20 Ogos 2008

Kemerdekaan yang sebenarnya

“Dan barangsiapa yang taat kepada Allah dan rasulNya dan takut kepada Allah dan bertakwa kepadaNya, maka mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan” (QS. An-Nur: 52).

Setiap tahun tanpa rasa jemu dan bosan manusia di dunia ini merayakan diri sebagai manusia yang merdeka atau terbebas dari belenggu penjajahan termasuklah negara kita yang tercinta. Namun harus disedari bahawa amat banyak di antara kita yang masih terbelenggu di dunia ini dan masih tidak mencapai kemerdekaan yang hakiki. Sekurang-kurangnya mereka masih terbelenggu hawa nafsu dan belenggu ketidak taatan kepada Allah dan RasulNya.


Dalam suatu ayat Al-Quran, Allah menyebutkan bahwa hawa nafsu membawa manusia kepada kesesatan. Dengan demikian, jika hawa nafsu masih diperturutkan, maka itu petanda bahawa kita masih terbelenggu atau masih mampu didorong kepada kesesatan. Sehingga segenap ilmu pengetahuan yang kita miliki boleh dikatakan sia-sia, kerana belum membantu membebaskan diri kita dari kesesatan.


Kesesatan tentunya akan menyebabkan seseorang itu berada di jalan ketidaktaatan kepada Allah SWT. Sedangkan dalam ayat di atas dikatakan bahwa hanya mereka yang taat kepada Allah dan RasulNya yang dikatakan mendapat kemenangan yang sesungguhnya. Sebab, mereka mampu membebaskan diri dari ingkar kepada semua perintah Allah.


Memang membebaskan diri dari hawa nafsu bukanlah hal yang mudah. Mempertahankan ketaatan kepada Allah memerlukan usaha yang sungguh-sungguh. Oleh kerana itu, mempertahankan kemerdekaan diri dari hawa nafsu dan menjaga ketaatan kepada Allah memerlukan kerja keras secara berterusan dan sentiasa ditingkatkan.

Forum “Conversion to Islam”/“Memeluk Islam” – ISA Bukan Penyelesaian - Bhg 1


Maksud firman Allah SWT: “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut dan dia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Al-Baqarah:256)

Maksud firman Allah SWT: “... dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari agama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian) dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu dia mati sedangkan dia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat dan mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya (selama-lamanya).” (Al-Baqarah:217)
Malaysia Negara SEKULAR?
Ramai orang bertanya kepada saya apabila isu mengenai Islam dibincang dan dipersoalkan melalui forum awam atau wacana yang boleh menimbulkan sensitiviti. Yang terbaru forum bertajuk “Conversion to Islam: Article 121 (1A) of the Federal Constitution, Subashini and Shamala Revisited” yang dianjurkan oleh Majlis Peguam Malaysia (the Bar Council Malaysia) yang hanya sempat berlangsung kira-kira 1 jam sebelum ianya diberhentikan atas arahan PDRM kerana desakan sekumpulan kira-kira 500 orang Islam yang memprotes forum tersebut. Forum tersebut berlangsung di bangunan ibupejabat Majlis Peguam di Kuala Lumpur pada hari Sabtu lalu.

Sumpah keramat atau sumpah membawa sial ?

Sumpah keramat atau sumpah membawa sial , itulah yang pertama berligar dibenak pemikiran saya bila melihat Saiful bersumpah sambil memegang al Quran dihadapan Imam Mesjid Wilayah beberapa hari lepas.

Fikiran saya teringat kepada kalimat yang sentiasa keluar dari mulut orang Kelantan bila ada benda-benda aneh yang dilakukan seseorang terutama bila berkaitan aqidah Islam, terutama diperkampungan saya dilahir dan dibesarkan di Bachok. "nak kena panah litar dia nih" dengan maksud "boleh kena sambaran petir dia ni".

Saya terkejut dengan kegagalan beliau melafazkan skrip yang dihafalnya dengan betul dia dia mengucapkan wataalahi....dan diperbetulkan oleh tuan imam yang duduk disebelahnya.

