16 September 2013

MCA: GLC bukan hanya milik satu kaum

10 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -


Pemuda MCA memberi peringatan kepada perdana menteri bahawa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tidak boleh ditetapkan dengan sasaran berasaskan kaum kerana ia merupakan firma yang dibiayai dengan sumber awam.


"Kami sedar bahawa GLC tempatan telah berkembang ke tahap sedia ada dengan hasil cukai dari semua bangsa.

PKR: Pelan pemerkasaan bumiputera 'rasis'

10 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
Naib presiden PKR N Surendran berkata rancangan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam boleh dianggap sebagai "diskriminasi ekonomi berasaskan kaum".


"Pelan ekonomi mengikut kaum ini tidak munasabah, tidak mengikut undang-undang, perlembagaan dan rasis.

Tiga termasuk wartawan terbunuh di Syria

10 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
DAMSYIK 16 Sept. - Serangan bom di barat laut Syria hari ini telah mengakibatkan tiga orang terbunuh termasuk seorang wartawan, kata agensi berita SANA.

SANA melaporkan wartawan yang terbunuh, Fkhreddine Hassan bertugas untuk parti pemerintah parti Baath dalam penerbitan naskah belia.

Dia terbunuh bersama dua yang lain dalam letupan yang mengenai bas yang mereka naiki di barat laut wilayah Idlib, sembilan orang turut tercedera dalam kejadian itu. 

- AFP



Gunung Sinabung meletus

10 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
Cetus panik, paksa penduduk Sumatera Utara pindah

Karo: Sebuah gunung berapi di daerah Karo, Sumatera Utara, meletus awal semalam, yang mencetuskan panik dan menyebabkan beratus-ratus penduduk dekat situ berpindah ke kawasan lebih jauh. 


“Penduduk yang lari ditempatkan di beberapa bangunan dan kediaman sekitar pejabat daerah Karo. Kami masih mengumpul data mereka,” kata jurucakap Agensi Bantuan Bencana Kebangsaan (BNBP), Sutopo Purwo Nugroho.

Dilarang lapor bicara Mubarak

10 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
Kaherah: Seorang hakim memutuskan media tidak boleh membuat liputan fasa perbicaraan baru bekas Presiden Hosni Mubarak. 


Bekas pemimpin itu melemparkan senyuman ketika perbicaraan bermula mengenai tuduhan berkaitan pembunuhan 900 penunjuk perasaan pada 2011. 




Hakim Mahmoud El-Rachidi memberi alasan, sesi perbicaraan itu pada 19 hingga 21 Oktober akan membabitkan isu keselamatan negara. 

- AGENSI 

Saham khas gagal tambah ekuiti Bumiputera

10 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR:Beberapa saham bumiputera yang telah diagihkan selama ini gagal meningkatkan  pemilikan ekuiti bumiputera dalam sektor korporat akibat harga saham yang menurun dan tidak menjana kekayaan yang diharapkan, ujar Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid.

Menurut beliau,  suntikan pelaburan atas nama bumiputera harus dilihat dengan kritikal supaya daya tahan pemilikan saham tidak menurun.

Ekonomi Bumiputera: Masalahnya bukan dasar tapi ketirisan

10 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
SECARA formalnya, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan pada 1970 sudah tiada selepas tahun 1990, ketika itu Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri. Ia digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dan kemudian, Najib menukarnya sekali lagi setelah BN hilang majoriti dua pertiga di Parlimen pada PRU ke-12, menjadi Model Ekonomi Baru (MEB) pada tahun 2010. Malah d izaman Najib juga, MEB disertai dengan Program Transformasi Ekonomi atau Economic Transformation Programe (ETP).

Intipati kepada ketiga-tiga dasar ini tetap sama sungguhpun namanya berbeza.

Pemilihan: Ketentuan jawatan hak perwakilan

10 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: PAS melihat ketentuan jawatan adalah hak perwakilan untuk memilih kerana Perlembagaan parti jelas memberi hak kepada perwakilan. 

Demikian dinyatakan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan berhubung dengan cadangan Dewan Ulamak supaya jawatan tertinggi parti daripada ulama.

Kronisme, nepotisme halang kemajuan ekonomi Bumiputera

10 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Pelancaran program  Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera, 14 September lalu oleh Perdana Menteri hanya sekadar menukar nama kepada program yang sama jika kerajaan tidak bersikap terbuka , telus dan membanteras amalan kronisme.

Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd Azmi Abdul Hamid dalam kenyataan medianya berkata,  mentransformasikan program pelbagai skim hanya bermakna jika ia diuruskan dengan amanah dan tidak diganggu oleh keputusan politik yang akan menjejaskan ekuiti bumiputera .