29 Mei 2009

Takut nak buat baik termasuk dalam riak

Mengaku ikhlas belum tentu ikhlas kerana lidah manusia boleh berpura-pura bermain kata-kata. Ikhlas ialah kerja hati yang siapa pun tidak mengetahuinya kecuali ampunya diri, sedangkan dia masih boleh menzahirkan sebaliknya.

Oleh sebab itu, tiada hak bagi seseorang menuduh seseorang yang lain sebagai tidak ikhlas. Adalah satu kesalahan seseorang Muslim menuduh orang Muslim yang lain dengan yang negatif. Hal ini kerana seseorang tidak mampu mengetahui apa yang terkandung dalam hati seseorang. Hanya Allah dan orang yang berkenaan sahaja yang mengetahui niat di hatinya.

Sebenarnya ikhlas ialah rahsia hati seseorang tatkala melaksanakan sesuatu pekerjaan. Ikhlas pada bahasa bererti bersih, maka orang yang ikhlas, hatinya bersih daripada sifat riak. Tindakannya tidak mahu menunjuk-nunjuk kepada orang lain, sebalik dilakukannya hanya kerana perintah Allah.

Bagaimana Untuk Ikhlas

Persoalan sekarang bagaimana hendak menjadikan seseorang itu ikhlas. Bagaimana menjadinya ikhlas dalam mengamalkan agama, ikhlas dalam melakukan ibadah kepada Allah, ikhlas dalam pergaulan dengan manusia, dan ikhlas dalam melaksanakan apa yang diamanahkan kepadanya.

Sebenarnya orang yang ikhlas sama ada berhadapan dengan Allah atau manusia ketika melakukan sesuatu amalan atau kerja, tidak mengharapkan balasan dan sanjungan. Namun dia percaya perbuatannya pasti dinilai oleh Allah sebaiknya. Apa yang penting di sisinya ialah amalannya diterima oleh Allah s.w.t.

Lazimnya orang yang ikhlas takut untuk menyatakan bahawa apa yang dilakukan itu adalah ikhlas. Padanya biarlah pemberian tangan kanannya tidak disedari oleh tangan kiri. Walau bagaimanapun kadang-kadang tindak tanduknya perlu juga diberitahu kepada orang ramai tentang keikhlasan hatinya.

Perhatikan dua contoh berikut; seorang kaya hendak memberi sumbangan kepada jirannya yang miskin, diserahkan kepadanya tatkala orang lain tidak nampak. Dia memberi semata-mata untuk menolongnya kerana seruan Allah.

Dalam kes yang lain, sesebuah syarikat hendak mendermakan kepada sesuatu badan kebajikan, perlu diisytiharkan kepada orang awam. Pemberian itu adalah ikhlas untuk membantu mengurangkan beban badan kebajikan itu. Pada masa yang sama pemberian itu boleh memberi rangsangan kepada orang kaya lain supaya turut berderma.

Pemberian orang kaya dan syarikat itu tidak boleh dituduh sebagai tidak ikhlas atau riak kerana tidak siapa pun yang mengetahui niat hati pihak berkenaan. Tuduhan orang lain dalam hal ini adalah salah dan berdosa kerana dia seolah-olah mendahului Allah dalam menghukum seseorang. Jadi, serah sahaja urusan menghukum seseorang itu sama ada ikhlas atau tidak kepada Allah. Tetapi alangkah baiknya kalau kita doakan seseorang yang memberi sesuatu sumbangan itu berhati ikhlas. Ingatlah bersangka baik terhadap seseorang itu adalah satu ibadah yang pasti besar pahalanya.

Riak Perlu Dijauhi

Siapakah yang sebenarnya termasuk dalam riak? Riak ialah sifat mazmumah yang amat keji kerana sifat itu termasuk dalam kategori syirik khafi, syirik yang tersembunyi. Riak juga sama seperti sifat ikhlas yang tidak siapa pun boleh mengesannya sama ada riak atau tidak. Menuduh seseorang itu riak adalah dosa kerana hakikat sebenarnya hanya Allah dan diri individu tersebut sahaja yang tahu.

