04 Ogos 2010

Debat Rakyat, Siapa Pembohong ?

23 Syaaban 1431H.

Kenyataan Media Drs. Khalil Idham Lim.

Saya sangat tertarik dengan ucapan berulang kali oleh MB Kudeta Perak di dalam Sidang DUN Perak kelmarin mengenai kesediaan dan minat nya untuk berdebat secara terbuka dengan pimpinan Pakatan Rakyat.

Saya kira ucapan tersebut didengari oleh semua yang berada di dalam dewan dan tercatat dalam hand set sidang yang dipengerusikan oleh seorang yang mengaku sebagai speaker iaitu Ganesen. Kerana itu saya berminat untuk mengeluartkan beberapa kenyataan :-

1. Sebagai Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak dan Ketua Penerangan PAS Perak, saya dengan ini menegaskan kesedian untuk menyahut cabaran Zambry untuk berdebat dengan mana-mana pimpinan Pakatan Rakyat.

2. Saya boleh mengatur satu debat yang dimaksudkan sebagai medan untuk memberi peluang kepada Zambry menjawab kononnya fitnah dan pembohongan yang dilakukan oleh pimpinan Pakatan Rakyat dalam ceramah kami. Yakinnya Zambry dengan tohmahan itu dengan katanya kami kena bertanggung jawab di hadapan Tuhan. Sekiranya itulah dakwaan Zambry, saya mengulagi cabaran DS. Nizar di dalam dewan kelmarin, sekiranya dia "anak jantan" sila sahut cabaran ini dan nyatakan dimanakah pembohongan Pakatan Rakyat dalam debat itu.

3. Ataupun pihak Zambry boleh mengatur di mana dan tempat pilihannya sendiri dan kami akan datang untuk berdebat. Saya kira Stadium Perak cukup luas untuk menampung kehadiran semua rakyat Perak dalam debat tersebut, dan bolehlah disiarkan secara langsung dalam media BN.

4. Namun begitu saya ingin tegaskan sikap bacul dan penakut BN sebenarnya terserlah dan perlu diketahui oleh rakyat Perak, bermula dengan merampas kuasa dan menafikan demokrasi sehinggalah pada sidang kelmarin di mana walaupun Zambry berkata suka berdebat namun dia telah menghadkan dewan bersidang untuk waktu sehari sahaja. Tindakan menghadkan ketua pembangkang untuk bercakap dalam tempoh yang panjang sebagai mana amalan biasa dalam sidang DUN sebelum dari ini, atau dimana-mana sidang Parlimen dan DUN di setiap negeri di Malaysia, adalah menefistasi dari ketakutan BN untuk mendengar segala hujah dan fakta dari ADUN Pakatan Rakyat.

5. Sebaliknya mengambarkan juga ADUN BN tidak punya modal untuk berbahas melainkan memuji dan memuja langkah menambah bajet sebanyak RM 80 juta . Semuanya ADUN BN yang berbahas kelmarin nampaknya dalam nada yang sama dan tidak punya modal.

6.Dakwaan Zambry dan ADUN BN bahawa DS. Nizar berceramah dalam dewan adalah disangkal. Andaian tersebut bagi saya hanya keluar dari mulut orang yang terdesak dan takut untuk mendengar.

7. Saya akan menunggu jawapan dari Zambry dan bersedia untuk berbincang lebih lanjut mengenainya dengan sesiapa sahaja yang mewakilinya bagi menjayakan debat yang saya namakan " Debat Rakyat, Siapa pembohong ?"

4 Ogos 2010

DRS. KHALIL IDHAM LIM
Ketua Penerangan PAS Perak/
Ketua Sekretariat PR Perak.

TEKS PERBAHASAN ADUN TITI SERONG/ 3 OGOS 2010.

22 Syaaban 1431H.

Berikut ini saya siarkan teks ucapan saya yang telah disiapkan untuk dibaca dalam sesi perbahasan sidang DUN pada hari ini. Ternyata sidang DUN sekali ini cacat dan tidak berfungsi apabila masa perbahasan untuk Ketua Pembangkang dihadkan kepada 15 minit oleh pengerusi sidang, sehingga membawa kepada arahan oleh pengerusi kepada ADUN Pasir Panjang, DS. Nizar untuk keluar dewan dan kami semuanya mengadakan protes dengan semuanya meninggalkan Dewan.

Sebelum itu Ganesan juga mengesahkan sidang hanya akan berlangsung pada hari ini dan mendapat bantahan dari ADUN Pakatan Rakyat. Tindakan Ganesan mengantung DS. Nizar ternyata menyalahi peraturan kerana ianya hendaklah dibawa dahulu ke JK Kak dan Kebebasan Dewan terlebih dahulu setelah mendapat usul mengenainya.

Pengerusi majlis mesyuarat, Sidang Dewan Sekalian.

Titi Serong berminat untuk membahaskan sama mengenai tambahan bajet perbekalan yang dikemukan oleh kerajaan pada siding kali ini.

Terlebih dulu saya ingin membantah tindakan mengundang pihak luar untuk menjaga keselamatan DUN Perak sejak rampasan kuasa pada 6 Feb 2009. Sidang yang berlaku sejak dari tarikh itu sehinggalah pada tarikh ini kelihatan tidak lepas dari pengunjung luar yang tidak sepatutunya berada dalam dewan.

Bukankah dewan yang mulia ini sudah belalu sebanyak 11 penggal dengan sidang yang aman dan tenteram dengan kawalan dari bentara dewan bykannya dari pihak luar yang tidak sepatutnya dijemput berada dalam dewan ini. Inilah bukti ketakutan kepada BN untuk berhujah dengan ADUN PR dan demi mempertahan kerajaan negeri yang dicurinya dengan membeli wakil rakyat.

Saya juga ingin melahirkan rasa dukacita apabila semua permohonan dari pihak luar untuk hadir menjadi pemerhati dalam sidang ini ditolak, dan saya ingin mendapat pengesahan adakah benar permohonan dari pakatan Rakyat semua ditolak sedangkan permohonan dari ADUN BN dibenarkan. Bermaksud pada hari ini hak rakyat untuk datang mengikuti sidang telah dinafikan, dan keadaan ini telah berlaku sejak BN merampas kuasa pada 6 Feb 2009.

Begitulah tujuan galeri dan dewan yang selesa ini dibina pada satu masa dulu semasa mantan MB dari BN, Saya yakin untuk keselesaan ADUN dan mempunyai ruang yang cukup untuk pemerhati hadir bagi menyaksikan sidang.

Malah semasa PR berkuasa di Perak kita telah melakukan siaran langsung sepanjang sidang melalui internet, bagi memberi peluang kepada rakyat mengikuti sidang secara lebih dekat.

Rakyat dibenarkan untuk hadir bagi menjadi pemerhati selagi kad pelawat masih ada, ianya dibenarkan oleh petugas bahagian dewan, dan saya tegaskan tindakan PR pada masa itu adalah meneruskan kerja baik yang ditinggalkan oleh BN dalam soal pengendalian Sidang DUN dengan dibantu oleh Setiausaha Dewan dan para pegawai dibangunan ini seluruhnya yang berpengalaman. Tanpa pengalaman mereka kami tidak mampu mengadakan sidang dengan baik.

Namun kenapakah bila BN kembali merampas kuasa pada 6 Feb 2009 dewan ini sudah tidak berfungsi dan tidak lagi mengguna pakai peraturan yang sedia ada dengan pencerobohan pihak luar dan panafian hak rakyat untuk hadir menjadi pemerhati.

Berhubung dengan bajet tambahan yang dibentangkan , saya ingin mempersoalkan beberapa perkara sehingga bagi saya terdapat beberapa kepincangan dalam mengurus tadbir kewangan negeri Perak sehingga menyebab kan kas wang negeri susut dengan cepat malah tidak mencukupi walaupun tahun kewangan masih belum berakhir.

