15 Ramadhan 1431H
Drs. Khalil Idham Lim
Mantan PM Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi saya telah mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan bila dia berkata nama pemimpin negara yang beragama Islam mesti disebut dalam doa khutbah Jumaat kerana Islam merupakan agama yang berkuasa di negara ini.
Kenyataan beliau bagi saya perlulah dirujuk kepadsa majlis Fatwa kebangsaan kerana pertikaian ini nampaknya tidak akan selesai sekiranya dibiarkan berlarutan tanpa fatwa yang jelas dari pihak yang bertanggung jawab. Tentunyaia tidak lari dari pemutusan hukum mengenai doa yang dilakukan di Pulau Pinang.
Selain itu TDM dipetik berkata, umat Islam di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran terbesar terutama dalam keadaan umat yang berpecah belah, yang mungkin mengakibatkan Islam kehilangan kuasanya di negara ini.
Kehilangan kuasa yang dimaksudkan oleh TDM tidak lain dari kelhilangan kuasa UMNO yang menrajui BN yang akan dihukum oleh rakyat dalam pilihanraya akan datang. Kalau ingin bercakap mengenai kehilangan kuasa Islam jauh dari langit dan bumi dengan apa yang dilakukan oleh UMNO.
Sebenarnya kuasa Islam dan Melayu sudahpun punah dan porak peranda akibat pelbagai perkara yang dilakukan oleh pemimpin UMNO yang merosakkan reputasi bangasa pain kepada bangsa Melayu. Bercakap menganai akhlak dan oran pemimpin UMNO akan menjurainya.
UMNO begitu rakus untuk mengembalikan kuasa yang telah hilang, menyebabkan UMNO melakukan rampasan kuasa secara terancang di Perak sehingga menyaksikan kuasa rakyat yang telah menyerahkan kuasa kepada Pakatan Rakyat dam PRU ke 12 di Perak telah dinafikan. Demokrasi telah dicabul dan dipunahkan oleh UMNO.
Melayu sejak akhir-akhir ini jelas tidak dapat menampakkan sosok tubuhnya yang sebenar sebagai didakwa membela orang Islam dan Melayu.
Gejala keruntuhan akhlak dikalangan orang melayu apabila insiden pembuangan bayi terus menerus berlaku dilihat sebagai kegagalan pihak UMNO yang mendominasi gabungan BN menyelesaikan masalah tersebur sejak sekian lama.