Jadi, elaklah membuat tuduhan terhadap seseorang sebaliknya menilai seseorang itu mengikut kadar yang kita lihat secara zahir. Sebenarnya, orang yang riak dapat dilihat pada tingkah laku, ucapan dan kata-katanya. Jika seseorang itu bertindak atau menyatakan sesuatu melebihi daripada kadar biasa, kemungkinan hatinya sudah riak. Namun, berdasarkan itu pun kita tidak boleh menuduhnya riak.

Walau bagaimanapun bagi seseorang individu yang dapat mengesan dirinya sebagai riak seharusnya berusaha untuk tidak meneruskannya. Sebagai contoh, seseorang yang berjaya melakukan solat tahajjud pada malam hari, maka pada keesokannya dia cuba hendak menceritakan kepada kawan-kawannya apa yang dilakukan pada malam hari. Jika dia sedar ketelanjurannya itu, seharusnya dia bertaubat dan tidak menceritakan semua itu kepada orang lain.

Riak Tanpa Sedar

Seseorang itu juga boleh dikategorikan sebagai riak apabila dia tidak mahu melakukan kebaikan kerana takut dituduh riak. Inilah riak yang sering dilakukan tanpa sedar. Sebagai contoh, seorang bertanya kepada kawannya, “mengapa kamu tidak mahu pakai tudung” atau “bila kamu nak pakai tudung?” dengan beraninya dia berkata, “aku tidak mahu pakai lagi waktu ini kerana takut orang kata aku riak.”

Nauzubillah, ucapannya yang pendek itu sebenar sudah dinilai oleh Allah sebagai riak. Inilah yang sering kita dengar dari lidah umat Islam. Mereka tidak sedar bahawa perbuatan mereka itu adalah dosa, dosa riak, dan dosa syirik secara tidak sedar.

Umat Islam khususnya yang membaca artikel ini seharusnya berubah daripada terus memperoleh dosa secara tidak sedar ini. Ketahuilah dosa riak dalam bahagian ini banyak mengundang kemusnahan kepada amalan individu Muslim.
--
Dicatat Oleh Ahmad Baei Jaafar ke Fikrah Islamiah di 5/28/2009 11:19:00 PM

Makan dengan tangan pun ok.

YAB Menteri Besar Rakyat Perak,DS. Nizar dan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, YB. Tuan Lim Guang Eng makan bersama selepas azan maghrib dikumadangkan menandakan masuknya waktu berbuka. Kelihatan sama Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Ahmad Awang.

PMBK lancar skim Imam Al-Ghazali bantu pelajar miskin

KOTA BHARU, 28 Mei :- Kelantan yang dikenali sebagai negeri kebajikan tambah semarak lagi dengan pelancaran pelbagai tabung bagi membantu rakyat miskin.

Sebelum ini ada Tabung Serambi Mekah, Tabung Amanah Tok Kenali dan Tabung Qardhu Hassan.

Dan semalam skim bantuan Imam Al-Ghazali pula dilancarkan Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Skim tersebut dikendalikan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Bantuan bulanan akan diagih kepada 100 pelajar miskin yang dipilih dari sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan (Yik).

Ketua Pegawai Operasi PMBK, Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman idea bagi mewujudkan skim bantuan tersebut dicetus memandangkan ramai pelajar cemerlang di Kelantan dari keluarga kurang berkemampuan.

"Contohnya adik Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, anak nelayan yang muncul pelajar terbaik SPM seluruh negara. Maka PMBK merasakan bertanggungjawab untuk membela mereka.

"Oleh itu PMBK memperuntukkan sebanyak RM5,000 sebulan bagi membantu 100 pelajar miskin yang cemerlang," katanya pada majlis pelancaran tersebut yang diadakan di Dewan Teratai, Kota Darulnaim.

Setiap pelajar terbabit mendapat bantuan sebanyak RM50 sebulan dan ia akan dimasuk ke akaun Bank Islam pelajar terbabit sama tarikh gaji yang diterima kakitangan PMBK.

