14 November 2008

Tahniah kepada rakan-rakan BBC

Setelah bersidang selama empat hari, sidang kelmarin menyaksikan Bajet 2009 yang dibentangkan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat diluluskan.

Sebenarnya saya hampir menitiskan airmata dengan sejarah baru yang dilakar oleh DUN perak setelah berhasilnya Bajet itu dibentang dan diluluskan dewan semasa Pakatan Rakyat mengusai Perak.Sejarah ini dilakar semasa Allah mentakdirkan saya memikul amanah sebagai pengerusi BBC dan saya rasakan suatu yang sangat berat dipikul terutama semasa Bajet hampir diluluskan.

Semasa keluar untuk makan sekitar jam 2 saya menemui Exco Agama, YB. Zainuddin. Saya meluahkan rasa penghormatan kepada anak buah dalam BBC yang bertungkus lumus mempertahan Kerajaan yang disayangi dan didukunginya. Saya tegaskan kepadanya bahawa saya akan pastikan mereka akan mendapat pembelaan dan perhatian yang sewajarnya sesuai dengan jasa mereka yang telah dibuktikan.

Sempat saya katakan kepada Exco bahawa pejabat BBC yang terletak di Aras 2 yang akan beroperasi sepenuhnya selepas sidang akan menjadi nadi penggerak seterusnya untuk kami mempertahankan kerajaan ini.

Apakan tidak saya hampir menitiskan air mata ? Kelmarin saya menerima berita bahawa Bajet kita akan gagal dan tidak diluluskan sekiranya ada beberapa orang yang tidak hadir atas sebab yang direncanakan atau tidak. Ia mendapat beberapa ulasan dalam blog Al banjari termasuk jawapan dari saya dalam isu tersebut.

Kerana itu semasa mesyuarat pos-mortem setiap habis sidang pada 12 Nov,(selasa) saya menekankan kepada semua ahli BBC yang hadir untuk menjaga keselamatan diri masing-masing dan pastikan datang ke dewan lebih awal. kalau ada masalah tolong hubungi saya. Saya tegaskan kemuncak dari sidang dan perjuang Ahli-Ahli Yang Berhormat ialah Bajet diluluskan atau tidak.

Alhamdulillah pagi kelmarin saya cukup lega bila semua ahli BBC hadir walaupun sedikit gusar bila ada 3 orang yang hadir lewat sedikit, namun saya anggap atas alasan yang sangat wajar.

Sepanjang sidang saya mengarahkan mereka untuk sentiasa bersiap untuk mengundi sekiranya perlu, keluar dewan dalam masa sesingkat mungkin dan atas alasan yang sangat perlu.

Alhamdulillah semuanya mendapat rahmat dan keberkataan dari Allah. Doa-doa kita semua telah dikabulkan Allah. Cuma sekarang yang tinggal ialah langkah-langkah seterusnya untuk kita meneruskan agenda pembangunan yang menanti kita dengan satu cabaran dan harapan.

Umar : Istanaku terletak di dalam hati

“Istanaku terletak di dalam hati yang damai dengan ibadah kepada Allah” (Umar bin Khattab r.a.).

Di zaman sekarang mungkin sukar untuk menemui seorang yang pada mulanya memusuhi Islam yang telah ingin menemui Umar bin Khattab r.a., khalifah pada waktu itu. Utusan itu berpikir, yang dituju adalah sebuah istana yang mewahnya luar biasa, dengan penghuninya yang angkuh dan sombong.

Ketika sampai di Madinah, utusan itu mencari-cari di mana istana sang Khalifah. Yang ditemuinya sungguh luar biasa jauh dari perkiraan awalnya. Ternyata Amirul Mukminin Umar bin Khattab tidak memiliki istana. Meskipun memegang jawatan khalifah, Umar hanya memiliki sebuah rumah biasa, yang jauh dari unsur-unsur kemegahan. Rumah itupun hanya dibangun di atas tanah biasa di sudut kota Madinah. Yang lebih mengejutkan, mereka mendapati Umar sedang berehat di bawah sebatang pohon.