Belanjawawan yang berhemat dan seimbang tidak lain apabila kerajaan negeri dapat mengurus bajet yang ada dengan baik sehinggalah ianya berakhir pada setiap tahun.
Dalam soal ini saya sangat yakin dengan kemampuan pegawai-pegawai kerajaan yang telah mencadangkan satu urus tadbir kewangan yang lengkap sebagai cadangan bagi bajet 2010 yang belangsung. Segala perkiraaan pengunaan kewangan kerajaan negeri saya yakin telah diambil kira seluruhnya.

Namun sekiranya ianya tidak mencukupi , saya melihat dan khuatir disebabkan kerakusan pemimpin BN yang menerajui kerajaan negeri menggunakannya tanpa had , malah dilihat membazir.

Antaranya satu ingin bertanya dan mempersoalkan satu rombongan yang membawa sekitar 25 orang termasuk di sana 11 Pegawai Tadbir Agama (PTA) dilihat dengan satu tujuan kononnya untuk “brainwash” mereka yang tidak mesra BN, namun rencana MB untuk hadir ditangguhkan kerana bertembung dengan program lain. Pakej Jakarta Bandung tersebut ternyata membazir wanag rakyat, walaupun tindakan “brainwash” itu boleh dilakukan di Malaysia malah di Perak sendiri.

Saya juga ingin mendapat pengesahan kepada satu rombongan Umrah yang ada kaitan dengan Yayasan Perak yang berangkat pada 1 ogos lepas. Rombongan 44 orang itu dikatakan berjumlah 44 orang dan akan menyusul sekurang-kurang dua rombongan lagi. Saya memohon penjelasan kerajaan adakah semua biaya rombongan itu dibiayai sepenuhnya dengan wang kerajaan alias wang rakyat, dan apakah kewajaran mereka diberikan pakej percuma dan jumlahnya sangat besar.

Biasanya mereka yang diberikan pakej percuma adalah dikalangan pemenang musabaqah Al Quran dan penyandang tokoh dakwah atau maal hijrah.

Saya juga mendapat maklumat satu rombongan ketua-ketua kampong dari DUN Behrang yang diberikan pakej pelancongan ke Medan dari jumaat sehingga ahad lepas (30 july hingga 1 Ogos), .Apakah ini juga adalah menggunakan biaya wang kerajaan negeri , saya mohon penjelasan dari pihak kerajaan.

Beberapa contoh sementara tadi, memperlihatkan betapa borosnya kerajaan Perak pada masa sekarang berbelanja, bukan untuk rakyat tetapi untuk menyeronokkan pihak tertentu demi kepentingan politik sempit UMNO dan BN.

Jika benar dakwaan saya tadi, Saya tidak 100 peratus menyalahkan mereka yang pergi namun menyalahkan pihak yang meluluskan peruntukan yang tidak sepetutnya itu sekiranya, maka saya mohon penjelasan dari pihak kerajaan.

MB juga dilihat sangat kerap mengadakan lawatan keluar Negara dengan tujuan untuk menarik pelabur ke Perak dan juga dengan tujuan untuk mempertahankan rampasan kuasa dihadapan pelajar Malaysia dan perak di Mesir, Jordan dan UK.

Sebenarnya jika ada dakwaan bahawa menyebabkan pelabur masuk ke Perak, sebenarnya saya sangat ragu bila melihat kepada indek Laporan Pelaburan Dunia (WIR, 2009), yang diterbitkan bar-baru ini oleh Perdagangan dan Pelaburan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNCTAD) yang telah mengesahkan bahawa pelaburan asing langsung (FDI) Malaysia merosot 81 peratus kepada US$1.38 bilion (RM4.43 bilion) pada 2009 daripada US$7.32 bilion (RM23.47 bilion) pada 2008.

Tidakkah semasa PR memerintah MB pakatan semasa itu, DS. Nizar yang pergi ke Pakistan untuk menghadiri satu persidangan Islam antara bangsa bagi mewakili PAS telah dipertikaikan oleh BN walaupun jelas dia sedikitpun tidak menggunakan wang kerajaan negeri.

Oleh itu saya ingin menyoal berapa kali kah rombongan MB BN keluar Negara setakat ini sejak 6 Feb 2009 dan berapa kah jumlah keseluruhan biaya yang digunakan.

Akhirnya saya membantah tindakan urus tadbir kewangan negeri yang ternyata boros dan tidak berhemat sehingga kas wang dari bajet 2010 negeri kosong sebelum tahun berakhir.

Sivakumar : Demokrasi Dibunuh Di Dewan Negeri Perak

22 Syaaaban 1431H.

Kenyataam Media YB V.Sivakumar / 3 Ogos 2010

IPOH : Apa yang telah berlaku dalam Dewan Negeri Perak hari ini amat mengecewakan. Ahli-ahli Dewan Negeri Perak BN sanggup membunuh demokrasi semata-mata untuk mengekalkan kuasa politik mereka. Kemuliaan Dewan Negeri Perak telah dicompang-camping sekali lagi dalam persidangan Dewan Negeri hari ini. Mereka ini merupakan golongan yang paling tidak bertamadun. Tindakan mereka harus dikecam untuk menghidupkan kembali demokrasi di Negeri Perak.

Persidangan Dewan Negeri Perak lebih sesuai dipanggil Pesidangan Polis Diraja Malaysia. Lebih ramai polis berkerumun di perkarangan Bangunan Perak Darul Ridzuan dibandingkan dengan wakil-wakil rakyat.

Nampak jelas bahawa pihak kerajaan cuba menggunakan polis yang begitu ramai untuk menggertak pihak pembangkang secara tidak langsung. Tidak ada sebab kenapa beratus-ratus anggota polis ditugaskan di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada hari ini. Kenapa masa dan tenaga polis dikerah untuk tujuan politik BN? Kehadiran polis yang begitu ramai sendiri telah mengancam amalan demokrasi yang sihat di Negeri Perak. Tambahan pula, orang awam tidak dibenarkan hadir sebagai pemerhati persidangan Dewan Negeri.

Pihak media tidak diberi ruang di dalam dewan untuk membuat liputan. Mereka ditempatkan di sebuah bilik ‘akuarium’ yang kalis bunyi. Kebebasan akhbar telah dinodai oleh kerajaan BN yang zalim. Pihak media tidak diberi penghormatan yang sewajarnya . Mereka dilayan dengan buruk dan tidak dibenarkan membuat laporan yang sebenar. Dalam kata lain, kerajaan BN mempunyai niat buruk menyekat atau mengambus berita sebenar supaya tidak sampai kepada rakyat jelata. Tindakan ini membuktikan bahawa kerajaan BN takut kepada kuasa rakyat yang bakal menjatuhkan kerajaan itu di Negeri Perak dalam PRU ke 13.

Terbukti Datuk R.Ganesan adalah kuda tunggangan BN yang sanggup mengadai maruah legislatif kerana akur seratus peratus arahan pihak eksekutif . Beliau bertindak secara kelam kabut dan membuat kenyataan-kenyataan yang tidak rasional apabila menerima arahan komplot daripada ketua eksekutif. Terbukti Datuk R.Ganesan tunduk kepada kemahuan dan manupulasi politik kerajaan BN. Jari telunjuk ketua eksekutif dianggap sebagai cokmar oleh Datuk R.Ganesan yang terang-terang jahil dalam Perintah-perintah Tetap dan konvensyen Dewan Negeri.

Satu Rang Undang-undang yang bertajuk Enakmen Perbekalan Tambahan 2010 telah dibentangkan di Dewan Negeri hari ini. Peruntukan tambahan yang dipohon oleh kerajaan ialah sebanyak RM80 juta. Jumlah ini adalah terlalu besar dan memerlukan pertimbangan yang sewajarnya. Tetapi, Datuk R.Ganesan telah mengumumkan bahawa persidangan hanya selama satu hari sahaja. Perkara ini amat ganjil sekali dan menimbulkan rasa kesangsian dan kecurigaan kepada Ahli-ahli Dewan Negeri PR.