Ariffahmi berkata, walau pun sumbangan tersebut agak kecil, namun ia amat bernilai bagi mereka yang dhaif.

Bagaimanapun katanya, jumlah sumbangan itu akan dikaji dari semasa ke semasa.

Sementara itu, anggota Exco kerajaan negeri, Dato' Mohd Amar Abdullah berkata nama Imam Al-Ghazali yang dipilih PMBK amat bertepatan kerana imam tersebut merupakan seorang alim dalam mazhab ahli sunnah wal jamaah dan juga syiah.

"Al-Ghazali merupakan seorang yang digelar Hujjahtun Islam kerana mempunyai keperibadian mulia dan seharusnya menjadi ikon kepada mereka yang ingin menuntut ilmu dunia dan akhirat.

"Saya amat gembira kerana nama yang agung ini digunakan sebagai perangsang kepada penerima skim bantuan ini. Diharap PMBK dapat mempertingkatkan lagi jumlah penerimanya pada masa akan datang," katanya.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, walaupun sumbangan yang diberikan PMBK agak kecil namun sekiranya diberi secara ikhlas nilainya lebih besar di sisi Allah Taala.

Hadir sama pada program itu Ketua Penolong Pengarah (Pendidikan) Yik, Ustaz Zakaria Muhamad dan Pengurus Bank Islam Cawangan Kota Bharu, Muhd Zafrullah Ghazy.

Manakala Nik Nur Madihah yang mendapat 20A dalam SPM tahun lalu dijemput sebagai penceramah jemputan pada majlis tersebut.

(petikah dari harakahdaily)

Mercu tanda PJ ranap, dua terbunuh

Seorang lagi mayat ditemui kira-kira jam 10.30 malam ini, menjadikan dua orang disahkan terkorban apabila bangunan lama pusat membeli-belah utama Jaya Supermarket setinggi enam tingkat di Seksyen 14, Petaling Jaya ranap selepas operasi meruntuhkannya bertukar tragedi petang tadi.

Bangunan tersebut, yang ingin diganti dengan projek pembinaan baru, masih lagi terus runtuh sekeping demi sekeping.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Soiman Jahid berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 5.08 petang tadi megenai satu bangunan enam tingkat telah runtuh.

Katanya, mayat pertama ditemui petang tadi, bersama dua lagi yang cedera dan dikejarkan ke hospital.

Menurutnya, dua mangsa yang cedera itu ditemui pada jam 5.45 petang dan 6 petang.

Manakala mangsa ketiga ditemui pada jam 6.44 petang dan disahkan meninggalkan dunia.

Soiman berkata, berdasarkan maklumat, masih ada lima lagi mangsa yang terperangkap dalam runtuhan bangunan tersebut.

Anggota bomba dan penyelamat, katanya, sedang berusaha untuk mengesan dan mengeluarkan mereka.

Beliau berkata, pihaknya masih belum dapat mengenal pasti mangsa-mangsa terbabit.

Soiman berkata, bangunan lama enam tingkat itu yang sedang dalam proses dinaik taraf.

Sementara itu, Ketua Polis Petaling Jaya, ACP Junaidi Mohamad berkata, mangsa yang terbunuh dan dua lagi yang cedera itu adalah warga Indonesia.

Sehingga jam 9 malam tadi, enam orang masih terperangkap dalam runtuhan bangunan tersebut.

Operasi menyelamat itu membabitkan 30 anggota bomba, 15 anggota penyelamat, 30 anggota RELA, 30 anggota Pertahanan Awam dan 50 anggota polis.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang turut ke tempat kejadian malam ini, memberitahu media bahawa mayat kedua itu ditemui pasukan penyelamat pada kira-kira jam 10.30 malam ini.

Menurutnya, pasukan penyelamat juga masih meneruskan usaha mengesan dan menyelamat lima lagi yang terperangkap dalam runtuhan bangunan tersebut.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Timbalan Pengarah Iktisas Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof Dr Jamiyah Hassan berkata, mangsa yang maut itu dikenali sebagai Maskor, 28, manakala yang cedera pula ialah abang Maskor yang dikenali sebagai Suryano, 32, dan Sale, 48.

