24 Mei 2014

Piala Thomas: Malaysia layak ke Akhir .

24 Rejab 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Pasukan Malaysia berjaya menempah tiket ke final Piala Thomas selepas menewaskan pasukan Indonesia 3-0 pada aksi separuh akhir di Stadium Tertutup Siri Fort di New Delhi, Jumaat.

Mata pertama Malaysia diperolehi selepas perseorangan utama negara, Datuk Lee Chong Wei menundukkan pemain Indonesia, Tommy Sugiarto 21-19 dan 21-13. 

Gempa 5.6 magnitud gegar sempadan Myanmar-China

24 Rejab 1435. [MOD] -

YANGON: Gempa bumi berukuran 5.6 magnitude melanda sempadan antara Myanmar dan China, awal pagi ini namun tiada laporan segera mengenai kerosakan atau kecederaan. 

Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS) melaporkan, pusat gempa di 65 kilometer di tenggara Myitkyina, ibu negeri Kachin di utara Myanmar. - AFP 

Kementerian kaji semula penggunaan cermin gelap kenderaan

24 Rejab 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan (MOT) bersetuju untuk mengkaji semula aspek penggunaan cermin gelap, termasuk peraturan sedia ada, pengkuatkuasaan, keselamatan dan kepenggunaan, kata pemangku menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
  
Beliau, yang juga Menteri Pertahanan berkata bahawa MOT sedia maklum mengenai pandangan dan maklum balas rakyat yang beranggapan peraturan dan undang-undang berhubung penggunaan cermin gelap ketinggalan zaman.
  
"Susulan daripada pandangan dan maklum balas ini, saya ingin memaklumkan kementerian sedia mengkaji dan meminda semula peraturan penggunaan cermin gelap pada kenderaan.

Teluk Intan: Pandangan Saya

24 Rejab 1435. [MOD] -


1. Pagi ini saya sekali lagi berhalangan untuk menyampaikan kuliah di Medan Ilmu. Hasrat saya untuk mengulas tentang PRK Teluk Intan di sana, namun kesihatan yang tidak mengizinkan menyebabkan saya terpaksa meminta ia digantikan dengan pengkuliah yang lain.

2. Berhubung pilihanraya kecil Teluk Intan, ramai yang bertanya pendirian saya berhubung isu hudud setelah calon DAP dikatakan membuat kenyataan menolak hudud. Saya tegaskan bahawa hudud merupakan satu kewajipan. Mana-mana orang Islam wajib menerima hukum ini sebagaimana mereka menerima kewajipan bersolat dan berpuasa. PAS tidak pernah lari dari kewajipan ini bahkan konsisten mempertahankannya semenjak daripada hari ia ditubuhkan lagi.

Memali: Saksi hidup sanggah pembohongan kertas putih

24 Rejab 1435. [MOD] -

BALING: Saksi-saksi hidup dalam peristiwa berdarah Memali 1985 mendakwa, kebanyakan fakta yang dimuatkan dalam kertas putih yang dibentang di parlimen berkait peristiwa itu adalah tidak benar.

Sanggahan itu dibuat melalui satu forum khas bertajuk 'Tragedi Memali: Pembetulan fakta sejarah menolak pembohongan kertas putih Kerajaan Malaysia' di Kampung Memali petang tadi.

Forum itu diadakan sempena program Himpunan Keadilan Untukmu Memali anjuran PAS Pusat yang berlangsung hari ini.