24 Oktober 2013

Hudud Brunei tangkis persepsi negatif


19 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR - Langkah Kerajaan Brunei yang mengumumkan penguatkuasaan hukum Hudud di negara itu sekali gus dapat menangkis persepsi negatif pelbagai pihak termasuk salah tanggap terhadap undang-undang Islam itu yang dikatakan tidak adil dan ketinggalan zaman.

Berkata Benar (Jujur) Dan Jangan Dusta (Bohong)


19 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : {عَلَيْكُمْ بِالصِّدْقِ فَإِنَّ الصِّدْقَ يَهْدِى إِلَى الْبِرِّ وَإِنَّ الْبِرَّ يَهْدِى إِلَى الْجَنَّةِ وَمَا يَزَالُ الرَّجُلُ يَصْدُقُ وَيَتَحَرَّى الصِّدْقَ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللَّهِ صِدِّيقًا وَإِيَّاكُمْ وَالْكَذِبَ فَإِنَّ الْكَذِبَ يَهْدِى إِلَى الْفُجُورِ وَإِنَّ الْفُجُورَ يَهْدِى إِلَى النَّارِ وَمَا يَزَالُ الرَّجُلُ يَكْذِبُ وَيَتَحَرَّى الْكَذِبَ حَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللَّهِ كَذَّابًا} 

Dari 'Abdullah bin Mas'ud radhiyallahu 'anhu, ia berkata: "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, 'Hendaklah kalian selalu berlaku jujur, karena kejujuran membawa kepada kebaikan, dan kebaikan mengantarkan seseorang ke Surga. Dan apabila seseorang selalu berlaku jujur dan tetap memilih jujur, maka akan dicatat di sisi Allah sebagai orang yang jujur. Dan jauhilah oleh kalian berbuat dusta, karena dusta membawa seseorang kepada kejahatan, dan kejahatan mengantarkan seseorang ke Neraka. Dan jika seseorang senantiasa berdusta dan memilih kedustaan maka akan dicatat di sisi Allah sebagai pendusta (pembohong)."

Pelajar bertempiran, bumbung asrama diterbang angin

19 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Penghuni asrama lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Teknik Alor Setar, lari bertempiaran apabila bumbung bangunan terbabit diterbangkan angin kencang dalam kejadian petang semalam. 

    
Dalam insiden pukul 4.30 petang itu, pelajar tingkatan empat dan lima terbabit serta warden mereka bertempiaran mencari tempat perlindungan apabila tiba-tiba bumbung bangunan tercabut.
    
Muhammad Adib Md Dan, 17, berkata semasa kejadian, dia dan rakan-rakannya baru pulang dari kelas tambahan.

Laporan NFC akan diumumkan 2 minggu lagi

nur jazlan mohamed 071008 02
19 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung kontroversi projek Pusat Fidlot Nasional akan diumumkan dua minggu lagi.

Pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed (kiri) berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kedua bersama anggota jawatankuasa baru yang sedang mengesahkan laporan itu.

Laporan itu disediakan oleh jawatankuasa penggal sebelum ini.

"Kami akan bentangkannya dalam tempoh dua minggu. Untuk berlaku adil kepada jawatankuasa baru, mereka harus membincangkannya juga," katanya di lobi Parlimen hari ini.

Pembangkang Kemboja lancar demonstrasi

19 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Phnom Penh: Ribuan penyokong pembangkang di Kemboja melancarkan tunjuk perasaan di tengah kawalan keselamatan ketat, semalam berikutan isu pertelingkahan pilihan raya yang melanjutkan pemerintahan Perdana Menteri, Hun Sen sejak tiga dekad lalu.

Pembangkang, Parti Penyelamat KebangsaanKemboja (CNRP) yang memulaukan Parlimen berhubung undian kontrover-si Julai lalu, berkata ia akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menghentikan sebarang pertembungan jika ada pihak yang memprovokasi rusuhan. 