Menjadi tanda tanya kenapakah ianya dilakukan sehari sebelum hari penamaan calon Permatang Pauh, begitu juga jawapan yang diberikan oleh Saiful mengenai perkara yang sama nampaknya semacam melepas batuk ditangga.

Bagi empunya diri tentunya dia merasakan sumpahnya membawa sesuatu natijah yang baik dan rakyat percaya dengan apa yang dilakukan. Kalau tidak masakan dia sanggup melakukannya perkara besar dan yang akan membawa resiko yang besar pada dirinya atau orang lain yang dituduhnya.

Namun sebaliknya sumpah ini saya rasakan banyak membawa sial . Buktinya saiful sudah menghilang dan nampak mula takut untuk bertemu dengan warawan dan keluar kekhalayak ramai. Walaupun desas desus yang saya dengar semasa berlangsung muktamar dari beberapa pihak si Saiful nak keliling semua mesjid di Permatang Pauh untuk bersumpah perkara yang sama.

Berita Harian hari ini melaporkan Saiful melarikan diri daripada wartawan yang menunggunya selesai memberikan keterangan dipercayai berhubung dakwaan liwat di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini, tengah hari ini.

Beliau dipanggil pegawai siasatan Jaip dipercayai berhubung dakwaan liwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mohd Saiful yang keluar melalui pintu belakang jam 1.15 tengah hari, terus menaiki Proton Waja yang sedia menunggunya dan dipecut laju.

Kalaulah dia dipihak yang benar, silakan beri keterangan dan penjelasan kepada wartawan yang sudah lama menunggu.

Sedangkan DS.Anwar Ibrahim saban malam berkempen mempertahankan dirinya yang difitnah sedemikian rupa.

Kelab Penyokong PAS akan diangkat sebagai sayap parti

IPOH, 18 Ogos (Hrkh) - Pertambahan Kelab Penyokong PAs di negeri-negeri dan penyertaan yang begitu ramai golongan bukan Islam menjadsi ahli kelab penyokong menandakan masyarakat bukan Islam kini sudah yakin dengan perjuangan PAS.

Justeru, sudah sampai masanya Kelab Penyokong PAs diangkat statusnya sebagai sayap parti, seperti Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Dewan Ulama.

Sehingga kini lebih 10,000 orang bukan Islam telah menyertai Kelab Penyokong PAS di seluruh negara dan angka ini dijangka bertambah dari semasa ke semasa.

Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang berkata demikian dalam satu sidang media selepas selesainya Muktamar PAS kali ke-54 di Stadium Indera Mulia semalam.

Kelab penyokong PAS akan ditingkatkan tarafnya sebagai dewan dan langkah-langkah sedang diteliti bagi membolehkan Kelab Penyokong PAS diangkat ke peringkat yang lebih baik.

"PAS Pusat telah mencadang ahli Kelab Penyokong PAS dilantik sebagai senator di negeri-negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat, tetapi negeri-negeri berkenaan belum lagi melantik senator dari kalangan Kelab Penyokong PAS kerana Kerajaan Negeri cuma mempunyai dua kuota sahaja untuk jawatan Senator," katanya.

Namun begitu kata Ustaz Abdul Hadi, ahli-ahli Kelab Penyokong PAS ada yang telah dilantik sebagai Ahli Majlis Perbandaran.

Sebelum itu Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pusat, Hu Pang Chaw mencadangkan PAS meminda perlembagaannya untuk membolehkan dewan itu ditubuhkan.

"Kita berharap dewan baru tersebut boleh menjadi salah satu sayap parti. Ini boleh mewujudkan senario baru untuk memberi ruang ahli menyatakan pandangan mereka.
"Oleh itu jawatankuasa teknikal boleh diwujudkan bagi memikirkan perkara itu," katanya.

Hu Pang Chaw berkata, keahlian Kelab Penyokong PAS semakin meningkat dan akan dikembangkan ke Sabah tidak lama lagi.

Beliau juga mencadangkan kerajaan Kedah melantik pegawai yang tahu berbahasa Cina dan Tamil bagi memantau berita yang disiarkan media bukan Melayu.

