06 November 2013

Pemuda PAS Malaysia selar kenyataan Karpal.

2 Muharram 1435H. [MOD] -

Dewan Pemuda PAS Malaysia menyelar kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang meminta parti berasaskan kaum dan agama dibatalkan pendaftaran atau diubah suai. Kami boleh bersetuju jika parti berteraskan bangsa dan perkauman tidak dibenarkan, tetapi jika mempertikaikan perjuangan PAS yang berteraskan agama Islam, kami merasakan ianya satu kenyataan yang melulu dan tidak bertanggungjawab kerana ianya tidak perpaksi kepada realiti sebenar.

Harga Gula Turun Hanya Waktu Pilihanraya

2 Muharram 1435H. [MOD] -

Tahniah kepada PAS Kedah dan pengundi DUN Sungai Limau kerana telah berjaya mengekalkan kerusi DUN Sungai Limau semasa pilihanraya kecil yang lalu.  Semasa pilihanraya kecil DUN Sungai Limau harga gula diturunkan sehingga RM1 sekilo. Walaupun kerajaan telah menghentikan subsidi gula sebanyak 34 sen dengan alasan untuk mengelakkan penyakit diabetes (kencing manis) tapi semasa  pilihanraya kecil (PRK) Sungai Limau gula dijual dengan harga yang murah.

Sungguh beruntung penduduk di Sungai Limau kerana dapat membeli gula dengan harga murah. Mengapa hanya semasa kempen PRK Sungai Limau kerajaan dapat menurunkan harga gula tetapi selepas itu harga gula naik semula seperti biasa.

Karpal Harus Tarik Balik Kenyataan, Mohon Maaf - Dewan Pemuda PAS Wilayah


2 Muharram 1435H. [MOD] -

PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS meminta Pengerusi DAP, Karpal Singh untuk menarik balik dan memohon maaf secara terbuka kepada PAS mengenai cadangannya supaya parti politik atau persatuan yang berasaskan kaum dan agama termasuk PAS dibatalkan pendaftaran.
"Kami, dari Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, berharap Karpal akan menarik balik kenyataannya dan memohon maaf secara terbuka terutamanya kepada PAS. Kami tidak mahu hubungan dalam Pakatan Rakyat terjejas," kata Ketua Pemudanya, Kamaruzaman Mohamad dalam satu kenyataan pada Rabu.

Pemilik Taska Permata Harapan, Taman Melati Diminta Serah Diri


2 Muharram 1435H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Polis pada Rabu meminta pemilik Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) Permata Harapan di Taman Melati dekat sini, yang didakwa mendera kanak-kanak yang diasuhnya, supaya menyerah diri secepat mungkin bagi membantu siasatan.
Wanita itu yang dikenali sebagai Rozita Awang, 35, telah menghilangkan diri selepas seorang bapa membuat pendedahan itu kepada media pada 1 November lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata siasatan awal mendapati wanita itu mempunyai enam anak dan suaminya, pemandu teksi.

2,753 laman web disekat dalam tempoh Januari-Oktober lalu

2 Muharram 1435H. [MOD] -

CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyekat 2,753 laman web yang melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan undang-undang lain dalam tempoh Januari hingga Oktober tahun ini. 


Ketua Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan Industri SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin, berkata daripada jumlah itu, sebanyak 2,611 ialah laman 'Phishing' (laman web bank palsu); kandungan lucah (103); dan kandungan yang melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (10).

Dengarlah keluhan para guru

2 Muharram 1435H. [MOD] -

Dua minggu lagi cuti sekolah bermula.

Biasanya guru-guru cukup gembira dengan percutian ini kerana mereka mempunyai masa untuk berehat dan bercuti bersama keluarga.

Tapi kali ini kegembiraan tersebut suram kerana ramai dari mereka tertekan dengan sistem baru yang digunakan oleh Kementerian, iaitu Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Raja Iskandar bertanding Timbalan Ketua Pemuda


2 Muharram 1435H. [MOD] -
Harakahdaily,06 Nov 2013
KUALA LUMPUR: “Saya mengharapkan penerimaan pencalonan untuk jawatan Timbalan Ketua dan serahkan kepada perwakilan kelak,” ujar Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss.