Kenapakah rang undang-undang itu perlu diluluskan secara ekspres? Kenapakah persidangan Dewan Negeri tidak dilanjutkan selama 4 atau 5 hari mengikut konvenyen.
Ketua pembangkang hanya diberi 15 minit untuk membahaskan rang undang-undang tersebut. Semua Ahli-ahli Dewan yang lain hanya dibenarkan untuk berucap selama 10 minit sahaja. Ini merupakan satu penghinaan kepada Dewan Negeri Perak yang mulia. Ahli-ahli Dewan Negeri BN dibawah pimpinan Dato Seri Dr Zambry Abdul Kadir terbukti bacul kerana tidak berani berbahas dengan Ahli-ahli dewan Negeri PR dibawah pimpinan Dato Seri Ir Nizar Jamaludin.

Kerajaan BN menggunakan Datuk R. Ganesan, seorang boneka eksekutif untuk mencari jalan pintas meluluskan wang RM 80 juta tanpa perbahasan dan prosiding yang sebenar. Walaupun Dato Seri Zambry dan kuncu-kuncunya dicabar berulangkali untuk mengadakan perdebatan selama skurang-kurangnya 4 hari, tetapi mereka tidak berani menyahut cabaran itu. “Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah” Dalam keadaan dewan yang kalut, Ahli-ahli Dewan Negeri PR terpaksa meninggalkan Dewan kerana penyalah gunaan kuasa oleh Datuk R.Ganesan yang menghalau keluar Dato Seri Nizar dari Dewan.

Tarikh Lihat Anak Bulan Puasa Selasa, 10 Ogos

22 syaaban 1431H.

KUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah petang Selasa, 10 Ogos bersamaan 29 Syaaban 1431 Hijrah.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, Majlis Raja-Raja, tempat melihat anak bulan pada malam tersebut adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Pantai Pasir Panjang (Perak); Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah).

Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampong Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu (Kelantan). Tanjong Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjong Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang). Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui Radio dan Televisyen, menurut kenyataan itu. - BERNAMA

Kelantan Tetapkan Zakat Fitrah RM7 Tahun Ini

22 Syaaban 1431H.


KOTA BARU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menetapkan kadar bayaran zakat fitrah tahun ini RM7, iaitu naik 10 sen berbanding tahun lalu.

Timbalan Yang Dipertua MAIK, Datuk Kamaruddin Mohd Zin berkata, keputusan itu dibuat oleh Majlis Fatwa Ulama MAIK sebelum ini selepas mengambil kira harga semasa beras yang menjadi makanan umat Islam di negeri ini.

Dengan pengumuman itu, Kelantan adalah negeri kedua selepas Pahang yang mengisytiharkan kadar bayaran zakat fitrah di seluruh negara.

MAIK menjangkakan dapat mengutip sebanyak RM7.5 juta zakat fitrah tahun ini berbanding RM7.3 juta tahun lalu, katanya pada sidang akhbar di Pejabat MAIK di Kompleks Balai Islam, di sini hari ini.

Katanya, MAIK akan melantik 571 amil terdiri daripada imam dan pegawai masjid, termasuk pegawai agama di kem tentera, polis, penjara dan pusat tahanan serenti di seluruh negeri untuk mengutip bayaran zakat.

Bagi kemudahan pembayar zakat, MAIK akan membuka kaunter bayaran zakat tujuh hari seminggu sepanjang Ramadan pada waktu pejabat di pejabat MAIK termasuk hari cuti am dan kelepasan, katanya. - BERNAMA

Bekas ADUN S'gor ditembak mati

22 Syaaban 1431H.

Bekas ADUN Permatang Datuk Abdul Aziz Mohd Noh, 64, dan seorang pembantunya mati ditembak ketika sedang memandu.

Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar (kiri), siasatan awal polis terhadap mayat didapati ada kesan tembakan di kepala kedua-dua mangsa.

"Siasatan juga mendapati tembakan dilepaskan dari bahagian dalam kenderaan yang dinaiki mangsa.

"Mangsa wanita adalah PA (pembantu peribadi) kepada Datuk Aziz. Siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.

Sepucuk pistol turut ditemui di tempat kejadian.

Aziz berkhidmat sebagai ADUN Permatang selama sepenggal sehingga 2008 apabila beliau menewaskan calon PKR Samry Masri dengan majoriti 4,285 undi.

Bagaimanapun, dalam pilihan raya umum lalu, beliau memberikan laluan kepada Sulaiman Abd Razak bertanding mewakili Umno.

Meng
emaskini status kes tersebut dalam laman sosial Facebook beliau, Khalid berkata kes tersebut disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, hampir jam 6 petang tadi, Khalid berkata hasil laporan awal bedah siasat telah diperolehi di mana Aziz dipercayai mati ekoran tembakan di tubuhnya.

"Dua kesan peluru pada Datuk Aziz dan satu kesan peluru pada mangsa wanita.

"Terdapat dua peluru yg masih berada dalam chamber pistol (revolver) manakala tiga spent bullets di dalam chamber," kata Khalid.

Sebelum itu, polis menyangka kematian Aziz disebabkan kemalangan jalan raya berhampiran Sungai Buluh sebentar tadi.

Malaysiakini.


Gambar-Gambar Sekitar Sidang DUN Perak


















credit to: Siti Aishah [Srikandi KeADILan]

Anggota Unit Amal Malaysia (UAM) Dan Petugas Program Ditahan Polis

22 Syaaban 1431 H
Oleh: Oleh Mohd Syamil Azhar

PASIR SALAK: Program Himpunan Warga Felcra Kebangsaan (HWFK) kali pertama di Changkat Lada dekat sini, menyaksikan 16 anggota Unit Amal Malaysia (UAM) dan petugas program ditahan polis kerana dikatakan menghalang tugas pasukan keselamatan.

Pengarah program, Haji Razman Zakaria, berkata 13 daripada mereka dibebaskan jam 1 pagi tadi selepas soal siasat di Balai Polis Kampung Gajah sejak lewat petang semalam, manakala bakinya ditahan reman 4 hari sehingga 5 Ogos setelah dibawa ke Mahkamah Batu Gajah.

Katanya, mereka ditahan kerana menggunakan lambang PAS, baju T bertulis HWFK serta baju-baju lain yang ada lambang PAS apabila puluhan FRU mengadakan beberapa sekatan jalan raya di beberapa jalan masuk ke program anjuran Lajnah Tanah dan pembangunan Wilayah itu.

"Selain kesalahan berkaitan lambang-lambang PAS, mereka juga dikatakan menghalang tugas pihak berkuasa keselamatan.

"Saya dan beberapa sahabat telah pergi ke Balai Polis Kampung Gajah lewat petang semalam dan 13 daripada mereka dibebaskan jam 1 pagi tadi (Isnin 2 Ogos), kecuali tiga lang lain," katanya.

Razman berkata, tiga daripada mereka dibawa ke Mahkamah Batu Gajah pagi ini (Isnin) dan mereka ditahan reman selama 4 hari hingga 5 Ogos.

Sementara itu, katanya program HWFK buat julung-julung kalinya itu dianggap berjaya walaupun dihalang pihak berkuasa dengan mengarahkan puluhan FRU membuat sekatan jalan raya.

Kehadiran pada malam terakhir berkali-kali ganda lebih ramai berbanding malam pertama, walaupun ceramah perdana oleh Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang terpaksa dibatalkan kerana tidak mahu berlaku kekecohan, katanya.

Katanya, tayangan cd debat di Kelantan membabitkan Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin dijadikan pengisian untuk tidak menghampakan hampir 4,000 yang hadir tanpa menghirau amaran FRU.

"Walaupun diadakan beberapa sekatan jalan raya oleh puluhan anggota FRU, kesemuanya tidak menghalang orang ramai ramai daripada hasrat untuk mendengar maklumat terkini melalui ceramah perdana membabitkan pimpinan tertinggi PAS dan Pakatan Rakyat," katanya.

Beliau yang juga Yang DiPertua PAS Lenggong, berkata program HWFK dianggap berjaya kerana kedua-dua kertas kerja berjaya dibentangkan dengan kehadiran yang memberangsangkan.

Katanya, sambutan hangat daripada peserta-peserta terbukti apabila banyak soalan mengenai masalah tanah, dividen dan lain-lain berkaitan Felcra dikemukakan dan dijawab oleh pembentang kertas kerja.

