugut keluar Pakatan Rakyat” dan sebagainya.
Taktik ini bukan sahaja dapat menggambarkan Pakatan Rakyat tidak kuat, taktik ini juga berjaya mengkambinghitamkan beberapa pemimpin PAS yang dilihat pro-perpaduan dan memburukkan pemimpin ini di mata ahli-ahlinya.
Maka, saya amat berharap kepada pemimpin PAS, PKR dan DAP, jangan cepat melatah dengan taktik ini khususnya isu hudud dan perpaduan Melayu. Suburkan diskusi antara agama untuk menerangkan perbezaan ini. Jangan mudah terpengaruh dengan lakonan Umno-BN kerana kita semua tahu Melayu mana yang mengkhianati Melayu. Berdasarkan situasi sekarang, menjatuhkan kezaliman Umno-BN adalah langkah terbaik berbanding bersatu dengan Umno/BN, maafkan kesalahan lama, dan mulakan kesepakatan baru.
Iskandar Kamarul Amin
Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
MCA leaders left to defend AES as BN comrades echo PR's stand
18 Zulhijjah 1433H. [MOD] - In the face of stiff opposition on both sides of the political divide to the Automatic Enforcement System (AES) involving two private companies, MCA found itself as the only party in Barisan Nasional to defend the controversial traffic monitoring system.
Transport minister Kong Cho Ha has again pleaded to the public to give AES a chance.
Quoted by the party's mouthpiece The Star, Kong argued that AES was one of the best ways to make people more responsible on the road, and claimed that there had been a 60 percent dip in traffic offences since its implementation.
He also claimed that initial “backlash” in countries where AES was implemented had later turned into public approval following its effectiveness in reducing accidents.
Kong, who is MCA's Lumut member of parliament, insisted that AES had received “strong support from the people”.
MCA's Women chief Yu Chok Tow meanwhile backed Kong saying the public should offer “workable proposal” if they objected to AES.
Kong and Yu’s defence on AES came even as comrades in UMNO and Gerakan called for the AES to be suspended. The AES has already been blocked by four Pakatan Rakyat states pending a thorough study.
Earlier, UMNO Youth chief Khairy Jamaluddin said AES had too many weaknesses while Kinabatangan MP Bung Moktar Radin said was not the right time to implement because the election was near.
UMNO's Kangar MP Mohd Radzi Sheikh Ahmad said the public should have been consulted before the implementation of AES.
While Gerakan central bureau member Cheah Soon Hai said his party received numerous complaints over summonses issued by AES.
Even UMNO's staunchest supporter, Perkasa chief Ibrahim Ali, has thrown his support behind calls for suspension of the AES. (Hdaily-English)
BN tak mahu berubah, rakyat wajib tukar
18 Zulhijjah 1433H. [MOD] -
Hazayani Zakaria
SEREMBAN: Rakyat wajib menukar kerajaan yang ada pada hari ini memandangkan Umno BN tidak bersedia membuat perubahan.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, rakyat merupakan hakim yang menghukum kerajaan apabila pemimpin tidak menjalankan amanah dengan baik.
"BN tak bersedia buat perubahan jadi kita wajib mengubah kerajaan hari ini.
"Rakyat boleh mengadili pemimpin-pemimpin. Di Britain misalnya, bila pemimpin buat silap rakyatnya hukum dengan menukar kerajaan.
"Di Malaysia tak jadi begini sebab BN sangka dia jadi kerajaan selama-lamanya," kata beliau sewaktu berucap di Perhimpunan Kebangkitan Rakyat, di Taman Seremban Jaya, dekat sini, malam ini.
Ustaz Hadi berkata, pemimpin BN tidak boleh menganggap mereka boleh menjadi kerajaan yang terbaik buat selama-lamanya.
"Pemimpin BN tidak boleh berlagak menjadi Tuhan, tidak boleh mengganggap kesenangan rakyat datang dari mereka.
"Mereka tidak boleh menganggap mereka yang terbaik selamanya kerana rakyat yang menjadi hakim," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.
Justeru, beliau mengajak rakyat melakukan perubahan bersama-sama Pakatan Rakyat yang sudah membuktikan mereka memberi layanan yang sama rata kepada semua kaum.
"Pakatan boleh menunjukkan perpaduan, bukan parti satu kaum sahaja.
"Mari kita ubah cara baru, cara Pakatan Rakyat," katanya.
Sementara itu, Timbalan Presiden, Mohamad Sabu meminta rakyat mengekalkan momentum kebangkitan malam ini sehingga ke perhimpunan terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.
"Melihat kepada kesabaran dan kesungguhan rakyat malam ini walaupun dalam keadaan hujan, saya yakin himpunan akhir nanti, seluruh rakyat akan berada di Kuala Lumpur Januari ini," katanya.
Beliau juga mengajak rakyat turun beramai-ramai ke perhimpunan kebangkitan rakyat kali kedua di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan pada 16 November ini.
"Jangan lupa 16 November ini kita turun ramai-ramai ke Kota Bharu untuk perhimpunan kedua," katanya. (Hdaily)
Langgan:
Catatan (Atom)