13 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
UMNO BN dilihat semakin takut tatkala tarikh PRU semakin hampir, ketakutan mereka jelas terpampang di dada akhbar, terakhir kita saksikan di akhbar Utusan berkenaan isu fitnah, mengada-adakan babak yang karut, fitnah seks, semua ini boleh dinilai dengan mata kasar bahawa Kerajaan pimpinan Najib Razak sudah hilang pertimbangan.
Kenapakah Najib perlu takut sedangkan sokongan rakyat kepada Umno BN semakin utuh sebagaimana yang dilaporkan pada setiap segmen televisyen dan dada-dada akhbar milik kerajaan.
Hairannya Pakatan Rakyat yang cuma ada akhbar lidah rasmi parti yang tidak punyai liputan meluas edarannya dan juga yang hanya bergantung media baru yang didakwa BN sebagai palsu, itu pun rakyat masih lagi mampu menolak Bn di beberapa negeri pada Mac 2008 lalu.
Saya amat dukacita dengan perkembangan kebebasan media seperti yang dilaporan kan oleh FREEDOM HOUSE keluaran hari ini menunjukkan Malaysia terperosok jauh di belakang berbanding Monggolia (80), Papua New Guinea (54) dan Bangladesh (111). Malaysia berada di tempat 144 dari 197 negara.
Adakah ini pembaharuan yang dilaungkan oleh kerajaan Umno BN? Bukti ini jelas menyatakan Perdana Menteri "bodoh" dalam soal mentafsirkan maksud sebuah kerajaan sebagai pencetus idea dan agenda untuk mentranformasikan Negara dari segi peningkatan taraf hidup rakyat, ini adalah perbuatan karut BN terhadap rakyat kerana ia jelas satu bentuk penipuan.
Malah kita boleh lihat betapa kurang warasnya Perdana Menteri ini apabila mengeluarkan hujahnya bahawa Pakatan Rakyat kurang jelas idea dalam isu mengusulkan cadangan untuk prestasi Negara amnya.
Adalah tidak masuk akal Pakatan tiada idea dalam masa yang sama BN mencedok idea Buku Jingga yang sama. Beberapa isu Negara contohnya isu pemansuhan tol yang disifatkan BN sebagai mustahil, akhirnya mereka akur dan telah melaksanakannya untuk beberapa tol, hakikatnya BN lah yang cetek idea, jika tidak Negara tidak akan berhutang dengan nilai yang mencecah ratusan billion sekarang ini.
Bagi Umno Bn kebodohan rakyat adalah nadi dan jantung mereka, lalu harapan mereka hanyalah kepada segelintir orang Melayu yang masih dikongkong oleh media yang berat sebelah serta tidak bebas.
Tragedi paling memalukan ialah bila anggota Polis telah diArahkan dan menjadi benteng pertahanan untuk menghalang gelombang kebangkitan rakyat dalam Himpunan BERSIH 3. Mereka yang bertugas pada sabtu lepas semacam diarah oleh pemimpin BN supaya bertindak ganas dan menjadi lebih lebih teruk dari makhluk yang baru keluar dari gua,
Benarlah pengakuan TuN Mahathir bahawa Umno adalah sarang manusia yang kurang berfikir atau kurang cerdik dalam aspek intelektual minda yang cerdas.
Seperti kata Prof Aziz Bari hampir kesemua Polis pada hari itu jahil undang-undang Negara dan cuma datang bertugas dan tahu mengikut telunjuk dan arahan orang atasan sahaja sebagai ‘undang-undang semasa’ untuk bertindak.
Satu perkembangan buruk di abad ini buat Negara kerana pasukan Polis sepatutnya menjadi qudwah kepada rakyat selain menjadi ejen penjaga keamanan Negara,
Transformasi ala BNlah yang telah mengubah Negara ke arah kejahilan maklumat dan ilmu, tunggulah saat kehancuran jika BN terus memerintah lagi.
Perkembangan kebebasan media sebegini amat buruk untuk masa depan Negara , masakan kita cuma sekadar selesa sendiri tanpa berbuat apa-apa untuk ubah Malaysia menjadi lebih selamat, solusi terbaik ialah lenyapkan punca masalah iaitu tumbangkan BN dengan undi anda pada PRU 13 nanti, undilah selain BN, Negara pasti boleh diselamatkan.
5 Mei 2012
DRS. KHALILIDHAM LIM
ADUN Titi Serong.