25 April 2014

Hudud: PAS akan beri taklimat kepada DHPP, orang ramai

26 Jamadil Akhir 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Satu taklimat penerangan berkaitan Enakmen Jenayah Syariah II yang merangkumi hukum hudud akan diadakan kepada pimpinan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dalam tempoh terdekat.

Taklimat yang dijadualkan di Kuala Lumpur itu akan diadakan secara tertutup bagi memudahkan pimpinan DHPP mendapat penjelasan secara lebih efektif berhubung enakmen yang menimbulkan keresahan di kalangan bukan Islam.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata taklimat tertutup itu akan melibatkan semua pimpinan DHPP di peringkat pusat dan negeri, dan seterusnya beberapa taklimat serta himpunan khas untuk untuk orang ramai.

Pemilu: Jokowi berhak pilih calon Naib Presiden

26 Jamadil Akhir 1435. [MOD] -

JAKARTA: Pemimpin politik veteran Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P), AP Batubara berpendapat pemilihan calon naib presiden PDI-P perlu bergantung kepada pilihan calon presiden parti itu, Joko Widodo atau Jokowi bagi menghadapi Pemilihan Umum (Pemilu) Presiden, 9 Julai ini.
    
"Jokowi mempunyai hak sepenuhnya menentukan nama bakal calon naib presiden kerana calon naib presiden PDI-P harus boleh bekerjasama dan memiliki ideologi yang sama dengan Jokowi," kata AP Batubara kepada pemberita di sini, Rabu.
    
Namun, Anggota Dewan Pertimbangan Pusat PDI-P itu meminta Jokowi agar berunding terlebih dahulu dengan Ketua Umum parti berkenaan, Megawati Soekarnoputri sebelum menetapkan pilihan nama bakal calon naib presidennya itu.