29 November 2013

Jambatan Kedua P.Pinang dibuka ikut jadual

25 Muharram 1435H. [MOD] -
GEORGETOWN:  Jambatan Kedua Pulau Pinang akan tetap dibuka mengikut tarikh ditetapkan kerajaan pusat walaupun siasatan insiden keruntuhan tanjakan di susur keluar jambatan itu pada awal Jun lepas masih berjalan.

    
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Trafik Negeri Chow Kon Yeow berkata siasatan yang dilakukan suruhanjaya ditubuhkan kerajaan negeri tidak melarang jambatan itu dibuka mengikut tarikh yang akan ditetapkan. 

Naik gaji: Kelab Penyokong akan jumpa Khalid

25 Muharram 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Kelab Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Selangor akan mengadakan perjumpaan khas bersama Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam masa terdekat berkenaan isu kenaikan gaji Exco dan Ahli Dewan Undangan Negeri yang sedang hangat diperkatakan.


Timbalan Pengerusi BBC, Dr Abdul Rani Osman, berkata pihaknya akan mengadakan pertemuan itu dalam masa terdekat ini.

Johor juga pertimbang naikkan gaji Adun

25 Muharram 1435H. [MOD] -
KLUANG: Kerajaan Negeri Johor sedang mempertimbang untuk menaikkan gaji anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Johor selaras dengan beban kerja yang ditanggung mereka, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (gambar).

    
Beliau berkata kajian sedang dilakukan untuk meneliti kenaikan itu, bagaimanapun jelasnya, ia tidak akan terlalu tinggi seperti dinikmati Adun Selangor.

PAS gagah memimpin ummah ke medan siasah

25 Muharram 1435H. [MOD] -
PERJUANGAN memakan masa yang lama, ia tidak dinamakan perjuangan tanpa perjalanan yang panjang dan sebuah pengorbanan yang mahal harganya. Perjalanan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk kekal di persada perjuangan menyaksikan ramai pemimpin PAS yang datang dan pergi, tidak ketinggalan yang pergi ‘meninggalkan’ perjuangan atau yang istiqamah hingga di titik akhir nafasnya.

Patah tumbuh, hilang berganti, begitulah pewaris PAS meneruskan galas-ganti amanah menetapkan garis perjuangan supaya tetap di paksinya. PAS tidak pernah kemarau dengan pelapis yang senantiasa memenuhi ruang legar kepimpinan yang cukup untuk semua kerana setiap individu dalam parti dalam setiap posisinya ada peranan masing-masing, yang utama ialah mencurahkan kebaktian untuk parti.

Untung bersih FGVH merudum 89 peratus

25 Muharram 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) merudum 89 peratus kepada RM22.9 juta bagi suku tahun ketiga berakhir 30 Sept 2013 (Q3FY13) berbanding RM207.71 juta tahun lalu.


The Sun melaporkan, penurunan ini berpunca daripada penghasilan rendah segmen perladangan, pengilangan, logistik dan segmen-segmen lain FGVH.

Cukai DBKL: Siapa yang bohong, Adnan atau Loga?

25 Muharram 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin (gambar)mempersoalkan siapa yang bercakap benar dalam isu berkaitan penangguhan kenaikan kadar baharu cukai taksiran pintu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).


Beliau yang sebelum itu menjelaskan, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr J. Loga Bala Mohan memaklumkan persidangan Dewan Rakyat sebelum ini bahawa kenaikan kadar baharu cukai pintu DBKL akan ditangguh sehingga Mac tahun depan.

Selangor maju, berbagai cara BN mahu jatuhkan Khalid

25 Muharram 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Harus diingat Negeri Selangor merupakan kerajaan yang termaju dan terkaya dalam negara ini dan itu pun sebabnya Khalid Ibrahim telah diperlakukan berbagai-bagai cara untuk menjatuhkan beliau dalam pilihanraya lalu oleh Barisan Nasional, tulis Aspan Alias.


Menurutnya, PAS juga mendapat habuan dengan penambahan kerusi yang mendadak di Selangor kerana kebaikan yang nampak oleh rakyat Selangor dari keluhuran pentadbiran kerajaan Selangor itu.

Pegawai agama di premis judi

25 Muharram 1435H. [MOD] -
MELAKA: Kerajaan Melaka bercadang mewujudkan pos kawalan dan menempatkan seorang pegawai agama di premis perjudian di negeri itu sebagai usaha mengelak umat Islam terlibat dalam kegiatan perjudian.

    
Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron (gambar) berkata pegawai agama bertaraf pegawai syarak itu akan mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan.

Sindir: OKU gesa Ibrahim Ali tarik balik kenyataan

25 Muharram 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Sekretariat Prihatin OKU menggesa Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menarik balik kenyataan yang menyentuh orang kelainan upaya (OKU) sebagaimana disiarkan Malaysiakini.


“Selaku mewakili suara OKU di Malaysia, kami menggesa Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menarik balik kenyataan beliau yang menyentuh OKU sebagaimana disiarkan,” ujar Pengerusinya, Mohammad Faizal Che Yusof(gambar) dalam satu kenyataan.