Terkini : Unit Amal Yang Ditangkap Satu Bebas Dan Dua Masih Direman.

22 Syaaban 1431 H

PASIR SALAK,anggota unit amal yang ditangkap polis dalam himpunan warga Felcra Kebangsaan yang diadakan di Felcra Changkat Lada disini ahad lepas,seorang darinya saudari yang direman polis Kg.Gajah telah dibebaskan,dua msih ditahan.

Demikian maklumatyang disampaikan dalam pesanan ringkas oleh YDP Pas Lenggong,Haji Razman Zakaria.

Tahniah kepada semua ADUN PR, selamat berjuang untuk demokrasi di Perak.

Selepas menerima ucapan penghargaan dan tahniah dari DS. Nizar dalam taklimat ringkas sebentar tadi, semua ADUN PR bersurai dan kembali ke DUN Masing-masing.

Semuga kami terus bersemangat untuk memperjuangkan demokrasi yang dihancurkan oleh BN di Perak termasuk pada hari ini. Rampasan kuasa yang berlaku di Perak ternyata mengheret kepada kemelut politik yang berpanjangan dan sidang dewan yang tidak berfungsi dan mati.

Drs. Khalil : Ganesan kena letak jawatan

ADUN Titi Serong, Drs. Khalil idham Lim meminta Pengerusi Dewan Perak untuk meletakkan jawatan kerana dia sekali lagi membuktikan sebagai seorang yang tidak tahu peraturan dalam pengendalian sidang pada hari ini. Sebelum ini menurutnya Ganesan juga telah menolak lebih 200 soalan dalam sidang yang lepas. Demikian kenyataan ringkas Drs. Khalil dalam sidang media tadi.

Terkini 2.30 pm : Semua ADUN berada di Wisma DAP

Semua ADUN pakatan rakyat sekarang ini berada di wisma DAP, sebelum mereka balik ke tempat masing-masing. Mereka baru bertindak kluar dari dewan sebagai tanda bantahan dengan tidakan pengendalian sidang oleh Ganesan yang bercanggah dengan peraturan yang sedia ada. Mereka juga sudah selesai memberikan kenyataan media.

Kenyataan Media Nizar.

Kita meminta sidang diadakan 4 hari, kita dapati agenda menyatakan rang undang-undang diadakan dan diluluskan pada hari ini, dan kita mempersoalkan sehingga dijawab ganesan sidang cuma pada hari ini.

Kami mengambil keputusan hari ini untuk bersidang , tetapi bila melihat tindakan ganesan menyalah gunakan kuasanya untuk gantung seorang adun, sekurang-kurangnya dirujuk oleh jk hak dan kebebasan sebelum digantung.

Ganesan cuma boleh arah saya keluar dewan, dan ini kuasa dia, tetapi bukan gantung saya. Kenyataan Zambry mengatakan mahu menggulung. Tetapi kami tidak diberi peluang berbahas.

Kami hilang suara hari ini kerana pembesar suara ditutup. Tindakan kami adalah untuk menyelamatkan demokrasi di Perak.

Kita mengatakan oleh kerana mereka buat kerja haram maka dewan tidak berfungsi lagi.

Saya merakam terima kasih kepada rakan media yang buat liputan walaupun dihalang.
Semasa dato ngeh jadi ketua pembangkan, dia diberikan waktu 3 jam tanpa diganggu oleh mb masa itu Tajol Rosli.

Hari ini demkrasi dibunuh oleh BN.

Sidang media selepas ADUN keluar dewan.

Setelah bertindak keluar Dewan bersama DS Nizar yang diarahkan keluar dewan oleh Ganesan, satu sidang media diadakan di bilik media yang disediakan.

Terkini 1.45 pm : ADUN PR bertindak keluar dewan

Semua ADUN membuat tindakan untuk keluar dewan sekali dengan arahan Nizar keluar dewan oleh ganesan sebentar tadi.

Ganesan arah Nizar keluar, untuk tidak ikut sidang sehari.


Ganesan mengumumkan Nizar digantung dari menghadiri sidang selama sehari sahaja.

Pasir Pinji bantah.

Pasir Pinji meminta Ganesan menarik balik pengantungan kepada Nizar dan mengatakan dia tidak ada hak, walaupun ada usul dan mestilah diputuskan dalam JK Dewan. menurutnya Ganesan cuma berhak menghalau keluar.

Ganesan mengumumkan amaran terakhir kepada Pasir Pinji , dan bagi saya dia tidak mahu mendengar hujah dari Pasir Pinji yang merayau supaya keputusan digantung ditarik.

Ganesan tidak menerima bantahan dari Pasir Pinji.

Ganesan arah Nizar keluar. Nizar juga digantung.

Ganesan mengarahkan Nizar keluar dewan setelah ada usul dari adun BN dengan alasan membuat haru biru. Namun arahan itu dibantah oleh ADUN Pakatan Rakyat.

Ganesen juga menerima usul dari ADUN BN supaya mengantung Nizar dan mendapat sokongan ADUN BN dan mengumumkan Nizar digantung . bantahan berteursan diberikan oleh ADUN PR.

Nizar terus memohon supaya masa untuk dia berbahas dipanjangkan.

Ganesan memberi amarannya terakhir supaya wakil pasir panjang untuk duduk tetapi Nizar terus bertegas bahawa dia ada hak untuk berbahas, malah mencabar supaya berbahas slema 4 hari. Nizar bertanyakan kepada ganesan sebenarnya berapa hari kah sebenarnya sidang.

Dewan dalam keadaan 2 orang pembahas dalam satu masa.

DS. Nizar tetap bertegas dia ada hak sebagai ketua pembangkang dan dalam keadaan Ganesan yang memberi peluang kepada ADUN Slim berucap. Artinya dalam dewan ada 2 pembahas sekarang.

Nizar juga bertanyakan kepada dewan apakah hukum kepada hukum rampasan kuasa yang berlaku di Perak.

Ganesan halang Nizar berucap dan meminta wakil Slim berucap.

Ganesan menganggu dan mengarahkan Nizar untuk berhenti berucap dengan masa yang diberikan sudah 30 minti. Beliau memberi laluan kepada ADUN slim dan terus mendapat bantahan . Dewan dalam keadaan kecoh sekarang.

DS. Nizar juga menyatakan baru kelmarin berlaku satu tanker minyak berlanggar dan berlaku pencemaran yang teruk. dan tidak ada tindakan yang wajar untuk mengatasinya.

Bantahan dan penafian dilakukan oleh Chenderiang dan di ulang beberapa kali oleh ADUN PR dari Sungkai yang mengatakan Chenderiang berbohong.

Sambungan ucapan DS. Nizar.

DS. Nizar mengucapkan terima kasih kepada Pengkalan Hulu yang mengatakan dia pernah diberikan peluang semasa menjadi ketua pembangkang untuk berucap selama 2 jam.

Kenyataan dari DS. Nizar dibantah oleh Pengkalan Hulu dengan mendakwa yang mengatakan peruntukan kepada parti-parti adakah boleh. Juga mempersoalkan tindakan lantikan parti untuk agihkan sumbangan semasa Pakatan Rakyat memerintah Perak.

"Kalau semuanya betul sila bawa kemuka pengadilan dan buat laporan dan bertegas dengan penyerahan RM 50,000 kepada setiap bahagian MCA" dijawab oleh Nizar.

Ucapan Nizar di ganggu oleh Ganesan dengan mengatakan masa telah habis. Nizar terus membantah dengan masa yang diberikan kepada ketua pembangkang yang singkat, sedangkan banyak masalah rakyat kebajikan rakyat tidak terbela.

Contoh yang diberikan Nizar adalah mangsa Jambatan Kuala Dipang yang tidak dapat pembelaan dari kerajaan negeri.

Nizar membantah pembesar suara yang ditutup dan meminta masa untuknya ditambah dan meneruskan ucapannya.

DS Nizar sedang berucap mewakili Pakatan Rakyat.