"Dua mangsa yang cedera itu sekarang berada dalam keadaan stabil," katanya.

Dr Jamiyah berkata 45 anggota paramedik dari tiga buah hospital
iaitu PPUM, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kuala Lumpur berada dilokasi kejadian untuk memberikan bantuan perubatan.

Seorang saksi, Syed Mohammad Aidid Syed Ahmad Aidid, 41, pula berkata beliau mendengar satu dentuman kuat seperti guruh ketika kejadian itu berlaku.

"Bangunan itu betul-betul di sebelah kiri saya. Saya nampak habuk. Batu-batu jatuh di atas kereta saya macam hujan batu," katanya kepada Bernama.

Syed Mohammad Aidid berkata beliau baru meninggalkan bangunan Digital Mall yang terletak bersebelahan bangunan yang runtuh itu untuk ke pejabatnya di Phileo Damansara.

"Di hadapan saya ketika itu terdapat sebuah kereta Proton dan seorang perempuan sedang melalui kawasan itu. Namun semua mereka sempat menyelamatkan diri. Saya pula terus pecut, bagaimanapun kereta saya di bahagian kiri dan atas kemek. Waktu itu saya rasa amat takut dan sempat berdoa agar tidak ditimpa sebarang kejadian buruk," katanya. Malaysiakini.

Ahmad Awang : Mufti keluar fatwa tanpa usul periksa

Program ini adalah diputuskan dalam mesyuarat majlis tertinggi Pakatan Rakyat Perak. Namun telah ditohmah dengan berbagai putar belit dengan tidak tahu hujung pangkal. Kata Ust.Ahmad Awang memulai ucapannya.

Saya sedih bila mufti tanpa tahu hujung pangkal mengeluarkan pandangan dan fatwanya, ini menyalahi peraturan dalam mengeluarkan fatwa, kata Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Ahmad Awang dalam majlis taklimat di hadapan Pejabat PAS Perak malam ini.

Mufti Perak didedahkan oleh Ust. Ahmad Awang pernah berkerja di Bukit aman sebelum pindah kerja di Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Ust.Ahmad dedah kan juga wajarlah Pemuda PAS Perak mencabar dia letak jawatan untuk bertanding di Kuala Kurau, Titi Serong, atau di parlimen Parit Buntar. kalau di Bagan Serai saya boleh lawan dia.

Kesimpulannya mogok lapar yang diadakan tidak mendatangkan mudarat kepada yang ikut, yang islam lakukan puasa pada awal bulan yang ada dalam hukum Islam dan mustahil mufti tidak tahu.

beliau juga mengesahkan kebanyakan kawasan PAS pada hari ini mengadakan majlis berbuka di markaz.

Malah Yusuf Qardawi dalam blognya semasa meminta umat Islam di seluruh dunia untuk menyokong orang Palestin yang dipenjara yang mogok lapar, kita mesti menyokong mereka.

Jelasnya yang penting bukan berapa ramai yang ikut serta namun yang penting publisiti media menyebabkan apa yang kita lakukan ini sampai kepada rakyat di seluruh dunia.

Beliau juga mendedahkan dalam majalah melennium keluar Mei, mufti menuduhnya punca kemelut politik di Perak, begitulah mereka memainkan fahaman assobiyah. sedangkan ini dilarang dalam islam. Saya dihubungi oleh penerbit majalah itu dan saya akan jawab kerana banyak fakta diberi palsu dan tidak betul. Katanya.

"macam-macam benda haram di perak termasuk mufti kata puasa sunat pun haram, termasuk pakai hitam. nak bersalam pun haram di perak ."Katanya sebelum mengakhiri ucapannya pada jam 9.50 malam.

Nizar : Ulasan penghakiman Mahkamah Rayuan belum dikeluarkan.