22 kereta mewah RM25.7j dirampas

19 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
22 kereta mewah RM25.7j dirampas
Sebahagian kereta mewah ‘lari cukai’ bernilai RM25.7 juta yang dirampas kastam di Kuala Lumpur, semalam. - Foto Saddam Yusoff
Kuala Lumpur: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) merampas 22 kenderaan mewah bernilai RM25.7 juta yang dibeli di Pulau Langkawi dan Labuan tetapi digunakan di tanah besar bagi mengelak cukai.

Jumlah Mangsa Banjir di Perak Berkurangan


19 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

IPOH: Jumlah mangsa banjir di daerah Manjung berkurangan kepada 269 orang pagi Khamis berbanding lebih 1,000 orang.
Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Manjung Anuwar Ismail berkata sebanyak tiga pusat pemindahan masih dibuka iaitu di daerah Manjung yang menempatkan 126 mangsa, Dewan Orang Ramai Kampung Tebuk Yan (51 orang) dan Dewan Taman Bintang (92 orang).

Kakitangan Ambank Bukan Dalang Sebar Rakaman CCTV Pegawai Bank Ditembak Mati


19 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

PETALING JAYA: Ambank pada Khamis menafikan kakitangannya terlibat dalam penyebaran rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Internet memperlihatkan kejadian pegawai syarikat kewangan itu yang ditembak mati oleh seorang pengawal keselamatan bank berkenaan cawangan Jalan USJ Central 2, Subang Jaya pada petang Rabu.
Ketua Bahagian Komunikasi Korporat Kumpulan Ambank, Syed Anuar Syed Al(Gambar)i, berkata, pihaknya menyerahkan perkara tersebut kepada polis untuk menyiasat siapakah dalang bertanggungjawab menyebarkan rakaman CCTV berkenaan yang turut tersebar dengan meluas di laman media sosial seperti Twitter dan Facebook.

Kempen beli undi cemari PRK Sg Limau


19 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
Mohd Sabri Said,24 Okt 2013
JERAI: BN dikesan menawarkan habuan kewangan kepada para pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau dengan mensyaratkan pengundi menunjukkan rakaman gambar kertas undi yang telah dipangkah sebagai bukti telah mengundi parti itu.


Sehubungan itu Pengarah PRK Sungai Limau, Dato'  Mahfuz Omar mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan polis bertindak segera menghalang tindakan tidak beretika BN itu dan menyifatkannya sebagai budaya politik  kotor yang perlu dicegah.

Ustaz Azam ziarah ayah Jamil Khir (gambar)

19 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
http://sedakasejahtera.blogspot.com,24 Okt 2013


Calon Pas bagi PRK N.20 Sungai Limau, Ustaz Mohd Azam Abd. Samat  dan Pesuruhjaya Pas Kedah, Dato' Mahfuz Omar sempat menziarahi veteran Pas di Ulu Sedaka iaitu Tuan Haji Baharom.

Lima sebab utama mengapa calon PAS mesti dimenangkan

19 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
http://batuvskayu.blogspot.com,24 Okt 2013

Zulkifli Yahya


Pertama, Kerajaan BN sudah sah memerintah Kedah. Penambahan kerusi BN tidak mengubah apa-apa dari status pentadbiran mereka. Sebaliknya pertambahan kerusi boleh menyebabkan kerajaan BN bertambah angkuh dan lumrahnya pihak yang angkuh sukar mendengar pandangan rakyat.

Dua maut, dua cedera ditikam lelaki di stesen LRT Gombak dan LRT Taman Melati

19 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Kuala Lumpur: Dua maut manakala dua cedera ditikam seorang lelaki dipercayai mengalami tekanan jiwa dalam dua kejadian berasingan berhampiran LRT Gombak dan LRT Taman Melati
Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi tadi, dua wanita berusia 60 dan 40 tahun iaitu pemilik dan pekerja kedai runcit ditikam suspek berusia 26 tahun yang juga penghantar rokok.

