09 November 2008

Politik wang datang lagi.

Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail meminta pucuk pimpinan UMNO segera menyelamatkan parti itu daripada kehancuran berikutan berleluasanya politik wang pada pemilihan sekarang yang disifatkan paling serius dengan lebih 900 aduan telah diterima setakat ini.

Menurut Tengku Ahmad Rithauddeen, beliau sudah pun berulang kali melaungkan amaran mengenai politik wang, malangnya lebih banyak aduan diterima kali ini berbanding pemilihan UMNO empat tahun lalu.

“Saya tidak ingat jumlahnya secara tepat tetapi rasanya sudah lebih 900 aduan mengenai politik wang diterima setakat ini,” katanya di sini hari ini.

Jumaat lalu, Majlis Tertinggi (MT) UMNO memberi amaran kepada ejen pelobi, pengurus kempen dan perayu undi calon-calon pemilihan UMNO yang berada di hotel-hotel sekitar ibu negara dan negeri-negeri supaya pulang ke bahagian masing-masing sebelum dikesan oleh pemantau serta dikenakan tindakan.

Ejen pelobi, pengurus kempen dan perayu undi calon-calon dipercayai menjadi pihak yang menyalurkan wang kepada perwakilan peringkat bahagian untuk membuat pencalonan calon-calon tertentu atau menolak mana-mana calon pesaing.

Tengku Ahmad Rithauddeen berkata, masalah utama dalam membanteras politik wang dalam UMNO kini ialah gejala buruk tersebut telah diterima oleh sebahagian besar ahli parti itu dan sudah menjadi satu bentuk budaya.

Beliau berkata, selagi minda pengamal politik wang dan ahli-ahli UMNO tidak berubah dan mereka sendiri tidak mahu gejala itu berlaku, agak sukar untuk menamatkan kegiatan politik wang.
Pada hemat saya hampir semua bahagian UMNO yang telah bersidang dan akan bersidang telah terlibat dengan apa yang didedahkan oleh Tengku Ahmad Rithauddeen. Bayangkan kalau 900 aduan yang diterima malah boleh dianggarkan satu bahagian terlibat dengan 4 atau 5 aduan.

Sistem undang-undang berkaitan kebajikan OKU dibentuk di China

BEIJING, 8 Nov :-Sistem undang-undang yang bertujuan untuk menjamin hak dan kepentingan serta kebajikan orang kurang upaya (OKU) telah dibentuk di China.

Menurut statistik Persekutuan OKU, kini, terdapat lebih 50 undang-undang yang merangkumi kandungan tentang perlindungan hak dan kepentingan OKU di China.

Sementara itu, selain sistem bantuan guaman yang sedang dibentuk secara berperingkat-peringkat, lebih 2600 buah institusi perkhidmatan dan 3200 buah pusat perlindungan hak dan kepentingan OKU serta 3300 buah firma guaman telah ditubuhkan, mereka telah menawarkan banyak perkhidmatan dan bantuan guaman kepada golongan tersebut.

Kerajaan Perak anjur Solat Hajat Perdana pada 9 Nov

IPOH, 6 Nov : - Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Ustaz Nor Azli Musa mendedahkan masih terdapat pegawai-pegawai kerajaan di Negeri Perak yang tidak memberikan kerjasama dengan Kerajaan Negeri walaupun kini sudah lapan bulan Pakatan Rakyat menerajui negeri ini.

Walaupun bilangan mereka tidak ramai tetapi ianya sedikit sebanyak boleh merencat hubungan antara pegawai kerajaan jabatan kerajaan dengan Kerajaan Negeri khususnya dengan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin.

"Menyedari hakikat ini Pemuda Perak mengambil langkah unuk menyelamatkan Kerajaan Negeri dengan mengadakan solat hajat perdana khusus untuk memohon pertolongan dari Allah agar terbuka hati pegawai pegawai kerajaan tersebut untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri,"katanya dalam satu pertemuan dengan Harakahdaily di sini semalam.