Sampai hari ini ulasan dari penghakiman 3 hakim pada 22 Mei tidak dikeluarkan, kerana selagi tidak dikeluarkan ulasan penghakiman kita tidak dapat menyoal penghakiman itu. Inilah konspirasi kehakiman yang berlaku tetapi kita yakin dapat lakukan di mahkamah Perseketuan. Jelas beliau dalam majlis taklimat selepas program penutup program puasa sunat dan mogok lapar.

Kita tidak mahu berpegang kepada kuasa yang diberikan mahkamah namun kita keistana untuk mohon bubarkankan. Begitu juga sila Zambry ke Istana jumpa tuanku untuk bubar DUN.

Dalam tempoh sekarang, akhir-akhir ini dengan karenah UMNO dan BN saya pun jadi marah , dengan berseloroh berseloroh katanya sampai mengigau saya marahkan kepada speaker Ganesan dalam tidur. katanya.

Sebagai meraikan mereka yang berpuasa, kita diberi penhargaan oleh Lim Guang Eng dan isteri. mMlah mengatakan seluruh rakyat Pulau Pinang menyokong perjuangan Pakatan Pakyat di Perak.

Beliau juga mengesahkan Lim Guang Eng akan melakukan sesuatu kepada Jalan Tun Perak di Pulau Pinang untuk mengabdikan perjuangan di perak.

Sebelum ini rakyat tidak merasa kehidupan rakyat pelbagai bangsa berlaku di perak setelah kita memerintah perak, yang ini UMNO cukup cemburu.

Saya teringat sebelum ini saya dapati Dato' Ngeh cakap Bahasa Melayu pun tidak lancar, selepas bersama kita dalam PR dibuktikan malam ini dia bercakap dengan baik, kalau puluh tahun akan datang dia akan boleh hafal Quran dan hadits katanya sambil berseloroh.

Kita kena berjaga-jaga dengan tohmahan DAP sebagao komunis, jangan termakan tohmahan ini., Kita ada prinsip dalam pakatan ini.

Mudah-mudahan untuk menuntut pembubaran DUN Perak merebak ke seluruh dunia sehingga kepada pelajar-pelajat kita di timur tengah menghantar memorendum supaya dibubarkan dun.

Semua pihak bersetuju, yang tidak cuma UMNO kerana kereka tahu dia akan kalah teruk.

Dato' Ngeh : Sayapun jadi marah dengan tindakan polis.

Sekali ini sayapun jadi marah dengan tindakan polis, tetapi satu saja saya tidak boleh tahan demi untuk kebaikan dan keadilan, demi rakyat dan kebaikan negara. Kata Pengerusi DAP Perak, Dato' Ngeh Khoo Ham semasa menyampaikan ucapan ringkas dalam majlis ceramah dihadapan Pejabat PAS Perak disini malam ini.

Apa yang berlaku memberi kebaikan, dan saya akan bawa hal ini ke Parlimen.

Beliau juga mengucapkan terima kasih dengan kejayaan program puasa dan mogok lapar walaupun cuba diganggu oleh pihak tertentu.

Program berbuka di Pejabat PAS meriah.

Program penutup Puasa sunat dan mogok lapar berakhir dengan acara kemuncak apabila pemimpin Pakatan Rakyat Perak bersama YB. Lim Guang Eng dan Isteri bersama-sama makan secara sederahana dan kebanyakannya menggunakan tangan dalam majlis berbuka puasa yang diadakan di perkarangan Pejabat PAS Negeri Perak yang terletak tidak berapa jauh dari Wisma DAP.

Setelah itu bagi yang beragama Islam mengadakan Solat maghrib berjemaah diikuti dengan sembahyang hajat dan baca Yassin.

Ucapan YAB. Lim Guang Eng.

Saya datang kes ini untuk bersama dengan kerajaan negeri perak, pejabat DS. Nizar adalah pejabat menteri Besar namun ada orang yang tidak berani menerima kenyataan.

Kalau PRK sekali lagi di adakan kita akan menang lebih besar , menag 2/3. Sebab itu BN takut bubarkan DUN dan sembunyi dibelakang institusi Raja.