Presiden PAS: 2 pencalonan, 1 ditolak


19 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat menerima dua pencalonan untuk jawatan Presiden PAS sempena Muktamar Tahunan ke-59 tahun ini.

Pengerusinya, Asmuni Awi bagaimanapun memberitahu, satu daripada pencalonan itu ditolak.


Beliau menyatakan demikian pada sidang media Pusat Media PAS, Jalan Raja Laut, di sini sebentar tadi.

Perundangan Syariah adil untuk semua


19 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Jofri Jaraiee PAS Sarawak

Negara Brunei Darussalam adalah sebuah negara berdaulat yang terletak di pantai utara pulau Borneo, di Asia Tenggara.

Majoriti penduduknya beragama Islam dan sistem politik di negara ini ditadbir oleh perlembagaan dan tradisi kebangsaan Melayu Islam Beraja, konsep Melayu Islam Beraja (MIB). 

Polis Buru Pengawal Keselamatan Tembak Mati Pegawai Bank

19 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
Rakaman CCTV menunjukkan wajah suspek yang terlibat dalam kes rompakan dan pembunuhan di sebuah bank di Subang Jaya.
PETALING JAYA:Polis memburu seorang pengawal keselamatan yang menembak mati seorang pengurus operasi sebuah bank pada Rabu, yang masih bebas dengan memiliki senjata api, 'pump gun'.

PRK Sungai Limau penting, medan protes rakyat


19 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Harakahdaily/-

JERAI: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengajak para pengundi Dun Sungai Limau menjadikan pilihan raya kecil (PRK) ini sebagai medan protes rakyat.

Menurutnya, selepas PRU13 lalu, rakyat telah menghadapi pelbagai tekanan antaranya kenaikan harga minyak, harga barang, peningkatan kadar jenayah dan sebagainya.

Khutbah Jumaat : “ISLAM AGAMA PERPADUAN”

19 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -


اَلْحَمْدُ لِلّهِ الَّذِىْ اَنْزَلَ عَليْنَا الْكِتَابَ وَلَـمْ يَجْعَـلْ لَهُ عِوَجًا.
اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ,
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ وَالتَّابِعِيْنَ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ.
فيا عِبَادَ اللهِ اِتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تَُقَاتِهِ  وَلاَ تَمُوْتُـنَّ اِلاَّ وَاَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ. 

Sidang Jumaat yang di rahmati Allah,
Saya berpesan kepada kepada saudara sekalian dan tidak lupa juga kepada diri saya sendiri supaya kita bertaqwa kepada Allah kerana orang-orang yang bertaqwa adalah mereka yang berjaya dan mendapat keberuntungan di dunia dan akhirat.

Polis, Felda beri ruang rakyat bergerak - Mazlan

19 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

Mazlan dan rakan-rakan di luar Mahkamah Tinggi Temerloh.

TEMERLOH: “Saya pun tak sangka diberi kemenangan hari ini, tetapi saya banyak serahkan urusan ini kepada Allah. Maka dengan keputusan ini harapan saya supaya polis dan Felda berilah rakyat ruang bergerak demi transformasi dan keadilan,” kata Mazlan Aliman.

Inovasi Galaxy Note 3

19 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
Inovasi Galaxy Note 3
Samsung Malaysia Electronics melancarkan telefon pintar siri paling popular terbarunya, Galaxy Note 3 LTE di pasaran Malaysia. Galaxy Note 3 ditawarkan pada harga permulaan RM2,399.

Apple perkenalkan iPad Air

19 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
Apple perkenalkan iPad AirTIM Cook melancarkan iPad Air di San Francisco, California, hari ini. - Foto AP

SAN FRANCISCO: Apple Inc melancarkan produk tablet terbarunya yang dipertingkatkan kemampuannya dikenali iPad Air bagi mengungguli pasaran tablet global ketika ini.