ADUN Pasir Panjang bercakap bermula dengan ayat Al Quran dan meneruskan bantahan waktu yang singkat untuk berbasa sedangkan katanya di parlimen diberikan sehingga 40 hari, dan menyatakan bantahan kalau semasa pakatan Rakyat seluruh media masuk membuat liputan dan tidak membenarkan polis masuk dan berkeliaran dalam dewam.Begitu juga pembesar suara di tutup.

Bertanya B21 adakah pembiayaan kos yang tidak langsung diduga, adakah kos kepada bukan rakyat yang dilantik sebagai yang mendapat tambahan sebagai exco.

Mempersoalkan mesyuarat exco yang dilakukan diluar Perak, dan perbelanjaan keluar negeri termasuk ADUN yang melompat ke Mesir, Jordan dan bertanyakan berapa kah kos yang digunakan.

Kita khuatir bahawa B21 itu untuk tujuan ini termasuk menghantar Mufti ke Australia.
Pantai Remis mencelah dengan dengan bertanyakan mengenai peruntukan kepada setiap bahagian MCA sebanyak RM 50,000 untuk setiap bahagian MCA.

DS Nizar mengesahkan dan mengatakan pada tahun hadapan peruntukan RM 100,000 akan diberikan kepada setiap bahagian MCA.

Kenyataan DS Nizar mengatakan Presiden MCA yang terlibat dengan seks dan "kaki betina" dibantah oleh Chenderian, tetapi dipertahankan oleh DS. Nizar dengan mengatakan itu adalah pengakuan dari dia sendiri.

Tronoh bangun mencabar pihak kerajaan untuk berbahas selama 5 hari, dan tidak ada respon.

DS Nizar mencabar pangkor untuk berbahas selama 5 hari.

UMUM HARTA - MENGAPA HISHAMUDDIN HARUS TAKUT?

22 Syaaban 1431 H
Oleh: WFAUZDIN NS

SAYA tertarik dengan cadangan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abu Kassim yang mahukan anggota Kabinet mengistiharkan harta mereka kepada umum. Beliau merujuk kepada saranan bekas Presiden Majlis Peguam Datuk S. Ambiaga sebelum ini.

Seperti yang dijangka, tentunya cadangan seperti ini tidak menyenangkan sesetengah pemimpin Umno dan salah seorangnya adalah Naib Presiden Umno sendiri iaitu Datuk Seri Hishamuddin. Beliau berkata cukup sekadar diumumkan senarai harta anggota Kabinet kepada bos mereka iaitu Najib.

Apa ertinya jika diserahkan kepada Najib? Sedangkan semua tahu dan kenal Najib yang penuh diragui kredibilitinya itu. Harta Najib pula mahu diumumkan kepada siapa ?

Sekiranya mereka tahu harta yang mereka miliki itu datangnya dari punca yang bersih dan halal, mengapa perlu takut? Sampai bila pemimpin Umno mahu berani untuk menunjukkan ketelusan mereka? Apakah dengan hanya menuduh pemimpin pembangkang yang tidak telus maka mereka boleh dikatakan telus?

Datuk Hishamuddin nampaknya sentiasa bimbang kepada bayang-bayang sendiri. Sepatutnya beliau menyokong penuh cadangan dari Ketua Pesuruhjaya SPRM tersebut. Beliau juga menentang cadangan Karpal Singh yang mahu hukuman mati dikenakan kepada pesalah rogol kanak-kanak.

Alasannya, seberat mana pun hukuman diberikan tidak akan menyelesaikan masalah. Jadi, apa cara penyelesaiannya yang beliau boleh cadangkan? Tiada apa pun.

Maka, haruskah dibiarkan sahaja jenayah ini berleluasa? Atau, perlukah diadakan lagi Sekolah Rendah Mangsa Rogol pula sebagaimana impian Kerajaan Melaka yang mahu dirikan Sekolah Mengandung itu?

Jika Perundangan Islam pun pemimpin Umno tidak mahu laksanakan, cadangan dari Karpal Singh ini pun dipandang remeh oleh mereka, apa lagi yang kita boleh harapkan dari Umno untuk mengatasi masalah jenayah yang semakin berleluasa ini?

Nampaknya murid-murid awal persekolahan sehingga ke peringkat tinggi pun menjadi mangsa jenayah seperti ini termasuk masalah sosial yang semakin serius.

Apa Kementerian lakukan untuk mengatasi masalah ini? Muhyiddin tidak mampu untuk menjaga pelajar-pelajar ini dan kebanyakannya adalah Melayu berugama Islam.

Kerja Muhyiddin adalah menghentam Pembangkang setiap hari, hinggakan tanggungjawabnya di Kementerian langsung diabaikan.

Inikah wajah pemimpin Melayu yang boleh kita harapkan lagi untuk membela nasib orang Melayu?

Setiawan bantah pintu keluar Dewan yang berkunci.

ADUN Setiawan bangun membantah dengan meminta supaya semua pintu yang ada dibuka demi keselamatan semua yang berada dalam dewan.

ADUN Pengkalan Baru bahas mewakil kerajaan.

ADUN Pengkalan Baru sedang membahaskan rang undang-undang mewakil kerajaan dengan menyokong langkah menambah bajet sebanyak RM 80 juta

Pengumuman Ganesan perbahasan hanya 15 minit dibantah.

Pengumuman Ganesan yang mengatakan perbahasan pihak kerajaan kepada enekmen yang dibentang dan pembangkang selama 15 minit dan diikuti oleh pembahasan lain dengan tempoh selama 10 minit lalu mendapat bantahan yang menyeluruh dari kebanyakan ADUN Pakatan Rakyat. Dewan kembali kecoh dengan bantahan tersebut.

Kekecohan berakhir bila ADUN yang mewakili kerajaan dari pengkalan baru membahas dengan menyokong rang undang-undang yang dikemukakan.

Rang Undang-Undang Enekmen Perbekalan Tambahan 2010

Hasil yang didapati meningkat dengan ketara berbanding dengan unjuran yang dijangkakan , dimana kerajaan mendapat lebih bajet sebanyak 117.26 juta , maka dianggap wajar wang tersebut digunakan untuk rakyat antaranya :-
1. 23.89 juta bagi tujuan bagi menghapuskan defesit yang diramalkan
2. 30 juta untuk tambahan bagi maksud B21 iaitu pelbagai perkhidmatan am
Tidak perlu menunggu bajet perbentangan bajet akan datang dengan alasan hak rakyat tidak boleh ditangguhkan. Antaranya disebutkan meringankan kesengsaraan, bencana alam, memasang paip air, memasang lampu dikampung, aktiviti kependidikan , sukan dan lain-lain.
Bacaan dan pembentangkan rang undang-undang yang dibacakan MB BN di sokong oleh Sungai Rapat.

Terkini 11.45 : Sesi soalan Lisan tamat.

Ganesan menghentikan sesi soalan lisan kerana tempoh yang diperuntukan telah tamat.

Zambry mengemukan usul rang undang-undang bagi menggunakan sejumlah wang daripada kumpulan wang yang disatukan untuk perbelajnaan tambahan bagi tujuan perkhidmatan tahun 2010 berjumlah sebanyak RM 80 juta, dibaca untuk kali pertama, dan seterusnya dibaca untuk kali ke dua disokong oleh Sungai Rapat.

Soalan ADUN PR dari Keranji hangatkan dewan.

Soalan ke 7 dari ADUN Keranji, Chen Fok Chai menghangatkan dewan sebentar dengan soalan tambahan dari ADUN Pasir Pinji dan pantai Remis.

Pihak kerajaan dengan jawapan yang diberikan oleh ADUN Chenderiang yang mengucapkan terima kasih kepada Pegawai Kerajaan yang berkerja kuat untuk mencegah wabak ini dari merebak.

Kedengkian Barat dan kebudayaannya

22 Syaaban 1431 H
Oleh: Muhd Fadzil

Gereja rancang 'Hari Bakar al-Quran'

NEW YORK - Sebuah gereja di Gainsville, Florida merancang untuk menganjurkan upacara ’Hari Membakar al-Quran’ sempena ulang tahun ke-9 serangan 11 September 2001.