BN takut, bacul kerana mereka tahu mereka salah. Semua mereka boleh lakukan namun kita tidak akan gentar, kerana kita tahu kita benar dan kita berani kerana kita benar.

Beliau percaya kerajaan pakatan Rakyat Perak ditubuhkan dengan berdasarkan 5 prinsip 5 K, kebajikan, keadilan, ketakwaan, kebebasan, kebenaran. Namun satupun tidak ada pada BN.

BN menanggap mereka sebagai Firaun namun mereka ditunjukkan dalam al Quran mereka dikalahkan juga.

YB. Lim Guang Eng mengisahkan Qu Yan seorang penglima dalam sebuah negeri yang jujur berkhidmat begitu baik kepada rakyat. Akhirnya dia dijatuhkan dan dipecat. Dengan kesedihan itu dia lihat negara dan kerajaan nak jatuh , dengan hampa dia telah terjun ke sungai dan bunuh diri. itulah akibat dari menteri-menteri banyak busuk hati.

Rakyat tahu dia seorang panglima yang baik, kerana itu sebagai penghormatan kerana mayat tidak dapat dicari, maka orang cina membuat kuih chang dilemparkan kedalam sungai supaya mayat Qu Yan tidak dimakan ikan.

Kita tidak perlu buat seperti Qu Yan buat, sekarang kiita makan kuih Chang sebagai memperingati kisah itu. Sekarang bantahan ditunjukkan dalam undi.

Untuk menentang kerajaan BN kita mesti menggunakan kuasa rakyat walaupun panjang dan berliku. namun selagi kita yakin kita betul dan yakin diredhai oleh Tuhan dan rakyat maka saya percaya kemenangan akan akhirnya memihak kepada Rakyat, Nizar dan semua Exco.

Sokongan penuh dari rakyat Pulau Pinang dari rakan-rakan kita dari Perak, kita mahukan DS. Nizar kembali sebagai MB perak yang sah, yang bukan diputuskan oleh seorang dua tetapi diputuskan oleh rakyat.

Kita tidak akan hilang harapan, kita akan sabar , kita akan tunggu kemenangan majoriti 2/3 nanti.

Ucapan DS. Nizar.

Bersyukur kepada Allah selepas 3 hari puasa sunat dan mogok lapar hari ini sampai kepada penghujungnya, walaupun UMNO dan BN memainkan sentimen orang Melayu melalui mufti yang kononnya bertentangan Islam namun gagal.

Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang mengambil bahagian.

Dalam tempoh tiga hari ini kita menghadapi halangan dari polis yang menghalang progranm sehingga mereka ditangkap dan dibawa kebalai.

Beliau menjelaskan pada pagi tadi pimpinan PR berada di Pasar mengelembu yang mendapat sambutan menggalakkan dari rakyat menyokong Pakatan Rakyat.

Nga Kor Ming : Pelbagai pihak sokong bubarkan DUN Perak kecuali UMNO.

Penyelaras program, YB. Nga Khor Ming mengumumkan sebanyak 218 orang mengikuti mogok lapar, dan sebanyak 4000 lebih tandangan diterima dalam tempoh 72 jam masa mogok lapar sepanjang 3 hari.

Pelbagai pihak menyokong supaya DUN Perak dibubarkan termasuklah dari Parti Gerakan dan MCA. Katanya.

Mogok lapar ini terpaksa dilakukan kerana sebelum ini kita telah hantar 100,000 lebih tandatangan, menghanatar memorendum dan sebagainya namun semacam ada benteng dinding tebal suara kita tidak didengar.

Program penutup Puasa sunat dan mogok lapar akan berlangsung sebentar lagi.

IPOH : Keadaan di Wisma DAP Perak sekarang ini hampir penuh dengan pimpinan Pakatan rakyat dari PAS,. DAP dan PKR serta penyokong masing-masing dimana majlis penutup program puasa dan mogok lapar akan berlangsung sebentar tadi.

