06 Disember 2008

MB SOLAT JUMAAT DI MASJID DAERAH PARIT BUNTAR

YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin solat Jumaat berjemaah di Masjid Daerah Parit Buntar. MB di dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang dari satu program seminar di Pulau Pinang.
Berita menyusul kemudian.....

Bayar RM1 untuk tambang tren KL- Ipoh

IPOH, 2 Dis. : Sebanyak 400 tiket istimewa RM1 ditawarkan kepada penumpang terawal dua tren pertama dan terakhir perkhidmatan kereta api shuttle (perantara) Ipoh-Kuala Lumpur yang memulakan operasinya semalam.

Bagaimanapun, kadar istimewa tiket satu hala yang ditawarkan hingga 31 Disember itu terhad kepada pembelian pada hari perjalanan dan tidak melibatkan tempahan awal.

Menurut Pengurus Pemasaran, Perkhidmatan Antara Bandar, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd. Noordin Kimi, buat permulaan KTMB menyediakan lima perjalanan sehari melibatkan dua destinasi itu yang masing-masing memulakan perkhidmatannya seawal 5 pagi.
“Tren pertama akan berlepas dari kedua-dua stesen iaitu KL Sentral dan Ipoh tepat 5 pagi manakala yang terakhir pula pada 9 malam dan 9.45 malam.

Setiap perjalanan memakan masa dua jam 56 minit namun berdasarkan prestasi semasa, kita mampu tiba lebih cepat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa mengiringi kumpulan pertama penumpang perkhidmatan tren tersebut dari Kuala Lumpur di Stesen KTMB Ipoh di sini semalam.
Kadar tambang biasa perkhidmatan ialah RM10 bagi koc ekonomi, manakala RM18 untuk tren kelas dua.
Kanak-kanak berusia empat hingga 12 tahun diberi diskaun 50 peratus namun tiada kadar istimewa bagi warga emas.Kosmo Online.