Promosi upacara itu turut dimuat turun ke dalam laman sosial Facebook dan menjemput penganut Kristian untuk bersama-sama memperingati mangsa yang terkorban dalam kejadian 11 September lalu.

Paderi Terry Jones menulis sebuah buku bertajuk :Islam is of the Devil: yang memburuk-burukkan agama Islam dan turut disiarkan di dalam laman sosial Youtube.

Konsul Hubungan Amerika-Islam (CAIR) mengumumkan, kempen itu akan memberikan 100,000 salinan al-Quran kepada seluruh penduduk dan pemimpin kebangsaan negara itu.

CAIR juga meminta penganut agama Islam untuk mengadakan majlis makan malam "berkongsi al-Quran" sepanjang Ramadhan bermula pada bulan ini.

Persatuan Kebangsaan Agama Kristian (NAE) mendesak gereja itu untuk membatalkan upacara tersebut kerana ia boleh menimbulkan ketegangan di antara kedua-dua agama tersebut.

NAE turut meminta penganutnya untuk mempercayai dan menghormati serta tidak merendahkan martabat penganut agama lain.

'Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)".

Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu'-al-Baqarah 120

Ayat yang diturunkan hampir 1431 tahun lalu ini sentiasa akan benar selama-lamanya. Yahudi dan Nasrani akan sentiasa berdendam dengan orang islam. Kini mereka cuba membuat provokasi dengan cuba menaikkan kemarahan umat islam dengan rancangan membakar al-Quran.

Sebab?

Dalam masa hampir dua ratus tahun sesudah Nabi berhijrah, maka jajahan kawasan Islam itu terlalu luas dan semakin meluas, jauh lebih luas daripada mana-mana kawasan jajahan agama atau imperaturia manapun di dalam dunia, melingkungi segenap pelusuk alam, kawasan-kawasan Eropah Barat dan timur termasuk Turki.

Orang Islam lah yang mula-mula menakluki orang barat, yang pertama memainkan peranan besar dalam menyanjung tinggi pelita ilmu pengetahuan ke pengetahuan Eropah dan dengan kemudian menerangi susasana 'dark ages' yang menyelubungi dunia barat ketika itu.

Ilmuan Islam yang pertama membicangkan tentang pembicaraan akliah menerusi ilmu kalam dengan para failasuf dan ahli teologi agama kristian sehingga pengaruh-pengaruh para ulama, failasuf dan ahli tasawwuf islam itu banyak memberi kesan kepada agamA kristian dan juga pemimpin-pemimpinnya sendiri, dan kebanyakannya kekal hingga dalam sanubari kebudayaan barat itu hingga kini.

Jadi disebabkan pukulan zahir dan batin yang maha hebat yang pernah dikenakan Islam keatas mereka, maka kristian dan kebudayaan barat itu pasti merasa sakit yang tidak tertanggung di hati sanubari mereka, ibarat dilibas oleh cemeti berapi barangkali. Mereka sentiasa mengingati hal ini dan menyimpan dendam yang maha dasyat.

Jadi tidak hairan, kristian atau pun yahudi kedua-duanya sedang cuba melakukan serangan balas terhadap orang islam dan islam melalui samada penyerapan pemikiran kebudayaan barat atau pun secara terus terang seperti rancangan membakar al-Quran ini dan banyak lagi.

Mereka akan sentiasa menanggap Islam itu sebagai musuhnya yang mutlak hakiki dan bandingan tandingannya. Selagi islam itu ada, maka mereka akan terus berjuang menghadapinya supaya mereka mendapat kedaulatan duniawi.

Apa sikap kita?

Saudara-saudara, segera kita menginsafi nasib dan kedudukan agama kita di dunia, jangan kita terus lena dan alpa akan tugas kita sebagai umat islam. Meraka berani berbuat demikian adalah kerana kita!. Mereka melihat kita lemah dan tidak mampu berbuat apa-apa walhal kita kuat dan berjumlah besar untuk menghadapi mereka.

Ramai daripada kita mengetahui dan mengenali kebudayaan barat dan doktrinnya tetapi kenapa masih mahu menerimanya bulat-bulat dan masih mengagungkannya? Sedarlah saudara-saudara mereka itu mempunyai agenda buruk ke atas kita! tinggalkan hendonisme yang dicipta mereka itu.

Islam perlu kembali seperti sebagaimana kedatangannya dahulu. Dijunjung tinggi. Agama kita adalah agama mulia. Mesti kita pertahankan walaupun hingga titisan darah terakhir.

" Maka Allah menurunkan keterangan-Nya kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Al-Quran menjadikan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana"- At-taubah 40.Renung-renungkan.

Zambry mendakwa Pakatan berbohong .

Pangkor menuduh pakatan rakyat berbohong dalam ceramah dan mengatakan kena bertanggung jawab kepada Tuhan. Dewan sedikit kecoh bila Pantai Remis membantah dengan kalimat bohong yang digunakan oleh Pangkor kerana bertentangan dengan Perintah Tetap.

Ganesan tegur Setiawan yang tidak memanggilnya Speaker.

Semasa ADUN Setiawan, Dato Ngeh bangun untuk mengemukkan soalan ke 5, ganesan menegur beliau yang memanggilnya pengerusi dan mengatakan dia adalah speaker. Ngeh sempat mencelah mengatakan isu speaker akan ditentukan oleh mahkamah.

Terkini 11.15 am : jawapan kepada soalan 4 sedang berlangsung.

Sesi jawapan kepada soalan lisan baru pada soalan ke 4 oleh ADUN Trong dan akan berakir pada jam 11.30 seperti yang diperuntukkan selama satu jam setengah seperti diumumkan Ganesan.

Terkini : 11.02 am

Zambry menuduh apa yang dihebahkan oleh Pakatan Rakyat adalah putar belit,lalu dibantah oleh ADUN PR Pasir Panjang dan Titi Serong serta Teja bangun membantah kerana Pangkor tidak memberikan jawapan tetapi semacam berceramah.

Talian Internet kembali berfungsi.

Alhamdulillah talian internet telah kembali berfungsi sebentar setelah gagal digunakan sekitar setengah jam.

Soalan tambahan Bercam .

Bercam mengemukakan soalan tambahan mengenai penurunan indek pelaburan asing (FDI) Malaysia yang merosot sebanyak 81 pratus, namun dijawab dengan mudah dan sambil lewa oleh Sungai Rapat yang mengatakan dia berminat dalam koteks Perak sahaja .

Terkini : 10.55 am

Zambry menjawab mengenai jumlah miskin tegar di Perak berjumlah 764 orang sedangkan yang ditanya oleh Pantai Remis ialah jumlah yang pendapatan kurang dari RM 2000 ringgit yang berjumlah 192,000 orang.Lalu jawapan itu dibantah oleh ADUN PR.

Terkini : 10.50 am

Saya menjangkakan talian broadband yang digunakan sejak masuk ke dewan tadi telah disekat,setakat ini saya gagal untuk membuka talian internet.Begitu juga talian wayerless yang disediakan juga tidak berfungsi.

Terkini : 10.48 am

Zambry berkata dia berminat untuk berdebat bagi menafikan kenyataan Pantai Remis dalam berbagai media sebelum ini,tohmahan dan sangkaan jahat itu dibantah oleh Pantai Remis yang disifatkan Pantai Remis berniat jahat.

Terkini 10.38 am

Pantai Remis bertanya soalan tambahan dengan mengatakan inilah pertama kali sebuah negeri yang bangga dengan bajet defesit.Sedangkan Perak berada dalam kategori negeri di bawah BN yang ketiga miskin di Malaysia.

hukum melawak

22 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Etika melawak dan bergelak ketawa.

Islam tidak melarang untuk kita berseronok dengan melawak dan bergelak ketawa. Lihatla bagaimana kisah Rasulullah bergurau dengan seorang wanita tua.