Antara pemimpin yang telah hadir ialah YAB Menteri Besar Rakyat Perak, DS. Muhammad Nizar jamaluddin,YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, YB. Tuan Lim Guang Eng, Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Ahmad Awang, Pengerusi PKR negeri, Hj. Osman Abdul Rahman dan Pengerusi DAP Perak, Dato, Ngeh Khoo Ham.

Kebanyakan ADUN pakatan Rakyat telahpun berada di Wisma untuk mengikuti sama majlis bersejarah ini.

SPM: Maksimum 10 subjek SPM mulai tahun depan

Tahun depan tidak akan lagi kedengaran anak-anak genius Malaysia yang mampu mencapai 20 A dalam peperiksaan SPM seperti sebelumnya ini berikutan dasar baru setiap pelajar yang menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) hanya dibenarkan mengambil 10 subjek maksimum mulai tahun depan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Serentak dengan itu, beliau berkata beberapa perubahan akan dilakukan terhadap sistem pengredan SPM.

Alasannya ia akan mempunyai banyak implikasi positif, satu yang pasti adalah para guru akan berupaya memberi lebih tumpuan terhadap bilangan mata pelajaran utama dan guru juga akan lebih khusus," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke tapak projek Kompleks Pendidikan, Bandar Enstek hari ini.

Muhyidin, yang juga Menteri Pelajaran, diiringi Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor.

Muhyiddin berkata, daripada setengah juta pelajar yang mengambil SPM sebelum ini, kira-kira 48,000 pelajar mengambil lebih daripada 10 subjek.

Ini juga akan mengatasi masalah pada sesetengah subjek yang kekurangan guru malahan ibu bapa dapat menjimatkan wang daripada terpaksa membayar lebihan subjek perlu diambil apabila menghantar anak mereka ke kelas tuisyen, katanya.

Muhyiddin berkata kementerian amat serius untuk merapatkan jurang di antara pelajar bandar dan luar bandar walapun perbezaan jurang ini tidak sejauh mana.

"Sebenarnya jurang ini tidak terlalu jauh tetapi masih ada perbezaan yang agak ketara daripada sudut lain dan ini dilihat daripada segi keputusan peperiksaan," katanya.

Pembaharuan yang dilaksanakan pada Rancangan Malaysia Ke-10 membabitkan pembangunan prasarana, tenaga guru dan cara pembelajaran murid, katanya.

"Lebih-lebih lagi di kawasan luar bandar ini terdapat ramai orang bumiputera Melayu, bumiputera yang agak miskin, kurang berkemampuan. Kita mahu pembangunan sekolah-sekolah di luar bandar sama tahapnya baik daripada segi infrastruktur, cara pembelajaran sebagaimana yang terdapat di kawasan-kawasan yang sudah maju," kata Muhyiddin.

Beliau turut menyentuh mengenai kepentingan guru-guru yang berkelayakan untuk mengajar bahasa Inggeris, Sains dan Matematik di pedalaman merupakan cabaran utama bagi kementeriannya melaksanakan pembaharuan itu.

Walaupun kementerian ada menawarkan elaun sebanyak RM1,500 sebagai insentif sejak dari tahun lepas untuk mereka datang ke kawasan pedalaman misalnya di Sabah dan Sarawak, masih banyak cabaran lain perlu ditangani.

Beliau sedang memikirkan cara untuk menyenangkan kehidupan guru-guru yang dihantar ke kawasan pedalaman ini kerana walaupun mendapat elaun, kementerian sedar masalah lain seperti perumahan menjadi asas utama perlu diatasi.

Kompleks Pendidikan yang dilawati Muhyiddin hari ini terletak di kawasan seluas 400 hektar dan menempatkan kompleks Kementerian Pelajaran serta Kementerian Pengajian Tinggi.

Kos keseluruhan projek ialah RM1.3 bilion dan sebahagiannya dijadual siap pada penghujung 2010.

(Berita asal dengan sedikit edit dari Mstar).

Program Penutup Puasa Sunat dan Mogok petang ini.