"Solat hajat perdana itu akan dilangsungkan pada 9 November ini di Mini Stadium Manjoi, ianya dimulakan dengan solat maghrib berjemaah, bacaan yasin dan selepas solat isya' kita adakan solat hajat perdana dan diakhir dengan ceramah perdana yang akan disampaikan oleh pimpnan PAS Pusat, Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Ahmad Awang dan Menteri Besar Perak,"jelasnya.

Serentak dengan itu juga akan dilancarkan Tabung Pembinaan Kompleks PAS Perak bagi mencari dana untuk membina sebuah kompleks PAS Perak yang lengkap seperti mana Kompleks Pusat Tarbiyah PAS Kelantan (PUTIK).

"Sudah sampai masanya kompleks seumpama itu diwujudkan di negeri ini, kerana itu Pemuda Perak mengambil inisiatif melancarkan tabung pembinaan KOmpleks PAS Perak," katanya.

Sehubungan itu beliau menggesa seluruh ahli PAS hadir di majlis solat hajat perdana serentak dengan pelancaran tabung pembinaan Kompleks PAS Negeri Perak.

Berkawan dan berbuat baik tidak mengenal sempadan.

“Berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu” (QS. Al-Qasas: 77).

Tanpa disedari, sebahagian orang kadangkala terjebak dalam menetapkan syarat yang berlebihan untuk bergaul dengan orang yang lain. Sebahagian orang kaya meletakkan syarat orang kaya juga untuk dijadikan kawannya, orang berpangkat meletakkan syarat orang berpangkat untuk dikenali dan sebagainya.

Padahal meletakkan syarat seperti itu boleh menutup ruang dan peluang seseorang dari memperoleh teman yang banyak, kerana hanya sedikit orang yang memenuhi persyaratannya. Lebih malang lagi, syarat itu boleh menutup peluang untuk berdakwah kepada lebih ramai orang.

Kalau kita meninjau sejarah silam , Rasulullah SAW tidak menetapkan syarat untuk bersahabat. Ada sahabatnya dari kalangan orang kulit hitam, ada juga dari Bangsa Arab, Bangsa Persia, dan lain-lain. Ada juga yang dari kalangan orang kaya, dari kalangan fakir miskin, dan lain-lain. Bahkan, Rasulullah bergaul dengan orang-orang di luar agamanya. Strategi bergaul seperti itu memberikan kesempatan bagi Rasul untuk berdakwah secara lebih luas dan berkesan.

Orang-orang yang sebelumnya menentang ajaran yang dibawanya, seperti Umar, menjadi menghormati dan bahkan memeluk Islam, dan menjadi sahabat karibnya. Dalam Al-Qur‘an juga dikatakan, Allah berbuat baik kepada semua manusia, tanpa syarat warna kulit, suku bangsa, dan sebagainya.

Rezeki diberikan kepada siapa saja yang mahu mengusahakannya. Sepatutnya orang yang beriman sahaja diberikan kekayaan didunia ini, sebaliknya orang yang kufur tidak layak mengecapinya . Namun sifat Rahman Allah meliputi semua makhluknya tidak kira manusia ataupun jin , tumbuhan melata , gunung ganang dan sebagainya.

Seperti itulah manusia diharapkan berbuat baik dan berkawan serta bersahabat tidak mengira siapa saja. mengenali orang iskin memperbanyakkan ibadah dengan bersedakah dan menderma, Kalau tidak, hilanglah kasih sayang antara sesama manusia. diskriminasi, kronisme kesannya hanya membawa kerusakan dan perpecahan ummah. Dengan itu kelemahan umat Islam itu sendiri memberi kesan yang negetif kepada dirinya sendiri.

Himpunan bantah ISA di Ipoh.


Satu perhimpunan aman memasang lilin sebagai bantahan terhadap akta zalim yang tidak bertamadun ISA akan diadakan Pada AHAD, 9 November .Bertempat di Padang DR Ipoh pada jam 8.00 malam,
Sila hadir bersama kawan seramai mungkin. Sebarkan.