Wanita itu berkata baginda “Doalah kepada Allah supaya Dia memasukkan aku ke dalam syurga.” Baginda menjawab “Wahai ibu, sesungguhnya orang tua tidak masuk ke dalam syurga.” Perempuan itu balik dan menangis. Baginda saw bersabda:

أخبروها أنها لا تدخلها وهي عجوز إن الله تعالى يقول إنا أنشأناهن إنشاء فجعلناهن أبكارا عربا أترابا
Maksudnya: “Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak masuk ke dalam syurga dalam keadaan masih tua.

Sesungguhnya Allah berfirman “ Sesungguhnya kami mencipta wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru.

Kami jadikan mereka dalam keadaan dara, yang amat mengasihi suaminya dan yang sebaya dengannya.” (Hr Tirmizi dan al-Baihaqi dgn sanad yg hasan)

Abu Hurairah telah meriwayatkan: Para sahabat berkata “ Wahai Rasulullah sesungguhnya kamu bergurau senda dgn kami.” Baginda menjawab:

نَعَمْ غَيْرَ أَنِّي لَا أَقُوْلُ إِلَّا حَقَّا
Maksudnya: Ya aku bergurau tetapi aku tidak berkata melainkan perkara yang benar.(Hr Tirmizi dan Ahmad – sanadnya hasan)

Disini Dr Yusuf Qardawi meletakkan lima etika yg perlu dipatuhi dalam bergurau senda:

Pertama: Tidak menggunakan perkara yang bohong sebagai alat untuk manusia tertawa.

Nabi saw bersabda:

ويل للذي يحدث فيكذب ، ليضحك القوم ، ويل له ، ويل له.
Maksudnya: Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia. (Hr Ahmad dan ad-Darimi – sanadnya sahih)

Kedua: Gurauan tidak mengandungi penghinaan terhadap orang lain melainkan diizinkan oleh orang tersebut.

Firman Allah: “ Wahai orang2 yang beriman janganlah satu puak itu menghina puak yang lain, kemungkinan orang yang dihina lebih baik dari orang yang menghina. Janganlah wanita menghina wanita yang lain , kemungkinan wanita yang dihina lebih baik baik dari yang wanita menghina… “ ( 11 : al-Hujarat)

Nabi saw bersabda:

بِحَسْبِ امْرِىءٍ مِنَ الشَّرِ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ
Maksudnya: “Cukuplah seorang itu melakukan kejahatan apabila dia menghina saudaranya semuslim.” (Hr Muslim – sahih)

Termasuk dalam menghina ialah dgn meniru perbuatan orang lain.

Aisyah ra berkata “Aku telah meniru perbuatan seorang manusia.” Lalu Rasulullah saw bersabda:

ما أحب أني حكيت أحدا
Maksudnya: “Aku tidak suka meniru perbuatan orang lain.”(Hr Ahmad dan Baihaqi – sanad sahih)

Ketiga: Melawak yang tidak menakutkan orang lain.

Nukman bin Basyir ra berkata: Sesungguhnya kami bersama Rasulullah saw dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorang lelaki yang lain mengambil anak panah dari busurnya dan mengejutkan lelaki yang mengantuk yang menyebabkan dia terperanjat. Rasulullah saw bersabda;

لاَ يَحِلُّ لِرَجُلٍ أَنْ يُرَوِّعَ مُسْلِمًا
Maksudnya: “Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam.”(Hr Thabrani – sahih)

Nabi saw bersabda:

لا يأخذن أحدكم متاع أخيه لاعبا أو جادا
Maksudnya : “ Janganlah kamu mengambil barang kepunyaan saudara seislamnya dengan niat melawak atau pun betul2.”(Hr Ahmad – sahih)

Keempat: Jangan melawak ditempat yang serius dan jangan serius di tempat melawak.

Dalam Islam ada 3 perkara yang dianggap diambil hukumnya walaupun dalam keadaan melawak. Nabi saw bersabda:

ثلاث جدهن جد وهزلهن جد: النكاح والطلاق والعتاق
Maksudnya: “Tiga perkara yang mana yg mana diambil hukumnya samaada dalam keadaan melawak atau serius: 1. Nikah 2. Cerai 3. Membebaskan hamba. (Hr Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah – sanadnya hasan)

Sesungguhnya Allah telah mencela orang2 musyrikin yang ketawa ketika mendengar al-Quran. Firman Allah swt:

“Adakah kamu hai musyrikin rasa hairan dengan ayat2 suci al-Quran? Kamu ketawa ketika mendengarnya, tidak menangis ketika mendengarnya dan kamu dengar dalam keadaan lalai.” (59 – 61 : an-Najm)

Kelima: Hendaklah melawak sekadar perlu dan tidak berlebihan.

Nabi saw bersabda:

وَلَا تُكْثِرْ مِنَ الضَّحْكِ فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحْكِ تُمِيْتُ الْقَلْبَ
Maksudnya: “Janganlah kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati.” (Hr Ahmad dan Ibu Majah – sanad hasan)

Saidina Ali ra:

“Masukkan lawak dalam kata2 sekadar kamu memasukkan garam dalam makanan kamu.”Said bin al-‘As berkata:

“Bersederhanalah dalam melawak. Berlebihan dalam melawak akan menghilangkan keindahan dan menyebabkan orang-orang yg bodoh akan berani terhadap mu. Meninggalkan melawak akan menjauhkan orang2 yang hendak bermesra dan menyebabkan orang2 yang berdamping dgn mu berasa rimas.

Tunjuk perasaan atau demonstrasi menurut perpsektif Islam

22 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Pensyariatan Demonstarasi Jalanan / tunjuk perasaan

Orang2 Islam berhak untuk melakukan demonstrasi untuk meluahkan perasaan mereka dan menyatakan tuntutan yang dibenarkan oleh syarak.

Ia bertujuan untuk menyampaikan kehendak mereka kepada pemegang tampuk pemerintahan dan pembuat undang2. Dengan mengadakan perhimpunan secara beramai2 ia lebih didengari oleh pihak yg berkuasa daripa suara individu.

Semakin ramai yang berhimpun semakin memberi kesan kepada perlaksanaan tuntutan tersebut. Kerja2 secara berjemaah lebih berkesan dari kerja2 individu. Oleh itu Allah berfirman:

“Dan hendaklah kamu tolong menolong melakukan kebaikan dan ketakwaan.” (2: al-Maidah)

Rasulullah saw bersabda:

المؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضا وشبك بين أصابعه
Maksudnya: “Orang-orang beriman seumpama bangunan, saling menguatkan sesame mereka.” Baginda menggenggam diantara jari jemarinya.

Dalil kepada pensyariatannya adalah sesungguhnya perkara ini adalah termasuk dalam perkara adat dan hal ehwal kehidupan manusia. Asal bagi perkara sebegini adalah harus. Kaedah menyatakan:

أن الأصل في الأشياء الإباحة
“Asal hukum bagi sesuatu perkara adalah harus.”

Ini adalah merangkumi perkara adat dan muamalat sekiranya tidak ada nas yang jelas yg mengharamkannya.Dalam hadis ada menyatakan;

"ما أحل الله في كتابه فهو حلال ، وما حرم فهو حرام ، وما سكت عنه فهو عفو ، فاقبلوا من الله عافيته ، فإن الله لم يكن لينسى شيئا. " وتلا (وما كان ربك نسيا) مريم: 64
Maksudnya: “ Apa2 yang Allah halalkan dalam Al-Quran adalah halal, apa yang Allah haramkan adalah haram dan apa yang tidak disebut ia adalah kemaafan. Terimalah kemaafan daripada Allah. Sesungguhnya Allah tidak sesekali melupai sesuatu. Baginda membaca ayat “Dan tuhan kamu sesekali tidak lupa.” (Maryam : 64)

Diantara perkara yang menunjukkan kepada kaedah ini adalah hadis sahih yg diriwayatkan oleh saidina Jabir ra, beliau berkata:

"كنا نعزل والقرآن ينزل ، فلو كان شيء ينهى عنه لنهى عنه القرآن."
Maksudnya: “sesungguhnya kami melakukan azal (memancutkan air mani diluar rahim isteri) dalam keadaan wahyu masih diturunkan. Kalaulah ada sesuatu yang dilarang, nescaya Quran akan melarangnya.