Apa yang mereka saksikan tentang Umar sungguh mengejutkan. Ternyata Umar seorang khalifah yang luar biasa sederhana. Beliau hidup layaknya seperti rakyat biasa. Tidak membangun rumah mewah dengan pagar yang tinggi untuk memisahkan rumahnya dengan rumah rakyat biasa. Tidak juga mengambil harta rakyat atau milik negara untuk kepentingan peribadinya atau kemewahan hidupnya, meskipun di saat sedang memimpin.

Namun apa yang terjadi pada masa sekarang ini jauh dari apa yang dimiliki Umar. Meskipun sudah tidak lagi memerintah, banyak dikalangan mereka hidup mewah hasil dari longgokan harga yang terkumpul hasil dari jawatan yang pernah dipegangnya.

Wujudkan agensi penggalak pelaburan

IPOH, 13 Nov :- Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim mengucapkan syabas kepada Kerajaan Negeri atas penglibatannya yang agresif serta komitmen yang tinggi untuk memajukan bidang teknologi maklumat (ICT) di Negeri Perak.

Menurutnya, komitmen ini mesti disertai dengan usaha yang beramanah, bersungguh-sungguh serta mampu mencorak sebuah gerakan ekonomi yang mampan dan bersepadu.

"Kita berharap pelaburan Perak Hi Tech Park (PHTP) dapat dipacu sebaik mungkin untuk mencapai sebuah negeri maju menjelang 2015," katanya.

Rakyat katanya, mengharapkan projek ini bukan hanya memberi kesan pembangunan kepada kawasan dan syarikat yang terlibat sahaja. Malah ia seharusnya memberikan kesan yang lebih menyeluruh kepada syarikat kecil dalam negeri dan melebar manfaatnya kepada seluruh kawasan dan rakyat Negeri Perak.

"Harapan kita juga pelaburan sebanyak RM399.2 juta yang diperuntukkan bagi menjana pembanggunan 'Bandar Cyber' di MSC Meru Raya benar-benar akan memberi kesan makro dan mikro kepada ekonomi setempat khusnya dan keseluruhan Negeri Perak amnya," jelasnya.

Ia bersesuaian dengan konsep "wealth distribution" dengan izin, yakni pengagihan kekayaan yang seimbang dan saksama untuk seluruh rakyat negeri Perak.

Mengenai KDNK, dengan unjuran KDNK di bawah pemerintahan Kerajaan Negeri Perak berligar pada 5 peratus pada 2008 dan akan menguncup kepada 4 peratus pada 2009 besesuaian dengan keadaan ekonomi global, beliau pasti kerajaan negeri akan memastikan bahawa kadar pelaburan dalam negeri akan terus meningkat dengan perancangan yang strategik bagi meningkatkan ekonomi negeri Perak.

Kerajaan Negeri katanya, mestilah memberi lebih banyak galakkan dan insentif pelaburan kepada pelabur dalaman dan luaran.

Oleh itu karenah birokrasi yang sering menjadi penghalang kepada pelabur untuk melabur di Negeri Perak harus dikurangkan bersesuaian dengan menjaga hal kepentingan kerajaan.

"Di sini saya mencadangkan supaya sebuah jawatankuasa dan agensi penggalak pelaburan yang lebih efisyen ditubuhkan agar lebih bersungguh-sungguh bagi mencapai hasrat tersebut," katanya.

harakahdaily.

Usul Mansuh ISA dilulus setelah dibahas hangat .

IPOH, 13 Nov :- Usul yang telah diberi notis daripada wakil kerajaan dari Teja, Chang Li Kang telah dibahas dengan hangat oleh pihak Kerajaan dan Pembangkang .