Mengenai muqabalah, beliau memberitahu muqabalah akan diteruskan dari semasa ke semasa untuk kepentingan negara.

Beliau yakin ahli parti dapat memahami muqabalah, kerana itu tidak perlu PAS Pusat turun ke bawah bagi menerangkannya kepada akar umbi.

Krisis ketuanan Melayu

Apa yang Melayu masih ada...Hak-hak istimewa orang Melayu adalah dibawah perlindungan Yang di-Pertuan Agung. Merujuk kepada perjanjian lama, hak-hak orang Melayu adalah seperti berikut:

1. Tanah untuk Orang Melayu
Hak untuk orang Melayu mendapat tanah dengan kebenaran oleh Kerajaan Negeri (kerana pembukaan tanah adalah dibawah kawal-selia Kerajaan Negeri). Kerajaan Negeri boleh membuka tanah khas untuk Melayu dengan syarat Kerajaan Negeri juga memperuntukan pembukaan tanah bagi orang ramai(bangsa lain?) yang serupa, luas tanah untuk orang Melayu tidak boleh melebih luas tanah orang ramai. Tanah milik orang bukan Melayu tidak boleh diambil untuk tujuan orang Melayu.

2. Jawatan dalam Kerajaan
Jawatan-jawatan kanan dalam Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, mestilah diperuntukan pada nisbah yang tertentu untuk orang Melayu dan orang bukan Melayu.

3. Peruntukan biasiswa
Peruntukan biasiswa atau bantuan yang lebih banyak untuk kepada penuntut-penuntut Melayu daripada penuntut-penuntut bukan Melayu.

4. Bantuan Ekonomi
Peraturan hendaklah dibuat untuk membolehkan orang Melayu mendapat lesen-lesen atau kebenaran-kebenaran tertentu bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti perusahaan dan aktiviti ekonomi lain.

Siapa yang menghancurkan dan memperkotak-katikkan bangsa Melayu...

Apa yang Melayu tinggalkan......Perlu diingat bahawa pada waktu perlembagaan negara digubal, istilah "Malaysia" belum wujud. Apa yang wujud adalah Persekutuan Tanah Melayu. Pada tahun 1961, Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman mencadangkan pembentukan "Malaysia" - dan cadangan itu menjadi realiti pada 16 September 1963. Hilanglah Melayu.
Apa yang Melayu tinggalkan.....31 Ogos 1970, Rukun Negara dan Rukun Tetangga diperkenalkan. Pada tahun ini juga, Dasar Pelajaran Kebangsaan dilaksanakan di mana "Bahasa Melayu" yang menjadi bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan mula dikenali sebagai "Bahasa Malaysia". Hilanglah Melayu.

Apa yang Melayu tinggalkan....orang Melayu dan kaum bumiputera lain untuk sekian lama telah banyak menerima bantuan, keistimewaan serta perlindungan daripada kerajaan dalam pelbagai aspek. Yang penting dalam minda orang Melayu, terdapat jaminan dalam bentuk subsidi atau hak istimewa bagi mereka sekiranya mereka menghadapi halangan dan masalah. Namun kini, subsidi dan insentif bukan lagi diterima oleh orang Melayu sahaja malah semua sektor termasuk industri perkilangan, perumahan, pengangkutan dll cuma kita je yang tak perasan....hilanglah Melayu.

Apa yang Melayu tinggalkan....Mesyuarat Kali Ke-60 Majlis Tanah Negara (MTN) yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak telah meluluskan untuk meminda Enakmen Rizab Melayu (ERM) bagi membolehkan Tanah Rizab Melayu dipajakkan kepada bukan Melayu untuk tempoh 60 tahun....tanah digadai, pemilik tanah Melayu cuma jadi proksi bangsa lain..hilanglah Melayu.

Apa yang Melayu tinggalkan....pengambilalihan tanah orang-orang Melayu dalam projek mega ECER mungkin akan dibuat dalam bentuk wang tunai dan bentuk lain, dan yang pertama lebih menjadi pilihan kepada pemilik tanah.