Ini menunjukkan apa2 yang tidak disebut wahyu adalah tidak dilarang.

Walaupun ia tidak wujud dizaman Nabi tetapi ia bukanlah bidah yg diharamkan. Dizaman selepas kewafatan Nabi saw banyak perkara2 yang baru tetapi ia bukan dianggap dalam bidah yang diharamkan. Contohnya Umar melaksanakan Kalendar hijrah dan mewujudkan penjara untk pesalah. Begitu juga sistem hisbah yg dilaksanakan di zaman selepas kewafatan Nabi saw.

Mengharamkan perkara ini kerana ia diambil dari orang kafir adalah ditolak. Ini kerana Rasulullah saw mengambil kubu dengan parit besar dari orang farsi. Baginda juga membuat cop kerna mengikut raja2 luar yg tidak menerima urusan rasmi melainkan dgn cop.

Dua Kaedah penting yg berkait

1. Maslahah Mursalah

Perkara yang kebaikan yg tidak ada zaman Nabi, tidak ada zaman sahabat, diakui oleh syara’, tidak bertentangan dgn syara’.

Para ulama menggunakan kaedah secara langsung (mazhab Maliki) dan secara tidak langsung (mazahab2 yg lain) seperti yg disebut oleh Imam Qarafi.

Demonstrasi jalanan termasuk dari termasuk dalam maslahah mursalah.

2. Lilwasail hukmul maqasid

Hukum perantara mengikut hukum tujuan. Ia seumpama tv. Ia adalah perkara yang baru. Jika digunakan untuk tujuan kebaikan maka diharuskan atau disunatkan. Jika digunakan untuk tujuan keburukan maka diharamkan.

Ini termasukalah hukum demonstrasi. Ia bergantung kepada tujuan diadakan demokrasi tersebut.

Demonstrasi atau tunjuk perasaan dalam sunnah.

Ketika mana saidina Umar menyatakan keislamannya di ruma al-Arqam bin Abi al-Arqam beliau berkata: “Ya Rasulullah , bukankah kita berada di atas kebenaran samaada kita mati ataupun kita hidup?”

Baginda menjawab “Demi tuhan yang mana diriku dalam kuasanya, sesungguhnya kamu berada dalam kebenaran samaada kamu mati atau pun kamu hidup.” Umar membalas “Sebab apa kita perlu bersembunyi.

Demi tuhan yg membangkitkan kamu dgn kebenaran kamu mesti keluar di khalayak ramai.” Maka mereka mengeluarkan Nabi berada di dalam dua saf. Hamzah ada pada salah satu saf dan aku dalam satu saf lagi.

Debu2 tanah yg halus menyelebungi perjalanan mereka. Mereka berjalan sehingga sampai masjid, aku melihat kaum quraisy dan ke arah hamzah.

Orang quraisy ditimpa kesedihan yang mereka tidak pernah mereka alami sebelum itu. Dari pada peristiwa ini Rasul menamakan aku al-Faruq.

Hendaklah ia bebas dr perkara2 yg dilarang seperti percampuran lelaki perempuan tanpa batasan, merosakkan harta orang lain, meninggalkan kewajipan yang lain dan sebagainya.

Terkini 10.08 am : jawapan kepada soalan lisan bermula.

Jawapan kepada soalan lisan adalah selama satu jam setengah seperti yang di pohon oleh pakatan Rakyat sebelum ini. Soalan pertama dikemukakan oleh ADUN Pengkalan Hulu yang berbunyi

"apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh Kerajaan negeri untuk menangani bajet Defesit 2010"

MB BN sedang memberikan jawapannya seperti berikut :

Kerajaan menyedari defesit bajet 2010 sebanyak 23.89 juta ringgit, dalam keadaan simpanan kerajaan negeri, 840.847.5 juta ringgit mengikut nilai pada buku, dalam bentuk pelaburan saham dan simpanan tetap.

Zambry mendakwa bahawa Perak antara negeri yang mempunyai jumlah simpanan hasil usaha dan amalan berhemah dari kerajaan BN.

Namun saya tegaskan bahawa ada fakta jumlah hutang kerajaan negeri juga sekitar 700 juta ringgit

Terkini 10.03 am : Ganesen membaca peraturan mesyuarat.

Ganesan membacakan peraturan-peraturan mesyuarat sebelum sidang bermula pada pagi ini, antaranya melarang semua ADUN menggunakan perakam gambar sepanjang sidang. Selain itu dimaklumkan sidang media yang akan diadakan hendaklah dalam bilik yang telah disediakan khas.

Terkini 10.00 am : Sidang bermula dengan bacaan doa.

Sidang bermula bermula tepat pada jam 10.00 pagi tadi dengan Pengerusi mesyuarat, Ganesan masuk kedalam dewan dan diteruskan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Setiausaha Dewan.

Terkini : 9.55 am

Semua ADUN PR hadir sidang pada hari ini,jumlah ADUN PR pada masa ini ialah 27 orang semuanya.

Terkini : 9.49 am

Semua ADUN Pakatan Rakyat telah berada didalam dewan setelah melalui kawalan ketat oleh pasukan keselamatan, yang memeriksa semua ADUN sebelum masuk ke dewan.

Walaupun ada arahan larangan membawa masuk komputer,beberapa ADUN yang membawanya termasuk saya berjaya membawa masuk komputer ke dalam dewan.

Namun saya dibisikkan oleh seorang pegawai yang bertugas,talian internet telahpun dipotong dan dihalang dalam dewan dari berungsi.

Terkini : 9.45 am

ADUN PR menggunakan tangga untuk naik ke dewan di aras dua.Semuanya naik secara berkumpulan untuk naik ke aras dua.

Terkini 9.35 am

Adun PR sekarang ini mula bergerak ke DUN untuk masuk ke dalam dewan.

Sarapan pagi di Wisma DAP.

Kebanyakan ADUN PR bersarapan di Wisma DAP dengan nasi lemak dan sedikit kuih yang disediakan. Inilah bekal untuk sidang pada hari ini yang saya jangkakan masih ada kawalan yang ketat dari pasukan keselamatan.

Hukum wanita mewarna rambut, kening dan tangan

22 Syaaban 1431 H
Oleh: AKHISALMAN

Soalan: Apakah harus bagi seorang perempuan mewarna rambut, kening dan tangannya?

Jawapan:Prof Dr Hasan Abu Gaddah berkata:

Diharuskan bagi wanita untuk mewarnakan rambut, keningnya dan tangannya dengan inai atau sebagainya yang dianggap sebagai perhiasan dan tidak menyebabkan kemudaratan pada tubuh. Lebih2 lagi rambutnya sudah beruban. Mewarna rambut adalah dari perhiasan yang diharuskan. Ia diperlukan oleh seorang wanita untuk dirinya, suaminya atau kawan perempuannya.

Dilarang mewarna rambut yang mengubah warna asal sekiranya dengan tujuan untuk menipu dan memperdaya. Ini berdasarjan hadis sahih riwayat imam Muslim:


مَنْ غَشَّنَا فَلَيْسَ مِنَّا
“Sesiapa yang menipu kami maka bukan tergolong dikalangan kami yang sempurna.”

Dilarang juga mewarna rambut sekiranya untuk mengikuti stail orang-orang yang melakukan kejahatan. Ini adalah berdasarkan hadis:


مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُم
“Sesiapa yang meniru perbuatan satu kamu maka dia tergolongan dikalangan mereka.”

(Hr Ahmad dan Abu Daud – al-Iraqi mengatkan hadis ini sahih)

Terkini 9.00 am : ADUN PR sebahagian besar sudah berada di Wisma DAP

Sebahagian besar ADUN Pakatan Rakyat termasuk DS. Nizar sudah berada di Wisma DAP sebelum masuk secara beramai-ramai ke dalam dewan bila-bila masa dari sekarang.

Sebagaimana biasanya semua ADUN PR akan masuk secara berkumpulan seperti yang dilakukan sejak rampasan kuasa dilakukan di Perak pada 6 Febuari 2009.