Usul itu yang berbunyi " bahawa Dewan ini menetap dan mengecam sekeras-kerasnya Akta Keselamatan Dalam negeri(ISA) yang membenarkan penahanan tanpa bicara. Dewan ini mendesak Kerajaan Pusat membebaskan semua tahanan ISA, tutup Kem Tahanan Kemunting dan mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang zalim dan tidak demokratik"

Tiga pembahas telah memberikan hujah-hujah oleh wakil kerajaan dan pembangkang. Wakil Kerajaan yang membahas usul ini ialah wakil Teja dan Canning. Sementara wakil pembangkang dibahas oleh wakil Pengkalan Hulu.
Setelah Wakil Pembangkang habis mengemukakan hujah menolak usul tersebut mereka seorang demi seorang meninggalkan dewan sehingga semua kerusi pembangkang dalam keadaan kosong.
Semasa Wakil Canning menjadi pembahas ketiga, bangun wakil Titi Serong bertanya adakah beliau sedar semua pembangkang sudah tiada di dewan, jelasnya ini adalah bukti kukuh pembangkang tidak sanggup mendengar hujah yang membuktikan ISA hendaklah segera dimansuhkan.
Akhirnya Menteri Besar menggulung mewakili pihak Kerajaan dan menegaskan sekali ISA mestilah dimansuhkan disebabkan kan ianya satu kezaliman yang dilarang oleh Islam sesuai dengan satu petikan ayat Al Quran yang dibacanya.
Sesudah itu dewan mengundi dengan cara bersuara, dan Speaker mengesahkan Usul ISA itu diterima oleh DUN Negeri Perak.
Hadir sama dari pagi menjadi pemerhati sidang hari ini ialah wakil dari Gerakan mansuhkan ISA yang diketuai oleh Pengerusinya Syed Ibrahim dan ADUN Selangor, Syaari Sungip.
Semasa menyerahkan surat terima kasih kepada YAB Menteri Besar Perak dari GMI atas keperihatinan DUN Perak meluluskan Usul berkaitan ISA itu, Syed Ibrahim menegaskan Perak adalah negeri kedua sesudah Selangor berbuat demikian dan berharap diikuti oleh negeri Pakatan Rakyat yang lain.

Bajet Perak 2009 diluluskan dewan.

IPOH, 13 Nov. :-Dewan Undangan Negeri Perak yang bersidang sejak Isnin lepas telah meluluskan Enekmen Perbekalan 2009 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2009 apabila Speaker Dewan, V. Sivakumar memberi peluang kepada dewan untuk mengundi secara suara.

Pada persidangan bajet 2009 ini menyaksikan Perbahasan Enekmen Perbekalan sebanyak RM 643, 681,236.00 dan Usul Kumpulan Wang pembangunan 2009 sebanyak RM 175,838,000.00.
Persidangan kali ini menarik disebabkan inilah kali pertama Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat membentangkan Bajetnya setelah menguasai pemerintahan Negeri Perak sejak Mac lepas.

Kata-Kata Hikmah.

Al-Imam Al-Ghazali, beliau berkata: "Carilah hatimu di tiga tempat. Pertama ketika membaca al-Quran, kedua ketika sembahyang dan ketiga ketika engkau mengingati mati. Jika pada tiga tempat itu kamu tidak menemukan hatimu maka mohonlah kepada Allah agar Ia memberimu hati kerana sesungguhnya kamu ketika itu tidak memiliki hati."

Isu kereta Proton hangatkan dewan.

IPOH, 13 Nov :- Jumlah keseluruhan penyelengaraan kereta Perdana V6 Executive Kerajaan Negeri sehingga Ogos 2008 1.39 juta, Demikain antara jawapan yang diberikan oleh pihak kerajaan , wakil Pantai Remis kepada jawapan soalan asal wakil dari Canning.

Dewan juga dimaklumkan kereta-kereta tersebut kebanyakan di beli pada tahun 2004.


Pihak Kerajaan juga memaklumkan bahawa kerjaan yang lepas membeli sebuah kereta mewah Mercedes ML 320 dengan no pendaftaan AH 9 dengan jumlah penyelengaraan sehingga 2008 sebanyak RM 90,733.
Dewan dimaklumkan bahawa penyelengaran kereta Proton adalah sangat tinggi berbanding dengan penyelengaraan kereta model lain. Wakil dari Pantai Remis, Nga Kor Ming juga memaklumkan bahawa jangan ada pihak yang hipokrit dengan memperjuangkan pengunaan kereta Proton untuk kerajaan negeri tetapi pada masa yang sama mengguna kereta jenama luar negara.