1. Tanah milik Melayu digunakan untuk projek ppembukaan jalan baru serta projek-projek lain.
2. Orang Melayu dapat duit banyak alamatlah..kereta besar, rumah besar, semua hutang, kemudian apa akan jadi...fikirkanlah sendiri. Hilanglah Melayu.

Apa yang Melayu tinggalkan....Majlis Raja-Raja Melayu merupakan sebuah badan rasmi yang ditubuhkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan Malaysia sebagai tempat bagi Raja-Raja dan Yang di-Pertua - Yang di-Pertua Negeri bertemu dan berbincang. Dalam beberapa perkara yang tertentu, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kerajaan supaya memperolehi nasihat daripada Majlis Raja-Raja. Majlis ini merupakan kuasa tertinggi dalam hal ehwal Islam di Malaysia...masih tak hilang lagi Melayu.

Apa yang Melayu tinggalkan.....Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu telah diharamkan oleh mahkamah pada 4 Februari 1988. Dr Mahathir telah mendaftar satu pertubuhan baru dengan nama UMNO Baru pada 13 Februari 1988. Pertubuhan yang asal telah diharamkan, bermakna pertubuhan untuk orang Melayu telah terkubur..hilanglah Melayu

Apa yang Melayu tinggalkan.....Dasar Ekonomi Baru yang memperjuangkan 30% equiti orang melayu di dalam ekonomi negara kini hanya tinggal kata-kata sahaja. Kita hanya capai kalau tak silap 15%-20% sahaja sudah tiada lagi kedengaran, ibarat berita lapuk. Kayanya sebahagian perompak-perompak termasuk pemimpin rasuah yang ada hari ni. orang bawahan yang terlopong...apa kes. Hilanglah Melayu.

Apa yang Melayu tinggalkan....24 Julai 1958, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Almarhum Tuanku Abd Rahman Ibni Almarhum Tuanku Mohamad telah berkenan mengurniakan gelaran 'Diraja' kepada Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu. Mulai dari saat itu pasukan polis dikenali dengan nama "Polis Diraja Persekutuan" atau "The Royal Federation of Malayan Police" dan pada 1963 ditukar kepada Polis Diraja Malaysia. kok sedih bangat ni...hilanglah Melayu.

Apa yang Melayu tinggalkan....Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) adalah Kor Infantri yang telah ditubuhkan pada 1 Mac 1933. Rejimen Askar Melayu DiRaja bersama-sama dengan Rejimen Renjer DiRaja merupakan pasukan tempur infantri di dalam Tentera Darat Malaysia. Ini masih ada lagi, satu-satunya perkhidmatan awam yang paling ana respect sekali. Masih ada Melayu.

Apa yang Melayu tinggalkan.....Keretapi Tanah Melayu Berhad merupakan pengendali kereta api utama di Semenanjung Malaysia. Dahulunya ia dikenali sebagai sebuah agensi di bawah Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu, ia kini dikenali sebagai KTMB berikutan kesan kempen pengkorporatan yang diterajui kerajaan pada tahun 1992. Apa yang Melayu tinggalkan.....Perkampungan Melayu yang mewarnai ibu kota termasuk Kampung Haji Abdullah Hukum, Kampung Baru, Kampung Datuk Keramat, Kampung Batu Muda, Kampung Pandan, Kampung Kerinchi, Sungai Pencala dan Ulu Klang. Masih ada belum terjejas lagi..masih ada Melayu.

Apa yang Melayu tinggalkan....HANYA ada dua orang Melayu dalam senarai 10 paling kaya di Malaysia, iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhkary dan Tan Sri Azman Hashim manakala Raja Gula Tan Sri Robert Kuok Hock Nien kekal sebagai orang paling kaya di Malaysia jauh meninggalkan pesaing terdekatnya, T. Ananda Krishnan, (Malaysian Business 2008).

Kesian Melayu.Jadi..rasanya inilah apa yang Melayu tinggal kini...seni dan permainan seperti joget lambak, tarian zapin, mak inang, dikir barat manakala permainan pula ialah congkak, batu seremban, cak limpung dan sepakraga untuk menghibur hati orang-orang Melayu..Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa "hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah"."Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri" (Ar-Ra'ad; ayat 11)...renung-renungkanlah....nekadislam