Menurutnya, setelah menerima makluman daripada Jawatankuasa Pemilihan PAS tentang pencalonan yang telah diterima daripada Dewan Pemuda PAS kawasan-Kawasan, beliau akur dengan setiap pencalonan yang telah diberikan kepadanya.

Beliau telah menerima untuk ketiga-tiga jawatan tertinggi Dewan Pemuda PAS Malaysia bagi jawatan Ketua, Timbalan Ketua dan Naib Ketua.

Gempa 5.1 pada skala Richter landa Kepulauan Ryukyu, Jepun

2 Muharram 1435H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter berlaku di Kepulauan Ryukyu di Jepun pada 9.13 pagi hari ini. 

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, garis pusat gempa itu ialah di 104 kilometer timur laut Naha di Jepun dan 2,535 kilometer timur laut Kudat di Sabah. 


Ia tidak mendatangkan ancaman tsunami. - BERNAMA 

Kebijaksanaan Presiden Morsi

Photo: ‎KEBIJAKSANAAN PRESIDEN MORSI   Dialog hakim dan Dr Mursi di Mahkamah.  Hakim : Kenapa kamu tidak memakai pakaian penjara?!  Mursi : Aku dipenjara ke?  Hakim : Ya, kamu kan dipenjara!  Mursi : Baik, kamu tahu saya dipenjarakan dimana?  Hakim : Persidangan ditangguhkan.  *Mereka terperangkap dengan soalan yang hampir membongkarkan lokasi rahsia Presiden Mursi disembunyikan selama ini.  Sumber : نبض النهضة #mesirkini #R4BIA‎2 Muharram 1435H. [MOD] -
www.facebook.com/MesirKini,05 Nov 2013
KEBIJAKSANAAN PRESIDEN MORSI

Dialog hakim dan Dr Mursi di Mahkamah.

Hakim : Kenapa kamu tidak memakai pakaian penjara?!

Mursi : Aku dipenjara ke?

Hakim : Ya, kamu kan dipenjara!

Mursi : Baik, kamu tahu saya dipenjarakan dimana?

Hakim : Persidangan ditangguhkan.

*Mereka terperangkap dengan soalan yang hampir membongkarkan lokasi rahsia Presiden Mursi disembunyikan selama ini.

Sumber : نبض النهضة
#mesirkini
#R4BIA

Takziah buat keluarga Allahyarham Suhaimi Said


2 Muharram 1435H. [MOD] -
Harakahdaily,06 Nov 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Suhaimi Said, Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal PKR yang kembali ke rahmatullah semalam.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, DPPM menganggap pemergian allahyarham ke rahmatullah adalah suatu kehilangan kepada perjuangan menegakkan keadilan dan kebenaran di negara ini. 

Menurutnya, sukar bagi generasi baharu untuk mencari bintang terbilang yang telah mengorbankan segala-galanya untuk perjuangan rakyat di negara ini.

PRK Sg Limau: Projek dijanji macam air sejuk


2 Muharram 1435H. [MOD] -
Harakahdaily,
06 Nov 2013
KUALA LUMPUR: Para pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau layak diberikan ucapan tahniah dan pujian kerana walaupun ditabur dengan pelbagai habuan material dan janji projek bernilai lebih RM15 juta, 12, 069 daripada mereka masih memberikan undi untuk calon PAS, Ustaz Mohd Azam Abd Samat.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad ketika mengulas keputusan PRK Sungai Limau menyifatkan mereka sebagai "pengundi kaya jiwa walaupun miskin harta" meskipun ditawar pelbagai habuan termasuk kambing dan anak ayam.

AS tawar AS$5 juta tangkap Raja Dadah Mexico

2 Muharram 1435H. [MOD] -
AS tawar AS$5 juta tangkap Raja Dadah MexicoRafael Caro Quintero, dilihat di penjara Guadalajara pada 2005, dibebaskan pada Ogos lalu. - Foto AFP
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) hari ini menawarkan AS$5 juta sebagai hadiah untuk menangkap raja dadah yang dibebaskan di Mexico selepas menjalani hukuman penjara 28 tahun kerana membunuh ejen Amerika. 

Calon SPM rebah, meninggal dunia selepas 30 minit jawab soalan

2 Muharram 1435H. [MOD] -

KOTA BAHRU: Seorang calon yang menduduki hari pertama peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia di Sekolah Menengah Agama (SMA) Saniah, Pasir Puteh, dekat sini dilaporkan rebah dan meninggal dunia selepas kira-kira 30 minit menjawab soalan, pagi ini.

Pelajar terbabit dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Syarikat Keselamatan Beri Senjata Api Kepada Pengawal Sebelum Dapat Permit Polis

2 Muharram 1435H. [MOD] -

PETALING JAYA: Sesetengah firma keselamatan menggaji pengawal mereka tanpa menunggu kelulusan polis yang memberikan permit bagi membolehkan pengawal keselamatan membawa dan menggunakan senjata api.
Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazarene berkata, peraturan menetapkan syarikat perlu memohon lesen senjata api terlebih dahulu.

Seramai 470,395 Calon Duduki SPM Hari Ini


2 Muharram 1435H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Seramai 470,395 calon menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 di 3,616 pusat peperiksaan di seluruh negara bermula hari ini (Rabu) hingga 5 Disember depan.
Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan (KPM), daripada jumlah itu seramai 415,509 calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.

150 askar Bangladesh dijatuhi hukuman mati

2 Muharram 1435H. [MOD] -


Anggota Raifal Bangladesh (BDR) diiringi meninggalkan mahkamah selepas hukuman dijatuhkan ke atas mereka. - Foto AFP

Semua sabit kesalahan menderhaka pada 2009

Dhaka: Mahkamah Bangladesh semalam menjatuhkan hukuman mati ke atas 150 anggota tentera dan memenjarakan beratus-ratus yang lain, atas kesalahan menderhaka berikutan peranan mereka dalam pemberontakan yang mengorbankan ramai pegawai atasan pada 2009.

Mesir tidak patut halang Osama Morsi ke Malaysia

2 Muharram 1435H. [MOD] -
SHAH ALAM:Kerajaan Mesir digesa membenarkan anak mantan Presiden Mesir yang digulingkan, Osama Morsi(gambar) untuk ke luar negara bagi menyambung pelajarannya di Malaysia.

Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty, berkata tindakan menghalang keluar dari Mesir itu adalah bertentangan dengan prinsip Undang-Undang Antarabangsa dan Hak Asasi Manusia.

Salahuddin tarik diri tanding Timbalan Presiden

2 Muharram 1435H. [MOD] -
KUALA LUMPUR:Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS pada pemilihan parti sempena muktamar yang bermula 22 hingga 24 November ini.

Menyatakan hal itu kepada Harakahdaily, beliau memaklumkan tiada keperluan untuk beliau bertanding jawatan nombor dua parti itu setakat ini.

"Saya merasakan tidak ada keperluan untuk saya buat masa ini untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada kawasan-kawasan yang telah mencalonkan saya untuk jawatan ini dan terharu diatas kepercayaan yang sangat bermakna kepada perjuangan saya selama ini," katanya.

PAS bantah kenyataan Karpal

2  Muharram 1435H. [MOD] -

PAS membantah kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Karpal Singh yang meminta parti yang berasaskan kaum dan agama tidak boleh dibenarkan, dan menganggap ianya serius dan membahayakan.

PAS sangat kesal dengan kenyataan yang tidak berasas ini, yang memperlihatkan betapa Karpal gagal tidak memahami perjuangan PAS.Apakah bahaya perjuangan PAS bagi masyakarat majmuk di Malaysia?