Program penutup Puasa Sunat dan mogok lapar sampai kekemuncaknya pada petang ini apabila Majlis berbuka pada waktu maghrib nanti dan kumpulan 200 orang yang mogok lapar akan makan setelah 72 jam cuma minum setiap 6 jam tiga hari yang lepas.

Paling menarik dalam program pakatan Rakyat kali ini ialah perhatian pihak keselamatan yang melampau sehingga membawa kepada 21 orang yang ditangkap dan setiap hari sehingga hari ini ada sahaja polis yang berkeliaran di sekitar wisma DAP tempat acara dipusatkan.

Petang ini pun masih kelihatan pasukan polis dengan sebuah black maria dan van polis berada tidak jauh dari wisma DAP dan saya yakin keberadaan mereka ada kaitan dengan acara yang berlangsung. Malam tadi semasa ceramah berlangsung ditingkat atas wisma, puluhan polis berkeliaran dibawah.

Saya baru menerima panggilan dari teman baik yang juga bekerja sebagai polis, dia sangat kesal dengan dakwaannya arahan dari pihak atasan yang melampau dan menimbulkan kekecohan dan tangkapan.

Sambil mengiakan kenyataannya itu kami dalam perbualan dalam talipon tadi bersetuju kemuncak program dengan diadakan majlis berbuka pada petang ini tidak akan mendapat gangguan seperti sebelumnya.

Sementara itu pada jam 6.00 petang dijangka YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, Tuan Lim Guang Eng akan hadir bersama YAB Menteri Besar Rakyat Perak, DS. Nizar dalam program penutup yang akan diadakan di wisma DAP .

JADUAL CERAMAH PRK PENANTI

28 Mei 2009 (Khamis)
CERAMAH
Masa : 9:00 Malam
Tempat : Homestay Mengkuang Titi
Penceramah :
- YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
- YB Dato' Zahrain Hashim
- YB Dato' Johari Abdul
- YB Prof. Ramasamy
- YB Datuk Paduka Husam Musa

29 Mei 2009 (Jumaat)
CERAMAH
Masa : 9:00 Malam
Tempat : Kubang Semang
Penceramah :
- YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
- YB Tian Chua
- YB Dato' Mustafa Ali
- YB Nga Kok Meng

30 Mei 2009 (Sabtu)
CERAMAH
Masa : 9:00 Malam
Tempat : Taman Guar Perahu
Penceramah :
- YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
- YAB Lim Guan Eng
- YAB Tan Sri Khalid
- YB Azmin Ali
- Sdr. Mohd Sabu

PRK Manek Urai : SPR umum tarikh penamaan dan undi.

Sebentar tadi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) mengumumkan tarikh penamaan calon untuk DUN Manek Urai pada 6 Julai dan pengundian pula pada 14 Julai.

SPR tentukan tarikh pilihan raya kecil Manek Urai hari ini

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bermesyuarat pagi ini menentukan tarikh pilihan kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Kelantan.

SPR akan mengumumkan tarikh menjelang tengah hari ini.

Kerusi berkenaan kosong berikutan kematian Ismail Yaacob Jumaat lalu.

Ismail, 60, daripada PAS memenangi kerusi Manek Urai sejak pilihan raya umum 1985 kecuali pada 2004. Pada pilihan raya umum ke-12, Ismail yang juga Timblan Yang Dipertua PAS Kuala Krai menewaskan Mohamed Zulkifli dari BN dengan majoriti 1,352 undi.

DUN Manek Urai terletak dalam kawasan Parlimen Kuala Krai yang turut terdiri daripada DUN Dabong, Guchil serta Mengkebang. Mstar.

Minum kopi percuma di Wisma DAP hari ini.

Program satu hari warna hitam dilancarkan pada malam tadi dengan pengumuman dari penganjur Program Puasa Sunat dan Mogok lapar apabila sepanjang hari ini semua pengunjung yang tidak puasa dan mogok di Restoran Nasi kandar Istana dilantai bawah Wisma DAP akan diberikan minum kopi percuma dari pagi sehingga ke petang sebelum berakhirnya program itu.