06 November 2013

Raja Iskandar bertanding Timbalan Ketua Pemuda


2 Muharram 1435H. [MOD] -
Harakahdaily,06 Nov 2013
KUALA LUMPUR: “Saya mengharapkan penerimaan pencalonan untuk jawatan Timbalan Ketua dan serahkan kepada perwakilan kelak,” ujar Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss.

Menurutnya, setelah menerima makluman daripada Jawatankuasa Pemilihan PAS tentang pencalonan yang telah diterima daripada Dewan Pemuda PAS kawasan-Kawasan, beliau akur dengan setiap pencalonan yang telah diberikan kepadanya.

Beliau telah menerima untuk ketiga-tiga jawatan tertinggi Dewan Pemuda PAS Malaysia bagi jawatan Ketua, Timbalan Ketua dan Naib Ketua.

Sehubungan itu, beliau sungguh menghormati setiap percalonan jawatan-jawatan  tersebut dan mengucapkan jutaan terima kasih atas kepercayaan yang telah diberikan.

“Saya telah serahkan jawapan rasmi saya bagi pemilihan pada kali ini dan saya sahkan telah menolak pencalonan bagi jawatan Ketua dan Naib Ketua bagi memberikan laluan kepada orang lain,” ujarnya dalam satu kenyataan.

No comments: