26 Jun 2021

(( LIVE )) SOLIDARITI UMMAH BANTAH SUHAKAM: ISU KAJIAN MENGIKTIRAF THIRD GENDER


Susulan tindakan Suhakam menjalankan satu kajian mengiktiraf 'third gender', Gerakan Pembela Ummah-UMMAH mengambil sikap tegas membantah dan menganjurkan solidariti bersama tokoh-tokoh tanah air.
Bantahan ini bertujuan meningkatkan kesedaran seluruh rakyat Malaysia agar bangkit bersama mempertahankan keharmonian, perlembagaan, dan agama tanah air.

Kerajaan bakal umum pemberian moratorium, i-Sinar.


SHAH ALAM - Kerajaan bakal mengumumkan dalam waktu terdekat mengenai pemberian moratorium dan i-Sinar dalam waktu terdekat.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, perbincangan sudah dilakukan bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan agensi-agensi berkaitan.

Henti sebar khabar angin LTSAAS dijual

 Hantaran Kamaruzaman di Facebook

SHAH ALAM - Penyebaran khabar angin mengenai penjualan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) perlu dihentikan segera.

Ketua Penerangan Pas, Kamaruzaman Mohamad berkata, Menteri Kewangan dan Menteri Pengangkutan menerusi kenyataan media telah menjelaskan bahawa LTSAAS kekal sebagai operator di bawah Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB).

Keputusan STPM diumum 1 Julai


PUTRAJAYA: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2020 akan diumumkan pada 1 Julai ini, demikian menurut Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

MPM berkata, calon boleh mendapatkan keputusan mereka pada tarikh berkenaan mulai 12 tengah hari melalui semakan dalam talian di pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK.

Hari Dadah Antàrabangsa

Sindiket vaksin palsu di dua bandar India tumpas

 

MUMBAI - Polis India pada Jumaat melancarkan siasatan di dua bandar selepas mendakwa ribuan disuntik dengan vaksin palsu Covid-19.

Menurut pihak berkuasa di Mumbai, seramai 10 individu termasuk dua doktor di sebuah hospital swasta yang terlibat sindiket penipuan menyasarkan penduduk di kompleks perumahan kelas atasan di hab kewangan itu telah ditahan.

'Total lockdown' berjaya elak malapetaka: Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR- 'Total lockdown' yang dilaksanakan kerajaan berjaya mengelakkan 'malapetaka' seperti yang diunjurkan sebelum ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, negara sebelum ini berdepan risiko kenaikan kes jangkitan sehingga 13,000 kes pada 14 Jun.

268,604 suntikan sehari petanda positif kejayaan PPN

 

PPV MINES International Exhibition & Convention Centre yang mula beroperasi 14 Jun lalu mampu mengendalikan proses suntikan sehingga 10,000 sehari.

KUALA LUMPUR: Pemberian vaksin harian yang melepasi 250,000 suntikan bagi tiga hari berturut-turut adalah petanda positif kepada kejayaan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Pakar kesihatan komuniti, pengurusan hospital dan kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh, berkata ia menunjukkan kerajaan peka dengan suara rakyat dan mengambil maklum mengenai saranan pakar.